Anda di halaman 1dari 18

ZULKIFLY BIN MANSOR (680204045393) ALYZA BINTI AHMAD (680506045188) NORAIDA BT ALI (730218065494)

Prakata Bersyukur kami ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat kami menyiapkan tugasan kami dengan baik dan jayanya. Terima kasih kepada Pn Nor Yani Bt Ahmad yang telah mengajar kami dan membimbing kami dalam menjayakan tugasan ini. Tidak lupa pada rakan-rakan yang turut membantu kami. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kepentingan Bimbingan dan Kaunseling, lebih-lebih lagi di pusat pendidikan kerana ini adalah tempat terlahirnya modal insan yang mantap dan berdedikasi. Tanpa adanya perkhidmatan ini kemungkinan pincangnya Wawasan negara untuk melahirkan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan. Justeru itu, terdapat banyak faktor yang menyumbang ke arah kejayaan proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini antaranya ialah penyediaan bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ideal dan dibuat secara terancang dan bersistematik. Dengan adanya kerja kursus ini dapat kita lihat terserlahnya kepentingan perkhimatan ini dan seterusnya serba sedikit membantu menangani gejala yang berleluasa disekolah seperti Gengterisme, ponteng sekolah dan sebagainya. Akhirnya, Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses penyediaan kerja kursus ini, sumbangan anda hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya, Sekian, Terima kasih, Wasallam.

ZULKIFLY BIN MANSOR (680204045393) ALYZA BINTI AHMAD (680506045188) NORAIDA BT ALI (730218065494)

Soalan 1. Pendahuluan Bagi memenuhi tujuan kerja kursus yang telah diamanahkan.Kumpulan kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai untuk membuat tinjauan tentang Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pada masa kini, seiring dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, sains dan teknologi. Perkhidmatan kaunseling, terutamanya di sekolah dan pusat pengajian tinggi telah mencapai satu tahap yang menggalakkan untuk dimanfaatkan oleh warga pendidikan keseluruhannya baik untuk pelajar mahupun kakitangannya. Bidang ini mendapat tempat sebagai altenatif untuk membantu diri sendiri yang di dalam dilema bagi mencapai kehidupan yang berkualiti. Kesan yang berpunca dari permasalahan hidup yang mencabar dan tekanan hidup yang merumitkan menjadikan perkhidmatan ini tidak boleh diketepikan atau diambil mudah. Antara punca-punca berlakunya ketidakseimbangan kualiti diri berpunca dari permasalahan berikut:a) Pengaruh luar seperti media cetak dan elektronik ke atas pemikiran dan sikap manusia seperti Budaya Kuning, Cakera Padat lucah, adegan ganas dan sebagainya telah membawa manusia ke tahap sukar mengawal naluri dan nafsu. b)Permasalahan dalam rumah tangga dan sistem kekeluargaan telah membawa kesan yang negatif kepada pihak yang berbalah malahan lebih teruk lagi membawa kesan kepada anakanak. c)Mengejar kemewahan sehingga meruntuhkan nilai-nilai murni di dalam diri sendiri. d)Anak-anak muda yang mencuba nasib mencari pekerjaan di bandar-bandar besar, mencabar jati diri sehinggakan mereka yang tidak dapat mengharungi onak kehidupan bandar akan menjadi tertekan dan memerlukan rawatan yang betul dan tepat akan menjamin kualiti hidup positif. e)Organisasi-organisasi besar yang mengejar keuntungan semata-mata tanpa memperdulikan pekerjanya yang menghadapi tekanan dalaman yang amat serius. Impak langsung dari permasalahan ini ke atas individu terbabit telah membawa kepada timbulnya pelbagai permasalahan penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah

tinggi, kencing manis serta gangguan emosi yang ketara dan serius, manakala kesan kepada pihak ketiga seperti kanak-kanak atau remaja dari kalangan keruntuhan rumah tangga telah membawa kepada gejala remaja melarikan diri dari rumah, terlibatnya anasir gengterisme dan penyalahgunaan dadah Menyedari hakikat itu, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian pendidikan Malaysia telah menubuh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah dengan tujuan gejala ini dapat dibendung dari awal dan tidak merebak sehingga menjadi wabak yang sukar untuk dibendung. Apakah itu Bimbingan dan Kaunseling Bimbingan dan kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat. Dalam proses menolong, seorang kaunselor akan membina perhubungan yang professional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya, kebolehan, kemampuan dan keupayaannya. Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien akan dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat perancangan untuk masa depan. ( Petikan dari Aminah Hj Hashim, Rusnani Abd Kadir & Nordin Kardi. UPM) Proses profesional yang sistematik dalam menolong individu melalui pendidikan dan mengenal pasti memahami potensi diri melalui keperluaan sosial dan moral (Mathewson .1962) Satu Perbincangan antara kounselor terlatih dengan individu yang menghadapi kecelaruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama meneliti alternatif untuk mengatasinya (Zainal Abidin 2002) Kaunseling mengkehendaki orang mempraktikkan belajar menentukan matlamat dan melaksanakannya untuk kesejahteraan diri (Paterson 1967) Proses pengajaran dan pembelajaran psikologi yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang yang pakar dalam ilmu psikologi dengan seorang yang lain untuk diberi kaunseling (Prof Hassan 1990) Dapat disimpulkan bahawa bimbingan dan kaunseling bukannya satu dunia baru dalam kehidupan ini tetapi telah wujud dari awal terciptanya manusia yang bergelar Adam A.S dan akan berterusan selagi adanya manusia di dunia ini demi menjamin kehidupan yang lebih sejahtera dan harmonis.

Antara tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah dan perkhidmatan yang disediakan.

1 2

Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan dan kaunseling sekolah Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan iventori pelajar. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional yang meransang perkembangan pelajar secara optima Merancang, melaksana dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. Merancang, melaksana dan mengawal selia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk UPSR Merancang, melaksana dan mengawal selia serta menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, inhalan, rokok dan alkohol Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut dalam dan luar negara Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan dan bimbingan kaunseling di sekolah Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling Menjadi urusetia kepada jawatan kuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma kaunseling Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru dan kakitangan Menjadi personal perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan Menjadi AJK ex-oficio dalam jawatan kuasa kurikulum sekolah Menjadi ahli jawatankuasa dalam majlis perancang sekolah Menjadi penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, ketatanegaraan dan sebagainya

3 4 5

6 7 8 9 10 11

12

13

14 15 16 17 18 19 20 21 22

ZULKIFLY BIN MANSOR (680204045393) ALYZA BINTI AHMAD (680506045188) NORAIDA BT ALI (730218065494)

Kemudahan Fizikal Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling Kemudahan fizikal merupakan satu aspek penting untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah. Setiap sekolah perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk digunakan sebagai pusat aktiviti dan sumber perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Namun begitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai biliknya berkongsi dengan Bilik Rawatan murid serta bilik menyimpan alatan siaraya untuk majlis perhimpunan rasmi sekolah. Bilik Bimbingan dan Kaunseling Dalam pendidikan moden, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amatlah penting. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan ini, maka sebuah bilik khas bimbingan dan kaunseling hendaklah diadakan. Bilik bimbingan dan kaunseling perlu diubahsuai mengikut keperluan perkhidmatan di sekolah. Walau bagaimanapun, disedari bahawa sekolah-sekolah menghadapi kesukaran mengadakan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang besar dan menepati piawaian yang dikehendaki. Kebiasaan sekolah rendah mempunyai keluasan bilik 30 kaki x 10 kaki, (keluasan bilik kaunseling di sekolah kebangsaan Sungai Rambai) ini tidak bermakna perkhidmatan itu diabaikan. Sedangkan saiz yang ideal bagi bilik bimbingan dan kaunseling ialah 30 kaki X 30 kaki.Faktor-faktor berikut harus ada di bilik kaunseling dan persekitarannya supaya dapat berjalan dengan lancar tanpa kekangan A. Kaunter pendaftaran

B.

