Anda di halaman 1dari 22

Start

Definisi
Pelopor

Sejarah Faktor
Pemikiran & Kepercayaan Kritikan Pandangan Islam

Replay

Exit

Definisi ( 3MS )

Kapitalisme
Sistem ekonomi dan sosial Cenderung pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan Bermatlamatkan keuntungan Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme
Menu

Sambungan Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan 19 Masehi.

Walaubagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lain terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan.
Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian.
Menu

Menu

Pelopor

Adam Smith, pelopor sistem ekonomi kapitalisme atau pasaran bebas melalui bukunya The Wealth of Nations.
Adam Smith (1723 - 17 Julai 1790) adalah pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland. Dia terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nations dan dianggap sebagai bapa ekonomi moden. Smith merupakan anak kepada pegawai kastam di Kirkcaly, Fife, Scotland. Tarikh sebenar kelahirannya tidak diketahui, tetapi dia disucikan (baptized) di Kirkcaldy pada 5 Jun 1723, enam bulan selepas kematian bapanya. Ketika berumur 4 tahun, dia pernah diculik oleh sekumpulan Gipsi, tetapi berjaya diselamatkan oleh pakciknya. Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral. Pada 1740, dia memasuki Kolej Balliol, Universiti Oxford hingga 1746.
Menu

Sejarah (2MS)

Kemunculan idea Kapitalisme dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal, namun ia tidak menyeluruh. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Fahaman kapitalisme menjadi lebih kukuh selepas gerakan reformasi dan kemunculan aliran-aliran agama baru khususnya aliran Calvinisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan merupakan sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian.

Menjelang abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan dan disebarkan ke seluruh dunia menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat.
Menu

Berkembang di Inggeris, Perancis, Jepun, Amerika Syarikat dan majoriti negara-negara Barat.

Menu

Faktor Kemunculan ( 2MS )

Di Eropah
Kapitalisme sebagai sistem ekonomi yang difahami bermula di Eropah pada kurun ke-13, menjelang akhir zaman feudal.
Manusia itu, kata Adam Smith, sentiasa ada kecenderungan untuk "mengangkut dan menukar barang kepada barang lain." Kecenderungan kepada perdagangan dan pertukaran ini digalakkan oleh beberapa siri Perang Salib dari kurun ke-11 hingga ke-13. Penerokaan bangsa Eropah pada kurun ke-15 dan ke-16 menguatkan dorongan kepada perniagaan dan perdagangan, terutama berikutan kebanjiran logam berharga yang masuk ke Eropah selepas penerokaan dan penawanan Dunia Baru.

Aturan ekonomi yang muncul dari peristiwa-peristiwa ini pada dasarnya bersifat komersil iaitu tumpuan lebih kepada pertukaran barangan daripada pengeluaran. Penekanan kepada pengeluaran tidak berlaku hingga kebangkitan perindustrian pada kurun ke-19.
Menu

Sambungan satu unsur penting dalam sistem kapitalis muncul: usahawan atau pengambil risiko. Unsur penting dalam kapitalisme adalah menjalankan aktiviti dengan jangkaan yang ia akan menghasilkan keuntungan pada masa depan.

Kerana masa depan tidak diketahui, kedua-dua risiko kerugian dan keuntungan wujud. Jangkaan risiko ini adalah salah satu peranan khusus yang dimainkan oleh seorang usahawan.
Gerakan ke arah kapitalisme dari kurun ke-13 dan seterusnya dikuatkan lagi oleh Renaisans dan Reformasi. Perkembangan besar ini mengubah masyarakat dan membuka jalan kepada kemunculan negara-bangsa moden, yang kemudian membawa kepada keamanan, peraturan, dan undang-undang yang penting bagi pertumbuhan kapitalisme. Pertumbuhan ini dicapai melalui pengumpulan lebihan ekonomi oleh usahawan dan pelaburan semula lebihan ini ke dalam sistem untuk pengembangan.

Menu

Pemikiran & Kepercayaan (5MS)

Keinginan memiliki kuasa dan melebarkan pengaruh dan penguasaan ( Falsafah Roma Klasik )
Menuju penguatan kepemilikan individu dan mengajak liberalisasi Pemikiran mazhab liberal, mazhab klasik, mazhab naturalisme. Menentang agama dan tidak mengakui kuasa gereja dan setiap normanorma akhlak Hanya menjaga norma akhlak jika mendatangkan keuntungan, khususnya melalui ekonomi. Mengajak kepada sistem liberal, politik liberal, akhlak liberal, sosial liberal dan kemudian berubah menjadi serba boleh ( permissible )
Menu

Pemikiran & Kepercayaan

Mencari keuntungan sebanyak mungkin dengan semua cara selain cara yang dilarang oleh negara yang dapat membahayakan umum seperti dadah. Menyucikan pemilikan individu iaitu dengan membuka cara agar setiap manusia menggunakan kemampuannya guna menambah kekayaan, melindungi, dan menghalang perosakan atasnya, memberikan aturanaturan untuk mengembangkan, menstabilkan dan menolak campur tangan negara dalam kehidupan ekonomi. Persaingan di pasaran ( Perfect Competition ) Sistem kebebasan harga dan membiarkan kebebasan harga ini mengikut tuntutan penawaran dan permintaan pasaran.

