Anda di halaman 1dari 7

NALURI

NALURI

Hembusan angin kencang sudah pun reda.

Cahaya biru yang bersinar

menyilaukan pandangan juga telah tiada. Wujud di hadapannya kini ialah seorang wanita muda berbaju kurung Johor, lengkap dengan kain penutup kepala dan bersanggul kemas. Dia terpegun sebentar. Wanita muda ini kelihatan aneh, begitu klasik. Ditelitinya setiap raut wajah wanita itu. Wajahnya tenang seperti lautan madu, tasik susu dan berpantaikan sakar yang cahayanya bagaikan bulan purnama. Tiada cacat celanya wajah bujur bertubuh ramping di hadapannya. Bibir ranumnya mengukir senyuman dan Nor melemparkan jauh-jauh

terpancar keikhlasan melalui matanya yang redup.

prasangka buruknya tadi. Wanita berwajah cahaya bulan itu tidak kelihatan mengundang ancaman kepada dirinya. Lantas, tiada apa yang perlu dia takuti. Siapakah kau dan mengapa kau ke mari? Nor bersuara memecahkan

keheningan.. Dia berharap benar wanita muda itu mahu berbicara dan sekaligus dapat meleraikan teka-teki yang bermain-main di fikirannya. Datangku bukan mengganggu ketenangan, membunuh kedamaian di hati tetapi menepis kesepian dan memecahkan kebuntuan. Hadirku bukan mengundang kekecohan atau menjemput malapetaka tetapi meluruskan keadaan dan memperbetulkan kesilapan supaya pisang tidak berbuah sekali lagi dan sejarah tidak dinodai lagi dengan kerakusan manusia yang ketagih korban. Kata-kata kau begitu berbelit-belit. Tidak bolehkah kau berterus-terang? Aku masih belum mengerti. Nor mula kurang sabar. Diperhatinya wanita muda itu meminta penjelasan.

NALURI

Namaku Wan Anum, isteri kepada Laksamana Bentan yang gagah perkasa. Kami berdua berdarah Bentan tetapi menghambakan diri di Johor Lama di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah II. Temasik ini adalah tempat persinggahan kami. Kami sudah terlalu biasa dengan tempat ini. Wan Anum mengenalkan dirinya sambil membetulkan kain tudung kepalanya yang terusik sedikit ditiup angin. Nor menjadi kaget. Mana mungkin watak yang menjadi catatan sejarah Melayu 265 tahun dahulu boleh wujud di hadapannya? berbisik. Seperti yang telah kukatakan tadi, hadirku bukan untuk mengganggu ketenteramanmu. Aku akan hadir dalam setiap minda kaumku yang teraniaya atau yang menganiaya diri mereka sendiri. Aku tidak perlu diundang untuk wujud di hadapanmu kerana aku adalah nalurimu, khayalan fantasimu. Terus sahaja Wan Anum bersuara bagai dapat membaca soalan yang berpilin di hati Nor. Nor terpaku seketika. Wanita muda ini pasti mempunyai hasrat dan misi penting. Nor melunjurkan kakinya yang mulai terasa kebas. Dia termenung seketika dan cuba mengingati kembali kisah sejarah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang yang pernah dibacanya. Kisah itu begitu menyayat hati. Angkara Sultan yang bernafsu di mata bersultan di hati, rakyat menjadi mangsa. Kezaliman Sultan terhadap kaum yang lemah telah memudaratkan diri sendiri. Akibatnya, terputuslah salasilah kesultanan Melaka kerana Sultan Mahmud Syah II tidak berwaris. Dengarlah, Nor Suara lunak Wan Anum bagai bergema di benak Nor. Jangan kau siksa jiwa yang tidak berdosa. Berilah dia peluang untuk melihat dunia ini. Jangan kau hampakan harapannya melihat dan menagih kasih dari orang yang Bermimpikah dia? Hati kecilnya

NALURI

membawanya ke alam baru. Wan Anum sebak seketika. Kenangan lampau begitu menghiris jiwa dan menyentap-nyentap jantungnya. Naluri keibuannya begitu membakar dan kehangatannya terasa membahang ke seluruh tubuhnya. Aku tiada pilihan Nor berkata perlahan. Sesungguhnya, hatinya sendiri menjadi sayu dan sebak melihat Wan Anum menitiskan airmata. Namun kata-katanya yang pendek tetapi padat itulah yang menyebabkan Wan Anum berang. Api

kemarahannya meluap-luap sehinggakan wajah yang tadi sendu menjadi garang dan bengis. Mata Wan Anum merenung Nor bagaikan harimau hendak membaham

mangsanya. Nor menjadi cemas. Jangan kau berkata begitu lagi! Kau punya pilihan untuk meneruskannya atau tidak! Kau berpeluang untuk menentukan jalan hidup kau. Janganlah kau jadi manusia kejam yang tidak berhati perut. Sedangkan binatang tahu mengasihi anaknya. Wan Anum bertubi-tubi menghentam Nor dengan hujah-hujahnya. Lainlah aku Wan Anum bersuara lagi tetapi kali ini dengan nada yang rendah. Wajah yang garang berubah pilu. Aku tidak mempunyai pilihan. Aku telah dianiaya dan dikhianati. Segala impian dan anganku untuk hidup bahagia sekeluarga hancur musnah. Memang dasar manusia, apabila sudah berpangkat dan berkuasa, mula hilang jatidiri dan menindas orang yang lemah. Kata-katamu seperti orang yang berdendam. Nor memberanikan diri bersuara. Aku tidak berdendam dengan sesiapa. Aku percaya pada Qada dan Qadar Tuhan. Semuanya sudah suratan. Aku cuma kecewa dan menyesal dengan apa yang terjadi. Aku gagal melindungi anakku sendiri. Air mata Wan Anum mengalir deras.

NALURI

Usah kau sesali nasib. Kau tak berupaya melindungi diri kau sendiri, bagaimana kau nak melindungi anak kau. Menangis airmata darah sekalipun, kau tidak berupaya mengubah sejarah. Jangan salahkan diri sendiri. Nor cuba memujuk. Hanya kerana seulas nangka, Sultan telah menghukumku sedemikian kejam. Aku dikatakan pelepah nak melampaui pucuk kerana memberi sisa kepada raja. Segala jasa bakti suamiku yang sedang bermati-matian di medan perang demi kedaulatannya tidak dipandang langsung. Apalah malang nasib anakku. Aku tidak berupaya

melepaskan diri daripada tangan-tangan sasa yang mencengkam tangan dan kakiku. Saat bertarung untuk hidup begitu siksa sekali. Sakit hatiku lebih teruk jika dibandingkan dengan kesakitan keris Sultan. Wan Anum bercerita dengan sayu. Tetapi kau bertuah Wan. Suamimu begitu menyintaimu. Dia sanggup menuntut bela kematianmu dan anakmu. Aku tabik padanya. Dia adalah seorang perwira yang berani menentang feudalisme. Dia seorang satria kerana berani melangkah adat lapuk pantang Melayu derhaka kepada rajanya. Dia gugur sebagai seorang pahlawan. Kau patut berbangga dengannya Wan Anum. Anum. Aku tidak minta dibela, Nor. Namun aku berbangga dengan cinta suci suamiku yang tidak pernah ketandusan. Cintanya tetap segar dan bersinar umpama kiambang mekar dititis embun pagi. Wan Anum tersenyum kembali. menampakkan diri. Tapi kau, Nor. Kau harus bangkit daripada kesilapan yang lalu. Kau harus jadikan kisah hidupku sebagai benteng dirimu. Janganlah kau menghukum anakmu atas dosa dan noda yang kau palitkan. Sedarlah Nor. Lupakanlah titik hitam yang lalu. Kau Bibit-bibit ceria mula Nor cuba menceriakan semula hati Wan

NALURI

harus berani menempuhi hidup ini dan menerima kenyataan.

