Anda di halaman 1dari 31

kosmologi Barat Lwn Islam

6. Keserasian Kosmologi Quantum dengan Islam?

Asal-usul kejadian alam semesta mutakhir ini adalah mengikut kosmologi kuantum (KQ) yang telah dibicarakan di atas. Mengikut teori itu kejadian alam semesta ini bermula daripada kosong, la min syai atau ex-nihilo, iaitu daripada tiada kepada ada melalui penerowongan, dikaji dengan hebatnya oleh ramai sarjana Barat bermula dengan Vilenkin (1982, 1988) dan yang terkenalnya ialah Hawking dan Hartle (Hawking 1987; Hartle dan Hawking 1983). Sesungguhnya kajian asal usul jirim, khususnya alam semesta ini, menjadi popular menerusi buku laris jualan Hawking (1988/1994) itu. Tulisan popular lain lagi yang mungkin lebih mudah tercapai di khalayak umum rasanya ialah karya Halliwell (1991) sebahagiannya kerana kepopularan majalah sains yang menerbitkan makalah itu.

Dalam kejadian alam semesta, seperti yang disebut sebelum ini, hampir semua sarjana dan/ulama Muslim sangat akur dengan TDB dan TAMbang dalam fizik moden (berhujah dengan TKnE dan MQ). Para Bucailleis hampir pasti menyatakan sains moden membuktikan bahawa alam semesta ini dicipta daripada DB dan AMbang yang begitu serasi dengan Ayaht-Ayaht al-Qur-aan (nasib baik belum terdengar ulama Islam yang mengatakan orang Islam wajib mempercayai TDB dan TAMbang itu). Mungkin sekali punca masalahnya, para Bucailleis ini hampir pasti bukan penyelidik dalam bidang sains moden itu dan oleh itu mendengar-dengarnya dari jauh sahaja, lalu terpesona dengannya dan lari bersembunyi di sebalik al-Quraan (seperti al-Anaam: 73 dan al-Anbiya : 30) untuk menyokongnya atau menumpang semangkuk supaya terasa tidak ketinggalan dan benarnya cara hidupnya selama ini (Islam dan tidak menyelidik sendiri!). Mereka cepat menjadi Bucailleis. Contoh nama-nama popular atau besar mereka ini sudah disebut dalam seksyen 4 dahulu, tetapi ingin pula ditambah di sini ialah betapanya pendirian sebegini termasuklah oleh institusi besar Islam seperti YADIM yang ditintakan dalam laman rasminya oleh Syed Mahadhir (2005) dan hampir semua laman sesawang Islam seluruh dunia (lihat internet sains Islam dan Islamic science).

Mereka hampir pasti juga tidak mengetahui betapanya kedudukan teori-teori ini dalam komuniti para penyelidik sains moden amat dinamik, khususnya ada kumpulan yang mengkritik hebat teori-teori ini sehingga menawarkan teori lawannya yang ditunjukkannya lebih baik lagi hasilnya seperti yang dihurai sebelum ini. Kumpulan yang bekerja di bawah paradigma DB itu sendiri pun pelbagai kerana persoalannya bagaimana DB itu berlaku masih belum selesai, walaupun yang dominan sekarang ialah menerusi KQ tajaan Hawking. Dalam hal inilah nama Stephen Hawking, seorang ahli fizik besar dunia yang terkenal dengan pendirian antiagama itu, dan oleh itu tidak hairanlah teorinya banyak yang bertentangan dengan ajaran agama Kristian dan sekaligus dengan agama Islam

juga. Hal ini sudah dipaparkan sebelum ini. Oleh itu, sokongan seseorang Islam terhadap TDB perlu hati-hati (ada batas-batasnya) seperti yang dijelaskan di bawah ini.

Dalam usahanya untuk lari jauh lagi daripada Maha Pencipta agaknya Hawking dilaporkan pernah berkata yang dia beranggapan Tuhan semestinya mencipta sesuatu daripada sesuatu benda, kerana katanya anggapan ini sesuai dengan kepercayaannya yang Tuhan tidak mencipta hukum-hakamnya sembarangan (tanpa tujuan). Sebab yang diberikan ini sungguh Islam bunyinya, tetapi tujuannya lain. Beliau mahu berteori bahawa DB itu berlaku bukannya daripada tiada kepada ada mengikut pengertian tiada yang biasa difahami, iaitu kosong sekosongnya. Tiada di situ bermaksud tidak nampak secara jasmani sahaja, iaitu dalam bentuk tenaga gelombang, cahaya dsbnya, atau lebih spesifik lagi vakum dalam MQ itu. Ini mungkin diterima baik lagi oleh orang-orang kebendaanis itu. Ini bermakna TDB itu, jika memang benar berlaku pun (dan ini pun masih dan semakin dipertikaikan), bertentangan dengan ajaran Islam (ajaran mutakallimun atau ahli kalam) yang berpendirian alam semesta ini terjadi daripada kosong (la min syai, tiada apa-apa, ex-nihilo) kerana jika tidak, ilmu kosmologi itu bertentang dengan Sifat 20 Tuhan itu.

Dalam tradisi keilmuwan Islam, isu kejadian benda secara ex-nihilo ini dibicarakan dengan hebatnya di kalangan mutakallimun (ahli kalam) seperti yang dapat ditelaah dalam buku Wolfson (1976), malah ex-nihilo itu terjemahan Latin terhadap ungkapan la min syai, min la syai , atau yang hampir dengannya, al-maadum (yang bermakna tidak wujud). Ijmak ahli kalam ialah kejadian itu ialah secara daripada la min syai, tiada apa-apa, kosong sekosong-kosongnya atau ringkasnya kosong sahaja supaya tidak bercanggah dengan Sifat 20 Allah itu. Shahidan (1999), sama seperti para sarjana Barat teis (kebanyakannya ahli falsafah Kristian), seperti Craig (1994, 1996), mengatakan Teori Hartle dan Hawking (1983) yang membenarkan kejadian alam semesta ini daripada tiada kepada ada melalui proses penerowongan itu (Isham 1988) sesuai dengan Islam (pandangan ahli kalam itu). Namun jika dihalusi sebenarnya tidak demikian bukan sahaja kerana hujah falsafah Hawking yang disebut sebelum ini tetapi juga kerana penerowongan itu berlaku menerusi ganjatan vakum dan vakum dalam MQ bukannya kosong (walaupun dalam sains klasik Barat memang kosong). Barrow (2002) dan Genz (2001) membincangkan dengan terperincinya akan hakikat ada bendanya dalam vakum dan kekosongan itu. Ahli falsafah Kristian, Morriston (t.t) juga membantah pandangan Craig (1996) tetapi dengan alasan yang lain lagi. Kajian kejadian alam juga membawa kepada kajian fenomenon di alam berskala Planck, iaitu sekitar 10 m, yang dijuarai oleh Finkelstein (1995). Shahidan (1999) meng-Islam-kan kegiatan ini dengan membawa maklumat Ibn Arabi yang menamakan zarah yang bernama al-haya berada dalam skala sekecil skala Planck itu, yang katanya suatu jirim asas di alam Malakut yang boleh digunakan oleh para wali Allah yang bermaqam tinggi membuat sesuatu jirim dengan isim Kun Fayakun itu. Jika inilah yang mungkin dapat dibuktikan oleh para penyelidik di skala Planck itu maka hasilnya itu nanti masih bertentangan dengan pandangan ahli kalam itu. Muslim patut

menganggap keadaan ini sebagai manifestasi kelemahan MQ sahaja.

Sarjana Barat yang ramai sekular itu sudah tentu tidak mahu teori kun fayakun (terus jadi seperti penegasan Allah dalam Surah Yaa Sin itu dan lebih jelas lagi agaknya, Suraht al-Anaam: 73), atau teori Tuhan sentiasa mencipta (Iqbal 1934/2004: 36, 44, 52, 56, 102, 106, 107, 109, 110). Pada masa kini Sarjana Barat yang sekular itu mendapat cabaran hebat daripada Model Reka Bentuk Pintar tajaan ahli kosmologi Kristian yang juga telah disentuh sebelum ini di sini. Mengenagkan situasi inilah maka model Kristian ini sepatutnya mendapat perhatian ahli sains Muslim seluruh dunia sambil memberi pandangan pro-kontranya. Teori-teori tajaan ahli sains teis atau bukan sekular ini memang tidak cocok dengan Teori Evolusi yang masyhur itu, iaitu sesuatu mesti berlaku secara evolusi dan penuh nasib atau tidak semena-mena sahaja. Namun TAMbang itu ada satu masalah yang lebih besar lagi iaitu ketidak-mampuannya menjelaskan perkara yang berlaku sebelum alam-alam semesta itu mengembang.

