Anda di halaman 1dari 11

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Ditulis oleh Mohd Ashraf bin Hj. Shuib

http://www.mohdashraf.com

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Panduan asas ini akan membantu anda memahami asas


tanaman cili secara fertigasi.

Anda akan pelajari:

1. Takrif Fertigasi

2. Alatan Asas Fertigasi

3. Pemilihan Benih Cili

4. Penyediaan Anak Benih

5. Pembajaan

6. Penjagaan Pokok

7. Memungut Hasil

8. Rumah Lindungan Hujan

Ebook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi adalah


percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai
memahami Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi. Ianya tidak
termasuk Panduan Lengkap Tanaman Cili Secara Fertigasi.

Anda dibenarkan untuk memberikan ebook ini secara


percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengubah isi
kandungan ebook ini. Anda tidak dibenarkan menjual
ebook ini secara digital mahupun fizikal.
Sila hantar feedback berkenaan ebook ini ke email
contact@mohdashraf.com.
>> Lawati blog penulis untuk mengetahui pelbagai teknologi
dalam bidang agro di http://www.MohdAshraf.com<<

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

TAKRIF FERTIGASI

Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak
kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasi
adalah sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokok
mendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara
berkala.

ALATAN ASAS FERTIGASI

Penitis / Dripper

Tiub Mini

Penyambung Tiub Mini

Paip poli 16mm

Paip poli 25mm / 32mm

Penapis

Pam Elektrik

Pengatur Masa Elektronik

Tangki

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

PEMILIHAN BENIH CILI

Benih yang digunakan dalam teknik fertigasi dipilih daripada varieti yang
berkualiti tinggi. Pada masa sekarang, benih Cili Kulai 568 F1 Hibrid menjadi
pilihan para petani kerana buahnya agak besar dan pokok sederhana
tinggi.

Perbandingan Cili Kulai 568 F1 Hibrid


Cili Kulai bersama Cili Kulai biasa.
568 F1
Hibrid

PENYEDIAAN ANAK BENIH

Biji benih dirawat sebelum disemai ke dalam dulang semaian yang diisi
dengan peatmoss. Peatmoss digunakan kerana mempunyai kandungan
baja dan keadaannya yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih.

Anak benih berumur 25-30 hari boleh dipindahkan ke polibeg. Polibeg yang
biasa digunakan untuk tanaman cili secara fertigasi adalah 16” x 16” dan
berwarna putih.

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

PEMBAJAAN

Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air. Selain
itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok daripada
keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.

Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat, Zat
besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium
sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium
molibdat).

Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang
berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya
mendakan.

Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air
bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja
yang akan dialirkan ke dalam polibeg.

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

PENJAGAAN POKOK

Pokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakkan


pokok daripada tumbang jika angin kuat. Selain daripada itu, kayu
sokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan daripada melentur dan
patah jika buah lebat pada sesuatu dahan.

Jadual Pemberian Baja Bagi Tanaman Cili Selepas Dipindah Ke Polibeg

MINGGU MASA EC
Antara 9.00am hingga
1 5.30pm 1.4-1.6
Antara 9.00am hingga 1.4-1.6
2 5.30pm
Antara 9.00am hingga
3 5.30pm 1.6-1.8
Antara 9.00am hingga
4 5.30pm 2.0-2.2
Antara 9.00am hingga
5 5.30pm 2.2-2.4
Antara 9.00am hingga
6 5.30pm 2.4-2.6
Antara 9.00am hingga
7 5.30pm 2.4-2.6
8
sehingga Antara 9.00am hingga
tamat 5.30pm 2.5-2.6

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yang
tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja.

Meracun

Racun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun kulat.

Memandangkan media tanaman yang digunakan adalah bebas daripada


penyakit bawaan tanah, maka pokok cili mendapat penyakit hanya
daripada serangan serangga, ulat dan kulat.

Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili:

1. Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis racun.

2. Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudian


meracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja.

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

MEMUNGUT HASIL

Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan buah.
Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada bilangan
pokok. Jika kurang daripada 2,000 pokok, buah cili dipungut setiap 2-3 hari
sekali selepas masak pada kali pertama. Anggaran hasil setiap kali pungutan
untuk keseluruhan 2,000 pokok adalah 30kg.

Walau bagaimanapun, jika lebih daripada 3,000 pokok, buah boleh


dipungut setiap hari.

Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi kurang elok
untuk dijual. Secara purata, sepohon pokok cili dapat menghasilkan kira-kira
2.5kg hingga 3 kg buah yang elok sepanjang hayat pokok tersebut.

Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut:

1. Semasa buah masih hijau

2. Semasa buah sedikit kemerahan

3. Semasa buah sudah merah

Buah yang berwarna sedikit kemerahan akan bertukar merah selepas


beberapa hari dipungut. Buah yang sedikit kemerahan ini lebih disukai
pemborong kerana tahan lama.

Buah hijau dan buah merah boleh dijual terus kepada kedai makan.

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

RUMAH LINDUNGAN HUJAN

Rumah Lindungan Hujan tidak menjadi satu kewajipan dalam tanaman cili.
Ramai pengusaha cili yang sudah berjaya tanpa Rumah Lindungan Hujan.

Bergantung kepada cuaca, Rumah Lindungan Hujan amat diperlukan bagi


kawasan yang taburan hujannya tinggi seperti di kawasan Cameron
Highlands dan Taiping.

Jika tiada Rumah Lindungan Hujan di kawasan tersebut, air hujan akan
bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan akan mengurangkan
kepekatan air baja untuk kegunaan tanaman dan akan merugikan
pengusaha.

Di kawasan utara, dalam masa satu tahun, hujan lebih kurang 3 hingga 4
bulan sahaja. Bakinya dalam setahun tiada hujan. Maka agak membazir jika
didirikan Rumah Lindungan Hujan kerana hanya digunakan dalam masa 3
hingga 4 bulan sahaja dan kos untuk membina Rumah Lindungan Hujan pula
adalah tinggi.

Walau bagaimanapun, penggunaan Rumah Lindungan Hujan dapat


memberikan hasil yang lebih tinggi terutama pada musim hujan kerana
buah yang dihasilkan lebih berkualiti disamping harga cili pada musim hujan
adalah tinggi.

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

PESANAN PENAJA

Jika anda berminat untuk mencuba teknik fertigasi,


sebagai hobi dan sebagai salah satu cara untuk
mempelajari teknik fertigasi dengan mudah dan murah,
anda boleh dapatkan DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro
dengan harga RM170 untuk Semenanjung Malaysia dan
RM190 untuk Sabah dan Sarawak. Harga yang
dinyatakan termasuk penghantaran.

TEMPAHAN

Untuk mendapatkan DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro, sila


lawati laman web http://www.abiagro.com.my

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my


PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

BIODATA PENULIS

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah


seorang yang terlalu meminati bidang
perniagaan. Perniagaan yang sedang
beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-
X) www.abiagro.com.my dan beberapa
perniagaan online. Perniagaan yang telah
direalisasikan adalah perniagaan tani,
menggunakan teknologi moden dalam
pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu
kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke
arah negara yang maju dalam pertanian.

Masih lagi menuntut dalam bidang Sarjana di


Universiti Putra Malaysia, beliau ingin membuktikan
bahawa pertanian bukan lagi untuk golongan bawahan.

Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com


untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my