Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Apabila mempelajari sesuatu Tamadun, membaca berkenaan kejayaan yang dicapai oleh satu-satu tamadun di dunia ini, persoalan yang perlu ditanya oleh seorang pelajar atau pengkaji tamadun berkenaan adalah; apakah kekuatan yang menjadi sumber asas kepada kejayaan sesebuah masyarakat atau bangsa sehingga mereka diiktiraf bertamadun? Apabila membaca berkenaan Tamadun Islam dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Islam pada masa itu, dan juga kehebatan tokoh-tokoh yang lahir dan berjaya pada masa itu, para pembaca sepatutnya bertanyakan soalan; apakah yang menjadikan mereka berjaya? Apakah yang menjadikan masyarakat Islam berjaya suatu masa dahulu? Sebuah kejayaan dan kegemilangan daripada segala aspek yang telah melayakkan mereka diiktiraf sebagai sebuah umat yang bertamadun? Apabila seorang pelajar mengkaji tamadun Jepun, tamadun China, tamadun India, tamadun Asia pun begitu. Mereka perlu mempersoalkan apakah kekuatan yang menghasilkan tamadun-tamadun tersebut. Agar jelas dalam minda pelajar, tujuan dan objektif mereka mempelajari, membaca dan mengkaji sesebuah tamadun manusia. Sekiranya dalam tamadun Islam, perkara asas yang menjadi titik tolak kemajuan yang dicapai oleh setiap ahli dalam tamadun itu adalah kekuatan sumber tamadun Islam itu sendiri. Mereka berdiri, bekerja dan beramal berpandukan kepada dua sumber asas iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah (Hadis). Kedua-dua wahyu ini bertindak sebagai sumber tamadun dalam dua dimensi. Pertama Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai penggerak budaya ilmu. Kedua Al-Quran dan Al-Sunnah memberi sumber langsung ilmu. Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai penggerak budaya ilmu boleh diterangkan secara berikut: (a) Melalui sumpahan tentang kepentingan ilmu. Dapat dilihat dalam surah alAlaq (96:1) yang maksudnya: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang

menciptakan. Surah al-Qalam (68:1) yang maksudnya: Nun, Demi qalam dan apa yang mereka tulis. Surah al-Thur (52:1,2,3) yang maksudnya: demi bukit Thur. Dan kitab yang ditulis. Pada lembaran yang terbuka.

(b) Pernyataan kelebihan ilmu dan ilmuan. Antaranya seperti dalam surah alZumar (39:9) bermaksud: adakah sama orang-orang yang menegetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Begitu juga ayat-ayat yang lain. Al-Sunnah juga membayangkan bahawa ilmuan adalah pewaris Nabi.

(c) Anjuran berusaha mencari ilmu. Al-Quran mewajibkan orang-orang yang tidak mengetahui, mempelajari ilmu seperti firman Allah dalam surah alNahl (16:43) bermaksud: Maka hendaklah kamu bertnaya kepada mereka yang pakar, kiranya kamu tidak menegetahu.

Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber langsung ilmu. Peranan ini dapat dilihat dalam dua bahagian. Pertama, ilmu asasi atau fardu ain seperti hubungan dengan akidah, alam ghaib, syariah dan akhlak. Kedua, ilmu-ilmu pelengkap atau fardu kifayah seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, matematik, astronomi dan lainlain. Tegasnya Al-Quran menjelaskan semua perkara daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara secara prinsip-prinsip umumnya. Allah berfirman dalam surah Al-Anam yang bermaksud Tidak Kami alpakan di dalam kitab Al-Quran suatu apa pun (kecuali dicatatkan).

Sumber-Sumber Tamadun Islam

Dari mana tamadun Islam lahir? Jawapannya ialah tamadun Islam berasal daripada dua punca: Sumber wahyu dan akal. Wahyu bermaksud ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril.

Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad bermula pada tahun 610M semasa Nabi

Muhammad berada di Gua Hirak. Sejak peristiwa itu berkembang.

tamadun Islam terus

Wahyu atau Naqli dibahagikan kepada dua: al-Quran dan Hadis.

1) AL-QURAN

Al-Quran ialah

semua ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi selama 23 tahun. Al-Quran adalah mukjizat Nabi

Muhammad yang berlaku

Muhammad SAW Muhammad. Abdul Jabar Beg memetik pendapat M. Ali yang mengatakan al-Quran merupakan pencetus revolusi kelahiran tamadun Islam. Ia adalah kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah-kisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya. Kandungan al-Quran secara ringkas mengandungi perkara yang berkaitan aqidah, syariat, akhlak, janji baik/jahat, caracara untuk mendapat kebahagiaan dan kisah orang yang menurut perintah Allah atau melanggar perintah Allah. Al-Quran dalah sumber primer dalam tamadun Islam. Ia adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril dalam bahasa arab secara beransur-ansur selama 23 tahun. Ia dibukukan sebagai mashaf ; mengandungi 30 juzuk dengan 114 surah dan 6666 ayat.

Kesahihan dan Keterpeliharaan

Kesahihan dan keterpeliharaan Al-Quran telah dijamin sendiri oleh Allah S.W.T. sejak ia diturunkan hingga hari kiamat nanti. Ia terpelihara daripada sebarang penyelewengan sama ada yang dilakukan oleh manusia atau jin. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam ayat, terjemahannya:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Surah al-Hijr 15:9)

Kesahihan, ketulenan dan kteperliharaan Al-Quran merupakan salah satu daripada ciri yang menjadikannya sebagai sebesar-besar mukjizat yang pernah diturunkan ke muka bumi ini.

Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya. Ia adalah suatu mukjizat dan membacanya adalah suatu ibadah bagi umat Islam. kemukjizatannya : Nama-nama Al-Quran yang membuktikan

1) Al-Kitab 2) Al-Furqan 3) Al-Zikr 4) Al-Tanzil 5) Al-Mushaf

Syariah yang Lengkap

Keunggulan Al-Quran sebagai sumber tamadun Islam yang utama juga adalah disebabkan oleh syariah yang dibawanya itu lengkap dan menyeluruh untuk semua insan, setiap masa, suasana, tempat dan zaman. Tidak khusus untuk bangsa Arab sahaja malah semua keturunan di seluruh pelosok alam.

Bukan khusus pada zaman Rasulullah s.a.w malah setiap zaman hingga hari kiamat. Bukan untuk penduduk di Semenanjung Tanah Arab sahaja, malah untuk semua wilayah dan Negara di dunia tidak kira sama ada di kutub utara atau di kutub selatan dan sama ada di barat atau timur. Ia bukan sahaja mengatur cara hidup untuk diri individu malah meliputi keluarga, jiran Negara, ekonomi, teknologi dan antarabangsa.

Keindahan Bahasanya

Keindahan bahasa Al-Quran juga merupakan salah satu ciri keunggulannya. Antara kemukjizatan bahasa Al-Quran yang terpenting ialah dari segi balaghanya

(retorika) yang mengagumkan sasterawan Arab Jahiliah yang begitu mahir dengan balagha. Malah melumpuhkan keanggunan dan kepakaran merekan dalam bahasa dan kesusasteraan. Mereka gagal untuk membawa walaupun satu ayat yang dapat menandingi keindahan bahasa Al-Quran apatah lagi untuk mengatasinya sejak ia diturunkan hingga hari ini. Al-Walid bin Mughirah islah seorang sasterawan Arab Jahiliah yang terkenal kejaguhannya tetapi apabila mendengar alunan Al-Quran, dia berkata:

Sungguh indah sekali pertuturan ini sungguh terpikat aku kepadanya! Puncaknya penuh buah, akarnya penuh air. Dia tetap di atas, tidak akan diatasi yang lain.

Keluasan dan Kedalaman Ilmiahnya

Perkembangan dan penemuan baru dalam bidang ilmiah yang diterokai oleh manusia sama ada di kalangan orang Islam sendiri atau daripada tamadun lain tidak satu pun terlepas daripada jangkauan Al-Quran yang belum diurai oleh manusia. Seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Hatim daripada Imam Syafie bahawa beliau berkata:

Telah diturunkan dalam kitab suci Al-Quran setiap ilmu dan diterangkan padanya akan segala-galanya tetapi ilmu pengetahuan kita tidak tercapai kepada segala hakikat yang dijelaskan oleh Al-Quran.

Ia juga merupakan suatu kitab yang sempurna diturunkan oleh Allah, mengandungi seribu satu macam maklumat untuk digunakan, dianalisa dan dikembangkan oleh manusia. Apa pun bentuk ilmu dan maklumat yang diperlukan, ia terkandung di dalam Al-Quran dan perincian, pengembangan atau penghasilan ilmu susulan selepas itu mestilah berteraskan Al-Quran. Ia boleh dikaji, dianalisa dan dikembangkan tetapi dasar asasnya mestilah masih perlu diselarikan dengan kandungan asalnya. Analoginya, ia bagaikan sebuah manual operasinya untuk sesebuah produk, ia mestilah dituruti setiap langkah dan arahan yang digariskan. Meskipun ada pengubahsuaian yang dibenarkan namun ia haruslah tidak bercanggah dengan

prinsip dan arahan asalnya. Maklumat yang terkandung dalam buku manual tersebut merupakan maklumat yang paling lengkap dan bersifat primer. Maklumat tersebut tidak boleh diubah sekiranya tidak mahu mengalami sebarang kerosakan fungsi pada peralatan yang dihasilkan.

Kejiwaan

Al-Quran juga merupakan mukjizat daripada segi kejiwaan atau nafsia. Hal ini berpunca daripada keupayaan dan kejayaannya menguasai manusia untuk menyampaikan risalah, akidah, syarak dan akhlak. Setiap ajaran yang hendak disampaikan, Al-Quran berusaha mempengaruhi dan menguasai jiwa umat Islam sehingga dengan segala senang hati, insaf dan sedar menerima ajarannya.

Jiwa manusia sememangnya daripada segi fitrahnya mudah menerima kebenaran. Hakikat inilah yang dipergunakan oleh Al-Quran. Sesungguhnya keunggulan Al-Quran sebagai sumber tamadun Islam yang utama merupakan sesuatu yang sukar untuk dipertikaikan. Tidak syak lagi keunggulannya berpunca daripada tarafnya sebagai wahyu dan mukjizat yang terbesar dan kekal hingga hari kiamat sebagai sumber pembinaan tamadun Islam buat selama-lamanya.

2) HADIS / SUNNAH

As-Sunnah sebagai wahyu kedua di samping a-Quran juga merupakan sumber tamadun Islam yang penting. Kepentingannya dilihat dari segi fungsinya seperti berikut:

Penjelas Al-Quran Al-Quran sifatnya umum, prinsip, konsepsi dan menyeluruh. Justeru itu as-Sunnah diperlukan untuk menghuraikan prinsip dan konsep umum da

menyeluruh daripada Al-Quran. Hal ini diakui oleh Allah S.W.T sendiri dalam ayat terjemahannya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. (Surah an-Nahl 16:44) Memperkukuhkan Al-Quran Dengan huraian dan penjelasan yang dilakukan oleh as-Sunnah terhadap Al-Quran, sekaligus is berfungsi sebagai pengukuh Al-Quran sehingga ia menjadi lebih mantap dan unggul.

Pentafsir Al-Quran Ayat-ayat Al-Quran kebanyakannya berbentuk umum dan mutlak. Ia memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah s.a.w. Tanpa pentafsiran itu sukarlah bagi umat Islam memahami. Dalam hal ini as-Sunnah berfungsi dalam empat bentuk: a. Mentafsirkan hal yang umum seperti cara melaksanakan ibadat

sembahyang, zakat, haji dan lain-lain. b. Membataskan hukum yang belum ditetapkan batasnya oleh Al-Quran. c. Mengkhususkan sesuatu hukum yang umum. d. Menjelaskan hukum yang masih rrumit. Oleh keraba sifat Al-Quran itu bersifat umum, prinsip, konsepsi dan menyeluruh, ada hukum cabang atau kecil yang tidak disentuh oleh AlQuran. Ketika itulah As-Sunnah memainkan peranannya sebagai

penambah hukum Al-Quran. Contohnya ialah anak binatang yang masih dalam kandungan ibunya. Bagaimana kedudukannya jika ibunya

disembelih seperti lembu? Rasulullah s.a.w menjelaskannya seperti berikut: Sembelihan janin (anak di dalam kandungan) mengikut

sembelihan ibunya.

Hadis ini menambah hukum Al-Quran yang menghalalkan sembelihan binatang ternakan iaitu anak yang masih berada di dalam kandungan ibunya sebagai halal dimakan apabila ibunya disembelih mengikut syarak. Tidak syak lagi As-Sunnah menjadi sumber kedua pembinaan tamadun Islam selepas Al-Quran. Hadis ialah kata-kata (selain Quran), perbuatan, dan perlakuan diam Nabi Muhammad. Peranan hadis ialah mentafsir dan

menerangkan maksud al-Quran, mengulang dan menyokong kenyataan al-Quran, dan menjelaskan perkara-perkara yang tidak disebut dalam Quran. Sebagai contoh dalam cara rukuk dan sujud, maka al-Quran tidak menyebut bagaimana Nabi telah melakukan perbuatan

tersebut. Contoh Hadis:

Rasulullah bersabda yang bermaksud buaian hingga ke liang lahad (Perkataan)

Tuntutlah

ilmu dari

Sabda Rasulullah, Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang (Perbuatan) Nabi berdiam diri ketika melihat tentera-tentera Islam memakan dhab (Diam) Baginda SAW adalah penterjemah yang paling tepat kepada alQuran. Kerana apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk perkataan dan ucapan, perbuatan dan tingkah laku, persetujuan dan sebagainya itu juga berasaskan wahyu. Nabi Muhammad tidak melafaz sesuatu perkataan, tidak berbuat sesuatu perbuatan melainkan ia adalah ilham, wahyu dan kebenaran dari Allah (Tuhan). Hasil daripada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh al-Quran dan Hadis lahirlah bentuk tamadun atau kebudayaan umat Islam

umpamanya menutup aurat.

sistem perbankan tanpa faedah dan pakaian yang

3) AKAL Akal boleh dijadikan sumber tamadun kerana akal memang merupakan suatu daya yang membolehkan manusia merancang dan bergerak. Akal boleh digunakan untuk membuat tafsiran dan bertindak. Walau bagaimanapun keputusan akal akan hanya dipakai jika tidak bertentangan dengan al-Quran. Akal digunakan dalam ijtimak ulama dan kias iaitu dengan berijtihad menggunakan akal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan. Setelah berijtihad baharulah dikeluarkan pendapat yang merupakan ijmak ulama.

Aliran Besar Dalam Pemikiran Islam Terdapat empat aliran besar dalam pemikiran umat Islam iaitu: 1. Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata 2. Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal 3. Aliran yang bersumberkan akal dan wahyu 4. Aliran yang bersumberkan akal semata-mata

1. Aliran Bersumberkan Wahyu Semata-mata

Pegangan nabi dan para rasul serta pengikutnya, terutamanya generasi islam. Berpandukan Quran dan hadis Nabi. Walaupun tamadun yunani telah berkembang dengan warisan falsafahnya namun umat Islam hanya berpegang kepada ajaran Allah dan rasulNya sahaja, bukannya kepada akal yunani atau akal umat islam itu sendiri. Sikap seperti ini sukar untuk mendakwa wujudnya pemikiran islam.

2. Aliran Bersumberkan Wahyu dan Akal Muncul ekoran pergolakan dalaman di kalangan umat islam selepas kewafatan Nabi Muhammad sebagai reaksi pada pengaruh tamadun asing kepada umat islam. Timbul pelbagai perubahan terutama perubahan pemikiran yang membentuk pelbagai mazhab dalam bidang ilmu kalam, fikah dan tasawuf. Muncul pelbagai mazhab yang merujuk sumber (Quran dan hadis) ataupun akal fikiran. Dalam ilmu fikah, pemikiran islam berkembang melalui kegiatan ijtihad meliputi kaedah kias, jimak, istihsan, istislah dan sebagainya.

3. Aliran Bersumberkan Akal dan Wahyu Bersumberkan akal sebagai asasnya dan wahyu sebagai

penyokongnya. Wujud apabila seorang zindiq Yahya bin khalid al-Barmaki membawa masuk warisan falsafah yunani. Beliau meminta Raja Rom supaya memberikan kepadanya buku-buku yunani yang disimpannya. Permintaannya itu dipenuhi kerana baginya,Biarlah orang Arab menjadi kelam kabut sedangkan kita terselamat dan aman damai dari kejahatan buku-buku itu. Buku fikah pertama yang dikeluarkan adalah buku berjudul Had Mantiq. Ahliahli falsafah islam dan sebahagian ulama kalam terutama pendukung mazhab muktazilah terpengaruh dengan falsafah Aristotle yang menggunakan prinsip logik dalam penafsiran alam metafizik. Para ulama islam menentang secara tidak langsung mahu pun secara langsung falsafah logik yunani antaranya Ibn Solah, Imam Syafie dan Imam Nawawi. Ibn Solah - mempelajari dan mendalami ilmu logik adalah haram kerana ia bercampur-aduk dengan bidaah dan khurafat yang bercanggah dengan akidah. Imam Syafie - tidak mengharamkan ilmu logik secara terang-terangan, namun jelas sikapnya tidak mengharuskan. Beliau menolak kias sebagai sumber hukum kerana ia berkait rapat dengan logik. Menurutnya orang Arab tidak akan berselisih pendapat selagi mereka berpegang pada warisan bahasa Arab. Tetapi mereka akan bertelagah jika beralih pada falsafah

Aristotle. Imam Nawawi - mengharamkan ilmu logik dan menghukum kafir bagi yang mendalaminya kerana ia tidak menurut ketentuan Quran dan hadis. Orang yang mempelajarinya bukanlah orang yang mendalami Quran dan hadis, sehingga mereka menggunakan ilmu logik bagi mentafsirkan persoalan agama menurut akal mereka. Tokah yang terkenal disebabkan kritikannya secara langsung kepada ilmu logik adalah Ibnu Tamiyyah. Melalui kitabnya seperti al-Radd ala Mantiqiyyin dan Naqd al-Mantiq, menganggap ilmu logik tidak memberi sebarang faedah kepada orang cerdik & tidak bermanfaat kepada orang bodoh. Al-Sayuti - ilmu logik haram dipelajari dan didalami kerana akan terpengaruh dan mengabaikan bahasa Arab, Quran, dan hadis. Akibatnya umat islam akan musnah dan rosak serta tersebarnya bidaah dan khurafat.

4. Aliran Bersumberkan Akal Semata-mata Aliran ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada aliran pemikiran islam sama sekali. Gaya pemikiran golongan ini sama dengan tradisi berfikir Barat. Umat Islam tidak dapat menerima apabila segala perkara diukur hanya berdasarkan akal logik semata-mata, terutama dalam persoalan metafizik ataupun hakikat hidup manusia.

4) PENEMUAN BARU DAN WARISAN

Penemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh dijadikan sumber Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak melanggar prinsip-prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan diterima untuk tamadun Islam. Contohnya bentuk-bentuk bangunan yang berunsur / lambang sesuatu bangsa. Boleh diterima dalam tamadun Islam setelah diubah sesuai dengan kehendak dan acuan Islam sendiri.

Banyak ciptaan-ciptaan baru dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiah dan kerajaan Islam di Sepanyol. Sejarah membuktikan bahawa banyak bahan-bahan tamadun daripada Greek, Rom dan India telah diterima sebagai

sumber tamadun Islam . Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan tamadun baru. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam diterima sebagai sumber tamadun.

Warisan tamadun terdahulu

Apa yang telah diketengahkan dalam tulisan Warisan Tamadun Terdahulu Sebagai Sumber Sains Tabii dalam Tamadun Islam oleh Roziah Sidik @ Mat Sidek, didapati setiap tamadun yang disebutkan menjadi sumber kepada sains tabii dalam tamadun Islam menerusi pelbagai cara. Ia meliputi warisan tamadun yang pelbagai termasuk tamadun Greek, India, Parsi dan juga China. Tamadun Greek menjadi sumber sains tabii dalam tamadun Islam menerusi penterjemahan karya saintifik daripada tamadun ini ke dalam bahasa Arab dan menerusi pertembungan antara kedua-dua tamadun tersebut di Alexandria. Tamadun India menjadi sumber

kepada sains tabii dalam tamadun Islam menerusi penyerapan tradisi saintifiknya terutama bidang matematik (termasuk astronomi) dan perubatan. Tamadun Parsi pula menjadi sumber kepada sains tabii dalam tamadun Islam menerusi pemindahan banyak bidang sains dalam tamadun tersebut ke dalam tamadun Islam. Manakala tamadun China pula menjadi sumber sains tabii dalam

tamadun Islam menerusi terjemahan karya-karyanya ke dalam bahasa Parsi dan kemudiannya ke dalam bahasa Arab.

1) Warisan Tamadun Greek

Warisan

tamadun

Greek

menjadi

sumber

sains

tabii

dalam apabila

tamadun Islam dalam dua keadaan. Keadaan pertama ialah

banyak karya saintifik daripada tamadun ini diterjemahkan ke dalam bahasa

Arab dan digunakan oleh masyarakat dalam tamadun Islam. Keadaan kedua pula ialah apabila berlakunya penyerapan tamadun Greek oleh tamadun Islam menerusi pertembungan antara kedua-dua tamadun tersebut di Alexandria.

2) Warisan Tamadun India

Bagi warisan tamadun India pula, ia didapati menjadi sumber sains tabii dalam tamadun Islam apabila berlakunya penyerapan tradisi

saintifiknya khususnya matematik (termasuk astronomi) dan perubatan ke dalam tamadun Islam. Penyerapan ini berlaku menerusi empat keadaan. Keadaan pertama ialah penyerapan yang berlaku melalui kerajaan Sasan di Parsi. Keadaan kedua pula ialah menerusi sebilangan cendekiawan India yang dijemput datang ke Baghdad dan pusat-pusat intelektual Islam yang lain. Manakala keadaan ketiga ialah menerusi tulisan-tulisan al-Biruni pada abad ke-5H/11M dan selepas itu. Bagi keadaan yang keempat pula, ia berlaku menerusi kegiatan penterjemahan karya dari tamadun ini ke dalam bahasa Arab.

3) Warisan Tamadun Parsi

Apabila tamadun Parsi dikaitkan sebagai salah satu sumber sains tabii dalam tamadun Islam, ini dimaksudkan dengan pemindahan banyak bidang sains dalam tamadun tersebut ke dalam tamadun Islam. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kesemua bidang yang

dipindahkan itu memang berasal dari tamadun Parsi. Sebahagian daripada sains yang dipindahkan memang berasal dari tamadun Parsi. Manakala sebahagian lagi pula adalah berasaskan tamadun Greek dan juga tamadun India.

Tinjauan secara khusus kepada bidang sains mendapati bahawa tamadun Parsi telah memainkan tiga peranan dari segi pemindahan. Ia memindahkan tradisi saintifiknya sendiri ke dalam tamadun Islam, seperti yang boleh dilihat dalam karya seperti Royal Astronomical Tables (Zij-I

shahriyar). Ia juga turut menyediakan aspek-aspek tertentu pembelajaran tamadun Greek kepada orang Islam yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Pahlavi ataupun Syria dan diajar di pusat-pusat pengajian di Parsi seperti di Jundishapur. Peranan ketiga ialah Parsi turut

memindahkan banyak sains India terutama perubatan, astronomi dan sejarah ke dalam tamadun Islam. Semua ini telah diusahakan oleh kerajaan Sasan.

4) Warisan Tamadun China

Bagi warisan tamadun China pula, memang benar tiada sebarang tanda munculnya tradisi saintifik China dalam dunia Islam ketika sains Islam muncul. Hanya selepas penaklukan Mongol barulah berlaku pemindahan rasmi karya saintifik China menerusi terjemahannya ke dalam bahasa Parsi dan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, hubungan yang lebih awal antara tamadun Islam dengan tamadun China sememangnya berlaku. Ini terbukti menerusi pemindahan teknologi penting China kepada orang Islam

seperti pembuatan kertas dan kemunculan elemen China seperti Ming-Tang dalam kimia Islam pada peringkat awal. Ini bermakna, hubungan yang berlaku antara dua tamadun ini tidak hanya terbatas kepada hubungan perdagangan menerusi darat atau laut, tetapi juga yang mengandungi aspek intelektual dan saintifik. Warisan tamadun terdahulu ternyata mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sains tabii dalam tamadun Islam. Ia telah mewarnai sebahagian besar corak sains tabii dalam tamadun Islam, sebelum tamadun Islam akhirnya membangunkan sains tabiinya yang tersendiri yang serasi dan sesuai dengan fizikal, budaya dan rohani Islam.

RUJUKAN Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abd. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Daud, M. H. (2004). Tamadun Islam. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ikirdz. (2008). PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM. http://pemikiran-tamadunislam.blogspot.com/ Khalid, E. (2001). Konsep tamadun Islam: sains dan teknologi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. M. A. J. Beg. (1980). The Kebangsaan Malaysia. Mustafa Haji Daud. (2002). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Mustafa Haji Daud. (1985). Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Intelek Sdn. Bhd. Penerbit Universiti Malaya. (2002). Tamadun Islam dan Tamadun Lumpur. Roziah Sidik @ Mat Sidek. (2010). Warisan Tamadun Terdahulu Sebagai Sumber Sains Tabii dalam Tamadun Islam. WanBK Leo. (2010). Aliran Pemikiran Islam. http://www.slideshare.net/wanbk/spebab3 Zamri, U. (2010, Januari 21). Kekuatan yang menghasilkan tamadun. Retrieved Oktober 8, 2011, from IbnRajab Online: http://ibnrajab.wordpress.com/2010/01/21/kekuatan-yang-menghasilkantamadun/ Asia. Kuala Image of Islamic Civilization. Bangi: Universiti

Anda mungkin juga menyukai