Anda di halaman 1dari 2

PENGGABUNGJALINAN Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru.

Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi. Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan. Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 2 : i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran. Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui : a) Apakah objektif yang hendak dicapai? b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan? c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan? Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan. Contohnya : Lisan membaca menulis Membaca lisan menulis Lisan membaca lisan Lisan menulis membaca |_____________________________________| | TATABAHASA Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus

maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman. (i) (ii) (iii) Lisan 45% 10% 30% Membaca 25% 40% 25% Menulis 20% 30% 15% Tatabahasa 10% 20% 30% Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%. Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan. CONTOH : Tajuk : Kawan saya. Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya. Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya. Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu Kawan Saya untuk mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan. Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu. Bahasa : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur) b) Kemahiran membaca c) Kemahiran menulis Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis b) Kemahiran mewarna Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi