Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER JANUARI 2011

HBSS3203

PENGENALAN SOSIOLOGI

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

660207045112002 660207-04-5112 019-3004967 norra.ismail@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM MELAKA

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0

PENGENALAN

2.0

FAKTOR-FAKTOR MEMBENTUK PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU PELAJAR 2.1 2.2 Faktor Baka/Genetik Faktor Persekitaran

3.0

PERANAN GURU

4.0

PERANAN IBU BAPA

5.0

KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaiatan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang. Ia dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah. Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan seseorang. Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut: Perangai Kecerdasan Sentimen Sikap Minat Kepercayaan Cita-cita Nilai-nilai

Tingkah laku pula adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
1

2.0 FAKTOR-FAKTOR MEMBENTUK PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU PELAJAR Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi personaliti seseorang itu. Dua faktor yang utama tersebut adalah faktor baka atau genetik dan faktor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu tersebut. 2.1 FAKTOR BAKA ATAU GENETIK Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. a. Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitan rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciriciri personaliti. Jadual di bawah menerangkan serba ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

Jenis bentuk badan Endomorf

Rupa bentuk badan Bulat dan lembut

Ciri-ciri personaliti Trait Viscerotinia: Suka bergaul, cepat mesra, berlega, mengandur.

Mesomorf

Otot-otot

kuat, Trait Somatotonia: Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran.

berkemahiran psikomotor

Ektomorf

Kurus dan tinggi

Trait Cerebrotonia: Tidak suka bergaul,

introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

b. Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti lelah (asma), kencing manis dan sebagainya, yang kebanyakannya disebabkan oleh faktor genetik pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Seseorang kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat menyertai segala aktiviti sosial dan lambat laun akan membantutkan perkembangan sosialnya. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu.

c. Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. Contohnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Di samping itu, kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak dan dengan itu boleh menjadikannya tidak popular.

d. Di samping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih popular serta suka dihampiri oleh pelajar yang lain.

2.2 FAKTOR PERSEKITARAN Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan

perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. a. Keluarga Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana di dalam rumah tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan
3

ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk perkembangan personaliti seseorang individu tersebut. Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi di dalam perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting dalam perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengganggu di dalam perkembangan personaliti seseorang itu. Di samping itu, taraf sosio ekonomi keluarga juga memainkan peranan di dalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah. b. Kebudayaan Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai di dalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Di dalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, tolongmenolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang. c. Pengaruh sekolah Sebahagian masa yang ada dihabiskan di sekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sebaliknya, pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih pasif, takut
4

mengambil risiko, kurang inovatif dan takut membuat perubahan. Selain itu, guru berperanan di dalam membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya. d. Rakan sebaya Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting di dalam mempengaruhi pembentukan personaliti dan tingkah laku seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Sama ada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanakkanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. e. Media massa Pada zaman moden ini, media massa adalah merupakan medium perhubungan yang terpenting di dalam kehidupan seharian. Maka tidak hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting di dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kanak lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti `taman sesame` dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek seseorang pelajar. f. Pengalaman awal Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan

seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor dan sebagainya menyebabkan kanakkanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angkaangka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.

g. Masyarakat Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan

kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Contohnya : Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman.

3.0 PERANAN GURU Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar
6

yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahankemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988. Guru juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran untuk membentuk personaliti dan tingkah laku positif secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah iaitu cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah. Guru mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai murni sudah tertanam dalam diri muridmurid. Guru hanya perlu memperkukuhkan lagi nilai-nilai murni tersebut agar dapat membentuk personaliti dan tingkah laku positif dalam diri seseorang pelajar itu. Guru boleh memainkan peranannya dalam membentuk tingkah laku yang positif dalam diri pelajar antaranya :

a. Kaedah Pengajaran Dalam setiap mata pelajaran di sekolah, guru boleh menerangkan mengenai pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada sesuatu perkara yang diajar. Bermacam peristiwa dalam sejarah boleh digunakan sebagai contoh atau dalam mata pelajaran Geografi pula, guru boleh menunjukkan kaitan dengan nilai hidup dan bagaimana sebuah negara yang wujud dahulu boleh hilang sekarang. b. Pemupukan Nilai-nilai Murni Spriritual Quotient (SQ) merujuk kepada nilai dan kelakuan personal. Ia sebagai satu garisan pemisah terhadap baik dan buruk, betul dan salah. Melalui pendidikan, pelajar perlu dilatih supaya menyedari tenggungjawab beragama dan berakhlak, mematuhi perintah Tuhan, menghormati ibu bapa, membenci rasuah

dan dadah, menjadi orang yang berbudi pekerti mulia serta seterusnya menjadi warganegara yang taat dan setia. Penerapan nilai-nilai murni disisipkan melalui semua mata pelajaran dan diperkukuhkan melalui kegiatan ko-kurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Guru perlulah melaksanakan segala tugasnya di sekolah dalam pemupukan nilai-nilai murni ini.

c. Guru sebagai `Role Model` Guru perlu berpakaian kemas dan sentiasa menunjukkan perlakuan yang positif semasa berada di sekolah dan juga di luar sekolah. Tutur kata dan

perkataan yang digunakan semasa berkomunikasi dengan pelajar perlu sentiasa bersopan dan sentiasa memberi motivasi kepada pelajar-pelajarnya. Sesungguhnya semasa di sekolah guru-guru merupakan idola pelajar dan segala perlakuan guru sering menjadi ikutan pelajar.

d. Guru perlu Peka Guru mestilah sentiasa peka dengan masalah pelajar dan perubahan tingkah laku yang ditunjukkan agar tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dapat ditangani dengan segera. Pelajar yang bermasalah perlu dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling agar perlakuan negatif dapat diatasi dan pelajar akan berubah menjadi insan yang bertingkah laku positif.

e. Guru perlu Tegas Pelajar lebih menghormati guru yang tegas tetapi bukannya garang. Tindakan yang diambil oleh seseorang guru mestilah rasional dan tidak dipengaruhi emosi. Kata-kata motivasi dan nasihat selalunya lebih berkesan di hati pelajar dan sudah pasti lebih mudah untuk membentuk tingkah laku positif.

4.0 PERANAN IBU BAPA Peranan ibu bapa dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat, tidak terbatas dalam lingkungan rumah tangga semata-mata, sedangkan di
8

luar rumah, kita serahkan bulat-bulat kepada peranan orang lain, sedangkan dalam masa yang sama kita akan marah kalau anak kita dimarahi atau ditegur kesalahannya oleh orang lain. Tetapi peranan ibu bapa itu bukan sahaja harus dimainkan terhadap anak mereka sendiri semasa di dalam rumah dan di luar rumah malah terhadap anak-anak jiran, rakan, hingga kepada sesiapa sahaja, sesuai dengan firman Allah yang terdapat dalam Suratul 'Asr yang sering kita baca, iaitu berpesan-pesan kepada (melakukan) kebenaran dan berpesanpesan kepada (mengamalkan) sifat kesabaran, sebagai bukti kita orang yang beriman dan beramal soleh, golongan manusia yang beruntung. Manakala manusia yang bersikap sebaliknya adalah golongan orang yang rugi. Sebenarnya agenda mentarbiah anak itu bermula sejak dari proses mencari jodoh, proses persenyawaan berlaku hinggalah kepada anak itu mampu berdikari bahkan sehingga anak kita itu dijemput kembali kepada Allah. Semasa anak-anak masih dalam lingkungan usia yang belum layak dihantar untuk mengikuti pendidikan formal di kelas-kelas TADIKA, TABIKA atau TASKI, maka ketika itu ibu bapa adalah segala-galanya buat mereka. Ibu bapa adalah guru kepada mereka dalam pendidikan informal dalam institusi keluarga, yang mana anak-anak mendapat pendidikan dari ibu bapa mereka secara lisanul hal (praktik) dan lisanul maqal (teori) sebagai ikutan dan contoh teladan kepada mereka. Bahkan sekalipun mereka telah mendapat pendidikan formal dari guru dalam institusi persekolahan, ibu bapa masih tetap berperanan sebagai pemegang saham terbesar dalam memainkan peranan mentarbiah anak-anak mereka. Ibu bapa bertanggung jawab melentur anak-anak mereka sejak mereka masih rebung supaya senang dibentuk sesuai dengan kecemerlangan yang diidam-idamkan. Kalau kita gagal meluntur buluh dari rebungnya, maka kita akan berhadapan dengan risiko yang semakin rumit untuk melenturnya. Dalam hal ini Pepatah Melayu ada mengingatkan kita "MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA" maknanya, mendidik anak itu biar dari masa kecilnya, kerana anak-anak yang dilahirkan itu bagaikan kain putih, maka terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorak-warnakannya mengikut kemahuan mereka. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih/Islam), maka ibu bapanyalah (yang berperanan) menjadikannya (samada) Yahudi, Nasrani atau Majusi". Maknanya kalau anak kita (muslim) berperangai seperti orang (kafir) Yahudi atau Nasrani atau Majusi, itu adalah bukti kegagalan kita mengislamkan perangai mereka. Jika anak-anak kita mengagong-agongkan budaya negatif dari barat seperti "rock","punk"
9

menagih dadah, pergaulan bebas dan lain-lain, itu membuktikan kita gagal menerapkan ajaran suci Islam dalam diri mereka, mungkin juga dalam diri kita sendiri. Peranan ibu bapa adalah penting kerana sejak dari dalam kandungan lagi, mereka merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka bagi membentuk tingkah laku positif antaranya ialah :

1) Menjadi contoh kepada anak. Ibu bapa harus menjadikan diri mereka sebagai contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Anak-anak akan mengikut perlakuan mereka dan berkelakuan baik.Teladan yang baik akan membantu anak-anak memiliki sahsiah diri yang positif.

