Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara Hari Konvokesyen Pra sekolah 8.20 :Mohon perhatian!

Hadirin dan hadirat sekalian dengan segala hormatnya dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Majlis akan bermula sebentar lagi. 8.25 : Bismillahir rahmanir rahim Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Majlis dengan penuh hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran yang berusaha Tuan Guru Besar SK Taman Palma En.Mohamad Saleh b Wahab,Penolong kanan-penolong kanan,para tetamu jemputan serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. - Bagi memulakan majlis ini dengan sukacitanya dijemput Ustaz Mohd Firdaus B che Hussin untuk membacakan doa. Dipersilakan dengan sukacitanya. - ---- Demikianlah tadi bacaan doa oleh Ustaz Mohd Firdaus B che Hussin. Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau.

8.45 : Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi,yang hadir dijemput maka majlis dengan hormat dan bangganya menjemput En.Mohamad Saleh b Wahab ,Guru besar SK Taman Palma untuk menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan. - Demikianlah ucapan alu-aluan oleh yang berusaha En.Mohamad Saleh b Wahab . Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih. 9.00 :Untuk menyerikan lagi majlis,maka dipersilakan Kumpulan penari Pra Sri Palma tampil ke pentas untuk mempersembahkan rangkaian 1. Tarian joget berhibur 2.Nyanyian lagu lompat si katak lompat dan 3.Tarian Chicken Dance

Dipersilakan Kumpulan penari Pra Sri Palma. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada kumpulan penari pra sri Palma. Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn Marini Bt shafie dan Pn. Norazwa bt Saedin yang memimpin dan melatih kumpulan tersebut. Seterusnya majlis mempersilakan adik Nur Ain Syazwani Bt zulkifli dan Adik Nur Aliysha Umaira Bt Ramlan untuk mendeklamasikan puisi. Guru Oh Guru Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih kepada adik Nur Ain Syazwani Bt zulkifli dan Adik Nur Aliysha Umaira Bt Ramlan kerana mendeklamasikan puisi itu tadi.

Seterusnya adalah upacara penyampaian anugerah khas untuk murid-murid bagi pelbagai kategori tahun 2010. Maka saya dengan hormatnya mempersilakan En.Mohamad Saleh b Wahab ,Guru besar SK Taman Palma untuk menyampaikan hadiah dan sijil. Maka dengan segala hormat dan bangganya majlis mempersilakan. Penerima Anugerah Khas ......... - Rujuk lampiran Seterusnya penyampaian sijil pra sekolah dipersilakan......... - Rujuk lampiran Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En.Mohamad Saleh b Wahab yang telah sudi menyampaikan hadiah dan sijil. Demikianlah tamatnya penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid pra sekolah tahun 2010.

Sebagai menutup tirai majlis, terimalah persembahan gamelan dengan lagunya Inang Cina Berlagu sudah bertari pun sudah,bersemaraklah cinta di hujung kemudi, Berguru sudah bermesra pun sudah, sampailah masa menghargai budi Majlis merakamkamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kumpulan muzik gamelan yang mengiringi penerima sijil sepanjang majlis ini . Kumpulan Gamelan Sri Palma itu tadi telah dipimpin oleh Cikgu Ruhil Zuraifah Bt Mohamed Sawal.

Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam hati Kalau ada khilaf dan salah Jangan disimpan di dalam hati Burung puyuh terbang ke lembah Pungguk menanti di hujung dahan Dengan sepuluh jari ku hulur sembah Budi tuan menjadi warisan. Sekian,terima kasih.Wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.