Anda di halaman 1dari 2

Satu lagi alternatif untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang menarik untuk diajar di dalam kelas

adalah dengan menggunakan multimedia dan bahan bacaan yang lain.Bahan bacaan lain merangkumi surat khabar,majalahmajalah dan sebagainya.Perkembangan dalam teknologi menjanjikan potensi besar bagi merubah cara setiap seseorang maklumat belajar,cara dan memperoleh maklumat, juga cara dapat

menyesuaikan

sebagainya.Multimedia

menyediakan para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Menurut penggunaan Jamalludin pelbagai Harun jenis &Dr.Zaidatun media Tasir(2003),multimedia digunakan bagi adalah tujuan

yang

komunikasi.Walaubagaimanapun, jenis media yang diterima sebagai elemen multimedia berubah mengikut peredaran masa dan juga teknologi.Pada peringkat awalnya,penggunaan radio,televisyen,akhbar,projector slaid,mesin lut sinar atau OHP, poster, carta,kaset video,kaset audio dan sebagainya diterima sebagai multimedia apabila digunakan bersama. Persembahan audio-visual yang menggunakan pelbagai jenis media seperti grafik,animasi,video dan audio dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.Program multimedia interaktif juga membawa konsep kehidupan sebenar dan dapat membantu pelajar menyatukan pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah.Pendekatan ini juga dapat menanam kemahiran sosial yang tinggi dan membolehkan pelajar dengan kemahiran pembelajaran pelbagai aras mencapai kejayaan yang diingini. Penggunaan hanya buku teks akan tentu membosankan para pelajar.Teks isi mungkin panjang dan warna-warna yang sama dan tidak menarik

digunakan.Dengan menggunakan multimedia dan grafik, ilustrasi, gambar rajah dan teks yang panjang dapat diringkaskan ataupun dipersembahkan semula dengan siriciri yang lebih dinamik san dinamik.Dengan ini, keberkesanan dalam proses pembelajaran dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, maklumat yang diterima dalam bentuk animasi dan grafik dapat diterima dan diingati lebih mudah oleh pelajar-pelajar.Ia juga mudah diterima oleh neuron minda.Memang tidak dapat dinafikan,penggunaan media seperti audio,video dan animasi yang dinamik dapat memberi sokongan apabila sesuatu maklumat disampaikan.

Bahan bacaan yang lain seperti surat khabar dan majalah-majalah juga dapat digunakan apabila pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk mempelbagaikan aktiviti dalam kelas.Misalnya,sesorang guru itu boleh mengarahkan para pelajarnya dalam kumpulan untuk manghasilkan satu artikel yang menarik berdasarkan tema yang ditetapkan atas kertas mahjung dan dibentangkan dalam kelas selepas itu. Aktiviti ini lebih menarik jika dibandingkan dengan hanya membaca buku teks dan mambuat latihan yang terdapat dalamnya. Tambahan pula, aktiviti seperti ini mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Dengan menggunakan ICT dan bahan bacaan lain yang juga dikenali sebagai auxiliary materials dalam Bahasa Inggeris, maka para pelajar akan lebih minat untuk mempelajari bahasa tersebut.Aktiviti yang berbeza-beza dengan

menggunakan stail pengajaran ini mampu menhilangkan rasa bosan dalam kalangan pelajar dan pelajar secara aktif akan mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan pelbagai kemudahan serta keistimewaan yang ditawarkan oleh komputer,penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjaya menarik minat ramai pihak.Ia juga memberi kesan ke atas corak pendidikan pada masa ini dan juga pada masa hadapan.Terdapat kemungkinan pada suatu masa nanti pengajaran tradisi yang selama ini hanya menggunakan buku,kapur dan papan hitam akan diambil oleh komputer dan alat multimedia yang

lain.Walaubagaimanapun, peranan guru tidak akan berubah dan tidak dapat digantikan oleh multimedia sepenuhnya.Ia hanya berfungsi sebagai alat membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif.