Anda di halaman 1dari 4

Bahasa baku Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa. Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah dikodifikasikan, baik dari segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa, walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi, dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi awalan meNG; umpamanya kritik menjadimengkritik. Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi prestij kerana:

Unsur penyatu: digunakan oleh orang-orang daripada pelbagai daerah loghat; Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu; dan Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi perlambangan. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah-betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat

Sumber : http://www.scribd.com/doc/44015583/Matlamat-Dan-Pelaksanaan-Sebutan-BakuBahasa-Melayu-Di-Malaysia

Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia 2.1 Latar Belakang Bahasa Melayu bakumerupakan bahasa Melayu yang sempurna darisegi penggunaan aspek-aspek bahasanya iaitu betul tatabahasnya, betul ejaannya, betul istilahnya, penggunaan katanya, sebutannya dan bahasanya. Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan BakuBahasaMelayu ini ber dasarkan kepada dokumendokumen pedoman sebutanbakubahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa danPustaka,khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut : i.Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu , Dewan BahasaDan Pustaka, 1998. ii.Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu , Dewan BahasaDan Pustaka, 1994. iii.Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu , Dewan Bahasa DanPustaka, 1991. Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub dalam AktaDewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaandan Peluasan 1995). Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu untuk m e m b a k u k a n e j a a n d a n sebutan, dan membentuk istilah-istilah yangsesuai dalam bahasa kebagsaan;

2.2Matlamat Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu. Matlamat pembakuan sebutan dalam bahasa Melayu adalah untuk tujuanpenyeragaman. Secara khususnya, ia bertujuan : i. ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dikalangan semua pengguna bahasa Melayu. ii.Untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu,iaitu supayasistemsebutanmenjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapandan pembakuan tatabahasa, laras bahasa,sistem ejaan dan kosa kata. Untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasaMelayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi. Secara khususnya, ia adalah bertujuan untuk mengurangkanpenggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan sertamenghindarkan penggunaa dialek setempat dalam pembelajarandan pengajaran di peringkat sekolah

iii. iv.

2.3 Masalah Sebutan Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan.Olehitu,perancang an dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakanselepasmemantapkan aspekaspek bahasa yang lain. Beberapa kegiatanyangdiperturunkan adalah : i. Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek danbahasa M e l a y u y a n g diadakan sejak tahun 1980-an lagi.Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987. Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasaMelayu dibuat olehJawatank uasa Teknikal antara DBPdengan Pusat Perkembangan Kurikulum. PLM, KementerianPendidikan Malaysia dan pakarpakar bahasa sekitar tahun 1987. Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar danbengkel sejak awal Rancangan Malaysia Keempat 1981. Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan LinguistikMalaysia dan DBP,Kementerian Pendidikan Malaysia sertapakar-pakar bahasa.

ii.

iii. iv.

Penggunaan sebutan baku di sector pendidikan di Malaysia telah dilaksanakan pada dua penggal tahun 1988. Ia dilaksanakan berdasarkan arahan Pekeliling Ikhtisas Bil. II/ 1988: Pelaksanaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah yang bertarikh pada 2 April1988 yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian

Pendidikan Malaysia. Selain itu, pelaksanaan mengenai sebutan baku bahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lama.Punca utama ialah kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada sistem baharu. 2.4 Sebutan Baku

Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996:46 telah mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi rasmi. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah: i. Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan,dan pengacaraan sesuatu majlis. ii. Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan,kuliah dan pengumuman. iii. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh[pegawai pensyarah, pelajar dan guru. iv. Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam, seperti mesyuarat rasmi,temu duga ucapan dalam upacara rasmi dan wawancara. 2.5 Dasar Sebutan Baku Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah berdasarkan ejaan, iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut pelambangan huruf, serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku bahasa Melayu , perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut : i. ii. iii. Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secarakeseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata, sama ada katadasar atau kata terbitan. Sebutan Huruf : Pada asasnya, setiap huruf dalam ejaan Rumihendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya. Intonansi : Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnyasewaktu berbicara, dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau kalimat dan jenis dalam bahasa Melayu serta keprihatinan keadaanyang berkenaan.

Nota lain : http://www.scribd.com/doc/37539403/Task-Bm-Fonetik

Anda mungkin juga menyukai