Anda di halaman 1dari 8

Kaedah Penyelidikan Perniagaan

ATP201

BAB 5: KESIMPULAN

5.1

Perbincangan

Prosedur ANALISIS REGRESI digunakan untuk membandingkan nilai min bagi sesuatu pembolehubah dengan satu nilai yang tertentu dan boleh ditetapkan. Penulisan hipotesis yang berkaitan dengan penyelidikan mengenai tahap penggunaan Mesin ATM di kalangan pengguna adalah seperti berikut: Ho : = 0 Ha : 0 Penentuan nilai perbandingan, iaitu 0 adalah bergantung kepada maklumat yang diperoleh daripada kajian penyelidikan yang sebelum ini yang dijalankan oleh pengkaji Technology Acceptance Model (TAM) (Davis, 1989). Maka , H:0 hipotesis diterima (Behavioral intention berhubung secara positif terhadap penggunaan Mesin ATM. Ini kerana dengan Mesin ATM kehidupan warga penduduk menjadi lebih selesa. Maka , H1 : 0 hipotesis ditolak (Perceive Usefulness berhubung secara negatif terhadap penggunaan Mesin ATM ). Ini kerana, dengan Mesin ATM membolehkan penggunaan warga penduduk menjadi beban terutama golongan tua. H2
:

0 hipotesis ditolak (Perceive Ease of Use berhubung secara negatif

terhadap penggunaan Mesin ATM). Ini disebabkan oleh apabila menggunakan MESIN ATM, warga penduduk mendapati lebih mudah membuat apa yang diingini.

Kaedah Penyelidikan Perniagaan

ATP201

H3 : 0 hipotesis ditolak (Need For Interaction) berhubung secara negatif terhadap penggunaan Mesin ATM). Apabila menggunakan Mesin ATM , warga penduduk berasa bosan. H4 : 0 hipotesis diterima (Risk berhubung secara positif terhadap penggunaan Mesin ATM). Ini kerana warga penduduk mendapati bahawa Mesin ATM adalah menyeronokan dan kreatif. H5
:

0 hipotesis ditolak (Intrinsic motivation ) berhubung secara negatif

terhadap penggunaan Mesin ATM). Ini disebabkan oleh warga penduduk yang akan kurang menggunakan Mesin ATM pada masa hadapan. H6
:

0 hipotesis diterima (Attitude berhubung secara positif

terhadap

penggunaan Mesin ATM). Warga penduduk boleh menyelesaikan kerja menggunakan Mesin ATM, jika mereka boleh mendapatkan pertolongan dari orang lain apabila bermasalah. . H7:0 hipotesis ditolak (Subjective Norm berhubung secara negatif terhadap penggunaan Mesin ATM). Ini disebabkan warga penduduk setempat kurang bersikap keterbukaan terhadap penerimaan teknologi tersebut. H8:0 hipotesis ditolak (Perceived Behavioral Control berhubung secara negatif terhadap penggunaan Mesin ATM). Ini disebabkan oleh pengguna penduduk kurang mempunyai sikap motivasi untuk terus menggunakan Mesin ATM.

5.2 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, objektif kajian kumpulan kami adalah mengkaji tahap penggunaan ATM mesin di kalangan penduduk Bayan Baru, Pulau Pinang. Penyelidikan ini adalah penting untuk mengukur tahap penggunaan ATM mesin yang dapat membantu

Kaedah Penyelidikan Perniagaan

ATP201

penduduk Bayan Baru memudahkan urusan mengeluarkan wang, mendepositkan wang, membuat cek serta urusan-urusan lain. Berdasarkan hasil kajian kami dari segi ujian hipotesis, didapati H0 Behavioral intention hipotesis ditolak, H1 Perceived usefulness hipotesis ditolak, H2 Perceived ease of use hipotesis ditolak, H3 : 0 Need for interaction hipotesis diterima (Need for interaction berhubungan positif terhadap kadar penggunaan ATM mesin), H4 Risk hipotesis ditolak, H5 Intrinsic motivation hipotesis ditolak, H6 Attitude hipotesis ditolak, H7 : 0 Subjective norm hipotesis diterima (Subjective norm berhubungan positif terhadap kadar penggunaan ATM mesin) dan H8 : 0 Perceived behavior control hipotesis diterima (Perceived behavior control berhubungan positif terhadap kadar penggunaan ATM mesin. Berdasarkan hasil analisis dari segi kebolehpercayaan, Nilai beta bagi pembolehubah need for interaction, perceived behavioural control dan subjective norm adalah positif iaitu 0.48, 0.159 dan 0.497. Nilai beta Subjective norm adalah yang paling tinggi iaitu 0.497 (p<0.01). Namun begitu, nilai beta bagi pembolehubahpembolehubah lain adalah negatif. Ini bermaksud nilai kepercayaan kajian ini adalah rendah.

Kaedah Penyelidikan Perniagaan

ATP201

5.3

Kekangan

Berdasarkan analisis data sepanjang tempoh proses penyelidikan dijalankan, kami mendapati reka bentuk penskalaan yang digunakan dalam borang soal selidik amat mengelirukan para responden. Sesetengah responden sering menyoal tentang ukuran penskalaan dalam borang soal selidik. Kami berasa penskalaan interval iaitu skala nombor (Numerical Scale) yang digunakan dalam borang soal selidik adalah tidak sesuai.

Semasa borang soal selidik diedarkan di Bank Bumiputera Commerce, cawangan Bayan Baru Pulau Pinang, didapati para responden tidak menjawab soalan dalam borang soal selidik dengan logik kerana pengetahuan mereka dalam AUTOMATIC TELLER MACHINE adalah terhad dan tidak memahami soalan dalam soal selidik dengan sepenuhnya. Ini kerana para responden tidak memahami sepenuhnya penggunaan AUTOMATIC TELLER MACHINE semasa mereka menggunakan AUTOMATIC TELLER MACHINE dan mereka tiada pengalaman yang secukupnya untuk menjawab soalan dalam soal selidik.

Selain itu, terdapat sesetengah responden enggan memberi kerjasama kepada kami semasa proses pengedaran dan pengutipan borang soal selidik di Bank Bumiputera Commerce cawangan Bayan Baru Pulau Pinang. Mereka juga tidak memulangkan

borang soal selidik kepada kami dalam proses pengedaran soal selidik.

Kaedah Penyelidikan Perniagaan

ATP201

Tempoh masa pengedaran dan pengutipan borang soal selidik adalah terlalu pendek. Ahli-ahli kumpulan mengedarkan borang soal selidik kepada responden pada saat mereka berurusan di Bank Bumiputera Commerce cawangan Bayan Baru Pulau Pinang maka mereka mungkin dalam keadaan sibuk atau tidak menumpu perhatian sepenuhnya ketika menjawab soalan dalam soal selidik. Dengan ini, jawapan yang didapati daripada responden mungkin tidak tepat dan logik. Di samping itu, ahli-ahli kumpulan kami masih tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk menyediakan laporan penyelidikan mengenai kadar penggunaan AUTOMATIC TELLER MACHINE di kalangan pengguna AUTOMATIC TELLER MACHINE Bank Bumiputera Commerce cawangan Bayan Baru Pulau Pinang. Ini kerana kami belum menguasai topik pembelajaran bahagian analisis data dan menghadapi masalah dalam membuat analisis dalam kajian kita.

Kaedah Penyelidikan Perniagaan

ATP201

5.4

Cadangan Untuk Penyelidikan Lanjutan


Pada pendapat kami , kami mencadangkan bahawa patut abaikan soalan-soalan

yang tidak berapa kaitan dengan kajian kita seperti soalan 8 dalam bahagian 2 (Faktor Demografi) yang menyatakan Apakah kedudukan perkahwinan anda? sepatutnya diabaikan kerana ia tidak memberi kesan yang besar kepada analisis kajian kita. Sebaliknya kumpulan kami patut masukkan soalan yang lebih berkaitan kepada analisis kajian kita dalam kajian lanjutan seperti Adakah tempat kerja anda dekat Bayan Baru?.

Selain itu, kumpulan kami mencadangkan bahawa norminal (Simple Category Scale) perlu menggantikan skala interval yang digunakan dalam borang soal selidik bagi kajian lanjutan. Ini kerana skala norminal adalah mudah difahami oleh para responden semasa mengisi borang soal selidik. Contoh skala norminal (Simple Category Scale) seperti berikut: Soalan: Adakah AUTOMATIC TELLER MACHINE adalah berguna kepada saya ketika berurusan dengan pihak Bank Bumiputera Commerce ? setuju tidak setuju

Untuk mengatasi masalah yang wujud antara penyelidik dan para responden yang enggan bekerjasama, kami membuat keputusan untuk mengadakan hubungan mesra dengan pihak Bank Bumiputera Commerce supaya memudahkan proses memperoleh data-data yang lebih tepat, jelas dan benar dalam kajian lanjutan. Kita mencuba sedaya upaya supaya agar kerani bank boleh menolong kami mengedarkan borang soal selidik kepada para responden ketika mereka berurusan di kaunter dengan kerani Bank

Kaedah Penyelidikan Perniagaan

ATP201

Bumiputera Commerce cawangan Bayan Baru Pulau Pinang. Ini membantu kita dalam pengutipan borang soal selidik kajian kita dan mengelakkan daripada borang soal selidik tidak dapat dikutip balik.

Kumpulan kami mencadangkan bahawa semoga pensyarah dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam pembelajaran dan kefahaman mengenai topik-topik tertentu. Ahli-ahli kumpulan kami perlu mendapatkan pengalaman dan pengetahuan mengenai kemahiran kaedah yang sesuai dan tepat untuk menyediakan laporan penyelidikan dalam kajian lanjutan .

Kumpulan kami juga mencadangkan bahawa ahli ahli kumpulan kami patut memberi penerangan yang selanjutnya dan lebih jelas tentang soalan dalam borang selidik dan cara- cara mengisi borang soal selidik dengan betul. Ini membantu agar jawapan yang didapati daripada borang soal selidik lebih tepat ketika kajian lanjutan dijalankan.

penyelidikan yang dijalankan bagi kadar penggunaan AUTOMATIC TELLER MACHINE hanya menggunakan 25 orang untuk melihat variasi dalam kadar penggunaan AUTOMATIC TELLER MACHINE. Jika bilangan ini dibandingkan dengan jumlah pengguna AUTOMATIC TELLER MACHINE di Bank Bumiputera Commerce cawangan Bayan Baru Pulau Pinang, bilangan ini adalah terlalu kecil dan tidak dapat menjelaskan variasi dalam kadar penggunaan AUTOMATIC TELLER MACHINE di kalangan pengguna AUTOMATIC TELLER MACHINE di Bank Bumiputera Commerce cawangan

Kaedah Penyelidikan Perniagaan

ATP201

Bayan Baru Pulau Pinang dengan berkesan. Oleh itu, penyelidikan lanjutan yang dibuat perlu mengambil kira saiz sampel yang lebih besar dan melibatkan pelbagai lapisan pengguna yang menggunakan AUTOMATIC TELLER MACHINE Bank Bumiputera Commerce cawangan Bayan Baru Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai