Anda di halaman 1dari 27

VZM 263 MUZIK MALAYSIA Semester I Sidang Akademik 2009/2010

Topik Penyelidikan: SENI MUZIK KERONCONG

Disediakan oleh: ADELINE ONG SIAU SHIUN 881109-56-6466 (101183)

Disediakan untuk: PROF. TAN SOOI BENG Pensyarah Pusat Pengajian Seni USM

20 OKTOBER 2009

Kandungan Abstrak Pengenalan Sejarah Keroncong dan Perkembangannya di Malaysia Alat-alat muzik keroncong Jenis Keroncong - Asli - Langgam - Stambul Muzik Keroncong - Melodi - Rentak - Tekstur - Bentuk - Harmoni Kesimpulan Bibliografi Lampiran - Contoh lagu keroncong - Foto - Transkripsi lagu

ABSTRAK Kursus VZM263 Muzik Malaysia merupakan salah satu kursus yang harus diambil bagi memenuhi syarat pengijazahan. Melalui kursus ini, saya dapat

mempelajari kepelbagaian jenis seni muzik yang terdapat di Malaysia serta ciricirinya yang unik dan tersendiri. Kursus ini juga penting bagi meningkatkan

kesedaran diri pelajar dalam memahami budaya muzik Malaysia yang telah diwarisi dari generasi ke generasi. Laporan ini adalah kajian atas seni muzik keroncong di Malaysia. Bagi

menyiapkan kerja laporan tersebut, satu sesi temuramah tentang keroncong telah diambil dan butiran adalah seperti berikut:Tarikh : 19 Ogos 2009 Tempat: Jalan Rebong, Meru, Klang, Selangor Nama kumpulan: Gema Irama Butiran nama pemuzik: Nama Bakri Darus Mahadi Hizan Bakri Jasni Fatah Misbah Raftah Bachik Alat Muzik Kibod Gitar Dabal Bes Ukelele (cuk) Flut/Cello Banjo (cak) Penyanyi Umur (tahun) 65 55 35 48 63 40 60 Tempat lahir Kuala Kangsar Kuala Kangsar Kuala Kangsar Kuala Kangsar Kuala Kangsar Kuala Kangsar Kuala Kangsar

PENGENALAN Setiap negara mempunyai warisan kesenian yang tersendiri dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. Setiap warisan itu mempunyai nilai-nilai estetika dan moral tertentu dalam sesebuah masyarakat. Seni muzik keroncong

merupakan satu evolusi dalam bidang kesenian kaum Melayu kerana terdapat elemen Timur dan Barat di dalamnya. Keroncong merupakan muzik jenis ensembel dan dimainkan secara hiburan dalam majlis-majlis perayaan. Ensembel ini memainkan muzik sinkretik, iaitu muzik yang terdapat dalam budaya bandar dan amat fleksibel dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur dalam alat muzik, melodi, tekstur dan sebagainya. Muzik sinkretik adalah muzik popular moden pertama di Malaysia tetapi dirujuk sebagai muzik tradisional pada masa sekarang. Bah kata, tak kenal maka tak cinta, jadi generasi baru pada zaman ini bertanggungjawab untuk memahami warisan kesenian yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia.

SEJARAH KERONCONG & PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA ASAL-USUL KERONCONG Nama keroncong berasal daripada bunyi krong...krong yang dihasilkan oleh alat muzik ukelele dalam ensemble ini. Seni muzik keroncong dipercayai

bermula dengan kedatangan Portugis ke Nusantara pada abad keenam belas dan ketujuh belas oleh para pelaut dan pedagang. Pada masa yang sama, seni gamelan juga diamalkan di Jawa pada zaman pengaruh Portugis di kawasan Selat Melaka serta Pulau Jawa. Kemasukan budaya asing ini (muzik Portugis) kurang mendapat Namun lama-

penerimaan rakyat tempatan kononnya pemuzik di Pulau Jawa.

kelamaannya pendedahan kepada muzik asing membolehkan mereka terpengaruh dan ingin menguasai permainan alat-alat muzik Barat tersebut. Hal ini adalah disebabkan ramai orang Portugis yang mendirikan perkampungan di kawasan utara Jakarta seperti Kampung Tugu dan Kampung Serani. Bentuk awal muzik keroncong disebut

moresko, yang diiringi oleh alat muzik dawai. Moresko berasal dari nama tarian Portugis iaitu moreska, yang umumnya dianggap sebagai muzik standard keroncong. Keadaan ini adalah seperti Portugese Settlement di Melaka, Malaysia. Bentuk seni keroncong dan seni gamelan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dari segi rentak dan melodinya. Muzik gamelan dimainkan secara teratur dan tersusun manakala muzik keroncong dapat diimprovisasikan dengan lebih bebas mengikut perasaan pemain walaupun kedua-duanya menggunakan kauntermelodi dan dalam rentaknya terdapat kaunterbit dan sinkopasi. Alat muzik yang digunakan adalah berasal dari negara lain dan bukannya berasal dari Malaysia. Contohnya, cuk atau ukulele yang diperkenalkan oleh pedagang Eropah yang menjelajahi negara Timur pada kurun ke16. Dari aspek rentak ataupun melodi, keroncong mempunyai banyak persamaan dengan lagu tempatan Portugis seperti Jingkli Nona yang dinyanyikan dalam bahasa ibunda Portugis. Mula-mulanya muzik keroncong dinyanyikan oleh orang Portugis

dengan iringan gitar. Kemudian, muzik ini dimainkan oleh kaum Serani di Jakarta yang bertemakan kasih sayang terhadap kaum wanita. Satu elemen muzik lagi yang menyumbang dalam perkembangan keroncong ialah muzik rakyat Portugis yang dikenali sebagai fado. Muzik ini dipersembahkan dengan dua gitar, viola Sepanyol dan guitarra Portugis. Viola memainkan melodi manakala guitarra mengiringinya dengan kord tonik-dominan-tonik-dominan. Bentuk muzik ini amat menonjol dalam keroncong. Dalam perkembangan sejarah keroncong pada abad ke-19, seni muzik ini mengalami pelbagai pengaruh dari luar seperti tarian Cha-cha, Tango, dan Foxtrot. Seterusnya, gaya baru keroncong juga muncul seperti Langgam Keroncong dan Keroncong Asli, dan Keroncong Revolusi (antara tahun 1945-1950). Keroncong telahpun terkenal di banyak tempat di Nusantara dan juga Malaysia sehingga ke tahun 1960-an, iaitu kemasukan muzik rock. Walaupun begitu, muzik keroncong tetap dimain oleh masyarakat di Indonesia dan Malaysia sehingga sekarang. Pada abad ke20, seni muzik keroncong telah tersebar luas terutamanya di Jakarta dan Pulau Jawa melalui teater popular. Muzik keroncong juga digunakan dalam extra turn Bangsawan di Malaysia. Ringkasnya, seni muzik keroncong mempunyai dua sejarah yang

tersendiri, masing-masing di Indonedia dan di Malaysia.

PERKEMBANGAN SENI MUZIK KERONCONG DI MALAYSIA Pendapat orang tentang asal-usul seni keroncong:1) Kedatangannya dari Portugis, iaitu alat muzik ukelele (cak) yang dibawa oleh pedagang-pedagang Portugis semasa berdagang di Malaysia pada abad ke-15. Hal ini menunjukkan orang Portugis yang membawa seni muzik ini ke Negara Malaysia sewaktu mereka berkuasa di rantau Asia.

2) Kedatangannya dari Indonesia, iaitu melalui kedatangan buruh dari Pulau Jawa yang ingin mencari pekerjaan di Malaysia pada abad ke-19. Budaya lain seperti gamelan, wayang kulit, kuda kepang, barongan juga dibawa bersama ke Malaysia. Menurut sejarah, seni muzik keroncong meresap ke tanah Malaysia pada tahun tiga-puluhan dan mula bertapak di negeri Johor, Selangor, Kelantan, dan Perak. Pada umumnya, muzik keroncong lebih popular di kawasan pantai Barat kerana taburan penduduk keturunan Jawa lebih padat di sana. Selain itu, muzik ini amat diminati oleh kaum Baba dan Nyonya di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura terutamanya pada tahun 40-an hingga 60-an. Selepas perang dunia kedua (19391945), muzik keroncong yang berunsur Melayu mula dihasilkan oleh pemuzik tempatan. Antaranya Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, dan Zainal Ibrahim.

Zubir Said

Ahmad Jaafar

P.Ramlee

Di Johor dan Selangor, banyak ahli kumpulan keroncong terdiri daripada orang keturunan Jawa. Presiden Persatuan Tionghua Pulau Pinang, Khoo Keat Siew, seorang yang amat berminat dengan muzik keroncong memberi ucapannya dalam persembahan Malam Klasik, Baba dan Nyonya, mengatakan bahawa sebelum perang dunia kedua, keroncong telahpun meresap ke Pulau Pinang melalui stesen radio dan selepas perang kumpulan seperti Keroncong Pemuda Lama dari Kampung Kebun Lama, Teruna Sekampung dari Kampung Makam, Moonlight Gay Melodies oleh kaum Baba ditubuhkan. (Teks ucapan Malam Klasik, Babadan Nyonya, 2006)

Antara tahun 60-an dan 70-an di Melaka pula, satu kumpulan keroncong bergelar Malindo ditubuh (cantuman nama Malaysia dan Indonesia) dan persembahan mereka sering disiarkan oleh rakaman RTM. Walaupun muzik keroncong mula mengalami kemerosotan pada akhir tahun 70an, pelbagai usaha dilakukan untuk menghidupkan muzik ini terutamanya oleh negeri Johor. Banyak kumpulan keroncong ditubuhkan sehingga sekarang terdapat 19 buah kumpulan keroncong di semua daerah Johor. Antaranya Orkes Suara Hati di Batu Pahat, Orkes Sinaran Maharani di Muar, dan Orkes Nada Sutera di Kluang. Tidak ketinggalan juga usaha gigih oleh universiti tempatan seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Sultan Idris, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia yang bersungguh-sungguh menggiatkan muzik keroncong. Pada masa dahulu, muzik keroncong dipersembahkan di majlis jamuan atau perayaan. Kini, keroncong diubahsuai untuk memenuhi cita rasa rakyat dan sering dibuat untuk permainan pancaragam dan kumpulan gitar rancak agar generasi sekarang menjadi pewaris dalam memartabatkan muzik tradisi ini yang menjadi kegemaran nenek moyang mereka.

ALAT-ALAT MUZIK KERONCONG Ensembel keroncong terdiri daripada alat muzik bertali seperti ukelele (cuk), banjo (cak), biola, gitar, cello, dan dabal bes. Alat muzik lain seperti seruling,

vibrofon, akordion, dan kibod ditambah dari masa ke masa. Kini, sintesizer sering digunakan untuk mengganti dabal bes dan cello. Pada masa keroncong mula tersebar, gamelan sudah bertapak kukuh di Jawa, maka berlakulah penyesuaian dari alat muzik yang menggunakan alat muzik Barat:-

Keroncong Biola mengganti

Gamelan Rebab Suling Saron Saron Gendang/Kenong Gong Kecapi

Peranan Melodi/kauntermelodi Melodi/kauntermelodi Rentak (kord) Rentak (kord) Rentak Rentak Kauntermelodi

Seruling/Flut mengganti Cak Cuk Cello Dabal Bes Gitar mengganti mengganti mengganti mengganti mengganti

Dalam ensembel keroncong, kesemua alat muzik memain peranan sendiri untuk menghasilkan muzik merdu.

A) BIOLA

Biola dikategori sebagai alat kordofon yang menghasilkan bunyi dengan cara menggesek talinya. Biola bertali empat dan mempunyai alat penggesek khas yang diperbuat daripada ekor kuda. Biola yang digunakan adalah 35.7cm (ukuran

berdasarkan badan alat, tidak termasuk leher; lebih kurang 14 inches), namun dalam sesi temuramah ini tiada seorang yang memainkan biola. Alat ini mempunyai empat tali yang diperbuat daripada dawai ataupun nilon dan dilaras dari tali tertinggi mengikut nada berjeda lima yang ditentukan. Tali pertama - not E Tali kedua Tali ketiga - not A - not D

Tali keempat - not G Peranan biola dalam keroncong ialah memainkan melodi. Kadang-kala ia memainkan iringan secara kauntermelodi atau melodi pengiring. Biola juga

digunakan untuk membuka lagu (intro), biasanya dalam lagu jenis keroncong asli. Biola mempunyai peluang untuk bermain solo membawakan melodi pada bar-bar tertentu. Oleh sebab seruling juga memegang peranan melodi, pemain biola perlu bertolak ansur dengan pemain seruling agar mengelakkan pertelingkahan dan pertindihan. Jika biola tidak memainkan melodi utama, ia akan berhenti memain atau terus bermain dengan perlahan sebagai kauntermelodi. Cara mainan biola dalam keroncong sebagai kauntermelodi agak bebas berdasarkan pengalaman dan keupayaan pemain. Biasanya pembungaan not-not dan patahan lagu dimainkan asalkan

iringannya mengikut kord dalam melodi.

B) FLUT (SERULING)

Flut yang digunakan dalam ensembel keroncong pada zaman ini ialah flut yang berasal dari Eropah dan diperbuat daripada logam bersalut perak manakala seruling ialah alat muzik tradisional yang digunakan dalam kumpulan keroncong pada masa dahulu dan ia diperbuat daripada buluh. Flut merupakan alat muzik aerofon dan menghasilkan bunyi melalui udara yang ditiup secara melintang. Flut yang

digunakan berukuran 69cm (lebih kurang 27 inches) dan mempunyai 15 lubang. Flut juga tidak mempunyai lidah (reed) dan julat picnya bermula dari not C4-C7.

Peranan flut dalam keroncong adalah sama seperti biola, iaitu memainkan melodi dan juga kauntermelodi. Warna ton flut yang unik boleh memberi kekaguman (tasmat) kepada pendengar. Kadang-kala flut bermain duet bersama dengan biola dalam unison atau secara harmoni.

C) CAK (BANJO TENOR)

Pada masa dahulu banjo atau mandolin digunakan dalam keroncong. Sekarang, cak digunakan dan saiznya juga lebih kecil berbanding dengan banjo. Cak dikategori sebagai alat kordofon kerana menghasilkan bunyi dengan petikan pada talinya yang menghasilkan bunyi kroong...kroong. Alat ini bertali tiga dan

biasanya dimain secara berpasangan dengan cuk untuk meningkah bunyi rentak. Badan cak diperbuat daripada kayu dan tidak mempunyai lubang bulat pada badannya, tetapi diganti dengan lubang-lubang kecil. Ukuran cak lebih kurang 23cm (badan) dan mempunyai fret seperti gitar. Tiga tali cak boleh dilaraskan kepada pic:Tali pertama - not E Tali kedua Tali ketiga - not B - not G

Peranan muzik cak dalam keroncong ialah memainkan kord secara berpasangan dengan cuk secara bertingkah. Cak memainkan rentak bit atas (up-beat) manakala cuk memain bit utama. Tingkahannya boleh diperbagaikan asalkan kordnya bertingkah dengan cuk. Bunyi yang dihasilkan oleh cak juga lebih nyaring dan kuat daripada cuk kerana penggema bunyinya ialah lubang kecil yang membantu menumpukan frekuensi bunyi.

D) CUK (UKELELE)

Cuk juga dipanggil sebagai ukulele dan merupakan alat muzik kordofon melalui bunyi terhasil oleh petikan pada talinya. Cuk dibawa oleh pelayar Eropah yang datang menjelajahi kawasan Timur pada kurun ke-16. Badan cuk yang diukur adalah 23cm dan ketinggian seluruh cuk adalah 53.6cm (lebih kurang 21 inches) serta bertali empat. Cuk juga mempunyai fret seperti gitar untuk posisi jari dan satu lubang besar sebagai penggema bunyi. Cak mempunyai tiga atau empat tali nilon dan picnya boleh dilaraskan kepada:Larasan 3 tali: Tali pertama - not E Tali kedua Tali ketiga Larasan 4 tali: Tali pertama - not A Tali kedua Tali ketiga - not E - not C - not B - not G

Tali keempat - not G Cuk ialah alat muzik utama dalam ensembel keroncong dan dimainkan berpasangan dengan cak untuk menghasilkan rentak bertingkah. Selain daripada cara strumming, cuk juga boleh dimain secara petikan atau arpeggio yang berasaskan kord. Cuk bermain pada bit kuat manakala cak bermain pada bit lemah untuk

menghasilkan rentak bertingkah.

E) CELLO

Cello juga dikategorikan sebagai alat kordofon, bertali empat dan biasanya dimainkan secara gesekan pada talinya dengan penggesek. Namunnya dalam muzik keroncong alat ini dimain dengan petikan oleh ibu jari ke atas tiga tali pertama sahaja. Cello yang digunakan adalah 76cm (ukuran badan) dan ketinggian seluruh alat itu 121cm. Empat tali cello adalah dawai dan dilaras mengikut nada:Tali pertama - not C Tali kedua Tali ketiga - not G - not D

Tali keempat - not A Peranan cello dalam keroncong adalah untuk menambahkan ketegasan rentak lagu. Petikan cello hampir sama dengan rentakan gendang.

F) DABAL BES

Dabal bes ialah alat jenis kordofon dan merupakan alat terbesar dalam keluarga biola, maka pemain perlu berdiri untuk memainnya. Sama seperti cello, alat ini bukan digesek seperti dalam simfoni, tetapi dipetik dengan jari. Talinya diperbuat daripada dawai. Bagi muzik keroncong, hanya tiga tali yang digunakan. Larasan nada tali adalah seperti berikut:Tali pertama - not G Tali kedua Tali ketiga - not D - not A

Tali keempat - not E (opsional) Dabal bes mempunyai fungsi seperti gong dalam gamelan iaitu bermain pada bit-bit utama sahaja. Bunyi dabal bes memberi rasa rentak dalam lagu. Contohnya, bit pertama saja dalam satu bar, bit pertama dan ketiga atau pada bit pertama, ketiga, dan keempat. Petikan untuk dabal bes adalah seperti yang ditunjukkan:-

G) GITAR Gitar turut dikira sebagai alat kordofon kerana bunyi dihasilkan dengan petikan pada tali. Alat ini bertali enam sama ada nilon ataupun dawai. Larasan pic adalah seperti berikut:Tali pertama - not E Tali kedua Tali ketiga - not B - not G

Tali keempat - not D Tali kelima Tali keenam - not A - not E

Fungsi gitar dalam keroncong ialah sebagai iringan kauntermelodi. Pemain akan memainkan skel dan biasanya not kuaver akan dimain secara berterusan. Kord tidak dimain kerana cak dan cuk telah bermain. Petikan untuk gitar ditunjukkan seperti berikut:-

Sepintas lalu, biola dan flut memegang peranan memainkan melodi dan juga mengisi ruang melodi yang kosong dengan not-not hiasan. Cak dan cuk memberi irama kepada lagu manakala cello dan dabal bes memberikan pertukaran kord. memainkan iringan kauntermelodi. Gitar

Keroncong yang memainkan lagu pop juga

menggunakan organ dan sintesizer dalam ensembel.

JENIS KERONCONG Lagu keroncong boleh dibahagi kepada beberapa jenis dan setiapnya mempunyai ciriciri tersendiri dan susunan kord yang ditetapkan. Setiap jenis lagu keroncong

mempunyai keunikannya. Antara jenis yang utama ialah keroncong asli, langgam, dan stambul. 1) ASLI Lagu keroncong asli ditentukan dengan ciri-ciri berikut:a) Tanda meter: 4/4 b) Jumlah bar: 28 bar tanpa intro dan koda, mengandungi bahagian A, B, dan C. c) Intro dimulakan oleh biola atau flut secara improvisasi dan temponya adalah bebas. Bahagian ini juga dipanggil sebagai prelud. d) Bar 9 dan 10 terdapat selingan muzik (interlud). e) Penutup atau koda dimainkan dalam kadens lengkap oleh alat solo. f) Susunan kord mengikut sekuens iaitu serupa dan tidak berubah. g) Contoh lagu: Sapu Lidi, Moritsko, Kemasyoran, Dewa Murni. Susunan kord: Intro (4 bar) Bahagian A (8 bar) | I , , , | IV , , , | V , , , | I , , , | | I,,,| I,,,|V,,,|V,,,| | II , , , | II , , , | V , , , | V , , , | Selingan (2 bar) |V,,,|V,,,|

Bahagian B (10 bar) | IV , , , | IV , , , | IV , , , | IV , V , | | I , ,,| I ,,,| V,,, |V , ,,| | I , , , | IV , V , | Bahagian C (8 bar) | I , , , | IV , V , | I , , , | I , , , | |V,,,| V, , , |I,,,|I,,,| Penutup/koda | I , , , | IV , , , | V , , , | I , , , |

2) LANGGAM Selain daripada bentuk asli keroncong, pemuzik juga dipengaruhi oleh muzik Barat semasa melanjutkan pelajaran di Eropah. Mereka menghasilkan bentuk baru dan tidak lagi terkongkong dalam syarat ketat keroncong asli. Maka wujudlah bentuk lagu keroncong langgam. Ciri-cirinya berikut:a) Tanda meter: 4/4 b) Jumlah bar: biasanya 32 bar tanpa intro dan koda, terbahagi kepada empat bahagian (A,A,B,A) c) Intro biasa diambil dari empat bar rangkap terakhir lagu. d) Lagu diulangi dua kali, hanya pada kali kedua alat muzik bermain secara instrumental di bahagian A, A. e) Lagu tidak mempunyai bahagian solo untuk intro dan selingan muzik. f) Contoh lagu: Bengawan Solo, Alunan Biola, Setangkai Bunga Mawar, Di Bawah Sinar Bulan Purnama, Putri Solo. Susunan kord: Intro Bahagian A | I,,,|V,,,|V,,,|I,,,| | V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | | V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | Bahagian A | V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | | V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | Bahagian B |I7 , , , |IV , , , | IV , V , | I , , , | | I , , , | II# , , , | II# , , , | V , , ,| Bahagian A |V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | | I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , , , | Penutup | I,,,|V,,,|V,,,|I,,,|

3) STAMBUL Keroncong stambul ialah lagu yang digunakan dalam teater komedi stambul dan Bangsawan. Lagu-lagu ini boleh dibahagi kepada Stambul I dan II. Ciri-ciri Tanda meter Jumlah bar Intro Bahagian A 4/4 16 bar tanpa intro dan koda Bebas Stambul I 4/4 32 bar Bebas, improvisasi vokal tanpa iringan Stambul II

Lagu digubah dalam 8 bar Lagu digubah dalam 16 bar dan serangkap dan rangkap itu diulangi 2 kali menjadi 32 bar. diulangi.

Penutup Contoh lagu Lain-lain

Bebas Stambul Jampang

Sama seperti intro lagu. Jauh Di Mata, Lambang Kehidupan II lebih diminati kerana

Lagunya berbunyi sedih dan Stambul pendek, dimainkan. jadi

jarang lagunya lebih panjang dan seni katanya berbentuk pantun.

