Anda di halaman 1dari 9

Berdasarkan Syarh Syaikh Muhammad Ibn Saalih ibn Uthaymeen dan Bahjatun Nazirin Syarh Riyadus Saliheen Karya

Syaikh Salim Ied Al-Hilali

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Terdapat berberapa faedah yang dapat difahami dari penulisan Imam An-Nawawi yang memulakan penulisan beliau dengan Basmalah,iaitu:

1. Menunjukkan keteguhan Imam An-Nawawi dalam berpegang kepada As-Sunnah 2. Perbincangan mengenai perbezaan antara Basmalah dan Tasmiyah 3. Perbincangan mengenai Perbezaan Kalimah ArRahman dan Ar-Rahiim.

4. Perbincangan mengenai Pperbezaan kefahaman mengenai kalimat Allah antara Ahlus Sunnah dan Mutakallimin 5. Perbincangan mengenai Berberapa Kelebihan Basmalah/Tasmiyah

Segala puji bagi Allah yang Maha Esa,Maha Mengalahkan,Maha Mulia,lagi Maha Pengampun. Rabb yang mengubah malam menjadi siang,sebagai peringatan bagi orang-orang yang berfikir dan sebagai wawasan bagi orang-orang yang mau mengambil pelajaran.

Dia adalah Rabb yang menyedarkan orangorang yang menjadi pilihan-Nya ,Dia tidak menjadikan mereka sibuk dengan urusanurusan duniawi ,tetapi dia menyibukkan mereka senantiasa merasa diawasi oleh-Nya dan serlalu berfikir,senantiasa mencari nasihat dan peringatan