2) Memberikan Kasih Sayang Menurut Teori Maslow, salah satu keperluan anak-anak ialah keperluan kasih sayang. Pemberian kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah amat penting dalam membentuk kestabilan emosi, personaliti anak, kepuasan hidup dan sebagainya. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada anak mereka adalah proses pembelajaran yang pertama sekali dialami oleh manusia. Dengan itu, kanak-kanak merasa selesa dan selamat. Sentuhan juga menyebabkan anak-anak ini rasa disayangi. Sentuhan oleh ibubapa ke atas anak-anak ini membolehkan anak-anak ini berasa selamat walaupun mereka sakit dan takut.

3) Meluangkan masa bersama anak. Ibu bapa harus meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan memantau perlakuan mereka di sekolah. Sekiranya perlu, ibu bapa boleh berbincang dengan guru-guru sekiranya anak mereka bermasalah. Ibu bapa harus mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak agar mereka menjadi pelajar yang sentiasa berfikiran positif.

4) Tidak memanjakan anak-anak Ibu bapa harus bertindak tegas terhadap anak-anak, iaitu menghukum mereka jika berbuat salah dan tidak memberikan segala yang diminta oleh mereka dengan mudah dan memberi kemewahan yang berlebihan. Ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak tidak kedekut berkongsi barangan dengan ahli keluarga dan sikap ini akan menjadikan mereka pelajar yang suka membantu.

10

5) Selalu berkongsi masalah dengan anak-anak. Ibu bapa harus menyedarkan anak-anak bahawa mereka boleh berkongsi masalah dengan ibu bapa dan keluarga. Anak-anak yang sering bercerita masalah dengan ibu bapa akan menjadi pelajar yang lebih yakin dengan diri sendiri dan sudah tentu mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik. Ibu bapa memainkan peranan memastikan talian komunikasi dengan anak-anak berterusan. Ini bererti ibu bapa mendengar apa yang diperkatakan oleh anak-anak, begitu juga anak-anak mendengar apa yang diperkatakan oleh ibu bapa. Dengan ini, barulah ibu bapa dapat memahami segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan cuba membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut.

6) Sentiasa memberi teguran dan nasihat. Anak-anak haruslah sedar bahawa nasihat ibu bapa adalah untuk kebaikan diri mereka. Ibu bapa perlu tegas sekiranya anak-anak melakukan kesilapan dan membuat teguran atau menghukum mereka. Sikap negatif mereka perlu diperbetulkan agar mereka sedar kesilapan yang telah dilakukan.

7) Memberikan didikan agama Ibu bapa harus memberikan didikan agama yang sempurna agar anak-anak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dan semasa di sekolah mereka menjadi pelajar yang berperibadi mulia dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran.

4.0 KESIMPULAN Sesungguhnya banyak faktor yang dapat membentuk personaliti dan tingkah laku seseorang pelajar itu. Guru dan ibu bapa perlu memainkan peranannya kerana tanggungjawab mendidik adalah tugas mulia dan besar ganjarannya di sisi Allah. Justeru itu, ibu bapa dan guru seharusnya memainkan peranan dan memikul tanggungjawab membentuk personaliti dan tingkah laku positif dalam diri pelajar di sekolah. Didikan agama yang kukuh dan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap insan di dunia ini akan dapat membentuk personaliti dan tingkah laku yang positif dan seterunya melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
11

RUJUKAN/REFERENSI Ahmad Redzuan Mohd. Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn.Bhd. Dr. Zahyah Hanafi.(2010). HBSS3203 Pengenalan Sosiologi. Kuala Kumpur: Open University Malaysia.

Kim Phaik Lah. (1995). Modul kajian tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan penyelidikan pendidikan kementerian pelajaran Malaysia. Ee Ah Meng. (1998). Pendidikan Moral untuk bakal guru. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1979). Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahmood Nazar Mohamed(1990). Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah laku Manusia. Kuala Kumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Noraini Ahmad. (22003). Kaunseling Kekeluargaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn.Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 5 Dan 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof.Dr.Khadijah Rohani Mohd. Yunus.(2008). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Sharifah Alwiah Alsagoff(1987). Psikologi Pendidikan 1. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. http://skypin.tripod.com/pendik/pendidik19.html http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20060827124744/Article/

12

13

Anda mungkin juga menyukai