Anda di halaman 1dari 2

FUNGSI BAHASA MELAYU Pengenalan Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air

daripada belenggu penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut Bahsa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu. Hal ini melalui proses yang idak kenal erti lelah untuk memperjuangkannya. Sebagai bahasa kebangsaan negra baru yang berdaulat, bahasa melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahsa komunikasi. Pemahaman yang tinggi terhadap fungsi bahasa melayu akan melahirkan rasa cinta terhadap bahsa melayu sekaligus melambangkan cinta kita kepada negara. Hal ini akan mendorong kita untuk mempelajari, menghayati, menguasai dan menggunakannya dengan sopan dan berkesan. Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa kebangsaan negara ini kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan Negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap terhadap fungsi bahasa melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian. Peranan Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi mencipta satu lambing untuk menimbulkan satu identity kebangsaan yang boleh mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan. Bahasa Rasmi Bahasa rasmi yaitu bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, merangkumi urusan pemerintahan dan pentadbiran, system pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa Perpaduan Masyarakat yang berbilang kaumtelah mewujudkan kepelbagaian bahasa dalam kalangan rakyat ini. Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi yang terbatas dalam lingkungan kumpulannya. Peranan bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan cukup penting dalam menyatupadukan pelbagai bangsa di negara ini.

Bahasa Pengantar Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pendidikan bemula selepas wujudnya Penyata Razak 1956, menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara beperingkat-peringkat. Sehingga kini bahasa melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan termasuk di institusi pendidikan tinggi. Bahasa Ilmu Bahasa melayu memiliki kosa kata dan istilah yang semakin berkembang dalam peranannya sebagai bahasa ilmu. Perancangan taraf dan korpus bahasa dilaksanakan dalam usaha memupuk bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Komunikasi Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi sebagai wahana dalam proses penyampaian maklumat, perasaan dan fikiran. Bahasa perantaraan sama ada dalam situasi tidak formal ataupun formal seperti ucapan, persidangan, seminar, forum dan sebagainnya.

Anda mungkin juga menyukai