Anda di halaman 1dari 2

Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material ke dalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Definisi lain ialah: - Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi lain. - Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para

pensyarah terutama Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain. - Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan.Ia dibina berdasarkan disiplin psikologi,sosiologi,sains,politik dan ekonomi.Kesemua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan. Jadi secara ringkasnyamatlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi.konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran ,iaitu proses mengarah,mengawalsesuatu institusi yang melibatkan perancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih memberantkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.Walau bagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya.Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah : - Pengendalian - Matlamat - Kualiti/mutu - Keberkesanan - Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia

Anda mungkin juga menyukai