Anda di halaman 1dari 4

HUMOR

Seorang siswa SMA malas mempersiapkan diri menghadapi ulangan pada malam Hari Kasih Sayang yang selalu ia rayakan bersama dengan pasangannya. Keesokan harinya, pada lembar jawaban ia hanya menuliskan keluh kesahnya. "Soal-soal ini terlalu sukar. Cuma Tuhan yang bisa menjawabnya. Selamat Hari Kasih Sayang, Bu." Ketika pulang sekolah, ia menerima hasil ulangan bertuliskan: "Tuhan dapat 100, kamu dapat 0, Selamat Hari Kasih Sayang" Karena Allah akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan yang berlaku atas segala sesuatu yang tersembunyi, entah itu baik, entah itu jahat. Sumber: Redaksi

si Suami ketika melihat sang buah hati yang sedang lucu lucunya berlari lari, kemudian srott celananya melorot, maka tergopoh gopohlah si suami (padahal masih capek baru pulang nyari duit) untuk mengahmpirinya sambil memuji muji, ngudhang-ngudhang, sinisini sayaaang aduh kasiha..a..an deh kamu, anak papa. Lalu srett .. celananya dinaikin kembali. Nah, kalo terhadap ibunya ?. Boro-boro !!. Lha wong, celana yang sedang dipake aje malah sering kali srott .diplorotin. hehe.. damai euy !!

Pantun Kasih Sayang


Segak gagah putera bistari puteri manja kesayangan ratu, Seri wajahmu igauan mimpi senyum kerlingan penawar rindu, Camar laut melayang rendah tampak ikan lalu disambar, Kasih padamu hinggap menyinggah dalam pelukan bukanlah sebentar, Tenang-tenang air di laut sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut tersebut budi yang baik rasa nak junjung, Meninjau padi masak batang kapas bertimbal jalan, Hati risau di bawa gelak

bagai panas mengandung hujan, Asap api di Tanjung Tuan Kuala Linggi bakaunya rendah, Harap hati kepada tuan langit tinggi ku pandang rendah, Dua puluh satu bilangan Melayu satu likur bilangan Jawa, sama-sama menanggung rindu kalaupun mati kita berdua, Walaupun jauh dipandang mata cinta ku semai kasih sejati, Biarpun jauh di seberang sana kasih ku berubah tidak sekali, Ku kutip bunga buat karangan karangan diletak di atas peti, Ingin ku sunting bunga di jambangan buat penyeri di taman hati, Ambil tali buat pengikat Tali sabut panjang sedepa, Bukankah janji telah diikat kedatangan kanda ditunggu setia, Hendak ke seberang naik penambang perahu penambang tidak berpintu, Usahlah kanda berhati bimbang perhubungan kita mendapat restu, Duduk berehat di pinggir kali mengingat kekasih yang telah pergi, Bukan ku bimbang kekasih kembali takut luka berdarah kembali, Mandi-manda di pinggir kali kali jauh naik pedati, Bukan setakat dia kembali ingin pula merayu hati, Petik mari buah ciku ambil yang manis letak di peti, Kenapa dinda berubah laku adakah kasih bertukar benci, Cantik indah suntingan melati melati desa menarik sekali, Apakah maksud dinda tak mengerti bicara kanda dalam sekali, Cantik ayu si gadis sunti pandai pula menjahit jala,

Baru senang rasa di hati air berkocak tenang semula

Teladani jiwa kasih sayang Nabi Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI SAMBUTAN Maulidur Rasul yang disambut Khamis lalu pastinya mempunyai makna yang besar untuk direnungi oleh umat Islam khususnya di Malaysia. Apatah lagi sambutan gilang-gemilang tersebut diadakan setelah rakyat baru sahaja selesai melalui kehangatan pilihan raya yang hakikatnya banyak mencetuskan ketegangan dan pertelingkahan emosi. Apa yang pasti sambutan ini bukanlah sekadar upacara rutin tahunan dengan laungan selawat tanpa makna dan erti. Sebaliknya Maulidur Rasul harus dihayati dalam konteks yang lebih luas merangkumi agenda pembentukan peribadi umat cemerlang dan gemilang berteraskan model keperibadian dan kejiwaan Rasulullah s.a.w. Dalam penulisan kali ini, penulis berkecenderungan menyingkap jiwa kasih sayang yang merupakan salah satu ciri terpenting keperibadian Nabi. Malah sifat kasih sayang yang menerasi jiwa dan akhlak Nabi s.a.w. sering diulang-ulang dalam al-Quran. Allah berfirman: Muhammad itu utusan Allah dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir (yang bermusuh dengan Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka. (Al-Fath: 29). Jiwa Dalam ayat lain Allah menekankan jiwa kasih sayang Nabi s.a.w.: Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu, sangat mengambil berat dia terhadap sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada kamu, amat sangat menginginkannya semua perkara yang baik bagi kamu dan kepada orang mukmin amat sayang baginda terhadap mereka. (At-Taubah: 128). Dalam ayat-ayat di atas, al-Quran menggunakan perkataan Rauf dan Rahim untuk menegaskan maksud kasih sayang yang menerasi keperibadian Nabi terutamanya dalam hubungan sesama golongan yang beriman. Dalam sesetengah tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir, Rauf disebut sebagai Shiddatur Rahmah atau kasih sayang yang mencapai tahap tertinggi berteraskan keimanan seutuhnya kepada Allah. Ini bermakna kasih sayang dalam pengertian hubungan sesama umat diikat atas asas keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Malah perkataan Ar-Rauf dan Ar-Rahim merupakan sebahagian daripada nama Allah yang membawa makna Maha Pengasih dan Penyanyang. Dalam menghuraikan perkataan ruhamak atau kasih sayang dalam ayat 29 daripada surah Al-Fath, Ibn Abbas menjelaskan bahawa berkasih sayang dalam masyarakat juga bermakna sentiasa bersifat lemah lembut dan menjauhi perbuatan keras dan kasar. Ini kerana Allah sendiri apabila berfirman kepada Rasul-Nya turut menerangkan hubungan baginda dengan sahabat-sahabatnya: Maka dengan sebab rahmat Allahlah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. (Ali-Imran: 159). Sebab itulah dakwah Nabi s.a.w. bermula dengan menzahirkan budaya kasih sayang sebagai asas terpenting pembentukan umat Islam yang hebat. Malah aspek kasih sayang merupakan elemen terpenting yang memperkuat dan memperteguh umat Islam hingga mampu membina tamadun yang hebat.

Sebaliknya apabila nilai kasih sayang dipinggirkan sedang sifat benci dan dendam yang lebih membudaya dan mengakar, maka dengan sendirinya kekuatan umat Islam melebur. Sejarah membuktikan bagaimana tamadun Islam akhirnya hancur sama sekali lantaran serakah manusiawi yang membelakangi nilai kasih sayang sesama umat. Persoalannya, apakah budaya kasih sayang masih membudaya dalam diri umat Islam Malaysia? Atau apakah dunia politik sedang mengalami krisis kekeringan makna dan kegersangan nilai kasih sayang hingga menggejalanya budaya dendam dan benci? Hakikat yang sukar untuk dinafikan, budaya dendam dan benci masih kekal membarah dalam diri penggiat-penggiat parti politik. Malah kepentingan merebut kuasa sering kali menjadikan ahli-ahli parti hilang pertimbangan rasional. Ramai ahli politik Islam sendiri ikut hanyut dalam arus budaya dan amalan politik Machiavelli yang menghalalkan segala cara demi mencapai cita-cita. Perlakuan seumpama ini secara jelas membelakangkan prinsip akhlak dan nilai keagamaan. Pilihan raya umpamanya tidak lagi dijadikan alat, malah dalam banyak keadaan, sistem demokrasi pilihan raya dipertuhankan dengan harapan kuasa dapat dikecap dengan apa cara sekalipun. Dengan menggejalanya budaya politik yang mengalami pendangkalan nilai dan etika, pastilah ia mudah menghakis jati diri dan membunuh idealisme perjuangan sejati. Penyimpangan budaya politik ini jugalah yang sering membelakangi prinsip kasih sayang hingga menggejala budaya politik berasaskan kebencian pastinya mampu meleburkan perpaduan dan memporak-perandakan negara. Justeru, kehidupan politik umat harus segera diselamatkan. Amalan berparti dan berpolitik yang ada memerlukan pendewasaan agar umat tahu batasan dan sempadannya di samping meletakkan asas agama dan akhlak sebagai teras dalam apa jua percaturan. Pemikiran yang diselaputi sentimen marah dan benci lantaran terlalu taksub berparti harus dijernihkan agar umat mampu kembali membudayakan nilai kasih sayang sesama mereka. Janganlah kerana perbezaan parti kita sanggup meruntuhkan kekuatan ukhuwah yang sedia terjalin. Jangan kerana taksub dengan pandangan dan ideologi parti kita menghancurkan prinsip Islam sejati. Sesungguhnya maruah umat Islam hanya mampu ditebus apabila kita bersedia untuk melupakan perselisihan dan pertikaian demi agenda bangsa dan agama yang lebih besar. Harga dan nilai bangsa hanya mampu dimartabatkan apabila kita benar-benar menjiwai nilai dan prinsip Islam sekali gus membudayakan kasih sayang sebagaimana keperibadian junjungan. Sikap sesetengah ahli politik yang suka mengambil kesempatan menyebabkan pilihan raya yang sepatutnya menjadi medan terbaik bagi memilih pemimpin terbaik tidak ubah seperti pentas opera yang sarat dengan adegan fantasi, dongengan dan tipu-daya.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 25 May 2008

air berkocak tenang semula

Anda mungkin juga menyukai