Menu

Pemikiran & Kepercayaan

Kapitalisme secara bebas membawa kekacauan ideologi dan perilaku yang dapat melahirkan daripadanya konflik Barat yang melanda dunia sebagai indikasi hilangnya pemikiran dan hilangnya spiritual.
Penurunan upah kerja dan meningkatkan permintaan kerja mendorong keluarga memperkerjakan setiap keluarganya hal ini dapat membawa kepada kehancuran keluarga dan menurunkan hubungan sosial diantara mereka.

Para Kapitalis berpendapat bahawa liberalisasi adalah amat penting kepada seseorang untuk merealisasikan kestabilan antara dirinya dan masyarakat. Liberalisasi adalah kuasa pendorong untuk berproduksi dan hak manusia sebagai ekspresi kemuliaan dirinya.

Menu

Permainan Video Berunsur Kapitalisme


(cara menyebaran mereka)

Menu

Buku-buku tentang Ideologi Kapitalisme

Menu

Kritikan

Golongan sosialis dan komunis adalah antara mereka yang menentang kapitalisme. Mereka mengatakan kapitalisme menjejaskan golongan pekerja kerana golongan kapitalis mendapat lebih banyak keuntungan sedangkan golongan pekerja mendapat gaji yang tidak setimpal. Wujudnya jurang yang luas kaya dan miskin serta mereka yang miskin dan bertambah miskin.

Karl Marx seorang pemikir komunis dari German dalam bukunya Das Kapital (The Capital) menulis bahawa kapitalisme hanya dapat disingkirkan apabila golongan pekerja mengambil alih kerajaan melalui revolusi.
Selain itu, sistem ekonomi ini dulunya dianut oleh negara miskin dan kekurangan sumber daya alam (SDA) dan sumber daya manusia (SDM).

Menu

Pandangan Islam

Menu

Pandangan Islam

Menu Replay Exit

Pandangan Islam

1. Islam tidak melarang menjadi kaya, asalkan mengikut syariat yang betul.
2. Kapitalis mengamalkan sistem ekonomi yang tidak adil dan berlakunya penindasan terhadap golongan bawahan ( lemah ). 3. Islam mengamalkan mengaut keuntungan yang setimpal dan tiada menzalimi pihak lain.

4. Kapitalis mengaut keuntungan dengan pelbagai cara tanpa mengira halal dan haram, asalkan matlamat tercapai.

Menu

Pandangan Islam

kapitalisme melahirkan ketidaksamaan (inequality), atau kesenjangan ekonomi dalam masyarakat. Umumnya orang mengakui bahwa kapitalisme memang mendorong produktivitas yang tinggi dan memiliki kemampuan untuk melipatgandakan kekayaan, tetapi tetap tidak dapat menghilangkan ketimpangan. kapitalisme adalah sistem ekonomi yang bersifat internasional, jadi tidak dapat berdiri sendiri dalam suatu negara tertentu. Kapitalis dapat berkembang dengan mengeksploitasi negara lain. kapitalisme yang secara teoritas memberikan kesempatan sama (equality of opportunity) kepada setiap anggota masyarakat, dalam kenyataannya bersifat diskriminatif, bahkan rasis. Hanya mereka yang dekat dengan sumbu kekuasaan, dana dan informasi daja yang bisa berkembang, sementara yang lain tidak.

Menu

Pandangan Islam

kapitalisme yang berupa berproduksi untuk dapat berproduksi lebih besar (to produce, to roduce and to produce) menyebabkan keserakahan dan berkembangnya kehidupan yang materialistis. Melimpahnya produksi tidak lagi menjadi alat untuk mencapai suatu tujuan yang lebih luhur, karena ia telah menjadi tujuan itu sendiri.

Bagi mereka yang baik adalah yang memberi manfaat material, kendati itu bertentangan dengan aturan Islam. Dan yang buruk adalah yang sebaliknya. Akhirnya, manusia tumbuh menjadi binatang ekonomi yang hidup sekadar mengejar pucuk-pucuk kenikmatan jasmani.

Menu

Anda mungkin juga menyukai