Ruang menunggu C. Setor D. Bilik Sumber E. Bilik kaunseling individu F. Bilik kaunseling kelompok G. Alat-alat yang sepatutnya ada dalam bilik Bimbingan dan Kaunseling H. Rekod-rekod untuk menjalankan kaunseling I. Sistem fail dan dokumentasi Carta Organisasi Unit Bimbingan & Kaunseling Aliran Perhubungan kaunselor dalam carta organisasi sekolah adalah kedudukan kaunselor atau guru bimbingan adalah seperti berikut: Pengetua

Penolong Kanan Akademik Kaunselor

Penolong Kanan HEM

Ini adalah berdasarkan Surat Pekeliling berkaitan Perjawatan Guru Kaunseling sepenuh Masa di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah yang bertarikh 3 Ogos 2001.Oleh itu semua sekolah di seluruh Malaysia menggunakan carta organisasi berikut termasuklah Sekolah kebangsaan Sungai Rambai yang telah kami jalankan tinjauan berhubung dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kesimpulannya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tetap diadakan di sekolah yang kami tinjau.Meskipun begitu ianya tidaklah dapat memenuhi keperluan perkhidmatan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Bahagian Sekolahsekolah sepenuhnya.Ini kerana terdapat banyak kekangan daripada pihak kaunselor sendiri serta kemudahan prasarana yang terbatas.Oleh itu,bagi menangani permasalahan ini pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi melahirkan sebuah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan dan mencapai objektif yang diharapkan.

ZULKIFLY BIN MANSOR (680204045393) ALYZA BINTI AHMAD (680506045188) NORAIDA BT ALI (730218065494)

Soalan 4. Berdasarkan tinjauan yang dibuat di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai kami dapati perkhidmatan bimbingan kaunseling ada dijalankan biarpun tidak sepenuhnya.Ini kerana kaunselor tersebut menyatakan beliau lebih mengutamakan perkhidmatan bimbingan untuk individu dan bimbingan kelompok.Menurutnya sekolah rendah tidak sesuai untuk perkhidmatan kaunseling.Begitu juga dengan kemudahan fizikal bilik yang sempit amat tidak sesuai yang terpaksa berkongsi dengan bilik rawatan serta bilik simpanan alatan siaraya untuk perhimpunan rasmi sekolah.Kedudukan bilik yang tidak sesuai iaitu bertentangan jalanraya utama.Begitu juga dengan penyediaan item ujian yang terlalu panjang untuk dijawab oleh murid. Oleh itu bebeberapa cadangan untuk penambaikan bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai.Antara lainnya ialah: Cadangan penambahbaikan lokasi yang ideal untuk bilik kaunseling (sila rujuk pelan lokasi) a) Lokasinya terletak di bangunan C berhampiran dengan padang. Oleh kerana terletak berhampiran dengan padang terdapat banyak kelebihannya. i) ii) iii) iv) v) vi) Suasana yang nyaman dan tenang, sesi kaunseling berjalan tanpa ketegangan Menghirup udara yang bersih dan menyegarkan, Klien merasa selesa dan memberi kerjasama Jauh dari hiruk pikuk kebisingan, tanpa ada gangguan bunyi yang kurang menyenangkan. Boleh merehatkan mata dengan memandang ke padang setelah sesi kaunseling berjalan, klien akan merasa selesa. Terasa selamat dan selesa kerana tanpa ada perkara yang kurang menyenangkan seperti padangan sinis atau ejekan rakan Kerahsiaan terjamin kerana jauh dari orang lain dan tidak didengar oleh orang lain semasa sesi kaunseling dijalankan.

b) Lokasinya terletak berhadapan dengan taman sains dan air terjun buatan.

i) ii)

Permandangan yang menarik dapat menenangkan fikiran dan merehatkan minda supaya sesi itu berjalan dengan tenang. Bunyi yang damai seperti suasana di gunung dengan bunyi dari air terjun buatan merasakan klien benar-benar mengikuti sesi dengan penuh minat dan menyenangkan.

iii)

Air merupakan satu elemen yang dapat melembutkan dan menyejukkan hati serta minda. Ini dapat memberi kelebihan kepada klien itu sendiri bahkan kepada kaunselor juga.

c) Lokasinya berhadapan dengan bilik guru. i) Lokasinya bertentangan dengan bilik guru memudahkan kaunselor meminta kerjasama dengan guru lain sekiranya menghadapi masalah seperti mendapat maklumat tentang murid. ii) iii) Hubungan dengan guru lain tidak terputus dan ini memgeratkan lagi silatulrahim dikalangan guru. Proses menukar maklumat dan cadangan dapat diberikan tanpa halangaantara guru kerana tempatnya yang berhampiran dan mudah. d) Lokasinya terletak di aras satu bangunan dua tingkat. i) Tempatnya mudah untuk dikunjungi tanpa menaiki tangga untuk ke bilik tersebut, ini memudahkan pelajar berminat dan suka berkunjung di sana. ii) Jauh dari kantin dan kesesakan lalulintas, suasana ini memberi kebaikan kepada pelajar dengan suasana yang tenang tanpa ganguan. Cadangan Penambahbaikan Persekitaran bilik kaunseling yang ideal dari segi saiz bilik Memang tidak dapat dinafikan kebanyakkan sekolah mempunyai sebuah bilik yang tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh kementeriaan pelajaran, dalam piawaian yang ditetapkan itu bilik kaunseling sepatutnya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah iaitu 30 kaki x 30 kaki. Tetapi oleh kerana masih terdapat sekolah yang kekurangan bilik darjah maka bilik kaunseling menjadi pilihan untuk dijadikan bilik darjah. Bilik kaunseling Cuma diberi satu bay bilik sahaja iaitu bersamaan dengan 10 kaki x 30 kaki sahaja. Persekitaran yang ideal dan sepatutnya dapat memenuhi tujuan berikut: a) Persekitaran yang ideal dapat menempatkan ruang peralatan yang cukup seperti kaunter, sofa, ruang sesi kaunseling kelompok, ruang sesi kaunseling individu, meja komputer, almari, perabut dan sebagainya.

b)

Ruang yang luas mempengaruhi emosi klien yang sememangnya sudah

pemikiran yang berserabut. Dengan adanya ruang yang luas merasakan pemikiran yang lapang dan lega. Sekiranya sebaliknya dalam keadaan yang sempit dan bersesakan maka menyebabkan jiwa klien bertambah buntu dan menyebabkan sesi kaunseling tidak berjalan dengan jayanya. c) Ruang yang baik dapat memberi suasana yang nyaman dan sejuk kepada klien. Suasana akan menyebabkan kesan psikologi supaya klien suka akan bilik kaunseling. d) Ruang yang luas menyebabkan udara yang bersih memenuhi bilik dan boleh menjamin kesihatan yang baik kepada klien, tetapi bilik kaunseling yang sempit menyebabkan sesak nafas seterusnya menimbulkan pelbagai penyakit. Persekitaran yang ideal bilik kaunseling dari segi warna dan corak Dalam psikologi, warna mempunyai maksud yang tersirat dan menggambarkan personaliti. Warna juga dapat menggambarkan luahan perasaan seseorang, justeru itu warna yang baik dan sesuai dapat mempengaruhi seseorang (Zulkifli 1986) a) Warnakan bilik kaunseling dengan warna yang cerah dan lembut seperti hijau cerah atau biru lembut. Warna ini merupakan warna mesra alam dan sejuk mata memandang. Dengan warna ini klien akan merasakan ketenangan dan kedamaian seterusnya dapat menghayati sesi kaunseling dengan baik. b) c) Warna hijau boleh mengubati mata yang kuyu dan tidak bermaya, ini Warna Biru boleh mempelihatkan ketenangan contohnya sekiranya kita adalah kerana warna hijau dapat menyegarkan penglihatan dan minda. ingin berkelah dan merehatkan diri kemanakah akan kita pergi? Tentunya kita akan pergi ketepi laut atau pulau ataupun ke gunung. Ini adalah kerana warna ini sesuai untuk ketenangan dan kedamaian hati, minda dan fizikal. Susun atur perabut dan alatan yang ideal dalam bilik kaunseling a) Kemas dan tersusun hendaklah dilakukan oleh kaunselor kerana dengan keadaan begini suasananya dapat mempengaruhi emosi klien. Keadaan sebaliknya menyebabkan jiwa klien lebih terbeban dan terseksa. b) c) Penyimpanan alatan yang betul akan memudahkan kaunselor dan klien Alatan yang merbahaya seperti pisau, gunting atau benda yang tajam mendapatkannya tanpa melibatkan tenaga dan masa yang banyak . hendaklah disimpan didalam almari berkunci dan selamat. Keadaan ini untuk

menjamin alatan itu tidak disalah guna oleh klien yang mempunyai masalah emosi atau mental. d) Papan kenyataan hendaklah diletakkan ditempat yang sesuai supaya tidak mengganggu semasa sesi kaunseling. Risalah atau gambar tidak perlu banyak sehingga mengganggu klien, cukuplah diletak secara ringkas tetapi menarik. e) Kaunselor yang kreatif bolehlah membuat taman kecil di dalam bilik kaunseling. Suasana seperti air terjun dan membela ikan kecil didalam kolam kecil serta meletak bunga-bungaan amat menarik hati klien. Suasana yang tenang serta damai mempengaruhi jiwa klien. Penggunaan aromaterapi dan muzikal sentimental yang ideal dalam bilik kaunseling. Memang tidak dapat dinafikan penggunaan aromaterapi dan muzikal dapat membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan berkesan. a) Aromaterapi yang lembut akan menyegarkan minda klien. Pewangi ini boleh didapati dipasaran atau sekitar kita. Bauan yang sesuai boleh menyebabkan seseorang itu tenang dan dapat merasakan bauan yang menyenangkan. Memang secara semulajadinya manusia inginkan bauan yang wangi dan menjauhkan diri dari bauan yang busuk. b) Semasa sesi menunggu atau bersama klien, kaunselor boleh juga memainkan muzik irama-irama sentimental agar klien merasakan ketenangan. Muzik yang tenang akan mempengaruhi jiwa dan emosi klien. Jauhi dari memainkan muzik-muzik yang berat seperti rentak rock atau pop kerana ianya dapat mempengaruhi mood klien yang sememangnya mahukan sesuatu yang dapat merehatkan minda. Cadangan penambahbaikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. A. 1. Menampal gambar dan menyatakan perkhidmatan yang diberikan kepada klien di setiap bilik darjah dan bilik khas seperti bilik guru, makmal sains, makmal computer, pusat sumber sekolah dan sebagainya dengan tujuan warga sekolah mengetahui tentang wujudnya perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah itu. Mengalu-alukan klien sebagai satu proses menolong dan membantu klien membuat keputusan yang rasional dan matang. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling harus kreatif mengendalikan pelbagai program untuk mendekati murid dan seterusnya menarik minat mendekati seterusnya meluahkan perasaan yang

terbuku di hati seperti Program Kenal Mesra atau Kem Riadah bersama guru Bimbingan dan Kaunseling. 3. Mengadakan Program lawatan untuk murid-murid bermasalah seperti ke rumah orangorang tua, ke rumah Pengasih atau ke Pusat Sakit Psikotrik dengan harapan murid tersebut mendapat kesedaran dan tidak mengulangi kesalahan yang dibuat masa akan datang. 4. Mengendalikan pelbagai Program seperti pertandingan Kuiz, teka silangkata, perbahasan atau sebagainya supaya murid dapat didedahkan dengan matlamat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling seterusnya membuka mata dan hati untuk mendapat perkhidmatan darinya. B. Mengenali Klien atau murid yang bermasalah Sebelum mengadakan sesi kaunseling, seseorang kaunselor mesti tahu serba sedikit tentang diri kliennya, di manakah kaunselor boleh mendapat maklumat tentang klien? Sudah tentu kaunselor akan mendapatkanya data-data yang komprehensif dari guru kelas seperti dokumen berikut :a) b) c) d) e) Borang maklumat peribadi murid Borang maklumat keluarga murid Borang 001 maklumat kesihatan murid Borang maklumat pergigian murid Borang yang berkaitan dengan murid CONTOH SET UJIAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI 77400 MELAKA (JBA1024) INVENTORI KEPERLUAN MURID NAMA: TAHUN:..

Arahan: Ini bukan satu ujian tetapi merupakan senarai perkara-perkara yang berkemungkinan menceritakan tentang diri anda. Baca senarai ini satu persatu dan tandakan / atau ya pada ruang sebelahnya. Bagi penyataan dan perkara-perkara berkaitan dengan diri anda, jawab secara jujur, kejujuran adalah salah satu sifat yang cemerlang. Terima kasih kerana memberi kerjasama. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Selalu sakit kepala Tidak cukup tidur Gigi rosak Merokok Muka berjerawat Perlu belajar menyimpan wang Tidak mempunyai wang yang tetap

8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50.

Sangat sedikit pakaian cantik Ingin mendapat wang untuk diri sendiri Memerlukan pekerjaan semasa cuti sekolah Ingin lebih masa bersendirian Ingin mencantikkan rupa saya Ingin melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan Sangat sedikit peluang untuk melakukan kehendak saya Saya amat meminati lagu rock Memerlukan teman berlainan jantina Dalam alam percintaan Bimbang hubungan mesra dengan jantina lain Mencintai kawan sama jantina Telah membaca dan menonton bahan lucah Selalu bertengkar Kurang kebolehan memimpin Rasa rendah diri Membenci seseorang Tiada seseorang pun memahami diri saya Tidak dapat menahan marah Selalu berkhayal Mudah lupa Malas Rasa tertekan dengan kehendak ibubapa Jarang ke masjid / tokong / kuil Suka mencarut dan bercerita lucah Kadang-kadang berbohong tetapi tidak bermaksud demikian Terlibat dalam pergaduhan Dihukum kerana kesalahan yang tidak dilakukan Ibubapa tidak memahami saya Ingkar arahan ibubapa Ingin kebebasan di rumah Memerlukan kasih saying dari ibubapa Keluarga selalu bergaduh Tidak pasti memilih kerjaya yg boleh menjamin kehidupan saya Tidak yakin capai cita-cita saya Perlu merancang masa depan Tidak pasti memilih institusi pengajian tinggi Tidak pasti aliran mana yang disukai Selalu sangat tidak hadir ke kelas/sekolah Tidak memahami beberapa mata pelajaran Tidak suka belajar Tidak tahu cara belajar dengan berkesan Tidak belajar dengan secukupnya

51. 52. 53. 54. 55.

Tidak ada tempat belajar yang sesuai Peraturan sekolah terlalu ketat Kelas sangat membosankan Waktu rehat sangat singkat Tidak suka seseorang guru KLASIFIKASI MENGIKUT PERIBADI

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

KLASIFIKASI PERIBADI Kesihatan dan pertumbuhan peribadi Kewangan / keadaan hidup / kerjaya Kegiatan sosial dan perhubungan Pergaulan muda-mudi dan seks Perhubungan sosial dan psikologikal Peribadi dan psikologikal Agama dan moral Rumah tangga dan keluarga Pelajaran dan kerjaya masa depan Penyesuaian terhadap kerja sekolah Kurikulum dan pengajaran

SOALAN 1 Hingga 5 6 Hingga 10 11 Hingga 15 16 Hingga 20 21 Hingga 25 26 Hingga 30 31 Hingga 35 36 Hingga 40 41 Hingga 45 46 Hingga 50 51 Hingga 55

PEMARKAHAN 1. 2. 3. Setiap ya atau / berikan 5 markah Setiap tidak atau tidak bertanda berikan 0 markah Setiap kelompok mempunyai 5 soalan jika bahagian tersebut bila dijumlahkan melebihi 12 markah maka murid tersebut mempunyai masalah dibahagian itu. Murid ini harus diberi perhatian serius. 4. Jikalau markahnya bila dijumlahkan kurang dari 12 markah, bahagian ini tidak perlu diambil perhatian dengan serius. i. Dapatkan 2 set ujian (nyatakan kekuatan dan kelemahan) Mengapakah soal selidik itu sangat penting kepada kaunselor? Kajian soal selidik penting kepada kaunselor adalah kerana kaunselor dapat mengetahui maklumat awal berkenaan diri klien dan dapat membantu kaunselor menjalankan sesi kaunselingnya dengan lebih berkesan . ii. Terdapat banyak set ujian/inventori yang boleh membantu kaunselor menilai murid bermasalah. Kami telah memilih dua set ujian inventori yang dirasakan sesuai untuk membantu kaunselor Antaranya ialah set ujian / inventori soal selidik keperluan pelajar (Set A) dan set ujian / inventori soal selidik minat kerjaya (Set B). KEKUATAN ANTARA SET A DAN SET B

