Anda di halaman 1dari 14

1

1.0 Pendahuluan Segala puji bagi Allah yang menciptakan segala sesuatu, memperelokkan penciptaan-Nya dan menyusunnya. Dialah yang mendidik Nabi kita, Muhammad s.a.w, dan dengan sebaik-baik pembinaan. Wa badu: Sesungguhnya kemuliaan akhlak merupakan salah satu dari sifat-sifat para Nabi, orang-orang siddiq dan kalangan salihin. Dengan sifat ini, berbagai darjat dapat dicapai dan kedudukankedudukannya ditinggikan. Husnul khuluq (akhlak yang mulia) memunculkan rasa kasih sayang dan kelembutan. Sedang su'ul khuluq (akhlak yang buruk) membuahkan rasa saling benci, dengki dan memusuhi. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah menstimulasi agar berakhlak mulia (husnul khuluq) dan konsisten terhadapnya. Dimana Baginda s.a.w menghimpun secara bersama antara penyebutan at-Taqwa (ketakwaan) dan penyebutan husnul khuluq (akhlak yang mulia) ini. Baginda s.a.w bersabda : Yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, (adalah) takwa kepada Allah dan husnul khuluq (berperilaku baik).1 Dan sabda Baginda lagi: Sesungguhnya akhlak yang baik itu dapat melehkan (menghilangkan) dosa, sebagaimana panas matahari yang dapat melehkan salju.2 Daripada dua hadis ini, dapat kita fahami bahawa, kita dianjurkan supaya menghayati bahkan perlu berusaha untuk memiliki akhlak terpuji ini ke dalam jiwa setiap individu sepertimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w menerusi hadis Baginda ini. Oleh itu, kertas kerja ini mengupas secara ringkas tentang kaedah dan motivasi penghayatan akhlak mahmudah dalam keperibadian umat islam.

2.0 Definisi akhlak


1 2

Hadis Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis Riwayat al-Baihaqi.

Perkataan Akhlak berasal dari perkataan Arab yaitu Khuluq, bererti kebiasaan atau perangai. Mengikut kamus dewan:3 ia bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Seterusnya mengikut Istilah; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup. Menurut Islam pula ia bererti Satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Perkara ini dapat diketahui dalam jiwa dan diri seseorang yang terpancar daripada perilaku yang dipaparkan, bukan rekaan dan sengaja dibuat-buat. Mungkin kita dapat lebih memahami ertinya bila mengatakan: sesungguhnya akhlak itu adalah perilaku yang nampak pada diri seseorang tanpa rekaan atau kepura-puraan.4 Dari Abdullah bin Umar r.a berkata: Suatu hari Rasulullah s.a.w lalu diahadapan seorang lelaki yang mencela saudaranya kerana sifat pemalu yang dimiliki saudaranya itu. Dia berkata: kamu sangat pemalu, atau seakan-akan dia mengatakan: sifat pemalu itu telah membahayakan dirimu sendiri. Rasulullah s.a.w kemudian berkata kepadanya: Biarkanlah dia kerana sifat malu sebahagian dari iman. Akhlak ini begitu bergelora dalam jiwa sehingga nasihat pun tidak bermanfaat lagi baginya walaupun perkara tersebut turut mendatangkan bahaya pada dirinya. Sifat malu adalah akhlak terpuji dan sebahagian dari tanda keimanan seseorang. Maka selamatlah untuknya meskipun ia kehilangan sebahagian dari kemewahan dunia dan perhiasannya. Akhlak juga boleh diakatakan sebagai ilmu. Ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam dan prinsip yang dapat membantu kita untuk mengetahui keutamaan segala perkara agar dapat diikuti dan mengetahui samaada sesuatu perkara itu baik ataupun buruk supaya dapat diikuti atau dihindari.

3.0 Pembahagian akhlak


3

Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1994, hlm 21. 4 Dr Akram Ridha, Akhlak Terpuji Kunci Ke Syurga, Unigenius Print Sdn Bhd, Selangor, cet.1, 2007, hlm 14.

Pembahagian akhlak boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu:
1. Akhlak al-Mahmudah

Akhlak al-Mahmudah atau akhlak yang mulia sangat banyak jumlahnya jika dihitung. Ia boleh diukur secara zahir atau batin.5 Namun jika dilihat dari segi hubungan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan manusia, akhlak yang mulia itu dapat dibahagikan menjadi tiga bahagian:

Akhlak terhadap Allah s.w.t Akhlak terhadap Allah adalah pengakuan dan kesedaran bahawa tiada Tuhan selain Allah. Dia memiliki sifat-sifat terpuji demikian Agung sifat itu, yang jangankan manusia, malaikat pun tidak akan menjangkau hakikatnya.

Akhlak terhadap diri sendiri Akhlak yang baik terhadap diri sendiri dapat diertikan menghargai, menghormati, menyayangi dan menjaga diri sendiri dengan sebaik-baiknya, dan juga harus sedar bahawa dirinya itu sebagai ciptaan dan amanah Allah yang harus dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya. Contohnya: Menghindari minuman yang beralkohol, menjaga kesucian jiwa, hidup sederhana serta jujur dan menghindarkan dari perbuatan yang tercela.

Akhlak terhadap sesama manusia Manusia adalah makhluk yang banyak bergantung kepada orang lain, untuk itu, ia perlu bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Islam menganjurkan berakhlak yang baik kepada saudara, Kerana ia berjasa didalam mendewasakan kita, dan merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Caranya dapat dilakukan dengan memuliakannya, memberikan bantuan, pertolongan dan menghargainya. Jadi, manusia menyaksikan dan menyedari bahawa Allah telah mengurniakan kepadanya keutamaan dan kurnia kenikmatan yang tidak boleh dihitung banyaknya, semua itu perlu disyukurinya malalui cara berzikir dengan hatinya. Sebaik-baik yang perlu dilakukan dalam kehidupannya ialah sentiasa

Abdul Rosyad Siddiq, Ringaksan Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali, Akbar Media Eka Sarana, Jakarta Timur, cet 1, 2008, hlm 241.

hidup dalam keadaan yang sopan dan santun serta menjaga jiwanya agar selalu bersih, dapat terhindar dari perbuatan dosa, maksiat, kerana jiwa adalah yang terpenting dan perkara utama yang harus dijaga dan dipelihara dari hal-hal yang dapat mengotori dan merosakkanya. Oleh kerana manusia adalah makhluk sosial maka ia perlu mencipta suasana yang baik, satu dengan yang lainnya serta saling berakhlak dengan akhlak yang baik.

2. Akhlak al-Mazmumah

Akhlak al-Mazmumah (akhlak yang tercela) adalah sebagai lawan dari akhlak yang baik sebagaimana yang disebutkan di atas. Didalam ajaran islam, ia tetap membicarakan secara terperinci dengan bertujuan untuk difahami dengan sebaiknya, dan dapat mencari jalan atau ruang pencegahan bagi mencegah diri individu dari berakhlak dengan akhlak Mazmumah ini. Islam sememangnya agama yang teliti dan juga boleh dikatakan sebagai agama yang menjaga, menganjur dan memimpin penganutnya ke jalan yang lurus dan diredhai Allah s.w.t. Diantara contoh akhlak al-Mazmumah atau tercela ini ialah: Dengki Dengki dalam bahasa Arab disebut Hasad. Orang yang bersifat dengki bercita-cita untuk menghilangkan nikmat (kesenagan) dari orang lain. Nikmat atau kesenangan itu berbagai jenisnya. Pangkat, kedudukan, kekayaan dan semua pemberian Tuhan yang sifatnya membawa kebahgiaan termasuk nikmat.

Gemar makan dan minum. Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : Yang terlebih Afdal (utama) pada Allah s.w.t ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum.

Banyak berkata-kata perkara sia-sia. Manusia yang suka berkata-kata, berbual-bual dan bersembang-sembang perkara yang lagha (lalai) seperti mencaci orang, menfitnah, hanya kepentingan dunia, perkara tanpa faedah dan sebagainya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, melainkan

bisikan-bisikan daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia.6 Marah Marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikian, selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya kerana marah itu berasal dari api neraka. Mereka yang sedang marah secara lumrahnya merasa bahang kepanasan dari dalam tubuhnya. Dan kerana itulah kita umat islam dianjurkan untuk berwudhu sekiranya berada dalam keadaan marah kerana ia dapat menghapuskan bahang kemarahan yang membuak-buak dalam diri seseorang.

Takabbur Punca berlakunya sifat takbur adalah dari banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

Riyak Orang yang riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

Ujub Berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

Kasih akan dunia Orang yang mempunyai hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Firman Allah yang bermaksud : Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.7

6 7

al-Quran, An-Nisa:ayat 114. al-Quran, Al-Hadid : ayat 20.

4.0 Kaedah meningkatkan akhlak Dunia di era globalisasi ini telah melihatkan kepada seluruh masyarakat bahawa begitu runtuhnya akhlak kebanyakan manusia di seluruh negara. Ini adalah kerana manusia begitu mengejar kepada kehidupan dunia dan harta material semata-mata yang menyebabkan manusia tidak begitu menghiraukan akan keruntuhan moral akhlak yang berlaku. Keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini amat membimbangkan terutamanya di Negara Malaysia ini sendiri. Perkara ini dapat dibendung hanya dengan pelaksanaan Islam didalam sesebuah negara dengan sempurna. Islam telah meletakkan beberapa garis panduan supaya manusia mengikuti syariatnya agar dapat menyelamatkan manusia daripada keruntuhan dan kerosakan yang berlaku diatas muka bumi ini. Dunia pada hari ini berada dalam keadaan umat Islam ditindas serta diserang dengan pelbagai ideologi dan keindahan material duniawi. Keruntuhan moral dan akhlak dapat dilihat dimana-mana sahaja tidak mengira peringkat usia. Akhlak ini bukanlah suatu perkara yang kecil. Bahkan Allah s.w.t telah mengutuskan seorang Nabi pilihan Allah supaya dapat memperbaiki akhlak manusia supaya berada dalam syariat Islam agar manusia hidup dalam keadaan aman dan selamat. Oleh kerana akhlak adalah satu perkara yang amat diperlukan oleh sekalian manusia pada hari ini, ianya memerlukan kepada kaedah dan motivasi yang sesuai supaya akhlak ini dapat dihayati serta menjadi amalan harian sepanjang kehidupan. Penulis akan menggariskan beberapa panduan sebagai langkah atau kaedah dalam memberi motivasi berkaitan akhlak ini.

1. Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan Rasulullah s.a.w merupakan model atau contoh terbaik sebagai ikutan umat Islam khususnya dan seluruh manusia umumnya. Akhlak yang diamal dan dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w yang berteraskan aqidah Islam jelas sekali amat luhur dan murni. Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah telah dilengkapi dengan sifat dan akhlak terpuji serta mulia. Allah s.w.t telah berfirman :


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan balasan baik di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan sentiasa mengingati Allah dalam masa susah mahupun senang8 Didalam ayat quran lagi Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa pada diri Rasulullah itu terdapat contoh tauladan yang perlu menjadi ikutan sepanjang zaman. Allah s.w.t mengutuskan Nabi s.a.w adalah untuk memperbaiki akhlak manusia serta menyampaikan seruan Islam kepada seluruh umat manusia. Jika dilihat pada sejarah kehidupan Nabi s.a.w, beliau telah menunjukkan pelbagai contoh teladan yang baik walaupun masyarakat disekelilingnya membuat perkara yang buruk terhadapnya. Sebagai contoh, seringkali Rasulullah telah dilempar dengan pelbagai kotoran oleh seorang jirannya yang tidak begitu suka akan baginda disebabkan baginda menyebarkan Islam. Akan tetapi Rasulullah tidak membalasnya. Pada kebiasaannya Rasulullah berjalan pada jalan yang sama, baginda berasa hairan kerana pada hari itu baginda tidak dilemparkan lagi dengan kotoran. Lalu Rasulullah bertanyakan kahabar akan tuan rumah itu kepada masyarakat sekeliling, rupanya jirannya itu sedang sakit. Mendapat tahu akan berita itu, Rasulullah segera melawat orang yang sering melemparkan kotoran kepadanya itu. Begitulah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Walaupun baginda dihina dan disakiti, baginda tetap berdiri teguh diatas landasan Islam yang menuntut umatnya supaya bersabar dan bertindak secara rasional dalam apa jua keadaan sekalipun. Nabi s.a.w adalah hamba yang paling santun, paling adil dan paling baik akhlaknya.9 Diantara contoh akhlak terpuji Rasulullah ialah bergaul dengan masyarakat dengan baik, bertindak secara lemah lembut serta rasional, melakukan sesuatu perkara yang mengajak manusia kepada kebaikan (amar maruf), memuliakan tetamu, menyebarkan salam, mendamaikan perselisihan, menziarahi orang sakit, menahan marah dan bertindak rasional, berbaik dengan jiran tetangga, bersikap pemurah dan sebagainya. Muadz bin Jabal r.a pernah berkata: sesungguhnya Rasulullah s.a.w berpesan kepadaku agar aku selalu takut kepada Allah taala, berkata benar,
8 9

al-Quran, Al-Ahzab : ayat 21. Abdul Rosyad Siddiq, Ringaksan Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali, hlm 210.

memenuhi janji, menyampaikan amanah, meninggalkan khianat, memelihara hubungan dengan tetangga, menyayangi anak yatim, berbicara lembut, memulai mengucap salam kepada sesama muslim, beramal baik, tidak panjang angan, menetapi iman, menderma untuk kepentingan mengamalkan al-Quran, mencintai akhirat, merasa cemas terhadap peristiwa hisab dan bersikap rendah hati setiap sesama manusia. Dan baginda melarangku mencaci orang bijak, mendustakan orang yang berkata benar, menuruti orang yang berdosa, mendurhakai seorang pemimpin yang adil atau merosak sesebuah negeri. Baginda berwasiat kepadaku supaya senantiasa bertakwa kepada Allah dimana pun aku berada dan bertaubat dengan sungguh-sungguh atas setiap dosa yang telah aku lakukan secara diamdiam atau terang-terangan.10 Begitulah akhlak-akhlak yang diserukan kepada sekalian manusia agar diikuiti sepanjang masa supaya akhlak manusia dapat terpelihara dengan baik sepanjang masa. Walaupun dengan pelbagai ideologi serta seruan daripada musuh-musuh Islam yang berbentuk menyeleweng daripada akhlak Islam, maka berpeganglah dengan akhlak yang diajar oleh rasulullah s.a.w yang berlandaskan syariat dari Allah s.w.t demi menjaga diri serta iman didunia ini agar mendapat rahmat Allah serta syafaat Nabi s.a.w di akhirat kelak.

2. Sentiasa mendampingi ulamak Rasulullah s.a.w bersabda:

" "
Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan untuk menuntut ilmu, Allah s.w.t akan membuka kepadanya salah satu jalan yang menuju ke syurga, para Malaikat merendahkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya orang
10

Ibid, hlm 213.

alim itu, diminta keampunan baginya oleh mereka yang berada di langit dan di bumi, juga oleh ikan di dalam air. Kelebihan orang alim ke atas orang abid (ahli ibadat yang tidak berilmu) seperti kelebihan bulan purnama ke atas segala bintang, dan sesungguhnya para ulama adalah pewaris nabi-nabi, (kerana) mereka tidak meninggalkan (pusaka) dinar dan dirham (harta), sebaliknya mempusakakan ilmu, sesiapa yang (dapat) mengambilnya, dia telah mengambil bahagian yang besar.11 Daripada hadis ini, dapat kita fahami bahwa tugas utama para Nabi adalah menyampaikan apa yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Diantara kalangan mereka juga diutuskan untuk menyempurnakan menyempurnakan akhlak. Manakala tugas ulamak pula menyambung pusaka ilmu yang telah ditinggalkan oleh para Nabi. Sebagai pewaris kepada Nabi-nabi, ulamak haruslah meneruskan tugas tersebut sepertimana yang telah diajar dan dianjurkan oleh mereka. Tugas yang perlu dipikul sepertimana ia dipikul oleh para Nabi. Bagaimana seorang ulamak boleh menjalankan dan memikul tugas ini jika mereka sendiri tidak sempurna akhlaknya. Sebagai umat islam, kita seharusnya menjejaki dan mengambil sebanyak mana tauladan dari mereka. Kita juga dianjurkan untuk beradab dengan tingkahlaku mereka. Mereka adalah simpanan yang terjamin, membeli mereka dengan dunia adalah untung, mereka adalah senjata dalam kesusahan dan pendamping yang boleh dipercayai. Andaikata umat Islam mengalami kefakiran, mereka akan mengkayakan kita dan andai mereka berdoa kepada Tuhan, kita tidak akan dilupakan. Luqman al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya tentang kewajipan untuk berdamping dengan ulamak dan mafhumnya: wahai anakku, keatas dirimu untuk sentiasa berdamping dengan para ulamak, dan hendaklah kamu mendengar kata-kata orang yang bijaksana, sesungguhnya Allah s.w.t akan menghidupkan hati-hati yang mati dengan cahaya hikmah, sepertimana Dia menghidupkan tanah yang telah mati dengan hujan yang mencurah-curah.12 Oleh itu, ulamak merupakan satu golongan terpenting dalam sejarah pembangunan masyarakat manusia sama ada dari segi kerohanian atau pun kebendaan. Mereka adalah penggerak kepada kesedaran umat dan pengisi kepada pembangunan pemikiran, budaya dan akhlak umat islam. Kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Islam akan terjamin dan terserlah apabila wujud persefahaman antara ulama, penguasa dan masyarakat umat islam khususnya dalam membangunkan umat. 3. Tazkiah al-Nafs

