Anda di halaman 1dari 6

Faktor- faktor perkembangan Revolusi Perindustrian: 1. Penyediaan modal oleh pedagang yang kaya.

Mereka sanggup mengambil risiko tinggi melaburkan modal dalam bidang baru. 2. Penyediaan bahan makanan yang mencukupi untuk keperluan dan permintaan pekerja kilang yang meningkat. 3. Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang perindustrian. 4. Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri. 5. Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan perindustrian. 6. Penggunaan arang batu sbg. Sumber tenaga perusahaan. 7. Semangat dan kegiatan keusahawanan.

Revolusi Perindustrian

Penggunaan Teknologi
Peralatan/mesin Enjin Berkuasa Wap (1702) Pencipta Thomas Newcomen Kegunaan Mengendalikan pam air bg mengatasi masalah takungan. Penggunaan diperluaskan dalam perlombongan arang batu. Memintal benang Mesin pemintal benang Mesin menenun kain Kerja pemintalan

Alat Pemintal Benang, Water Frame (1769) Spinning Jenny (1770) Flying Shuttle (1733) Mule (1790)

Sir Richard Arkwright John Hagreaves John Kay Samuel Crompton

Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian 1. Perkembangan Pertanian dan Perindustrian sebagai Punca Ekonomi. - Pertanian kecil-kecilan berubah kepada besar-besaran - Sistem pengurusan ladang lebih teratur dan penggunaan jentera pertanian moden - Hasil ladang dapat dipertingkatkan. - Menjalankan perdagangan antarabangsa utk mengeksport lebihan hasil pertanian - Kegiatan perindustrian mengambil alih bidang pertanian dan menjadi punca pendapatan utama negara.

2. Peningkatan Perdagangan Antarabangsa


- Pengeluaran dalam jumlah yang besar membawa perkembangan perdagangan antarabangsa - Mengeksport modal ke seberang laut bagi menceburi bidang perlombongan, perladangan, dan pengimportan buruh. - Perkembangan pesat dalam bidang pengankutan di dalam negara dan antarabangsa. - Berusaha mendapatkan bahan-bahan mentah yang banyak dan berterusan. - Barang dieksport dan pasaran luas kerana mempunyai jajahan takluk yang luas. - Menjejaskan industri tempatan akibat kemasukan barang dari Eropah.

3. Kemajuan Bidang Pengangkutan -Penciptaan pengankutan moden seperti kereta api dan rekaan
enjin berkuasa wap -Dapat mengankut bahan mentah ke kilang dengan cepat, murah dan banyak. -Penggunaan kapal berkuasa wap dapat menggantikan kapal layar - Penghantaran barang ;lebih cepat dan menjimatkan kos. - Proses mengeksport dan mengimport barang lebih mudah. - Pelayaran dapat dijalankan tanpa bergantung kepada keadaan cuaca.

4. Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan


- Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar - Perjuangan menuntut hak dan kebajikan pekerja - Pergerakan Luddite 1810 ditubuhkan bagi membantah penggunaan mesin di kilang dan ingin membekalkan kaedah tradisional - Akta digubal bagi melindungi kepentingan dan kebajikan pekerja kilang:
Akta Kilang 1833-Kanak-kanak berumur di bawah 9 tahun dilarang bekerja dan mesti bersekolah Akta Lombong 1842-Melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu Akta Sepuluh jam 1847-Menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari.