Anda di halaman 1dari 2

Kes murtad: Syabas peguam Muslim lancar jihad undang-

undang
Fri | Jul 14, 06 | 10:53:38 AM
Oleh Suara UIAM anggal 12 Julai cukup bersejarah dalam dunia kepeguaman negara
apabila kes Lina Joy menjadi pencetus gagasan peguam Muslim Malaysia bangkit
melancarkan 'jihad undang-undang' demi mempertahankan akidah dan kedaulatan Islam
yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Seluruh dewan mesyuarat Mahkamah Syariah 'tegang dan panas' apabila disimbah benzen
semangat Islam yang meluap-luapkan api perjuangan semua hadirin yang terdiri daripada
peguam, pensyarah universiti dan juga pelajar undang-undang untuk bertindak agresif
mempertahankan undang-undang Islam dan kedaulatannya.

Dalam kes Lina Joy (kini berusia 43 tahun), beliau telah memohon kepada pihak
mahkamah untuk memadamkan kalimah ISLAM dalam kad pengenalannya.

Dalam permohonan tersebut, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tindakan Ketua


Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk menghalang usaha menukar agama adalah
benar.

Bagaimanapun, Sri Ram salah seorang hakim Mahkamah Tinggi menolak keputusan
tersebut dan bersedia untuk mengubah keputusan tersebut.

Sekiranya keputusan tersebut berubah maka ia akan memberikan ruang yang seluas-
luasnya kepada rakyat untuk memilih agama mereka. Inilah suatu bahaya kepada akidah
umat di Malaysia.

Peguam Pembela Islam atau PPI berjaya ditubuhkan dengan dipandu oleh Zainur Zakaria,
dibantu oleh 13 anggota sekretariat badan bertindak antaranya Kamar Ainiah, Rosidi,
Zainur Rejal, Radzi, Zulkifli Nordin dan beberapa peguam kanan yang 'very high profile'
dalam persada kepeguaman.

Asas perjuangan badan bertindak ini adalah mempertahankan kedaulatan Islam setelah
'kacau-bilau' yang dicetuskan oleh beberapa gerakan yang mempunyai agenda
mengenepikan Islam untuk 'mengganggu' peruntukan yang telah termaktub dalam
perlembagaan.

Manakala ACCIN dianggotai ABIM, JIM dan NGO lain akan membantu menyelaraskan
usaha menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia terutama
berhubung soal akidah dan kedaulatan Islam yang diperuntukan dalam perundangan
negara.

Media juga diseru dalam memimpin pandangan umum terhadap isu 'kebebasan beragama'
yang amat kritikal dan membimbangkan mutakhir ini.

Teman dan rakan-rakan melihat segenap penjuru dewan tersebut dengan pandangan yang
sangat terharu melihatkan obor ISLAM kian bersemarak dan menjangkakan ia pasti dan
pasti akan terus bersemarak.

Kebangkitan seumpama ini sangat membanggakan. Setelah sekian lama peruntukan


undang-undang ISLAM yang makin diperkecil dan diperlekehkan, Allah telah
menyatukan seluruh peguam Muslim dan mereka yang berjuang dalam arena perundangan
untuk bangkit mempertahankan kalimah ALLAH dalam jihad undang-undang.

Marilah kita kembali bersatu seumpama kesatuan umat dalam mempertahankan akidah
Natrah suatu ketika dulu.

Semua rakyat dan pemimpin bersama bangkit mempertahankan Islam demi seorang
wanita yang ingin dikafirkan semula oleh sistem perundangan Kuffar.

Sebagai umat Islam kita akan terus berusaha mempertahankan akidah rakyat dan
membimbing rakyat untuk menghayati Islam yang Syumul. Semoga kita diberikan
kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan Islam yang kian dicabar oleh musuh
Islam diserata dunia, dari segala sudut, dari segala dimensi.

Doakan kejayaan kepada para pejuang Islam dalam semua lapangan supaya mereka
sentiasa diberikan hidayah, kekuatan dan kemenangan. Teruskan jihad ini kerana inilah
jihad kita pada hari ini. Masanya telah tiba.

Anda mungkin juga menyukai