BIL KEKUATAN 1 Soalan set A yang diberikan mudah untuk murid memahaminya yang mana 2 3 4 5 6 7 berkisarkan pengalaman seharian. Soalan set set B mudah difahami berdasarkan minat seseorang individu terhadap sesuatu kerjaya Pelajar boleh menjawab soalan tersebut di mana-mana mereka suka samada di dalam atau diluar bilik darjah Ujian ini mudah dikendalikan oleh kaunselor dan juga pelajar kerana jawapan secara ya atau tidak. Kaunselor mudah menganalisis jawapan tanpa halangan kerana jawapan berbentuk ya atau tidak Kaunselor mudah mengesan kelebihan dan kelemahan murid berdasarkan sklma jawapan dan kiraan persionaliti seseorang. Kaunselor mudah mengesan dan memahami masalah serta menganalisis dengan cepat Kelemahan ujian set A dan set B ialah: 1. Soalan yang diberikan bukannya soalan terbuka dan jawapannya tiada pilihan samada ya atau tidak, klien tidak dapat memberi alasannya yang tersendiri untuk menegakkan kebenaran diri.Ujian ini memaksa klien memilih satu 2 3. jawapan yang ditetapkan oleh kaunselor. Kaunselor tidak dapat pastikan tujuan klien memilih jawapan tersebut sebab ruang alasan untuk memberikan alasannya tidak diberikan. Jawapan yang diberikan mungkin jawapan yang tidak jujur kerana ia dibuat untuk membuka rahsia individu maka pelajar akan memberi jawapan 4. 5. 6 7 sebaliknya. Ada soalan yang mempunyai aras yang tinggi malangkau pengetahuan murid justeru murid akan menjawab secara hentam keromo sahaja Soalan pada set B adalah bersesuaian untuk pelajar yang kelas menengah dan tidak sesuai untuk kelas rendah. Soalan set A pula sangat sesuai untuk murid kelas rendah kerana ianya pada aras kognitif rendah tetapi sebaliknya untuk kelas menengah. Set solan B terlalu banyak dan membosankan maka dengan sebab itu pelajar akan merasakan sebagai membuang masa dan akan cuba menjawab sambil lewa dan jawapan secara tidak jujur.

Memang tidak dinafikan setiap kelebihan ada kelemahannya.Walaupun niat kaunselor itu baik iaitu untuk membantu klien membuat keputusannya sendiri. Kaunselor perlu tahu bahawa ujian dan soal selidik yang dijalankan terhadap klien bertujuan untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kepercayaan, perasaan, kehendak dan fakta-fakta sebenar. Daripada prinsip-prinsip inilah, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian yang lebih oleh kaunselor semasa membina ujian / inventori agar dapat mengenalpasti masalah murid / klien dengan tepat. Beberapa cadangan untuk menambahbaik Pembina item soalan kaji selidik untuk pelajar 1. Kaunselor handaklah memperjelaskan dulu tujuan ujian kaji selidik ini diadakan kepada murid agar murid faham dan membuat secara ikhlas dan jujur dan boleh dipercayai 2. Soal selidik hendaklah dibina dengan sempurna serta dapat menarik pelajar contohnya sediakan gambar atau carta sesuai dengan tahap pemikiran murid. 3. 4. 5. Soalan hendaklah padat dan ringkas supaya murid tidak merasa bosan apabila menjawabnya. Perlaksanaannya juga hendaklah bertepatan dengan kehendak murid seperti masa yang sesuai dan tanpa desakan atau paksaan Jangan terlalu banyak soalan, buatlah sekadar paling banyak pun 30 soalan. Kaunselor boleh memilih soalan yang sesuai dan logik mengikut tahap murid. 6. Kaunselor mesti mempunyai beberapa set soalan dalam bahagian yang sama contohnya set keperluan murid ada 10 set soalan yang berlainan dan juga yang lain-lain Apa yang dapat kumpulan kami rumuskan di sini adalah bukannya mudah untuk mewujudkan satu Unit Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan dan menepati kehendak ataupun garis panduan yang telah ditetapkan. Ini kerana ianya memerlukan komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam dalan jiwa kaunselor itu sendiri.Disamping itu juga sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pihak pentadbiran sekolah bagi menjayakan setiap aktiviti yang dirancang samada di peringkat sekolah mahupun di dalam masyarakat sekitarnya amatlah diperlukan.Meskipun begitu ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Sebagaimana pepatah ada menyebut: Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Sekian terima kasih.

Bahan Rujukan: 1. Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran. 2. Buku Ringkasan Mengajar Kunselor. 3. Diari Kunselor 2008. 4. Surat Pekeliling Tentang Perjawatan Kaunselor Sepenuh Masa. 5. Temubual bersama kaunselor Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai.

LAMPIRAN