Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH... Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T di atas segala keizinannya , Program Sekolah Selamat 2011 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Program Sekolah Selamat 2011 ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam dengan kerjasama Unit Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan. Program ini melibatkan semua pelajar sesi pagi. Program ini telah selamat dilaksanakan pada 09 April 2011. Program ini telah berjalan lancar dengan sokongan dan komitmen daripada warga sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar SKCBM, Pn. Rosnah bt Omar, Guru Penolong Kanan HEM Pn. Hjh. Mazlina bt Abd Muthaliff, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Siti Suria bt. Walat, yang berusaha keras merialisasikan perjalanan program ini dengan jayanya serta semua AJK yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan program ini. Sekiranya semua perkara dijalankan secara kerjasama serta toleransi pasti akan memberikan hasil yang baik. Kepada semua warga SKCBM sokongan dan kerjasama semua amatlah dihargai, jadikanlah ia sebagai satu kenangan dan ilmu yang paling bermakna. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang program ini berlangsung samada sebelum , semasa mahupun selepas terdapat sebarang kelemahan atau menyinggung mana-mana pihak. Segala yang baik dan sempurna itu datang daripada Allah S.W.T dan segala kekurangan dari diri hambu mu ini. Sekian, terima kasih.

................................................. (FARAHIYAH BINTI JAAFAR) Penyelaras, Program Sekolah Selamat 2011

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

NAMA PROGRAM / AKTIVITI

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

TARIKH

09 April 2011

TEMPAT

Persekitaran Sekolah Convent Bukit Mertajam

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM DENGAN KERJASAMA UNIT KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN SKCBM

AHLI JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PENGERUSI : PN. ROSNAH BT.OMAR PROGRAM NAIB PENGERUSI : PN.HJH MAZLINA BT ABD MUTHALIFF PN.SITI SURIA BT WALAT PN.CHE MAHIZAN BT. SAAD SETIAUSAHA : EN.MOHAMAD AMRAN B. MOHD SAID PENYELARAS / DOKUMENTASI : CIK FARAHIYAH BT. JAAFAR AJK PERLAKSANA :
JURU ACARA SIARAYA CENDERAHATI KRISHNASAMY MAKANAN VIP JURUGAMBAR : PN. LISA SAI PHAIK LENG : EN. MAKADEVAN A/L SINNASAMY : PN. ASSAIKUMARI A/P : PN. SHARIFAH BT AWANG PN.FAZLIYANA BT JAMALUDIN : CIK NORAZLIA BT ZAKARIA

SASARAN

Semua pelajar sesi pagi , staff dan guru-guru

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

OBJEKTIF Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah. Menggalakkan warga sekolah untuk lebih memahami, menghayati serta membantu merancang, melaksana dan memantau semua tindakan mewujudkan Budaya Sekolah Selamat. Membimbing dan menasihati murid akan Amalan Selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah.

RASIONAL / JUSTIFIKASI PROGRAM

Warga sekolah dewasa ini sering terdedah dengan isu-isu keselamatan, fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru program seperti ini dapat membantu usaha ke arah meningkatkan tahap keselamatan.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua warga sekolah mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri ketika berlaku kes kes diluar jangkaan yang berlaku di sekolah termasuklah kepentingan menjaga keselamatan diri ketika bersendirian atau dalam apa jua situasi dan keadaan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

a) b) c) d) e) f)

Fire Drill kali ke 2 Ceramah Bomba dan Demonstrasi Bomba Pameran Kereta Bomba Ceramah Polis Sesi soal Jawab Tayangan Video Slot Sepanjang Program Berlangsung

REFLEKSI / IMPAK KESELURUHAN PROGRAM

Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan baik serta semua murid dapat mengambil bahagian didalam setiap aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan pemerhatian , muridmurid dan guru menunjukkan minat yang tinggi kerana program ini merupakan satu perkongsian pengalaman yang mendorong dan menggalakan keyakinan diri dalam diri setiap insan. 3

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

PENUTUP

Melalui program ini, adalah diharapkan dapat melahirkan warga sekolah yang celik pengetahuan mengenai tindakan menghadapi waktu waktu kecemasan yang diluar jangkaan kita selain kepentingan menjaga keselamatan diri di mana jua kita berada

Disediakan Oleh :-

Disahkan Oleh :

....... Farahiyah Binti Jaafar Penyelaras


PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

................................................ Pn. Rosnah Binti Omar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Anda mungkin juga menyukai