Susunan kord: Bahagian A Stambul I || IV , , , | IV , , , | I , , , | I , , , | | V , , , | V , , , | I , , , | I , , , || Bahagian A Stambul II || IV , , , | IV , , , | IV , , , | IV , V , | | I , , , | IV , V , | I , , , | I , , , | | V,,,|V,,,|V,,,|V,,,| | I , , , | IV , V , | I , , , | I , , , ||

MUZIK KERONCONG A) MELODI Teknik nyanyian dalam keroncong menggunakan teknik rubato dan tempo yang agak fleksibel seperti yang ditunjukkan di contoh bawah: Contoh 1. Keratan daripada Di Bawah Sinar Bulan Purnama Contoh tertulis:

Apabila dinyanyikan:

Portamento dari satu not ke satu not lain juga dibuat seperti yang ditunjukkan: Contoh 2. Keratan daripada Di Bawah Sinar Bulan Purnama

Improvisasi dalam bunga turut dibuat, iaitu penyanyi kadang-kala menyanyi dengan tidak tepat pada rentaknya dan menghiaskan nada dengan baik secara teknik slur. Teknik ini dikenali sebagai cengkok gregel dalam istilah keroncong.

Seseorang penyanyi itu perlu mempunyai perasaan untuk menyampaikan karektor lagu. Contoh 3. Keratan daripada Di Bawah Sinar Bulan Purnama

Oleh sebab lagu keroncong perlu disampaikan dengan penuh perasaan, seseorang penyanyi perlu mempunyai kawalan pernafasan yang kuat, iaitu tarik nafas sebelum menyanyi dan berhenti untuk menukar nafas pada seni kata yang betul.

Terdapat sesetengah not panjang yang perlu ditahan hingga seluruh bar. Bahagian melodi yang dimainkan oleh biola dan flut pula adalah berdasarkan improvisasi secara heterofoni terhadap melodi untuk mengisi kekosongan semasa penyanyi tidak menyanyi. Improvisasi sering meliputi arpeggio atau skel. Contoh 4. Keratan daripada Di Bawah Sinar Bulan Purnama

Julat pic bagi lagu Di Bawah Sinar Bulan Purnama ditunjukkan:

Secara keseluruhan, kontur melodi adalah menaik dan menurun.

Lagu

keroncong menggunakan skel diatonik (major dan minor), kadang-kala dengan not kromatik.

B) RENTAK/ RITMA Bahagian rentak dikuasai oleh cak, cuk, gitar, cello, dan dabal bes. Rentak bagi lagu keroncong adalah amat stabil bagi alat muzik cak, cuk ataupun dabal bes yang memain mengikut tempo masa manakala penyanyi menyanyi melodi dengan fleksibel. Cak dan cuk adalah berpasangan untuk menghasilkan rentak bertingkah, iaitu cuk bermain pada bit kuat manakala cak bermain pada bit lemah. Contoh ditunjukkan: Contoh 5. Keratan daripada Di Bawah Sinar Bulan Purnama

Maka, rentak yang terhasil ialah:

Cello pula memainkan not secara pizzicato biasanya pada bit lemah manakala dabal bes memainkan not bes pada bit-bit utama. Selain itu, melodi yang dinyanyikan terdapat ritma triplet seperti yang ditunjukkan:Contoh 6. Keratan daripada Di Bawah Sinar Bulan Purnama

C) TEKSTUR Tekstur bagi lagu Di Bawah Sinar Bulan Purnama adalah heterofoni secara keseluruhannya kerana penyanyi menyanyikan melodi dan diiringi dengan alat-alat muzik yang juga memainkan melodi dan rentak yang tersendiri secara improvisasi. Bagi perkataan lain, lagu keroncong menggabungkan tekstur linear dan homofoni iaitu setiap alat muzik yang bermain dengan melodi sendiri dan harmoni lagu yang membekalkan tekstur homofoni dengan kordnya. Hasilnya, lagu keroncong adalah paduan alat muzik yang kedengaran secara berlapis-lapis.

D) BENTUK Lagu keroncong adalah dalam bentuk strofik, iaitu setiap rangkap atau stanza lagu diulangi dua kali, hanya dengan teks lirik yang berlainan. Bentuk lagu

keroncong langgam Di Bawah Sinar Bulan Purnama ialah AABA dan lirik lagunya mempunyai struktur pantun seperti yang ditunjukkan:Contoh 7. Keratan daripada Di Bawah Sinar Bulan Purnama Stanza 1 Di bawah sinar bulan purnama----- a Air laut berkilauan------------------- b Berayun-ayun ombak mengalir----- c Ke pantai senda gurauan------------ b Stanza 2 Di bawah sinar bulan purnama---- a hati sudah jadi senang--------------- b Kita berbumi tiang gembira--------- a Jauh malam dari bekang------------- b Dalam keroncong asli pula, struktur pantun 4 kerat digunakan dengan ulangan beberapa baris pantun. Lagu stambul biasanya digubah dalam bentuk AB (16 bar).

E) HARMONI Harmoni asas digunakan dalam lagu keroncong, biasanya kord I, IV, dan V. Oleh sebab melodinya diulangi, maka sekuens kord juga adalah sama. Kord II juga digunakan.

KESIMPULAN Sepintas lalu, seni muzik keroncong memang mempunyai identiti yang unik dan tersendiri. Seni katanya banyak adalah tentang semangat, harapan, atau patriotik. Lagu-lagu ini boleh menerapkan nilai murni kepada masyarakat agar menghargai kekayaan budaya negara kita. Pada masa dahulu, seni muzik keroncong ialah kegemaran masyarakat. Malangnya, generasi zaman ini lebih gemar lagu pop yang datangnya dari negara asing atau Barat. Sekian lama, kita akan kehilangan identiti sendiri yang menggambarkan kemajmukan budaya seni tersebut. Sebagai usaha

untuk menghidupkan lagi seni keroncong, pendedahan melalui media massa dan rakaman perlu dibuat agar generasi yang akan datang lebih memahami seni kebudayaan ini tanpa kehilangan ciri-ciri tradisional dalam lagu keroncong.

BIBLIOGRAFI Buku: Bramantyo, Triyono. Disseminasi Musik Barat Di Timur. Penerbit Yayasan Untuk Indonesia, 2004. Ahmad, Ariff. Seni Muzik Keroncong. Penerbit UKM, 2001. Matusky, Patricia & Tan Sooi Beng. Pengantar Muzik Malaysia, Buku II. The Asian Centre, 1999. Mack, Dieter. Sejarah Musik Jilid 4. Pusat Musik Liturgi, 2009.

Laman Web: http://wapedia.mobi/id/Keroncong http://ms.wikipedia.org/wiki/Keroncong http://keroncongmalaya.blogspot.com/ http://yuliusmusics.wordpress.com/2009/02/17/keroncong/ http://eshakarsanada.blogspot.com/2008/11/permainan-musik-keroncong.html http://sandalmu.multiply.com/journal/item/2 http://keroncongjowo.blogspot.com/2008/10/alat-muzik-keroncong-asli_09.html http://eshakarsanada.blogspot.com/2008/11/alat-alat-musik-keroncong.html http://keroncong.files.wordpress.com/2007/08/chordalkrasal.jpg http://jiwarasa.blogspot.com/2007/10/seni-muzik-keroncong.html http://melayuonline.com/culture/?a=bVR3IC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx= http://keroncongjowo.blogspot.com/2008/09/sejarah-pengembangan-muzikkeroncong.html http://id.answers.yahoo.com/question/index?qid=20080508094956AAkuToX http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=76 http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/f547-9.html http://www.freewebs.com/keroncong/alatan.htm

LAMPIRAN Contoh lagu:

Foto:

Cak

Cuk dimain oleh Jasni

Bakri dengan kibodnya

Mahadi (gitar) dan Fatah (gitar secara petikan)

Lirik Lagu Di Bawah Sinar Bulan Purnama Di bawah sinar bulan purnama, air laut berkilauan Berayun-ayun ombak mengalir ke pantai senda gurauan

Di bawah sinar bulan purnama, hati sudah jadi senang Kita berbumi tiang gembira Jauh malam dari bekang

Beribu bintang taburan Menghiasi langit hijau Menambah cantik alam dunia Serta murni pemandangan

Di bawah sinar bulan purnama Hati sudah tak dirasa Si meskipun yang hidup sengsara Semangat hidup bersuka

Anda mungkin juga menyukai