Anda di halaman 1dari 59

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.

PAPAR Jelaskan konsep tamadun dan huraikan bagaimana ahli-ahli arkeologi membuktikan wujudnya sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah- lembah utama di dunia. Pengenalan

Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok- kelompok masyarakat yang berselerak di merata- rata tempat , menunjukkan bentuk bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza . Semasa zaman neolitik terdapat perbezaan perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur- unsur kehidupan . Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap neolitik . Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih kompleks daripada perkampungan sebelumnya .

Isi A)Konsep Tamadun

Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad . Salah satunya takrifnya oleh Gordon Childe , seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya , tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian dari dan persekitarannya . Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan teknologi Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan timbul dengan munculnya golongan paderi / pendeta yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi. Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan bangunan - bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangka masa panjang . Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka

B).

Cara

ahli

arkeologi

membuktikan

kewujudan

tamadun

awal

manusia

1. Melalui kaedah cari gali

Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau ekskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak- tapak yang di kenal pasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah

DNPJ/am 2010

Page 1

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR cari gali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper , penapis , berus ,dan sebagainya . Melalui kaedah cari gali ahli arkeologi dapat menemui artifak-artifak seperti serpihan tembikar , tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi menentukan usia atau tempoh artifak sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arkeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau C14.

2. Penemuan arkeologi

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan tinggalan arkeologi . Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan di satu- satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifak , inskripsi dan monument. Artifak merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti serpihan tembikar , manik manik , fosil fosil , kapak batu dan lainlain . Inskripsi pula merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu seperti batu nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada tinggalan sejarah yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan sebagainya. Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifak dan monument purba seperti pyramid , kuil kuil , istana firaun , sphinx dan sebagainya

3. Penemuan sains dan teknologi

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun awal adalah melalui tinggalan tinggalan sains dan teknologi yang di capai oleh masyarakat lampau . Kebanyakan masyarakat lampau sudah menguasai ilmu Sains tinggi seperti dalam bidang kejuruteraan bangunan, perubatan , matematik , astronomi , fizik,kimia dan sebagainya Ini secara tidak langsung mereka berjaya menghasilkan ciptaan ciptaan sains dan teknologi untuk meningkatkan tamadun mereka yang kemudian menjadi lambang atau simbol kehebatan sesebuah tamadun Misalnya Orang Mesir terkenal dalam kimia , perubatan , kejuruteraan dan astronomi yang membolehkan ahli sejarah menemui tinggalan seperti pyramid , sphinx dan mumia. Tamadun Hwang Ho dibuktikan melalui penemuan sains dan teknologi seperti tinggalan bangunan purba , kertas , jade , kompas dan sebagainya.

4. Penemuan tapak tapak kota atau bandar purba

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tapaktapak kota atau bandar purba yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan . Antaranya seperti Istana , rumah ibadat , kubu pertahanan , bangunan pentadbiran , tugu peringatan dan sebagainya .Tapak- tapak kota ini adalah berbentuk monument

DNPJ/am 2010

Page 2

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR yang lengkap. Bahkan penemuan ini, mengikut ahli arkeologi sebagai lambang keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir , Sumeria , Indus dan lain lain Contohnya arkeologi menemui tapak kota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm. Tamadun Sumeria melalui tapak kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

5. Sistem tulisan

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan , istana ,kuil , surat perjanjian dan sebagainya. Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan manifestasi sesuatu bangsa. Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol simbol atau lambang yang di cantumkan menjadi maksud tertentu .Antaranya tulisan yang terawal seperti hieroglif (Mesir) Cuneiform ( Sumeria) Ideogram(Hwang Ho) Phoenicia (Yunani) dan sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu- batu bersurat , tugu peringatan , rumah rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya . Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai Rosetta Inscription dan tulisan- tulisan yang terdapat pada dinding pyramid.

6. Aktiviti Ekonomi

Ahli arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan-tinggalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba .Antaranya melalui sistem pertanian , perdagangan, mata wang , pengangkutan dan sebagainya Contohnya tamadun Sumeria sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata , kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali chariot , penggunaan kapal layar dan lain- lain. Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifak yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wang syiling emas dan perak dan sebagainya.

7. Agama dan Kepercayaan

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini kerana setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing -masing . Biasanya mereka juga akan meninggalkan kesan -kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun mereka .Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil , berhala , patung dewa atau tuhan , tempat pemujaan dan penyembahan , alat- alat penyembahan dan sebagainya . Kebanyakan bukti- bukti dijadikan bahan rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup , nilai sosial , adapt dan sebagainya. Contohnya Tamadun Sumeria dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai ziggurat yang merupakan bangunan berbentuk pIramid tujuh tingkat , tamadun Mesir melalui penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kernak dan Memphis dan sebagainya.

DNPJ/am 2010

Page 3

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik Pendahuluan 1. Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. 2. Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara , di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu. Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. 3. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates. Isi-isi ( 5 isi x 4 markah = 20 markah ) 1 Tempat Tinggal / Petempatan Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah )

DNPJ/am 2010

Page 4

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR Neolitik Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada rantingranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor ) 2. Kegiatan Ekonomi Utama Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri. Neolitik Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru 3. Teknologi peralatan Paleolitik Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alatalat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif.

DNPJ/am 2010

Page 5

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR Neolitik Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat. 4. Organisasi sosial Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas. Neolitik Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang tellah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan. 5. Agama dan kepercayaan Paleolitik Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini. Neolitik Manakala agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan DNPJ/am 2010

Page 6

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme. 6. Kesenian / kebudayaan Paleolitik Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak idealisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri. Neolitik Kesenian zaman Neolitik adalah berbeza sekali dengan zaman Paleolitik. Ini dapat dibuktikan dengan kesenian pada zaman Neolitik yang bercorak simbolisme serta mempunyai unsurunsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan satu gejala baru yang memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran konseptual. 7 Corak hidup Paleolitik Masyarakat Paleolitik mengamalkan corak hidup nomad atau berpindah randah. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi melalui aktiviti memburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan secara berkumpulan. Oleh kerana mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki harta. Sebagai buktinya, mereka hanya tinggal di gua-gua dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber alam sekitar Neolitik Perubahan yang ketara dalam aspek corak hidup telah mula berlaku pada zaman Neolitik. Kesan daripada perkembangan revolusi pertanian, masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan

DNPJ/am 2010

Page 7

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR makanan mereka tidak terputus. Bagi memastikan keselamatan mereka, mereka sudah mula mencipta senjata-senjata seperti kapak dan pisau untuk mempertahankan diri. Perkembangan yang amat ketara dalam corak hidup mereka ialah mereka mula tinggal di rumah-rumah yang mereka bina daripada tanah liat di lembah-lembah sungai dan golongan wanita terutamanya, mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan. 8. Pengkhususan pekerjaan Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal. Neolitik Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian. 9. Institusi Politik Paleolitik Tidak wujud institusi politik pada zaman Paleolitik. Neolitik Kemajuan dalam bidang pertanian telah menyebabkan munculnya institusi politik kerana sistem pentadbiran yang teratur bagi mengawasi kerja-kerja pembinaan empangan, terusan atau tali air. Dalam hal ini, ketua-ketua dilantik untuk mengarahkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan dan tali air di samping berperanan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pertanian dan pertikaian mengenai hak milik tanah. Perkembangan inimenyebabkan mula munculnya sistem pentadbiran yang bertujuan untuk menyelesaikan hak-hak masyarakat yang semakin kompleks, menjamin pengagihan yang lebih seimbang dan mewujudkan kawalan dan keselamatan sosial dari ancaman musuh Kesimpulan Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula DNPJ/am 2010

Page 8

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar kepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.

DNPJ/am 2010

Page 9

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR Huraikan kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal. PENDAHULUAN 1. Latar belakang zaman prasejarah

Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.

2. Latar belakang zaman Neolitik


Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru. Wujud kira-kira 7000 S.M 3500 S.M Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia.

3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia. ISI: Kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal. 1. Asas Penemuan Kemajuan Sains dan Teknologi

Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng. Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia. Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia Contoh ; penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Kesan penggunaan alat-alat ini telah meningkatkan hasil pertanian. Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. Contoh, perdagangan antara Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus.

2. Pembentukkan Revolusi Pertanian


Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka. Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini sebenarnya telahpun bermula pada zaman neolitik. Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan. Page 10

DNPJ/am 2010

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR


Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan. Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revulusi urban atau perbandaran. Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis dan Dhilkah dan Thebes

3. Mewujudkan Proses Urbanisasi/Perbandaran.

Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia. Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal. Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan menternak haiwan serta membina tamadun. Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota.

4. Mewujudkan Sistem Kepercayaan dan Agama


Kepercayaan manusia neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun. Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri berugama. Walaupun masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar, namun dari kepercayaan inilah yang akhirnya telah melahirkan kepercayaan beberapa kepercayaan lain dalam masyarakat bertamadun. Pada zaman Neolitik, manusia mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib mereka. Mereka percaya kepada semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta. Manusia boleh menerima hukum alam. Contoh ; banjir. Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi. Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka. Jika tidak disembah,dewa-dewi akan membawa malapetaka seperti banjir, dan kemarau. Contoh; tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga Contoh; dalam tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.

5. Pembentukkan Pengkhususan kerja

Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum lelaki kepada aktiviti memburu dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar dll) sementara kaum wanita bercucuk tanam. Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada aktiviti perdagangan. Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik.

DNPJ/am 2010

Page 11

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar. Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun. Contoh; tamadun China

6. Mewujudkan Organisasi Sosial


Organisasi sosial / institusi kekeluargaan dalam masyarakat Neolitik membawa kepada kewujudan corak politik yang mudah. Pada zaman Neolitik, wujud ketua kampung yang menyelesaikan sebarang ertikaian berkaitan dengan pertanan atau hak milik tanah. Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun. Struktur dan organisasi masayarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas. Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir. Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat. Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda Contoh ; tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hamumurabi

7. Mewujudkan Aktiviti Kesenian dan Sistem Tulisan


Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan. Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku. Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara. Contoh: tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil. Contoh: tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

Kesimpulan

Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik. Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah.

DNPJ/am 2010

Page 12

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Bincangkan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia.


Pengenalan (3 m)

1. Konsep tamadun secara umum.

Definisi

Prof. M.A.J Beg: Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, undang2 dan politik. Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lampau) Antara ciri utama tamadun Mesopotamia; kewujudan negara kota tugu-tugu peringatan agama sistem agama

Ciri-ciri tamadun :

Petempatan kekal Pembandaran Organisasi sosial Kepercayaan dan agama Sains dan teknologi Bahasa dan sistem tulisan 2. Tamadun-tamadun awal

Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil. Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus. Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho

DNPJ/am 2010

Page 13

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Isi Penting (7 isi X 3 markah = 21 markah) Perkembangan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun manusia 1. Teknologi dalam aktiviti pertanian Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar. Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah. Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja pertanian. Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar. Kincir air mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian. 2. Teknologi dalam sistem ketahanan dan pertahanan Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. 3. Teknologi dalam kemudahan asas Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur sperti longkang dan sistem pembuangan air. Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat. Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus.

DNPJ/am 2010

Page 14

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Binaan yang paling unik ialah kolam mandi great bath. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut. Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen. Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut. Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula. Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada zaman tamadun awal. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar. Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama. 4. Teknologi dalam petempatan Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas. Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat. Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut dibina. Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih. Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi. Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi. Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama.

DNPJ/am 2010

Page 15

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik. 5. Teknologi dalam aktiviti keagamaan Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). 6. Teknologi dalam aktiviti pengangkutan dan pelayaran Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar.

Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.

Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan. Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran. 7. Teknologi dalam sistem perbandaran Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar.

DNPJ/am 2010

Page 16

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar. Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang. Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan. 8. Teknologi dalam bidang Intelektual Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai. Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.

DNPJ/am 2010

Page 17

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. 9. Teknologi dalam penciptaan peralatan Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta. Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan. Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir. Mereka telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk. Kesimpulan (1 markah) Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin berkembang pesat.

DNPJ/am 2010

Page 18

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

PENGENALAN (3 markah)

1. Konsep Prasejarah

Definisi oleh Frank Hole dan Robert F. Heizer dalam karya bertajuk Prehistoric Archeology ; prasejarah sebagai sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan ( sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod bertulis) Bukti-bukti prasejarah diperoleh melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahliahli arkeologi. Tempoh prasejarah bermula dan berakhir pada jangka masa yang berlainan antara satu benua dengan benua yang lain. Contoh prasejarah bermula :

~ Di Afrika bermula 2 juta tahun yang lampau ~ Di Asia bermula sejuta tahun dahulu ~ Di Rusia bermua setengah juta tahun ~ Di Australia bermula 40 000 tahun dahulu

Contoh prasejarah berakhir:

~ Di Iraq lebih kurang 3400 S.M. ~ Di Yunani sekitar 1000 hingga 600 S.M. ~ Di Itali beberapa abad kemudian

Tahap perkembangan manusia dibahagikan kepada 2 zaman iaitu ;

a. Zaman Batu b. Zaman Logam

Zaman Batu dikenali juga sebagai zaman prasejarah. Zaman Batu meliputi 95% daripada sejarah kewujudan manusia bermula dari 500 000 tahun dahulu dan berlanjutan hingga lebih kurang 5000 S.M. Zaman Batu dibahagi kepada 3 peringkat iaitu;

i. Zaman Batu Lama (Paleolitik)

DNPJ/am 2010

Page 19

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

ii. Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) iii. Zaman Batu Baru ( Neolitik)

Zaman Logam merupakan zaman sejarah yang berasaskan kepada rekod-rekod bertulis.

Isi Penting (5 isi X 4 markah) Perbandingan Ciri-Ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik 1. Aspek Alat Zaman Paleolitik: Alat batu digunakan sebagai senjata @ barang perhiasan Alat batu yang digunakan adalah besar dan dari segi pembuatannya. Hanya satu bahagian alat ditajamkan untuk tujuan memotong Alat-alat batu dipegang dgn tangan yang dikenali sebagai kapak tangan (fist hatcher) Kapak tangan digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai gergaji, pisau dan kapak. Terdapat juga alat-alat lain yang diperbuat daripada tulang, tanduk dan gading gajah Contoh; jarum diperbuat daripada tulang, kail ikan , lembing dan anak panah. Zaman Neolitik: Pembuatan peralatannya lebih kompleks dan halus Tembikar, penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajari Alat-alat baru dibuat dengan sempurna dan digunakan untuk pertanian Contoh; tenggala ; untuk memudahkan kerja-kerja membajak sawah, roda; kereta kuda dan lembu digunakan untuk angkut hasil pertanian, alat-alat tembikar: untuk simpan wain, bijirin dan minyak, alat-alat batu: sabit, mortar dan anak lesung Barang-barang perhiasan berupa gelang dipakai untuk mengelakkan nasib buruk

DNPJ/am 2010

Page 20

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Rakit dan perahu juga dicipta. Ini mendorong masyarakat meneroka kawasankawasan baru bagi tujuan pertanian dan ternak binatang 2. Aspek Kegiatan Ekonomi Zaman Paleolitik Mereka bergantung kepada aktiviti seperti menangkap ikan, memburu binatang dan mengumpulkan hasil hutan dan buah-buahan. Mereka tidak tahu menternak binatang dan bercucuk tanam. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan bergantung kepada alam sekeliling / sekitar sebagai sumber makanan mereka Zaman Neolitik: Menyaksikan suatu perubahan yang disifatkan sebagai revolusi pertanian Mereka menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan binatang. Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber-sumber alam semulajadi. Mereka menanam tanaman makanan (biji-bijirin). Ini berlaku kerana perubahan persekitaran dan iklim berikutan dengan tamatnya zaman air batu. Mereka menanam tanaman seperti gandum, barli, padi jagung dll. Mereka menternak kambing, biri-biri,khinzir dan kambing. Perkembangan ini mewujudkan kehidupan yang lebih stabil dan selamat. Mereka juga menggunakan terusan tali air untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian Kesannya hasil pengeluaran meningkat Hasil yang berlebihan menyebabkan wujudnya perdagangan 3. Aspek Tempat Kediaman Zaman Paleolitik Mereka tinggal di dalam gua, persisiran pantai dan tepi sungai

DNPJ/am 2010

Page 21

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Tujuannya untuk melindungi mereka daripada segala ancaman musuh seperti binatang liar. Mereka sering berpindah-randah (nomad) dalam kumpulan kecil dan tiada pengkhususan kerja Zaman Neolitik: Kehidupan secara menetap dan membina perkampungan Mereka tidak lagi berpindah randah kerana dapat bergantung kepada bekalan yang dihasilkan di sekitar petempatan mereka Mereka membina rumah yang dibina drpd tanah liat Didirikan di kawasan yang terletak berhampiran dengan sumber air (sungai) yang diperlukan untuk pertanian dan ternakan Apabila penduduk bertambah, kampung-kampung turut berkembang dan menjadi bandar Contoh; petempatan Jericho; penduduknya bertambah menjadi 2000 orang dan menjalankan kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang. Mereka mempunyai tempat kediaman tetap dan kawal pengeluaran makanan sendiri. 4. Aspek Organisasi Sosial Zaman Paleolitik Mereka hidup dalam kelompok kecil Mereka mempunyai struktur sosial yang lebih teratur. Penemuan tulang-tulang menunjukkan bahawa mereka memburu dalam kumpulan dan hasil buruan dikongsi bersama Zaman Neolitik: Mempunyai organisasi sosial yang tersusun kehidupan yang bertambah kompleks. Wujudnya golongan pemerintah dan golongan yang diperintah Terdapat pemimpin, pahlawan, golongan paderi/pendeta sebagai golongan yang berkuasa.

DNPJ/am 2010

Page 22

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Majoriti masyarakat yang tidak mempunyai alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut kepada golongan tersebut. 5. Aspek Agama dan Kepercayaan Zaman Paleolitik Amalan ritual dipraktikkan semasa upacara pengebumian Penemuan barang-barang pengebumian menunjukkan bahawa wujud kepercayaan terhadap kehidupan selepas mati. Mereka juga mempunyai kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib Ini jelas daripada upacara ritual yang diamalkan semasa pengebumian seperti: i. beri penghormatan kepada si mati dengan melukis dan mewarnakan mayat ii. meletakkan kedua-dua tangan di atas dada iii. menyertakan barang-barang berharga seperti subang, rantai dan alatalat lain seperti senjata di dalam kubur menyertakan barang-barang berharga seperti subang, rantai dan alat-alat lain spt senjata di dalam kubur Amalan magis juga dipraktikkan. Tujuannya untuk menambahkan bekalan sumber makanan Amalan ini jelas drpd lukisan-lukisan yang terdapat di dalam gua. Imej binatang seperti rusa, bison dan gajah yang ditembusi oleh anak panah @ lembing pada badannya Semasa melukis mereka membaca jampi mentera Tujuannya untuk memastikan mereka mendapat hasil buruan yang lebih banyak. Zaman Neolitik Sistem agamanya lebih kompleks

DNPJ/am 2010

Page 23

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Mereka mempercayai kuasa luar biasa dan penyembahan dewa dan dewi Masyarakat bergantung kepada fenomena alam seperti hujan, peredaran musim dan kesuburan tanaman pertanian dan penternakan binatang Untuk tujuan tersebut, pelbagai upacara ritual dan amalan korban dijalankan Contoh; tarian masyarakat Indian di Amerika. Mereka menari dan melakonkan gerakgeri binatang yang menjadi sumber makanan mereka Tujuan mereka berbuat demikian ialah menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan mengelakkan spisies tersebut daripada pupus. 6. Aspek Kesenian Zaman Paleolitik Diilhamkan oleh benda-benda yang mereka nampak Meliputi lukisan , ukiran dan mural Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar-gambar binatang Mereka mempunyai kemahiran dalam melukis pergerakan sesuatu objek. Sebahagian daripada mural/lukisan mereka terdiri daripada gambar binatang yang berlari, melompat, meragut dsb Pergerakan binatang ini ditonjolkan dengan melukis garisan-garisan tambahan Kesenian merupakan amalan magis yang betujuan menambahkan hasil perburuan Zaman Neolitik Berasaskan simbolisme. Ini ditunjukkan dalam tembikar-tembikar. Permukaan tembikar dihias /diukir dengan pola-pola geometrik dan simbolik. 7. Aspek Lebihan Hasil / Surplus Zaman Paleolitik Tiada lebihan hasil

DNPJ/am 2010

Page 24

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai bercucuk tanam Mereka bergantung kepada alam sekeliling/ sekitar sebagai sumber makanan mereka Zaman Neolitik Lebihan hasil bermula apabila manusia mula menggunakan alat dalam aktiviti pertanian seperti tajak, roda. Penggunaan alat-alat pertanian membolehkan hasil pertanian ditingkatkan. Lebihan hasil seperti bijirin yg lebih dijual untuk mendapatkan komoditi-komoditi yang lain seperti batu permata dan logam Perkembangan perdagangan menyebabkan berlaku interaksi antara masyarakat Neolitik yang menggalakkan pertukaran idea dan teknologi baru. Maka wujud sistem pertukaran barangan utk memenuhi keperluan ekonomi 8. Aspek Pengkhususan Kerja Zaman Paleolitik Tiada pengkhususan kerja. Hal ini kerana mereka sering berpindah randah dan bergantung kepada alam sekeliling. Zaman Neolitik Lebihan hasil menyebabkan berlakunya pengkhususan dalam pekerjaan dan menggalakkan kegiatan perdagangan berdasarkan sistem barter. Selain golongan petani, wujud golongan artisan dan tukang-tukang kraf yang mahir Golongan ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja membuat alat-alat batu baru seperti sabit, mortar dan anak lesung. Wujudnya perbezaan peranan lelaki dan wanita. Golongan lelaki melakukan kerja yang lebih berat berbanding wanita. Golongan lelaki menggunakan tenggala ketika aktiviti pertanian manakala golongan wanita menggunakan cangkul.

DNPJ/am 2010

Page 25

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Tukang mahir membuat alat-alat tembikar untuk menyimpan bijirin, wain dan minyak
KESIMPULAN (2 markah)

1. Masyarakat zaman Neolitik lebih maju dan lebih bertamadun jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik dan Mesolitik. Nota: Jawapan mesti ada unsur perbandingan. Jika tiada perbandingan, markah maksimum 8 markah.

DNPJ/am 2010

Page 26

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Bincangkan pencapaian sains dan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia.
Pengenalan (3 m) 1. Konsep tamadun secara umum.

Definisi - Prof. M.A.J Beg: Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, undang2 dan politik Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lampau) Antara ciri utama tamadun Mesopotamia; kewujudan negara kota tugu-tugu peringatan agama sistem agama

Ciri-ciri tamadun : Petempatan kekal Pembandaran Organisasi sosial Kepercayaan dan agama Sains dan teknologi Bahasa dan sistem tulisan

2. Tamadun-tamadun awal
Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil. Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus. Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho

DNPJ/am 2010

Page 27

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR Isi Penting (7 isi X 3 markah = 21 markah) Pencapaian Sains dan Teknologi dalam perkembangan tamadun manusia

1. Aktiviti pertanian

Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar.Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah. Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja pertanian.Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar. Kincir air mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.

2. Sistem ketahanan dan pertahanan


Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dan karbon Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.

3. Kemudahan asas

Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur seperti longkang dan sistem pembuangan air. Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat. Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus. Binaan yang paling unik ialah kolam mandi great bath.Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut. Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen. Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut. Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula. Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada zaman tamadun awal. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar. Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama. Page 28

DNPJ/am 2010

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

4. Petempatan

Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas. Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat. Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut dibina. Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih. Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi. Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi. Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama. Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik.

5. Aktiviti keagamaan

Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).

6. Aktiviti pengangkutan dan pelayara


Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan. Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

DNPJ/am 2010

Page 29

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

7. Sistem perbandaran

Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar. Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang. Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.

8. Intelektual

Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan Matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai. Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan. Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina.

DNPJ/am 2010

Page 30

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

9. Peralatan

Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta. Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan. Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir. Mereka telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk.

Kesimpulan (1 markah)

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin berkembang pesat.

DNPJ/am 2010

Page 31

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Huraikan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan masyarakat dari zaman prasejarah. Pengenalan: Masyarakat zaman prasejarah banyak diperngaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka. Hubungan manusia dengan alam sekitar dan cara manusia mentafsir hubungan tersebut dan membuat beberapa pengubahsuaian dalam hubungan tersebut, merupakan langkah awal pembentukan tamadun manusia. Zaman prasejarah ialah zaman sebelum wujudnya rekod bertulis tentang kehidupan manusia. Terbahagi dua iaitu zaman prasejarah akhir yang terdiri daripada Zaman Paleolitik (kira-kira 500,000 SM 10,000 SM) dan Zaman Mesolitik (kira-kira 10,000 SM 7000 SM). Zaman prasejarah akhir dikenali sabgai Zaman Neolitik (kira-kira 7000 SM hingga 3500 SM). Zaman Paleolitik dikenali sebagai Zaman Batu Lama, Zaman Mesolitik disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan, dan Zaman Neolitik dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Perkembangan tamadun masyarakat prasejarah berkembang di seluruh dunia walau bagaimanapun tahap perkembangan tamadun ini adalah berbeza-beza. Isi Pengaruh Alam Sekitar 1. Pemilihan Tempat Tinggal/Petempatan Paleolitik pilih gua, lubang bawah tanah, ranting yang ditutup dengan rumput / daun, supaya dapat berlindung daripada binatang buas, musuh, dan kesejukan. Neolitik - pilih lembah sungai, dataran tanah pamah dan persisiran pantai untuk dapat bekalan air, kesuburan tanaman, tangkap ikan, kemudahan perhubungan & pengangkutan. 2. Agama & kepercayaan Paleolitik - Alam dipercayai ada kuasa luar biasa mengancam keselesaan dan kehidupan. Neolitik mengharapkan hasil pertanian - upacara ritual pemujaan dan korban membuktikan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan alam sekitar (cara mereka berdamai dengan alam sekitar agar alam sekitar tidak mengamuk ). 3. Peralatan

DNPJ/am 2010

Page 32

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Paleolitik mengunakan peralatan yang mudah dan ringkas. Mementingkan fungsi alatan. Membuat baju daripada kulit binatang kerana suhu yang sejuk. Neolitik menggunakan peralatan lebih kurang sama tapi halus dan kemas kerana dibuat daripada batu gua dan batu kapur. Peralatan mudah diperolehi kerana mereka tinggal di tepi sungai. Mereka mencipta roda dan kapal layar, cipta cangkul, tajak dan kapak (pertanian). Persekitaran mencabar manusia mencipta peralatan tersebut. 4. Kegiatan Ekonomi Paleolitik bergantung kepada alam sekitar untuk mendapat makanan dengan cara berburu dan memungut hasil hutan. Alam sekitar mempengaruhi mereka. Neolitik Pertanian dan penternakan giat dijalankan kerana kawasan delta yang subur.Berlaku revolusi pertanian. Berlaku surplus iaitu lebihan hasil yang menyebabkan berlaku aktiviti perdagangan .Sungai sebagai medium perhubungan membolehkan perdagangan secara tukar barang/barter dijalaankan. Mereka telah cuba mempengaruhi alam sekitar.Jelaslah alam sekitar mempengaruhi kegiatan ekonomi prasejarah. 5. Gaya Hidup Paleolitik Kehidupan simple . Mereka berpindah randah (nomad) untuk mencari makanan dan kawasan selamat.Tidak memiliki harta. Hidup dalam kumpulan kecil dan tiada oganisasi. Neolitik Kehidupan lebih kompleks. Hidup dalam kumpulan besar dan ada organisasi mudah. Mula melantik ketua. Melakukan aktiviti yang sesuai di tempat tinggal mereka secara bekerja sama dan mula melakukan pengkhususan kerja. Kesimpulan: Penguasaan terhadap alam sekitar berlaku secara kebetulan tanpa perancangan rapi. Wujud proses saling melengkapi antara manusia dan alam sekitar, telah banyak membantu penguasaan manusia teknologi ciptaannya terhadap alam sekitar dan ini bererti meningkatnya tamadun manusia.

DNPJ/am 2010

Page 33

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

APAKAH ITU TAMADUN OBJEKTIF Di akhir unit ini anda akan: 1. mengetahui pentakrifan tamadun secara menyeluruh 2. mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam pembentukan sesebuah tamadun 3. mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan dan keruntuhan tamadun

KERANGKA 1. 2. 3. 4. 5. Definisi tamadun Elemen-elemen asas pembentukan tamadun Ciri-ciri tamadun yang utama Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun Kesimpulan

1. DEFINISI TAMADUN

Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Berpunca dari kata kerja maddana yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku. Juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan madinah yang bermaksud bandar dan juga madani iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku. Kesimpulannya, istilah tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

2. ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN


Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik. Hayat penghidupan stabil yang panjang. Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik.

DNPJ/am 2010

Page 34

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Adanya satu bahasa atau bebarapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya. Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak tanduk anggota masyarakatnya. Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan lain-lain juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.

3. CIRI-CIRI TAMADUN

Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung). Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama : i. tamadun materialistik ii. tamadun intelektual iii. tamadun mistik iv. tamadun berasaskan wahyu

Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu; a) pencapaian fizikal ; boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan. b) pencapaian intelektual ; boleh diliaht dari segi penemuan fikiran yang baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.

4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun adalah seperti berikut;

1. Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh; kemunculan Tamadun China di Page 35

DNPJ/am 2010

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka. 2. Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun. Kemunculan Tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna. 3. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya; Plato dan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun China, Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam. 4. Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling tenaga untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. 5. Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.

Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor berikut; Page 36

DNPJ/am 2010

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR 1. Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan kaya. 2. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan. 3. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin. 4. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Tamadun Islam Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial. 5. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran. Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi. 5. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban. Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun, Nyozaken Hasegawa;

without contact, fusion, inheritence and transmission of various different cultures, civilization would undergo no development.

DNPJ/am 2010

Page 37

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

SOALAN PEMAHAMAN 1. Apakah maknanya tamadun dan bagaimanakah dapat kita mengenali sesuatu tamadun? 2. Mengapakah sesetengah tamadun dapat berkembang dengan pesat, manakala tamadun yang lain runtuh dan musnah? RUJUKAN Ibn Khaldun, 1995. Mukadimah (Terjemahan DBP), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abul Hassan Ali Nadwi, 1980. Religion and Civilization, Lucknow: Academy of Islamic Research and Publications.
Schweitzer, A., 1955. Civilization and Ethics, London: Adams & Charles Black.

DNPJ/am 2010

Page 38

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Ketamadunan Barat dan ciri-ciri Ketamadunan Islam


Pengenalan Tamadun dari perspektif Barat dikatakan bermula dengan kelahiran bandar-bandar. Hal ini adalah merujuk kepada perkataan civilization berasal daripada perkataan Latin yang berkaitan dengan city atau civitas yang bermaksud bandar atau kota. Kelahiran tamadun awal manusia dikatakan bermula apabila manusia tinggal menetap dengan membina perkampungan. Perkampungan berkembang menjadi bandar-bandar dan dari sinilah manusia mencipta sistem tulisan, mencipta teknologi, mempercayai agama dan sebagainya.

Manakala dari perspektif Islam pula tamadun dikaitkan dengan beberapa perkataan Arab. Seperti tamadun, hadara dan umran. Ibn Khaldun melalui bukunya al-muqaddimah menggunakan perkataan umran yang bererti kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun menghuraikan maksud tamadun sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehiduapan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Ciri-Ciri Ketamadunan Barat Hidup menetap membawa kepada kelahiran bandar dan seterusnya negara. Menurut Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History, tamadun adalah jenis kebudayaan yang terdapat di bandar-bandar. Bandar menjadi pusat industri, pentadbiran, perdagangan dan perkhidmatan. Tamadun-tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir, Yunani dan lain-lain lahir akibat perkembangan bandar-bandar. Sistem tulisan mula dicipta dalam memenuhi keperluan kehidupan seperti untuk merekod sesuatu dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Penggunaan sistem tulisan telah menggalakkan aktiviti keilmuan, ekonomi dan pentadbiran.

Organisasi sosial lahir apabila manusia hidup bermasyarakat bagi memenuhi keperluan hidup. Mereka terpaksa bergantung di antara satu sama lain. Pada umumnya raja menduduki tangga teratas diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan, Seterusnya diikuti rakyat biasa yang bebas seperti petani dan artisan. Golongan yang paling bawah ialah hamba abdi.

Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Dalam tamadun awal agama berkaitan dengan sistem pemerintahan iaitu raja dianggap mendapat mandat dan restu dari tuhan atau dewa-dewa untuk memerintah. Jenis kepercayaan pada zaman tamadun awal adalah berbentuk politeisme atau mempercayai banyak tuhan. Unsur-unsur alam sekitar disembah untuk mengelakkan malapetaka. Pengkhususan pekerjaan melambangkan pekerjaan yang khusus dalam sesuatu masyarakat yang bertamadun. Masyarakat dibahagikan kepada petani, buruh, tentera, hamda, artisan dan DNPJ/am 2010 Page 39

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR sebagainya dalam menyediakan keperluan hidup masyarakat. Sesetengah masyarakat menjadikan pekerjaan sebagai hak warisan dan dengan itu tidak berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat tersebut. Sains dan teknologi muncul dari penemuan-penemuan baru seperti penciptaan kalendar, roda, alat menyukat, pembinaan bangunan, jalan raya, terusan dan lain-lain. Kemajuan sains dan teknologi menjadi ukuran dalam menentukan bangsa-bangsa yang bertamadun seperti tamadun Mesir yang terkenal dalam teknologi pembinaan, tamadun Mesopotamia dalam bidang astronomi dan pembinaan terusan dan lain-lain Ciri-ciri Ketamadunan Islam Tamadun Islam juga mengaitkan kota atau bandar sebagai tempat bermulanya tamadun. Rasulullah s.a.w sendiri menjadikan kota Madinah sebagai tempat bermulanya perkembangan tamadun Islam. Khalifah-khalifah yang memerintah selepas itu juga telah mendirikan kota-kota di seluruh negara Islam. Antaranya Kufah, Baghdad, Basrah, Fustat dan Qairawan. Penggunaan tulisan adalah salah satu ciri penting tamadun Islam. Ia mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam, seterusnya mempergiatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan manusia. Ilmu pengetahuan pula merupakan asas utama dalam tamadun Islam. Wahyu pertama bermula dengan perkataan iqra atau bacalah menggambarkan agama Islam menggalakkan umatnya supaya mementingkan ilmu pengetahuan termasuklah membaca dan menulis. Dari ilmu pengetahuanlah sesuatu masyarakat manusia itu akan berkembang maju dan hidup secara bertatasusila. Keadilan amat penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Adil dari sudut pandangan Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Golongan yang lemah seperti golongan miskin dalam masyarakat Islam perlu diberi bantuan dan perhatian supaya mereka dapat hidup seperti anggota masyarakat yang lain. Golongan hamba pula diberi layanan yang baik dan digalakkan untuk diberi kebebasan. Islam juga lebih menekankan persamaan taraf antara sesama manusia. Aqidah yang benar iaitu mempercayai Allah yang Maha Esa dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dianggap ciri utama manusia yang bertamadun. Tanpa aqidah yang benar manusia hidup dalam kesesatan seperti masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Islam terdiri daripada berbilang bangsa telah membentuk sebuah masyarakat yang memainkan pelbagai peranan. Perbezaan peranan ini telah melahirkan pembahagian kerja dan seterusnya mewujudkan suatu bentuk ekonomi bandar. Islam mewajibkan setiap individu dalam masyarakat menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka dikehendaki sentiasa membaiki kerja mereka serta bekerjasama dengan orang lain demi kepentingan masyarakat. Setiap individu bebas memilih peranan mereka sebagai anggota masyarakat dan dengan itu berlaku mobiliti sosial kerana mereka tidak terikat dengan pekerjaan warisan seperti dalam kebanyakan tamadun yang terdahulu.

DNPJ/am 2010

Page 40

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang paling cemerlang dalam bidang sains dan teknologi. Islam telah melahirkan ramai tokoh intelektual yang mngemukakan banyak penemuan baru. Antaranya seperti al-Biruni, al-Kindi dan Ibn Sina. Di samping menggalakkan perkembangan sains dan teknologi, Islam tidak mengabaikan aspek-aspek akhlak. Akhlak yang mulia merupakan amalan hidup manusia yang bertamadun. Bagi agama Islam masyarakat yang tidak berakhlak tidak dianggap bertamadun walaupun mereka maju dalam aspek kehidupan yang lain. Nabi Muhammad s.a.w diutuskan ke dunia bertujuan untuk menyempurnakan akhlak manusia yang rosak pada zaman jahiliah.

Huraikan ciri-ciri utama kebudayaan Paleolitik dan Neolitik Pendahuluan :

Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara, di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu. Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai

DNPJ/am 2010

Page 41

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates. Isi-isi : Petempatan : Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada rantingranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah )

Neolitik :

Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor )

Kegiatan Ekonomi Utama : Paleolitik : Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri. Neolitik : Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter.
DNPJ/am 2010 Page 42

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru Peralatan : Paleolitik : Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap peralatan masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif. Neolitik : Berbeza dengan peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat. Hidup berkelompok : Paleolitik : Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas. Neolitik : Pada zaman Neolitik yang telah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan
DNPJ/am 2010 Page 43

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan. Agama dan kepercayaan : Paleolitik : Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini. Neolitik : agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme. Kesenian / kebudayaan Paleolitik : Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak realisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambargambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri. Neolitik : Kesenian pada zaman Neolitik lebih bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan satu gejala baru yang
DNPJ/am 2010 Page 44

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran konseptual. Corak hidup : Paleolitik : Pada zaman ini masyarak Paleolitik berpakai yang ringkas dengan menggunakan kulit-kulit kayu dan binatang. Mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki harta. Neolitik : Masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan mereka tidak terputus. Masyarakat ketika ini sudah memiliki pakaian yang lengkap. Golongan wanita mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan. Pembahagian kerja mengikut gender : Paleolitik : Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja mengikut gender. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal. Neolitik Masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja menikut gender. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian. Peningkatan tahap pemikiran pada zaman Neolitik Berlakunya peningkatan pemikiran konseptual dikalangan masyarakat Neolitik

DNPJ/am 2010

Page 45

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Kesimpulan : Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar kepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.

Huraikan bagaimana ahli arkeologi membezakan corak kehidupan manusia dan masyarakat pada zaman Paleolitik dan Neolitik. Pengenalan :

Maksud Paleolitik merujuk kepada zaman batu awal yang wujud kira-kira 500,000 hingga 10,000 sm. Kehidupan mereka dapat dikesan dengan penemuan arkeologi seperti fosil, artifak, peralatan batu. Antara manusia Paleolitik yang dikesan ialah Neanderthal, Java Men dan Peking Man. Neolitik pula merujuk kepada zaman batu baru atau zaman batu akhir yang wujud kirakira pada 10,000 hingga 3,000 tahun sm. Ciri kehidupan mereka telah maju dan menunjukkan tahap pemikiran kreatif dan inovatif. Tokoh ahli arkeologi seperti Gordon Chile dan Leonard Woolley, Redfield dan ramai lagi. Ahli kaji purba telah mengenal pasti beberapa tapak pra-sejarah di benua Afrika (kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan Kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan) Eropah Barat( Perancis dan Sepanyol Utara), Asia( Choukoutien, China Utara Pihecantrophus Pekienenis dan Jawa. Bekas fosil manusia dan kepercayaan agama dikaji dan menjadi asas corak kehidupan yang berbeza Paleolitik awal dan akhir, Mesolitik dan Neolitik. Homo Sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pliestocene.

Isi-isi : Kaedah yang Digunakan : Kaedah Ahli Kaji Purba Mendapatkan Maklumat :

Menggunakan kaedah cari gali (excavation) dan mengesan usia artifak menggunakan Radio Karbon Dating C14. Kedua-dua kaedah ini adalah kaedah kajian moden dan

DNPJ/am 2010

Page 46

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

sainstifik yang menggabungkan semua ilmu seperti arkeologi, geologi, kimia, fizik dan sebagainya. Contohnya ahli kaji purba menyifatkan bekas fosil manusia yang dijumpai di zaman paleolitik sebagai makhluk makhluk yang seakan-akan manusia atau homindas dan bukan manusia sebenarnya, iaitu homosapeans. Dari fosil itu didapati gambaran hidup kebudayaan Paleolitik. Penggunaan Alat Perkakas :

Menggunakan peralatan yang digunakan. Pada zaman Paleolitik, peralatan yang digunakan adalah dikuasai persekitarannya tetapi pada tahap Paleolitik akhir mulai mempelajari bagaimana menyesuaikan dirinya kepada persekitarannya. Terbukti dengan munculnya alat-alat batu seperti pebble: dan flaked tools yang dibuat untuk memenuhi fungsi-fungsi ekonomi. Berbanding dengan Paleolitik, banyaknya bilangan tapak serta peralatanmenunjukkan wujudnya bilangan besar orang-orang Neolitik. Terdapat unsur kepelbagaian alat-alat yang lebih luas yang memerlukan kaedah-kaedah pembuatan peralatan yang lebih kompleks dan halus. Kebudayan materialnya temasuk tembikar dan penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajarinya. Alat-alat baru dibuat dengan sempurna dan pertama kalinya mungkin dipakai untuk mengelakkan nasib buruk. Kegiatan Ekonomi :

Zaman Paleolitik kegiatan ekonomi- memburu dan memungut makanan asas ekonomi tidak dapat menanggung pertambahan bilangan penduduk yang cepat. Manakala zaman Neolitik menyaksikan sesuatu perubahan yang disifatkan sebagai revolusi pertanian memburu binatang dan mengutip makanan menjadi kurang penting sedangkan penanaman tanaman-tanaman makanan bijirin menjadi semakin penting. Ia mungkin ada hubungannya dengan perubahan persekitaran dan iklim berikut dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasa diburu berikut dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim lebih panas serta kemunculan tumbuhan-tumbuhan memaksa manusia mengubahsuai ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian.

Penempatan :

Di zaman Paleolitik, kehidupan mereka dapat dikesan melalui gua-gua batu yang menjadi tempat tinggal sementara mereka. Penemuan sisa-sisa makanan dan peralatan batu dapat membuktikan kewujudan mereka. Bagi zaman Neolitik dengan timbulnya kegiatan pertanian, corak hidup yang mengembara pun terhenti dan manusia mula menetap dan membina perkampungan. Kehidupan bermasyarakat membolehkan manusia bekerjasama membuka tanah ladang di hutan rimba, membajak lading, menuai tanam-tanaman dan menternak binatang. Contoh penempatan awal yang di temui ialah di Asia Barat seperti Catal Huyuk(Turki) dan Jericho(Palestine)

Organisasi Sosial :

DNPJ/am 2010

Page 47

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Adalah pasti kegiatan memburu seperti tergambar dalam lukisan gua telah memperkenalkan suatu jenis organisasi manusia berkumpulan untuk mencapai sesuatu objektif bersama. Pemburuan binatang besar seperti badak berbulu (Wooly rhinocores), gajah besar, dan harimau memerlukan kerjasama sebuah kumpulan yang lebih besar daripada unit keluarga- suatu prinsip yang amat penting dalam evolusi tamadun manusia.

Kepercayaan Agama :

Pada zaman Paleolitik ahli sejarah melihat bentuk agama bersifat unsur ainimisme. Tidak terdapat bukti manusia telah mempunyai agama dan kepercayaan yang tinggi. Contoh manusia takut dengan bunyi guruh dan kilat. Manakala zaman Neolitik manusia telah mempunyai bentuk agama yang tinggi. Manusia sudah percaya kepada dewa dewi dan tuhan tertentu. Proses pemikiran konseptual membolehkan manusia mempertingkatkan penguasaan lebih berkesan ke atas persekitaran fizikal dan mempercepatkan proses evolusi pemikiran dan agama yang lebih abstrak.

Kesenian :

Masyarakat Neolitik mempertajamkan pemikiran konseptual mereka. Dapat diperlihatkan dalam perciptaan seninya yang menandakan satu gejala baru. Seni Paleolitik ialah realisme yang di ilhamkan oleh objek-objek yang ia Nampak. Simbolisme belum wujud. Seni Neolitik seperti yang ditunjukan dalam tembikar-tembikarnya mula menunjukkan permukaan yang dihias oleh pola-pola geometrik dan simbolik.

Kesimpulan : Berdasarkan usaha ahli arkeologi, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk membandingkan antara masyarakat paleolitik dengan neolitik. Kaedah yang paling utama adalah melalui kaedah excavation. Ini kerana kaedah ini amat penting untuk memberi maklumat tentang perkembangan pemikiran dan kebudayaan manusia dan asas kewujudan tamadun manusia. Bincangkan faktor-faktor yang membawa perubahan kebudayaan Paleolitik kepada kebudayaan Neolitik. Pengenalan.

Ketiga-tiga kebudayaan iaitu Pelolitik, Neolitik dan Gangsa merupakan tahap tahap yang akhirnya membawa kepada evolusi dan peningkatan cara hidup manusia yang mewujudkan tamadun awal di lembah sungai seperti Mesir, Mesopotamia, Hwang Ho dan Indus. Pada zaman Paleolitik manusia hidup mencari makanan, memburu dan tidak hidup menetap di suatu tempat. Alat alat mereka diperbuat daripada batu seperti kapak dan pisau. Manusia Paleolitik wujud sekitar tahun 500,000 atau 1,000,000 tahun dahulu. Manusia ini juga dikenali sebagai Homosapiens yang ditemui di Pulau Jawa (Orang Jawa ) dan China Utara ( Peking Man ).
Page 48

DNPJ/am 2010

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan Inovatif. Munculnya aktiviti bercucuk tanam. Alat batu dikerjakan dengan baik dan kadang kala alat tersebut digosok sehingga licin. Kemunculan alat tembikar. Pada permulaannya lebih kurang 10,000 hingga 5,000 tahun dahulu. Masyarakatnya menetap. Zaman ini juga disebut Zaman Revolusi Pertanian.

Isi-Isi : Faktor-faktor yang mengubah kebudayaan Paleolitik kepada Neolitik.


Manusia berkumpul di sesuatu tempat untuk kepentingan bersama demi memperbaiki cara hidup mereka. Manusia tertarik dengan kesuburan tanah di lembah sungai untuk aktiviti pertanian dan penternakan binatang. Setelah lahirnya konsep pertanian, manusia mula berhenti dengan cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat. Mereka juga sudah membina tempat kediaman yang lebih kukuh seperti pondok dan rumah sehingga mewujudkan perkampungan. Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah mendorong kemunculan proses perbandaran. Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan inovatif. Munculnya aktiviti bercucuk tanam, alat batu dikerjakan dengan baik dan kadang kala alat tersebut digosok sehingga licin. Kemunculan alat tembikar tanah. Permulaanya lebih kurang 10,000 hingga 5,000 sebelum masihi. Masyarakatnya menetap. Zaman ini juga disebut Zaman Revolusi Pertanian. Kehidupan manusia lebih memberatkan nilai nilai kepercayaan dan agama yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian. Wujudnya aktiviti perdagangan dan berkembang dengan lahirnya ilmu pelayaran yang mendorong manusia menjalankan perdagangan dengan kawasan luar. Bukti-bukti kewujudan masyarakat Neolitik terdapat di Lembah Nil dan Tigris dan Euphrates. Di semenanjung Tanah Melayu masyarakat ini ditemui di tiga kawasan lembah Sungai Perak ( selatan Grik ), lembah Sungai Pahang dan Lembah Sungai Kelantan. Manusia mampu mencipta pelbagai peralatan tembikar dan pertanian yang digunakan secara meluas seperti bajak, saliran dan roda yang terus diamalkan pada zaman gangsa. Pertanian pada zaman Neolitik telah mendorong kelompok manusia melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan untuk mendapatkan bahan-bahan asas serta keperluan yang lain. Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan merupakan asas kelahiran kebudayaan gangsa. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri. Kebudayaan Neolitik telah memberi satu asas perkembangan kepada zaman gangsa yang memperlihatkan titik permulaan tamadun yang bersifat perbandaran.