Kata-kata itu begitu

meluluhkan perasaannya dan menusuk hingga ke sanubarinya. Sesungguhnya dia telah berdosa kerana membiarkan dirinya hanyut dalam gelora nafsu yang tidak terbendung. Kau tak faham, Wan Anum. Keadaan kita berbeza. Aku.aku tidak

bersuami..Akuaku malu kepada masyarakat yang akan memandang serong padaku. Nor teragak-agak menjelaskan perkara sebenar. Rasanya, tidak sanggup dia menentang mata Wan Anum. Terasa dirinya begitu kotor dengan noda. Kau malu kepada masyarakat, tetapi tidak kepada Tuhan. Kau ingin

menghapuskan zuriatmu dengan harapan dapat menutup pekungmu. Usahlah kau jadi manusia hipokrit, berpura-pura baik sedangkan dirimu begitu busuk dan hina. Kau sama sahaja seperti Seri Bija Wangsa. Manusia bertopengkan syaitan. Hidup berlandaskan iblis! Nampaknya nalurimu dengan naluriku begitu berbeza sekali. Jelas sekali berimbal balik. Kau sama juga dengan ikan haruan yang memakan anak sendiri! Nor hanya membiarkan sahaja Wan Anum melampiaskan kata-katanya yang berjelirat dengan hempedu dan racun berbisa itu. Terasa juga perit dan sakitnya diperkatakan sebegitu. Kau bebas berkata apa sahaja. Hukumlah aku, sememangnya aku telah berdosa. Aku ingin kembali ke pangkal jalan. Namun, aku juga takut untuk berhadapan dengan masyarakat. Nor berbicara sayu. Ada nada keinsafan dalam getar suaranya. Matanya mula berkaca-kaca. Kelopak matanya tidak mampu menahan terus air mata yang

bertakung lantas dibiarkan sahaja ia menitis perlahan membasahi pipi yang halus. Kau harus sedar, Nor. Walau apapun alasan yang kau berikan, janganlah

jadikan dirimu seorang pembunuh. Apatah lagi membunuh janinmu sendiri. Di manakah terletaknya naluri keibuanmu? Seorang ibu sepatutnya sanggup bergadai nyawa demi

NALURI

melindungi anaknya. Seorang ibu tidak akan sanggup melihat anaknya dianiaya. Anak adalah anugerah Tuhan. Sepatutnya seorang ibu bersyukur di atas pemberianNya. Wan Anum terus berhujah dengan harapan setiap kata-katanya dapat menembusi kekerasan hati Nor. Nor hanya menundukkan kepala. Dengar dan fahamilah kata-kata terakhirku ini, Nor. Wan Anum bersuara

lembut seperti memujuk. Jadikanlah kisah hidupku sebagai inspirasimu. Bangkitlah kamu menentang segala cabaran dan dugaan. Insaflah dan jadilah seorang ibu yang baik walaupun seorang ibu tunggal. Setidaknya, kau patut bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi seorang ibu. Ramai wanita yang gagal menjadi ibu. Janganlah kau siasiakan peluang ini. Bertaubatlah. Nescaya kau akan tetap diterima keluarga dan

masyarakat. Masih ada harapan untuk hari esok NorNorhanum, bangunlah. Tadi beria-ia sangat nak tengok cerita Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Kata tadi nak tengok Wan Anum kena hukum belah perut. Ni, tidur pula. Jumpa Wan Anum dalam mimpi ke? Norhanum terpinga-pinga. Rakannya terkekeh-kekeh ketawa. Memang sudah kutemui Wan Anum. Bisik Norhanum perlahan sambil membelai perutnya yang kian membonjol.

NALURI

Kata uri, aku putih Biar direndam darah merah Biar disalut daging merah Aku tetap putih Kata uri, Hidup dalam dunia sini memang kelam Berdengung dan basah Mengikut gelombang nadi Aku tetap tenang Kata uri lagi, Wujudku, buah cinta dua insan Harum dan mekar indah Bersatu di alam maya Dan aku pun berputik Aku tetap redha Aku percaya kata uri bahawa Ada yang akan membelaiku Ada yang akan menyambutku Kelak ranum buah cinta ini Suatu harapan yang menggunung Aku tetap yakin Namun aku tergugat kini Hilang bersama ketenangan dan keyakinan Bunyi itu maha dasyat Bagai mengejarku Menyedut dan menyentap Memburu dan mengganas Diarah naluri kejam Aku mahu lari Aku mohon dilindung Aku, hanya suara bisu yang punya hati Dan daging merahku yang putih terkoyak Dan darah merahku yang putih terhambur Namun aku tetap putih
- Mis3

Anda mungkin juga menyukai