Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Program Bina Insan Guru untuk PISMP Sem 3 telah selesai dijalankan oleh saya. Pada tahun ini, kami dikehendaki melakukan satu program khidmat masyarakat dan bengkel. Program pada kali ini kami dikehendaki membuat gotong-royong perdana di IPG. Segala aktiviti yang dilakukan dalam melaksanakan Program Bina Insan Guru ini akan dimanfaatkan oleh saya sebaik mungkin pada masa hadapan. Pada sebelah pagi, kami dikehendaki menjalankan tugas membersihkan kawasan sekitar kafe dan belakang blok pentadbiran. Saya berasa sangat senang kerana segala kemudahan untuk melakukan gotong-royong telah dibekalkan. Namun terdapat juga sedikit kesukaran kerana kekurangan peralatan. Namun kekurangan tersebut dapat diatasi apabila pembahagian tugas dilakukan dengan betul. Saya menggunakan pencakar untuk menyapu daun-daun kering. Ternyata tugasan ini bukanlah semudah yang disangka. Daun-daun kering sangat senang ditiup angin. Oleh itu untuk menghimpunkan daun-daun tersebut memerlukan ketangkasan dan kesabaran. Barulah saya dapat merasa bagaimana tukang penyapu bekerja sehari-hari untuk menyapu sampah dan daun-daun kering bagi membersihkan sesuatu kawasan supaya nampak ceria. Oleh itu saya mendapat satu pengajaran bahawa kita haruslah bersama-sama menjaga kebersihan dan jangan sesekali memandang menggunakan ayat, alah itu dah kerja dia kepada orang yang bertanggungjawab menjaga kebersihan sesuatu kawasan. Dalam pada itu, saya juga dapat memupuk sikap tanggungjawab dalam diri. Tanggungjawab yang diberikan untuk membersihkan kawasan tersebut daripada sampah dan daun-daun kering telah dibuat oleh saya sebaik-baiknya. Saya dan rakanrakan bertungkus-lumus untuk membersihkan kawasan tersebut.

Semua pelajar yang terlibat di kawasan saya telah bersama-sama bekerjasama mengutip sampah dan membuang daun-daun kecil. Walaupun cuaca pada waktu tersebut agak panas namun tiada apa yang menghalang daripada melakukan kerja tersebut. Namun begitu saya juga berasa sedikit kecewa kerana ada pelajar yang tidak dapat menepati waktu yang ditetapkan untuk menjalankan gotong-royong. Pada sebelah petang pula, kesemua pelajar PISMP Sem 3 telah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong di hadapan pintu utama IPG. Sewaktu berhimpun di Masjid, saya berasa kurang senang kerana terpaksa menunggu pelajarpelajar lain yang tiba agak lewat daripada waktu yang ditetapkan. Saya juga tidak berasa seronok pada aktiviti sebelah petang ini walaupun ia sepatutnya satu tugasan yang menyeronokkan. Ini berikutan daripada cuaca yang panas terik dan masa yang kurang sesuai bermulanya aktiviti ini. Namun kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar PISMP Sem 3 amat memberangsangkan dan memudahkan serta mempercepatkan tugasan yang diberikan. Akhirnya segalanya merupakan satu pengalaman baru buat saya. Alhamdulillah tugasan ini telah berjaya saya laksanakan. Diharapkan ilmu yang diperolehi dapat digunakan di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai