Anda di halaman 1dari 1

Peraturan Dan Syarat Yang Wajib Dipatuhi Oleh Semua Peserta

Mesyuarat Agung 2006 Pasukan Pengakap Laut


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail,Johor Bahru.

Arahan Pengetua

1. Yuran penyertaan sebanyak RM22 seorang.Yuran penyertaan ini adalah munasabah dan
tidak ada unsur paksaan bagi semua ahli untuk menyertai program/majlis/aktiviti ini.
2. Segala kutipan wang hendaklah diserahkan kepada guru penasihat.
3. Bendahari mestilah menyerahkan butir-butir pendapatan dan pembelanjaan (penyata kira-kira
sebenar) seminggu selepas program ini tamat/bersurai kepada GPK Kokurikulum.
4. Penyata kira-kira program/majlis/aktiviti ini hendaklah dicatatkan di dalam buku laporan.
5. Sepanjang program/majlis/aktiviti ini dijalankan,hendaklah dihadiri oleh guru
penasihat/pengiring.
6. Perjalanan pergi dan balik dari rumah ke tempat anjuran program/majlis/aktiviti ini ialah
tanggungjawab pihak ibu bapa/penjaga.
7. Surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan surat aku janji mematuhi syarat dan mengikut
peraturan program/majlis/aktiviti ini telah diserahkan kepada pengetua/GPK Kokurikulum.
8. Tidak ada sebarang aktiviti yang mengandungi unsur-unsur lucah atau menjatuhkan moral
seseorang serta berisiko tinggi sehingga akan mendatangkan kecederaan teruk ke atas fizikal
peserta dibenarkan.
9. Semua peserta hendaklah menjaga disiplin semasa program/majlis/aktiviti ini dijalankan.Tidak
ada juga aktiviti penagihan dadah,merokok,minuman keras atau tari menari yang merosakkan
akhlak dan moral pelajar dibenarkan.
10. Semua peserta yang terlibat/hadir terdiri daripada kalangan ahli yang berdaftar sahaja kecuali
para jemputan dan undangan yang telah diluluskan oleh guru penasihat/pengetua/GPK
Kokurikulum.
11. Semua peserta haruslah berpakaian sopan.Tidak dibenarkan berpakaian yang berketerlaluan
atau menjolok mata seperti seluar yang menampakkan bahagian pusat dan lelaki
bersubang,bertindik di telinga dan sebagainya.
12. Bendahari program/majlis/aktiviti ini telah pun menyerahkan kertas kerja kepada GPK
Kokurikulum untuk disemak.
13. Ahli Jawatankuasa tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang-barang
berharga semasa program/majlis/aktiviti ini dijalankan.Ahli-ahli dinasihatkan supaya menyerahkan
barang berharga kepada guru penasihat/pengiring.
14. Semua peserta mestilah mematuhi segala arahan yang diberikan oleh Ahli
Jawatankuasa,guru dan pegawai semasa program/majlis/aktiviti ini dijalankan.
15. Setelah program/majlis/aktiviti ini tamat/bersurai,keselamatan pelajar semasa pulang ke
rumah bukan tanggungjawab pihak sekolah.

Tandatangan Peserta Tandatangan Ibu bapa/Penjaga

Anda mungkin juga menyukai