Kesimpulan : Masyarakat seharusnya mengetahui bahawa proses dan jangka masa perubahan kebudayaan Paleolitik kepada Neolitik dan zaman logam berbeza dari segi tempat dan masa. Zaman Neolitik
DNPJ/am 2010 Page 49

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

menandakan berakhirnya Zaman batu dan membawa kepada kelahiran zaman Pra Sejarah Akhir iaitu Zaman Logam. Zaman prasejarah merujuk zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Jelaskan pengertian prasejarah dan huraikan ciri-ciri masyarakat prasejarah dengan merujuk ketiga-tiga zaman. Pendahuluan :

Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau rekod bertulis tentang sejarah manusia. Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan. Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah awal ( Paleolitik dan Mesolitik ) dan Prasejarah Akhir ( Neolitik ). Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik wujud antara 10 000, Neolitik wujud antara 7000 SM hingga 3500 SM. Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut.

Isi : Zaman Prasejarah Awal :

Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan Mesolitik dikenali sebagai Pithercanthropus Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun. Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan panah dan buatannya kasar. Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul hasil hutan.

Zaman Paleolitik Awal :


Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah. Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung dibawah ranting Kayu yang ditutupi dengan rumput. Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah yang digali. Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barang-barang yang menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan masyarakat zaman ini selepas kematian.

Zaman Paleolitik Akhir


Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai Cro Magnon berdasarka penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di Dorgogne, Perancis. Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian berukiran halus.
Page 50

DNPJ/am 2010

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR


Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading binatang. Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum. Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai alat perhiasan seperti subang. Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam kelompok kecil serta mempunyai struktur sosial yang teratur. Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh dibahagikan sama rata. Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran melukis dan mengukir. Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar- gambar binatang yang dianggap dapat membantu mereka memburu.

Zaman Mesolitik :

Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan wujud sekitar 10 000 SM hingga 7 000 SM. Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan mereka mulai mendapatkan sumber makanan daripada hasil pertanian. Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan alat bajak. Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia. Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan sungai. Mereka juga menternak binatang seperti anjing, babi, unta dan lain-lain Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang dijadikan pakaian dan alat pengangkutan.

Zaman Neolitik :

Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat tenunan, perahu dan rakit yang membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Perkembangan pertanian telah melahirkan masyarakat yang bergantung pada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia. Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk dan penempatan kekal telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka. Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai petani, artisan dan tukang-tukang mahir yang melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang kompleks. Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan menggunakan kaedah sistem barter antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta menjalankan menjalankan upacara ritual dan amalan korban. Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat mengelakkan malapetaka yang akan mengganggu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian.

Kesimpulan :

Terdapat perbezaan antara Zaman Prasejarah Awal dengan Zaman Prasejarah Awal terutama kewujudan Revolusi Pertanian dan penempatan.

DNPJ/am 2010

Page 51

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Perkembangan pertanian merupakan asas penting dalam mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun.

Galurkan perkembangan petempatan di Alam Melayu pada Zaman Prasejarah. Pendahuluan :


Lokasi Alam Melayu Konsep pra-sejarah Perkembangan petempatan di Alam Melayu boleh dikesan sejak Zaman batu lagi. Perkembangan ini dapat dikesan pada Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

Isi :

Petempatan Zaman Paleolitik- Tinggal di dalam gua-gua batu kapur dan berhampiran sungai dan tasik. Tidak mempuyai petempatan kekal dan hidup berpindah-randah, petempatan Paleoliti terdapat di Kota Tampan ( Perak ), Gua Niah ( Sarawak), Tingkayu ( Sabah ), Lembah Basoka ( Jawa ), Lembah Solo dan Sanggiran. Petempatan Zaman Mesolitik Tinggal di dalam gua dan kawasan berhampiran sungai dan tasik, tapak petempatan ditemui di Gua Kepah ( Kedah ), jendetram Hilir ( Selangor), Gua Cha ( Kelantan ), Gua Niah ( Sarawak ) Petempatan Zaman Neolitik- Tinggal menetap di kampung, mempnuyai pengetahuan bercucuk tanam dan menternak binatang, tapak-tapak petempatan ditemui di Sungai Bewak ( Ulu Terengganu ), Gua Badak dan Gua Musang ( Kelantan ), Kota Tongkat dan Kota Gelanggi ( Pahang ). Petempatan Zaman Logam- Tinggal di kampung-kampung di tepi sungai, terlibat dalam aktiviti pedagangan, tapak-tapak petempatan ditemui di Klang dan Sungai Lang ( Selangor ), Sungai Tembeling dan Raub ( Pahang ).

Kesimpulan : Berlaku tahap-tahap kemajuan dalam petempatan dari Zaman Paleotitik hingga Zaman Logam. Perkembangan ini merintis ke arah kemunculan pekan, bandar dan pelabuhan-pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.

Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada kemunculan tamadun awal manusia. Pengenalan :

DNPJ/am 2010

Page 52

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Zaman Prasejarah :

Definisi prasejarah: sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan. Bukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi. Zaman prasejarah dibahagi kepada 3 peringkat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Perkembangan zaman Paleolitik dan Mesolitik banyak mempengaruhi kemajuan pada zaman Neolitik.

Zaman Neolitik :

Manusia dikatakan menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak binatang. Corak kehidupan mereka berubah yang bermula dari tahun 7000 S.M hingga 3500 S.M. iaitu mula menetap dan berorganisasi berbentuk mudah. Pada zaman ini manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan cara-cara kehidupan lebih baik sama ada dari segi peralatan, ekonomi, sosial, politik, dll.

Konsep masyarakat :

Konsep Manusia Sejarah Manusia Zaman Prasejarah dan contoh-contoh manusia

Isi-Isi : Peranan masyarakat Neolitik Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian :


Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang dimulai sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia Barat. Di kawasan utama seperti Jericho, Catal Huyuk, Iran, Syria, Mesir dan Iraq manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti kambing, biri-biri dan babi sebagai sumber makanan mereka yang berterusan. Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk.

Memajukan aspek teknologi :


Pada zaman Neolitik penciptaan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian. Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu meringankan tugas mereka. Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau membajak sawah.
Page 53

DNPJ/am 2010

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Penemuan roda memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke bandar-bandar atau pelabuhan dan perkembangan pembuatan tembikar.

Mewujudkan perkampungan tetap :

Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur, terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat. Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal mereka. Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di samping dapat mengawal perubahan musim. Contoh : Perkampungan Jericho dan Jarmo.

Mewujudkan pertambahan penduduk :

Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain. Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik. Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakin kompleks seperti bentuk negara kota. Contoh, tanaman bijirin, millet dan gandum.

Mewujudkan pengkhususan kerja :

Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian seperti kegiatan kesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat. Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.

Membentuk organisasi sosial :

Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan perlunjukan pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung kepada kemahiran dan kebolehan seseorang. Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semua anggota masyarakat. Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripada ancaman. Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan. Petani menumpukan usaha mempertingkatkan hasil pertanian.

DNPJ/am 2010

Page 54

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Mewujudkan institusi pemerintahan :

Pada zaman ini juga melahirkan institusi pemerintahan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam sekitar mereka seperti bencana alam (banjir, kemarau). Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa. Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan senjatanya dan paderi dengan pengetahuannya. Contoh, tamadun Mesir penguasaan mutlak Firaun dalam bidang kehakiman, ketenteraan dan pentadbiran

Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan :


Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewa-dewi dalam tamadun Indus. Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara agama dan simbol-simbol pemujaan. Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan melipatgandakan hasil pengeluaran pertanian.