11 12

Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban dan at-Tirmizi. Hadis Riwayat at-Tabrani.

10

Tazkiah al-Nafs adalah berasal dari perkataan arab yang membawa maksud penyucian jiwa. Apabila berbicara tentang perkara ini, ianya berkaitan dengan hati yang ada dalam diri setiap manusia. Yang menjadi perbezaan antara hati-hati manusia ini adalah samada baik atau jahat, keras atau lembut, bersih atau kotor. Disebabkan terdapatnya perbezaan inilah yang menjadikan setiap diri manusia terutama kepada umat Islam yang seharusnya mendambakan penyucian jiwa supaya berada dalam keadaan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda :

" "
Ingatlah bahawa didalam jasad itu terdapat seketul daging, jika sekiranya ia baik, baiklah keseluruhan jasadnya, dan jika sekiranya ia rosak, maka rosaklah keseluruhan jasadnya, ketahuilah bahawa ianya adalah hati.13 Daripada hadis diatas, jelaslah kepada kita bahawa didalam diri ini terdapatnya seketul daging yang dinamakan sebagai hati. Apabila baik hati ini, maka baiklah segala amalan perbuatan seseorang itu. Dan jika sekiranya terdapat sedikit kerosakan sahaja pada hatinya, maka akan terlihatlah pada diri seseorang itu akan amal perbuatannya yang rosak. Oleh kerana terdapatnya kerosakan pada hati ini, maka berlakulah segala jenis kerosakan yang berlaku berkaitan dengan diri seseorang sepertimana keruntuhan moral akhlak dikalangan manusia pada hari ini. Walaupun jika dilihat pada zahirnya hati ini adalah satu organ yang kecil, ianya boleh membawa satu implikasi yang besar kepada diri seseorang malahan boleh mempengaruhi diri orang lain untuk turut serta bersamanya. Disebabkan hati yang rosak, maka nafsu akan bermaharajalela dalam jiwa seseorang manusia. Segala jenis keseronokan duniawi akan dirasai dan dipenuhi demi kepuasan diri. Akibatnya hati menjadi semakin jauh dengan Allah. Disinilah perlunya tazkiah al-Nafs. Manusia ini sememangnya tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa kecuali orang yang telah Allah beri kelebihan masum kepadanya. Peranan tazkiah al-Nafs ini adalah untuk mengembalikan manusia kembali kepada fitrah semulajadi manusia yang bersih daripada segala jenis kotoran dan dosa ibarat kain putih yang masih belum dikotori. Tazkiah al-Nafs adalah merupakan penyucian jiwa daripada perbuatan syirik, kufur, akhlak tercela dan perbuatan hina. Disamping itu, ianya merupakan
13

al-Imam Yahya bin Syarifuddin al-Nawawi, Matan al-Arbaain al-Nawawiyyah (hadith 40), terjemahan: Aminah Abdullah Dahlan, Dewan Pustaka Fajar, 1985, hlm 28.

11

perkembangan pada kebaikan dan menjadikan rasa taqwa dalam jiwa serta menjadi jalan kearah perkara yang diredhai Allah. Firman Allah taala :

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwanya itu. Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mengotorkan jiwanya itu.14

4. Meletakkan diri dalam lingkungan persekitaran yang soleh Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkumi tradisi masyarakat, model tingkah laku, fesyen budaya dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia sememangnya mudah terpengaruh kepada persekitarannya. Persekitaran masyarakat ini terbahagi kepada dua. Ianya terdiri daripada :

Persekitaran mengikut acuan islam (solehah). Persekitaran mengikut budaya jahiliyyah (budaya barat atau asing).

Apa yang ingin dinyatakan disini ialah, di era globalisasi masa kini kebanyakannya telah dipengaruhi serta terpengaruh dengan ideologi barat yang lebih dikenali dengan sekularisme yang mana ideologi ini telah memisahkan peranan agama dalam kehidupan. Perkara ini telah mengakibatkan pelbagai budaya serta moral akhlak hanyalah demi memuaskan kepuasan nafsu duniawi semata-mata. Ini adalah kerana umat Islam telah dijajah bukan hanya dengan peperangan secara fizikal malahan umat Islam kini dijajah dengan pemikiran. Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan. Sepertimana firman Allah:

14

al-Quran, Al-Syams : ayat 9-10.

12

Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah, dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda kemurahan dan kekuasaan Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.15 Oleh kerana itu, menjadi suatu keperluan kepada manusia meletakkan diri mereka dalam persekitaran yang soleh mengikut acuan yang telah digariskan dalam syariat Islam supaya terbentuknya persekitaran yang aman damai serta harmoni.

5. Menyertakan ilmu dengan amalan Ilmu adalah pelita yang menerangi jiwa manusia untuk menempuh daripada kegelapan kejahilan menuju kepada cahaya pengetahuan. Gelojak jiwa yang bersemangat memperjuangkan kebenaran tidak akan menghasilkan sebarang natijah bermanfaat jika ianya tidak dipandu oleh ilmu yang mencukupi. Manakala penguasaan ilmu itu juga tidak memadai jika ia tidak disertai dengan amalan. Ini adalah kerana ilmu dan amal adalah dua perkara yang tidak boleh berpisah sama sekali.16 Keruntuhan akhlak atau dikenali dengan gejala sosial adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama. Insan yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam kehidupannya adalah insan yang tinggi akhlaknya. Menimba ilmu pengetahuan adalah menjadi kewajipan bagi setiap manusia agar supaya melahirkan golongan manusia yang bertamadun serta berakhlak dengan akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah fitrah semulajadi yang wujud dalam diri setiap manusia. Disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan dalam diri menyebabkan fitrah yang pada asalnya murni ini diheret kepada pelbagai keseronokan yang wujud didunia ini tanpa disedari keseronokan yang dirasai itu sebenarnya telah menjerat diri kepada jurang kebinasaan kerana kurangnya ilmu pengetahuan. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan, manusia sedikit sebanyak dapat menilai antara yang baik dengan buruk, antara benar dengan salah, dan
15 16

al-Quran, Al-Araf : ayat 58. 15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang, Dr. Azwira bin Abdul Aziz, Perniagaan Jahabersa, 2006, hlm 19.

13

sebagainya. Dengan ilmulah yang akan membawa manusia itu kearah peribadi akhlak yang mulia.

5.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia ini, Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyu-Nya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah s.a.w seterusnya disambung oleh para ulamak bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia. Sebagai mahkluk ciptaan Allah, dan beragama Islam, kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala sifat mahmudah dan sentiasa menjadikan akhlak Rasulullah s.a.w sebagai ikutan atau ikon utama bagi kita

mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang manusia yang bergelar guru pula, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab bagi mereka untuk mengajar anak-anak didik mereka tentang nilai dan akhlak yang baik dan mulia bagi membentuk masyarakat madani. 6.0 Rujukan 1. al-Imam Yahya bin Syarifuddin al-Nawawi, Matan al-Arbaain al-Nawawiyyah (hadith 40), terjemahan: Aminah Abdullah Dahlan, Dewan Pustaka Fajar, 1985.

14

2. Abdul Rosyad Siddiq, Ringaksan Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali, Akbar Media Eka Sarana, Jakarta Timur, cet 1, 2008. 3. Dr Akram Ridha, Akhlak Terpuji Kunci Ke Syurga, Unigenius Print Sdn Bhd, Selangor, cet.1, 2007. 4. 15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang, Dr. Azwira bin Abdul Aziz, Perniagaan Jahabersa, 2006. 5. Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia Kuala Lumpur, 1994.

6. http://hajisunaryo.co.nr