Anda di halaman 1dari 7

KPN 2043 Minggu 6

Kebolehpercayaan
Satu lagi ciri yang penting sesuatu ujian ialah
kebolehpercayaan ujian. Kebolehpercayaan ujian merujuk
kepada ketepatan dan kejituan ujian itu dalam membuat
ukuran. Persoalan di sini ialah “Adakah ujian yang sama
jika diberikan semula kepada pelajar yang sama akan
menghasilkan keputusan yang sama?”

Kebolehpercayaan sesuatu ujian dipengaruhi oleh


beberapa faktor seperti:

1. bilangan soalan
2. panjang soalan
3. kesukaran soalan
4. kejelasan soalan

Bilangan Soalan

Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang lain tidak


berubah, ujian yang lebih panjang mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini bermakna ujian
yang mempunyai lebih banyak soalan adalah lebih boleh
dipercayai

Panjang Soalan

Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungi


sebilangan besar soalan pendek akan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

hazba 1
KPN 2043 Minggu 6

Kesukaran Soalan

Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yang


kesukarannya sederhana akan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kejelasan Soalan

Soalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkan


tahap kebolehpercayaan ujian.

hazba 2
KPN 2043 Minggu 6

Prosedur mengangg ar
kebolehpercayaan skor ujian.

Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam


menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian.

1. Pentadbiran dua ujian.

(a) Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method)
(b) Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method)
atau kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form
Method)
• Merupakan kaedah terbaik dalam membuat
anggaran kebolehpercayaan pengukuran
akademik.
• Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut
sebagai teknik selang seli atau bentuk selari
• Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon
dari mengingat item yagn diuji
• Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada
calon yang sama
• Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara
bergilir, maka pekali kebolehpercayaan dipanggil
sebagai pekali penyetaraan
• Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon
antara ujian pertama dengan ujian kedua.
Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1 pada satu
ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain,
kedua-dua bentuk ini adalah setara
• Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat
pekali kestabilan dan penyetaraaan
• Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan
dan mestilah memenuhi spesifikasi berikut:
• sama bilangan

hazba 3
KPN 2043 Minggu 6

• sama bentuk
• sama arahan
• sama tempoh ujian
• sama format
• sama kandungan
• sama julat
• sama aras kesukaran
• soalan berbeza

2. Pentadbiran satu ujian.

Kaedah belah dua (Split half method)

(a) Kaedah Belah Dua.

• Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada


satu kumpulan calon.
• Untuk menskorkan ujian, pembina
membahagikan item kepada dua sub-ujian.
• Setiap ujian mengandungi ½ daripada bilangan
item yang asal.
• Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian
ialah untuk mendapatkan dua ujian yang selari
mungkin.

rtt = 2r½½
1+r½½

Empat kaedah yang biasa digunakan termasuklah:

hazba 4
KPN 2043 Minggu 6

a. Umpukkan item bernombor ganjil kepada


kumpulan A dan bernombor genap kepada
kumpulan B.
b. Susun item mengikut aras kesukaran (nilai-p)
kemudian umpukkan item yang bernombor ganjil
kepada kumpulan A dan bernombor genap
kepada kumpulan B.
c. Umpukkan item secara rawak kepada kumpulan
A dan kumpulan B.
d. Umpukkan item kepada kumpulan A dan
kumpulan B berdasarkan kandungan/
kemahiran/tugasan ujian yang sepadan.

• Kedua-dua bentuk ujian ini kemudiannya diskorkan


secara berasingan dan pekali korelasi antara kedua
ujian ini dihitung.
• Secara konsepnya, pekali korelasi bagi kedua-dua
ujian ini ialah pekali persamaan (kesetaraan) bagi
kedua-dua ujian berkenaan.

Cronbach - Alpha

• Cronbach alpha adalah pekali alpha, α, yang kerapkali


digunakan dalam menganggarkah kebolehpercayaan
ketekalan-dalaman.
• Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi
(betul-salah) atau politomi

α = k ( 1 - Σσi2)
k–1 σT2

hazba 5
KPN 2043 Minggu 6

For mula Kudder Richardson .

• Formula Kudder Richardson 20 dan 21 dibuat


berdasarkan penskoran yang dibuat secara diskrit
atau dikotomi.
• Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi
(betul-salah) seperti dalam ujian objektif perlbagai
pilihan

KR20 = k ( 1 - Σpq)
k–1 σ T2

KR21 = k ( 1 - m(k-m))
k–1 ks2

hazba 6
KPN 2043 Minggu 6

Meramal Statistik Ujian daripada Statistik


Soalan

Daripada nilai statistik setiap soalan itulah dianggarkan


statistik ujian akhir yang terbentuk itu.

Kaedah menganggar statistik ujian adalah seperti berikut.

Sediakan jadual seperti berikut.

No
p q=1 - p pq √pq r r√pq Δ
Soalan
1
2
3
.
.
k

Hitung
(i) Min ujian, Mt = ∑p
(ii) Sisihan piawai ujian, st = ∑ r√pq
(iii) Kebolehpercayaan ujian

(KR – 20), rtt = k___ [ 1 − __∑pq__ ]


k −1 s t2

(iv) Ralat piawai pengukuran ujian,


se = st √ 1− rtt

di mana, p = indeks kesukaran soalan


q=1–p
k = bilangan soalan

hazba 7

Anda mungkin juga menyukai