Mewujudkan petempatan bandar :


Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan peningkatan bilangan penduduk. Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran yang pesat seperti bandar Catal Huyuk.

Mengasaskan sistem tulisan :


Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan merintis jalan ke arah perkembangan sistem tulisan. Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat. Contoh, hieroglif, ceuniform, piktograf dan ideogram.

Kesimpulan :

Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana perkembangan faktor lain seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi, institusi politik dan sebagainya. Implikasi daripada tinggal menetap kesan daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam dan menternak) menyebabkan V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan tamadun awal manusia.

DNPJ/am 2010

Page 55

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Huraikan konsep dan faktor kemunculan Tamadun. Pengenalan : Sebelum munculnya tamadun terdapat kelompok-kelompok masyarakat yang berselerak di merata-rata tempat, menunjukan bentuk kebudayaan, kebendaan dan kerohanian yang berbeza. Semasa zaman Neolitik, terdapat perbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsure-unsur kehidupan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik. Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang lebih jauh kompleks daripada perkampungan sebelumnya. Konsep Tamadun : 1. Tidak ada sesuatu takrifan yang muktamad. Salah satunya takrifan oleh Gordon Childe, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah, manusia berkumpul di suatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka, iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan, interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna, pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan, kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni, sains dan teknologi. 2. Masyarakat yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia menjadi lebih teratur apabila suatu bentu kerajaan timbul dengan munculnya golongan Paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya. Agama digunakan sebagai kuasa untuk mengawasi golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi. 3. Pembinaan bangunan-bangunan berlaku untuk memenuhi fungsi agama, sosial, politik dan ekonomi dan akhirnya ( terdapat penciptaan tulisan ) untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangkamasa panjang. Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka. Faktor-Faktor Utama : 1. Kemunculan tamadun tamadun awal kira-kira 3000 sm adalah penting sekali dalam evolusi masyarakat manuisa dan corak kehidupannya. Ia melambangkan peringkat (kemuncak evolusi masyarakat manusia ) permulaan di dalam peradaban Neolitik. Pada zaman Neolitik, kelengakpan kebendaan dan kerohanian manusia telah mencapai suatu peringkat yang membolehkan manusia memperbaiki kehidupan dengan wujudnya ekonomi dan sosial.Pada zaman ini pertanian, penenunan dan perternakan binatang binatang yang berguna kepada manusia telah wujud. Masyarakatnya bercorak perkampungan dan manusia dapat berkumpul di suatu tempat dan hidup bersama sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya

DNPJ/am 2010

Page 56

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

persekitarannya dapat kuasai dengan lebih berkesan. Oleh itu, kebudayaan Neolitik menjadikan asas perkembangan tamadun tamadun yang bersifat urbanisasi. 2. Perkembangan dari perkampungan Neolitik dalam jangkamasa 1000 tahun sebelum 3000 SM berlaku selepas tamadun tamadun awal muncul di Mesopotamia dan Mesir, kemajuan teknologi terbukti dengan penggunaan logam tembaga, gangsa dan besi. Penciptaan bajak dan juga kekuatan tenaga binatang dapat mengubah corak pertanian. Kawasan kawasan pertanian kian diperluaskan. Akibatnya, pengeluaran ekonomi bertambah untuk menyokong sebahagian masyarakat yang kehidupannya tidak bergantung kepada pertanian. 3. Proses pertanian/pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir membawa selangkah lagi kemampuan manusia untuk mengawal air air sungai untuk tujuan pertanian secara besar besaran misalnya tamadun tamadun awal terletak di tebing Sungai Besar Nil, Tigris Eupharates, Indus dan Hwang Ho. 4. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Penggunaan roda sebagai alat industri, barang barang yang dikeluarkan menjadi seragam dalam bentuknya dan juga dapat dijadikan barag barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun tamadun lain. Misalnya perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo Daro. 5. Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan ( wind mills ) antara tamadun tamadun. Perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan untuk mendapatkan bahan bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan seta memperkayakan ciri ciri kebudayaan, akibatnya pertukaran fikiran dan teknik perindustrian. 6. Penciptaan sistem tulisan yang menjadi asas penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Kesimpulan : Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi. Urbanisasi telah membawa kepada pengurangan kebebasan individu dan hidup dalam suatu rangka kawalan. Masyarakat yang dahulu bercorak egalitarian telah berubah. Akibat urbanisasi, maka sesuatu yang berbentuk susun lapis yang berdasarkan kekuasaan, kelahiran dan kekayaan benda telah terbentuk. Sungai dan laut adalah penting dalam pembentukan sesuatu Tamadun. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan pernyataan tersebut. Pengenalan :

DNPJ/am 2010

Page 57

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR


Sungai dan laut berkait rapat dgn kehidupan manusia. Pada zaman Neolitik, manusia mula hidup menetap di lembah-lembah sungai bagi memudahkan kegiatan harian mereka. Sungai dan laut merupakan sumber air dan sumber pencarian makanan kepada manusia. Sungai dan laut juga memudahkan perjalanan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Peranan sungai dan laut telah membawa kepada kemunculan tamadun-tamadun awal.

Isi-isi penting :

Sungai dan laut sebagai sumber bekalan air, makanan dan memudahkan perjalanan. Manusia mula mencipta rakit, perahu dan kapal layar untuk dijadikan alat pengangkutan dan membolehkan mereka bergerak dengan mudah. Lembah-lembah sungai mula dijadikan petempatan kekal manusia. Mereka tidak lagi hidup secara nomad dan ini mendorong kemunculan tamadun. Contoh: masyarakat Yunani menggunakan kelebihan laut sebagai pengangkutan dan perhubungan mereka. Tamadun Mesir semakin maju dari segi pertanian disbbkan kesuburan tanah di Lembah Sg. Nil. Sungai dan laut berperanan sebagai sumber perhubungan dan pengangkutan yang penting. Tamadun Yunani telah menjadikan laut Mediterranean sebagai medium perhubungan. Keadaan yang sama berlaku pada tamadun Mesopotamia dimana sungai digunakan sebagai jalan perhubungan. Sungai dan laut sebagai jalan perhubungan talah menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan. Perkembangan pusat perbandaran tlh menyebabkan permintaan untuk bahan makanan. Demi memenuhi permintaan ini, pengimportan perlu dijlnkan. Contoh: Athens mengimport 75% gandum yg digunakan. Selain itu tam Mesopotamia menjalankan perdagangan dengan Mesir dan India. Lembah sungai yang luas membolehkan aktiviti pertanian dijlnkan.Tanah lanar yang dihasilkan dr kelodak-kelodaksungai sesuai untuk penanaman bijirin dan jagung. Sistem saliran yang baik sentiasa mengekalkan kesuburan tanah pertanian dan mengelakkannya drpd kekeringan. Contoh : Tamadun Mesopotamia dan Mesir yg mengusahakan tanaman bijirin. Populasi manusia semakin bertambah secara langsung di lembah sungai. Bekalan tenaga buruh dapat dipenuhi untuk projek-projek pembinaan bangunan, memperluaskan benteng dan terusan. Keadaan Mesopotamia telah memperlihatkan kepentingan sungai khususnya di kawasan hulu yang berkeupayaan mendorong masyarakatnya memajukan sistem pengairan. Kemunculan negara kota atau bandar yg menjadi pusat aktiviti ekonomi, agama, politik dan artistik. Kebolehan manusia mengendalikan sistem pelayaran membantu mereka menjelajah dan meneroka. Ini mengukuhkan kedudukan sesebuah tamadun. Upacara keagamaan/Ritual keagamaan. Membekalkan bahan binaan.

Kesimpulan :

DNPJ/am 2010

Page 58

TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800 SMK.MAJAKIR.PAPAR

Jelas di sini sungai dan laut merupakan elemen yg sgt penting dlm pembentukan tamadun. Peranan sungai dan laut telah banyak menyumbang kepada corak kehidupan manusia sehingga membawa kepada kemunculan tamadun yang unggul.

DNPJ/am 2010

Page 59