Anda di halaman 1dari 31

Kata Adjektif

Anis Sapura Binti Ahmad Kamil Hasliza Binti Hussin Murni Nur Munirah Binti Mahmud Noor Imrah Binti Mohd Yunus Che Ku Nor Azren Bt Che Ku Abdul Rahim Noor Hanim Binti Abd Mutalib Nurul Izzati Binti Yaacob Siti Faridah Binti Mukhtar

Pendahuluan
Kata adjektif dikenal juga sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsurunsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.

Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat. Contoh: amat sakit, sakit sungguh. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama.

Contoh
Adik saya tinggi. Ali sangat pandai. Orang muda itu baik sungguh. Pendapatnya lain sekali. Anaknya masih kecil lagi. Malam ini gelap benar. Reka bentuk rumah itu sangat lain.

Jenis Kata Adjektif


pancaidera Perasaan Sifat/ keadaan

Cara

9 Jenis kata adjektif


Waktu Bentuk

Warna

Jarak

Ukuran

Kata adjektif sifatan/keadaan


Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama Contohnya:

baik sihat jahat

takut

cerdik

KA sifatan
berani pandai

kasar
lemah

gopoh

Contoh penggunaan dalam ayat:


Budak baik selalu dipuji Orang itu berniat jahat terhadap projek kita. Kesemua ahli pasukan itu lemah. Murid-murid itu amat takut akan anjing garang itu.

Kata Adjektif Warna


Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian
warna sebagai unsur keterangan.

jingga kuning merah

hitam

kelabu

KA Warna
hijau perang

putih

biru

ungu

merah

Baju merah itu kepunyaanku.

putih

Tubuhnya diselimuti kain putih.

biru

Warna biru kegemaran ibu.

hijau

Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu.

perang

Warna perang tidak begitu digemari ramai.

hitam

Ayam jantan itu berbulu hitam.

Kata Adjektif Ukuran


Jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan Contohnya:

panjang

renek

pendek

kerdil

kecil

KA ukuran
nipis besar

tebal
rendah

tinggi

Contoh penggunaannya dalam ayat:

1. Lukanya dibalut dengan kain nipis. 2. Orang-orang kerdil itu sedang bermain bola. 3. Anaknya masih belajar di sekolah rendah.

Kata Adjektif Bentuk


Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya:

bulat

lekuk

lonjong

kempis

bujur

bentuk
buncit bundar

lurus bengkok

leper

Contoh Ayat
Kemerdekaan negara ini tercapai hasil perundingan meja bulat. Bola ragbi berbentuk lonjong. Ada dua vokal bundar dalam Bahasa Melayu. Gasing leper kesayangannya telah pecah. Perut si Luncai buncit.

Kata Adjektif Waktu


Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang meberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya:

awal lambat baharu

cepat

lama

KA Waktu
lewat segera

lampau silam

suntuk

Contoh Penggunaan dalam ayat: Ali ke kedai untuk membeli baju baharu. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki. Kanak-kanak suka makan makanan segera. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk. Ketibaannya terlalu awal.

KATA ADJEKTIF JARAK


Jenis perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contoh: jauh, dekat, hampir, nyaris Contoh ayat: 1) Rumahnya tidak jauh dari pejabat pos. 2) Universiti itu dekat dengan restoran. 3) Dia berdiri hampir dengan kereta saya. 4) Lokman nyaris dilanggar kereta.

KATA ADJEKTIF CARA


Jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contoh: cepat, laju, deras, lambat, perlahan Contoh ayat: 1) Siapa cepat dia dapat. 2) Kereta itu dipandu dengan laju. 3) Arus sungai itu sangat deras. 4) Orang lambat selalu rugi. 5) Gerak-gerinya amat perlahan.

KATA ADJEKTIF PERASAAN


Perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contoh: rindu, marah, asyik, benci, sayang, cinta Contoh ayat: 1) Mereka amat rindu akan kampung halaman. 2) Dia masih marah kepada kami. 3) Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.

Rasa
Pandang

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

Dengar Sentuh

Bau

Rasa: Contoh: sedap, manis, lazat, masin, masam, pahit, tawar Contoh ayat: 1) Makanan itu sangat sedap. 2) Kuih itu terlalu manis. 3) Mereka akan menyediakan makanan yang lazat.

Pandang: Contoh : cantik, molek, hodoh, buruk, ayu,comel Contoh ayat: 1) Pemandangan itu sungguh cantik. 2) Gadis molek itu anak Pak Hasan. 3) Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia.

Dengar: Contoh : merdu, mersik, nyaring, bising


Contoh ayat: 1) Suara Fatin sungguh merdu. 2) Alunan muzik itu mersik. 3) Bunyi semboyan kereta api itu sungguh nyaring.

Bau: Contoh: harum, busuk, wangi, hapak Contoh ayat:

1) Bunga ros itu harum baunya. 2) Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

Sentuh: Contoh: halus, licin, keras, kasar, lembut, lembik Contoh ayat: 1) Kulit mukanya sangat halus. 2) Lantai itu licin kerana baru dicuci. 3) Bancuhan simen itu telah keras.