Anda di halaman 1dari 30

KERTAS KERJA

PERMAINAN TRADISIONAL PELAJAR PGSR PJ AMBILAN NOVEMBER 2008 INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUANKU BAINUN

1.0 PENGENALAN Aktiviti Permainan Tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua pelajar-pelajar di Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB). Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Permainan Tradisional ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Permainan Tradisional ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga IPGKTB. Antara pengisian dalam Permainan Tradisional ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan, sambutan aktiviti Permainan Tradisional ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya. 2.0 OBJEKTIF 2.1 2.2 2.3 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar IPGKTB. menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. kalangan pelajar IPGKTB sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. 3.0 TEMA 1

Cadangan tema hari Permainan Tradisional ialah PRIDE AND JOY 4.0 PERINCIAN PROGRAM 4.1 Tarikh: 25 November 2011 (Jumaat) 4.2 Masa: 8.30 pagi hingga 1.30 petang. 4.2 Tempat: Gimnasium Ungku Aziz IPGKTB 4.3 Anggaran Bil Peserta: 23 orang 5.0 PENYERTAAN Terbuka kepada setiap pelajar PGSR Insitut Perguruan Kampus Tuanku Bainun Ambilan November 2008. 6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Rujuk Lampiran 1 7.0 PERANCANGAN 7.1 PERINCIAN TUGAS Rujuk Lampiran 2 7.2 CARTA GANNT Rujuk Lampiran 3 7.3 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 4 8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN 8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN: Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun Rujuk Lampiran 5 8.2 YURAN DAN JADUAL KUTIPAN Rujuk Lampiran 6 9.0 KEMUDAHAN PERSEKITARAN Rujuk Lampiran 7

10.0 PENGISIAN PROGRAM 10.1 ACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN TRADISIONAL Rujuk Lampiran 8 11.0 PENUTUP Dengan terlaksananya Hari Permainan Tradisional pelajar PGSR PJ Ambilan November 2008 diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan pelajar-pelajar, dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif pendidikan jasmani untuk mencapai kesan yang optima dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh : .. (Mohd Bahir B. Maghribi) Setiausaha Program Aktiviti Permainan Tradisional Pelajar PGSR Ambilan November 2008, Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun Tarikh : 8 Jun 2011

LAMPIRAN 1 Penaung Penasihat Pengarah Program TimbPengarah Setiausaha Timbalan Setiausaha Bendahari Urusetia Keselamatan & Kebersihan Urusetia Pendaftaran Urusetia Pengadilan AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA : ENCIK MAHAMAD ALI B. ABD. RAHMAN Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani : ENCIK ALYES B. ARIFF Pensyarah Pendidikan Jasmani : ENCIK HILMY B. GHAZALI : ENCIK MUHAMMAD AZIZI B. ZAINOL : ENCIK MOHD BAHIR B. MAGHRIBI : PUAN ZURAINI BT. MOHAMAD : CIK VALLI A/P RAMASAMY : ENCIK ROSIDI B. MOHD ISA : PUAN NOR AZURA BT. ABDUL HAMID : ENCIK MOHD AZMI B. MAT HUSIN (GALAH PANJANG) ENCIK MOHD SABARULLAH B. SHAIK ISMAIL (KONDA KONDI) ENCIK MOHD SYAZWAN B. ABDUL GHAFAR (SEPAK RAGA BULU AYAM) ENCIK ZAMZURI AKMAR B. OMAR (BATU SEREMBAN) ENCIK ZANILAZHAR B. AHMAD RAFFIE (TENG TENG) ENCIK MOHD AIDIL B. JAMAARIS (TUJU TIN) : ENCIK SHAZLI B. TALIB ENCIK ROSLI B. AHMAD : ENCIK ROSLI B. ABDUL ENCIK SUNDERAJAN A/L KANAPATHY ENCIK MUSTAFA B HASHIM : ENCIK MOHD NOOR B. SAAD ENCIK RAHMAT B. DAHMAN : PUAN TAN KUI KEW ENCIK SAIFUL NAZRIN B. JAMALUDIN

Urusetia Publisiti, Dokumentasi dan Buku Program Urusetia Teknikal, Peralatan dan Persiapan Tempat Urusetia Perhubungan dan Cenderahati / Hadiah Urusetia Jamuan

Urusetia Tugas Khas

: ENCIK ANUAR B AHMAD

LAMPIRAN 2 PERINCIAN TUGAS Bil 1 2 3 4 Perkara Penulisan Kertas Kerja Pembentangan Kertas Kerja Penubuhan jawatankuasa kerja dan struktur organisasi Penyelarasan jadual pelaksanaan projek bagi setiap unit bahagian. Penjanaan idea / brainstorming Proposal dan Sumber kewangan. Jemputan / peserta / hadiah. Maklum balas penyertaan Tarikh 8 Jun 2011 10 Jun 2011 10 Jun 2011 10 Jun 2011 Pelaksana Ketua Program & Setiausaha Ahli Jawatankuasa Induk Semua ahli yang terlibat Semua ahli yang terlibat Catatan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Setiap ahli jawatankuasa bergerak mengikut tugas yang telah ditetapkan Semua AJK mengemukakan jadual pelaksanaan bagi setiap tugas masing-masing. Membuat poster dan pengumuman pada hari perhimpunan. Pembahagian nama peserta mengikut opsyen dan aktiviti sukan ragam untuk memudahkan sesi pendaftaran. Menyediakan semua kelengkapan yang diperlukan dan memastikan semua alatan mencukupi dan dalam keadaan yang sempurna. Setiap ahli menjalankan tugas masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Hadiah kepada setiap pemenang

5 6

14 Jun 2011 20 Sept 2011

Ahli Jawatankuasa Promosi & Seranta Ahli Jawatankuasa Promosi

Persediaan tempat untuk perlaksanaan program / Penyediaan bahan untuk keseluruhan program. Pertandingan Permainan Tradisional dimulakan. Penyampaian Hadiah Acara penutup

23 Nov 2011

Ahli Jawatankuasa Persiapan

8 9 10

25 Nov 2011 25 Nov 2011 25 Nov 2011

Semua ahli yang terlibat Ahli Jawatankuasa Cenderahati Semua ahli yang terlibat

LAMPIRAN 3 CARTA GANNT

Bil 1 2 3 4

Perkara Penulisan Kertas Kerja Pembentangan Kertas Kerja Penubuhan jawatankuasa kerja dan struktur organisasi Penyelarasan jadual pelaksanaan projek bagi setiap unit bahagian. Penjanaan idea / brainstorming Proposal dan Sumber kewangan. Jemputan / peserta / hadiah. Maklum balas penyertaan Persediaan tempat untuk perlaksanaan program / Penyediaan bahan untuk keseluruhan program. Pertandingan aktiviti sukan ragam dimulakan. Penyampaian Hadiah Acara penutup

8 Jun 2011

10 Jun 2011

14 Jun 2011

20 Sept 2011

22 Sept 2011

20 Nov 2011

23 Nov 2011

25 Nov 2011

5 6 7

8 9 10

LAMPIRAN 4 TENTATIF PROGRAM


Jumaat ( 25hb Novemberl 2011) Masa 8.30-8.45 pagi 8.45-9.00 pagi 9.00-9.10pagi 9.10-9.20 pagi Perkara Pendaftaran peserta Kehadiran para pensyarah PJ Kehadiran KJ PJ IPGKTB Ucapan oleh penasihat 9.20-9.30 pagi 9.30-11.00 pagi aktiviti Ucapan KJ PJ Galah Panjang Teng teng Batu Seremban 11.00-11.30 pagi 11.30-1.00 tgh Rehat Tuju Tin Konda Kondi SepakRaga Bulu Ayam 1.00-1.15 ptg Penyampaian Hadiah 1.15-1.30 ptg Jamuan Bersurai & Aktiviti Urusetia di Gimnasium Ungku Aziz (GUA) Tempat duduk pensyarah Tempat duduk pensyarah En. Alyes B. Ariff menyampaikan ucapan sempena

berlangsungnya Permainan Tradisional KJ PJ memberi sepatah dua kata dan merasmikan aktiviti Permainan Tradisional Penyelaras Permainan En. Mohd Azmi B. Mat Hussin Penyelaras Permainan En. Zamzuri Akmar B. Omar Penyelaras Permainan En. Zanilazhar B. Ahmad Rafiee AJK Jamuan Penyelaras Permainan En. Mohd Aidil b Jamaaris Penyelaras Permainan En. Mohd Sabarullah B. Sheikh Ismail Penyelaras Permainan En. Mohd Syazwan B. Abd Ghaffar Penyelaras En. Mohd Noor B. Saad Pn. Tan Kui Kew

LAMPIRAN 5 ANGGARAN PERBELANJAAN

LAMPIRAN 6 YURAN DAN JADUAL KUTIPAN Bil 1 Perkara Peralatan Catatan Binding Tape Batu Kerikil Kayu Bata Bulu Ayam Tin Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Ketua Jabatan Pensyarah Setiap opsyen dan pensyarah Kuantiti 5 gulung 35 biji 2 batang 2 biji 2 set 10 biji 5 5 5 1 1 Kos (perunit) RM 5.00 Kos keseluruhan RM 25.00

Hadiah

RM 5.00 RM 3.00 RM 2.00 RM 20.00 RM 15.00 RM 10.00 RM 20.00

RM 25.00 RM 15.00 RM 10.00 RM 20.00 RM 15.00 RM 10.00 RM 20.00 RM 30.00

3 4 5 6

Cenderahati Buku program Poster (unit promosi) Persegaran

Air mineral (pengadil sahaja) Makanan/minuman peserta (tengahari)

3 dozen

RM 10.00

30 Orang

RM 3.00

RM 90.00

Budget luar jangka JUMLAH

RM 100.00 RM 370.00

YURAN = RM 15.00 PER INDIVIDU Sertakan bersama borang penyertaan bagi kumpulan sebelum 20 September 2011

10

LAMPIRAN 7 KEMUDAHAN PERSEKITARAN

S1

K I

S2
S3 Rajah 1: Kawasan Aktiviti Permainan Tradisional Bil 1 2 3 4 Perkara SI S2 S3 K1 Permainan Galah Panjang dan Tuju tin Teng teng dan Konda kondi Batu Seremban dan Sepak Bulu Ayam Urusetia 11

LAMPIRAN 8 ACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAIANAN

SENARAI ACARA SUKANEKA Bil 1 2 3 4 5 6 Acara Galah Panjang Ketinting Kapal Terbang Batu Seremban Tuju Tin Konda Kondi Sepak Raga Bulu Ayam

SENARAI ALATAN Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Alatan / Bahan Binding Tape Batu Kerikil Kuantiti 5 gulung 35 biji 2 batang 2 biji 2 set 10 biji

Kayu Bata Bulu Ayam Tin

PENGHAKIMAN / PEMARKAHAN 12

1. 2.

Johan keseluruhan dikira berdasarkan jumlah mata pertandingan Untuk pertandingan permainan tradisional, mata untuk setiap kedudukan

permainan adalah seperti berikut: Tempat Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Markah 5 4 3 2 1

3. Pemarkahan akan disediakan oleh Urusetia Teknikal Induk (Rujuk Lampiran)

13

SYARAT SYARAT PERTANDINGAN 1) GALAH PANJANG

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang 14

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja. Cara Bermain Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya. Peraturan Permainan Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

15

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

16

2)

TENG TENG @ KETINTING

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. Gelanggang & Gundu Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di bawah.

17

Gelangang Teng Teng Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang. Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula. Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

18

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan. Membina Rumah Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

19

3)

BULU AYAM @ CHAPTEH

Bulu ayam chapteh Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga. Membuat Bola Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat. Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada

20

jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

21

4)

BATU SEREMBAN @ SELAMBUT @ SEREMBAT

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanakkanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan 22

menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

23

Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

24

5)

TUJU TIN

PERATURAN Dua kumpulan diperlukan Setiap kumpulan harus mempunyai pemain ekurang-kurangnya dua orang dan jumlah tersebut mestilah sama. Sekiranya pelontar kena cop atau baling sebelun sempat menyusun semula tin-tin yang jatuh, akan dikira mati tanpa mendapat mata, dan seorang pemain daripada kumpulannya pula akan melontar pula. Sekiranya bola yang dilontar kea rah susunan tin dapat disambut oleh penyerang sebelum mencecah tanah, kesemua pemain dalam kumpulan pelontar dianggap mati dan kumpulan penyerang pula dijadikan sebagai pelontar. Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain daripada pihak pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja untuk mengelakkan kecederaan. Sekiranya bola yang dipebuat daripada gumpalan kertas digunakan, bola tersebut boleh dibaling di mana-mana anggota badan kecuali kepala. Setiap penyerang yang membawa bola untuk dibaling kepada pelontar juga tidak boleh bersembunyi di sebalik pokok-pokok, rumah atau sebagainya untuk memastikan pelontar dapat mengetahui kedudukan penyerang. Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya. Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin yang tidak berserakan atau mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan. Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pasukan. Setiap pemain daripada kumpulan yang sama akan bekerjasama untuk memenangi permainan tersebut.

25

PERKARA YANG MEMBATALKAN Setiap kumpulan harus mempunyai jumlah yang sama dan mempunyai keseimbangan dari segi kekuatan atau kemahiran setiap pelontar harus membaling susunan sekurang-kurangnya tiga kalidaripada mengelakkan pembatalan. Sekiranya bola dilontarkan ke susunan tin, tetapi mampu disambut oleh Penyerang dan kemudian jatuh ke tanah, pelontar akan dikita pemenang. Susunan tin yang telah diubah, disepak atau diserakkan oleh penyerang terutama selepas pelontar memulakan permainan akanterbatal dan pelontar dikira pemenang. Bola tidak boleh disorokkan ke dalam pakaian dan apabila ini berlaku, permainan boleh dibatalkan atau pelontar masih boleh meneruskan permainan walaupun telah mengenai balingan daripada pihak penyerang.

PADANG PERMAINAN Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Namun, kawasan yang dipilih haruslah luas, lapang dan rata serta bebas daripada benda-benda yang bahaya seperti objek-objek tajam. Garisan pembaling dengan tin adalah sekitar lima meter. Garisan permulaan boleh dibentuk menggunakan garisan kaki, gurisan kayu pada tanah dan sebagainya. Oleh itu, kawasan yang sekitar 10 x 10 meter perlu bersih untuk memastikan bola terus mengenai tin-tin yangdisusun tanpa sekatan.

26

6) KONDA KONDI @ PERIK MATA Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara wan to som dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

27

Permainan Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

28

PENYERTAAN 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar KPLI ambilan Januari 2008 Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. 2. Semua permohonan masuk hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sahaja. PEMBATALAN PENYERTAAN 1. Peserta lewat mendaftar pada hari pertandingan. 2. Peserta tidak hadir pada hari pertandingan. MELAPOR DIRI 1. Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta lebih awal iaitu 30minit sebelum acara dimulakan. Peserta yang tidak melaporkan diri setelah 15minit sesuatu acara diumumkan dianggap opsyen tersebut sebagai menarik diri. PAKAIAN 1. Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai acara yang disertainya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. 2. Semasa menerima hadiah, setiap peserta juga dikehendaki memakai track suit dan berkasut sukan. KESELAMATAN 1. J/K Pengelola dan pihak IPTI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan. ALAT-ALAT PERTANDINGAN 1. Semua alat pertandingan akan disediakan oleh J/K Teknikal. BANTAHAN / RAYUAN 1. Bantahan / rayuan secara lisan hendaklah dibuat kepada referi sebaik sahaja sasuatu acara tamat.

29

Disediakan oleh MOHD BAHIR BIN MAGHRIBI Setiausaha Program Permainan Tradisional

Disemak oleh HILMY BIN GHAZALI Pengarah Program Permainan Tradisional

Disahkan oleh EN ALYES BIN ARIFF Pensyarah Pendidikan Jasmani

30

Anda mungkin juga menyukai