Di sinilah Stephen Hawking dan pelajar-pelajarnya datang lagi ke pentas ilmu teori ini dalam tahun 1980-an dahulu. Hartle dan Hawking mengesyorkan teori barunya 1983 yang berasaskan pada model alam semesta tanpa sempadan (seperti dunia ini) di samping teori superset yang merangkumi kenisbian am dan MQ. Mereka menganggap setiap alam semesta sebagai zarah quantum sahaja dengan nilai fungsi gelombang untuk alam kita ini besar dan yang lainnya kecil-kecil sahaja serta pemalar-pemalar fizik bagi alam-alam semesta lain itu kecilkecil belaka serta tanpa makhluk hidup. Banyak makalah tentang model tanpa sempadan dicetak kembali dalam Li Zhi Fang dan Ruffini (1987). Model ini pertama kali diutarakan oleh Hartle dan Hawking (1983), dan formulasinya yang lebih baru dan komprehensif lagi ialah dalam Hawking (1987). Dalam teori kosmologi inilah Hawking banyak membicarakan juga tentang tabii Lohong Hitam yang cukup popular itu terutamanya selepas tersebarnya teori ini menerusi buku laris jualan beliau itu kerana mengikut model itu alam semesta ini tiada mulanya, Hawking (1988/1994). Namun kini sudah diketahui umumlah (internet) tentang pengakuan Hawking sendiri di International Conference of General Relativity and Gravitation, Dublin, Ireland 2004, bahawa teori beliau tentang perkara ini tidak betul lagi. Inilah masanya para penyokong teori kosmologi Barat di Timur bermuhasabah sedalam-dalamnya dan mungkin memberi teori baru sama sekali. Para penulis Muslim juga sering membuat pernyataan yang kurang tepat dan mengelirukan dalam keghairahannya menegakkan sokongannya terhadap TDB. Harun Yahya dalam karyanya Penciptaan Alam Semesta (t.t) umpamanya, mengatakan para kebendaanis/materialis amat suka berhujah bahawa alam semesta bukanlah sesuatu yang dicipta tetapi terjadi dengan tabiinya sejak tidak terhingga masa dahulu lagi. Kononnya teori kosmologi baru telah mengalahkan pandangan kebendaanis itu dan sekaligus menegakkan kebenaran Islam. Niatnya bagus tetapi pendekatannya menumpang pada yang membawa rebah! Persoalannya, teori kosmologi baru yang mana? Mereka ini tidak sedar agaknya bahawa TDB itu juga direka supaya tidak memenuhi teisme/agamaisme tanpa pertimbangan khusus kepada kebendaanisme, kerana para perekanya seperti Hawking itu tidak pernah mengatakan Tuhan yang

mencipta DB daripada tiada kepada ada itu seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Model alam semesta yang baru ciptaan Hawking itu sebenarnya tidak memerlukan Tuhan seperti yang dilaporkan dengan tembiranya dalam buku laris jualannya itu (Hawking 1988/1994). Lagi pun sarjana atau penulis Islam itu sepatutnya mematahkan hujah sarjana Kristian yang menolak TDB kerana TDB berimplikasi ateisme/mulhidisme itu sebelum mendokong secara mudahnya TDB itu. Yang lebih penting lagi, yang perlu disedari, ahli falsafah kebendaanis sebenarnya akan menolak TDB kerana mereka menolak peranan Tuhan (bukan benda) terhadap susuatu yang tiada (yang bermaksud tiada apa-apa benda pun) dalam penciptaan alam semesta ini; walaupun dijadikan sekelip mata atau tidak, itu tidak relevan lagi. Pendeknya, kebendaanis memang menolak ex-nihilo yang setengah pihak berpendapat ex-nihilo itu diimplikasikan oleh KQ itu. Ini belum lagi mengambil kira pandangan Carroll (2003) yang mencirikan kebendaanisme dalam model alam semesta ialah yang memenuhi 4 ciri yang berikut: sebagai struktur matematik formal, hukum-hakam alam semesta, syarat sempadan yang sesuai dan tafsiran yang sesuai. Jika pandangan Carroll ini diterima maka jelas KQ yang melahirkan/mengukuhkan TDB dan TAMbang itu sains kebendaanis! Ini tentunya pandangan ekstrim, kerana seolah-olah kaedah sains ini semestinya melahirkan sains kebendaanis. Tidaklah demikian, tetapi TDB dan TAMbang dalam bentuk sekarang ini memanglah kebendaanis. Hawking (1988/1994) sendiri menyatakan yang bapa kebendaanis iaitu Marxis tidak bersetuju dengan TDB beliau (yang asal karya bersamanya dengan Penrose) bukan kerana teorinya antikebendaanis atau tanpa unsur kebendaanis, atau memukul mati kebendaanisme tetapi kerana ada permulaan dalam penciptaan alam semesta ini!. Jadi beliau mengubahsuai model asalnya hingga yang mutakhir ialah yang mengimplikasikan tiadanya permulaan penciptaan itu!

Bersambung dng judul "Penerowongan dalam Penciptaan Alam Semesta "


POSTED BY SHAHARIRBMZ AT 9:01 PM LABELS: ISLAMNYA KOSMOLOGI MODEN?

1 COMMENTS:

Computador said... Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about theComputador, I hope you enjoy. The address is http://computador-brasil.blogspot.com. A hug.

Kosmologi, Astronomi, Sains dan Ketuhanan


by EDITOR on Sep 13, 2010 12:27 am2 Comments

Oleh : Ramli Abdul Samad

PENGENALAN

Apa itu alam semesta? Alam semesta merupakan sebuah ruang yang amat luas dan di dalamnya terisi semua jirim dan tenaga yang terwujud. Manusia yang menghuni di planet bumi adalah antara komponen yang amat kecil dalam alam semesta. Alam semesta penuh dengan misteri dan manusia yang sama ada berpandukan sains dan agama sentiasa atau saling mencari atau membongkar rahasia alam semesta untuk memberi kepuasan intelektual dan spiritual yang alam semesta ini diatur oleh satu hukum yang dipercayai sama ada bersumber daripada satu kuasa ghaib mahupun daripada satu hukum atau undangundang tabii yang mengikat semua yang terkandung dalam alam semesta ini.

Kini kita berada pada satu tahap yang amat menarik dalam kemajuan sains dan teknologi di mana penemuan-penemuan hebat sedang berlaku bukan saja dalam arena astronomi dan fizik malahan dalam banyak bidang sains yang lain. Saintis sebenarnya sedang berusaha untuk memahami segalagalanya mengenai dunia dan alam semesta sehingga ke peringkat akar umbinya. Persoalan-persoalan seperti quark, elektron, proton, neutron dan zarah-zarah asas yang lain telah dilontarkan. Sekarang saintis seperti Profesor Stephen Hawking telah mula mengutarakan pertanyaan seperti Kenapa semua zarah-zarah ini wujud, kenapa mereka memiliki ciri-ciri sedemikian dan adakah apa-apa tujuan kewujudan mereka ? Apakah gerangan tujuan kenapa Big Bang sepatutnya berlaku ? Sejak Big Bang berlaku sekitar 13 bilion tahun dahulu apakah nanti takdir masa depan alam semesta? Akan berkembang teruskah alam semesta untuk selama-lamanya atau perkembangannya akan satu hari kelak menemui titik nol dan apakah alam semesta akan satu hari nanti mula menguncup pula menuju ke titik zarah? Apa akan terjadi pada ketika itu? Adakah alam semesta akan kekal sebagai satu titik selama-lamanya atau akan disusuli pula dengan satu lagi peristiwa Big Bang kedua ? Maka tidak hairanlah ramai pengulas mengenai

penyelidikan sains kini telah meluahkan komen-komen seperti Saintis sekarang seperti Profesor Stephen Hawking sudah berlagak seperti Tuhan !

Al-QURAN DAN ASTRONOMI

Bagi kalangan yang beragama seperti orang Islam mereka yakin bahawa Al-Quran itu ada memberi petunjuk akan perihal alam semesta. Misalnya dalam Al-Quran pada surah Al-Imran : 190,191 ada ayat yang membawa maksud

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tandatanda bagi 'orang-orang berakal' iaitu orang-orang yang mengikut Allah baik mereka yang berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan juga mereka yang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan itu dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Pada ayat di atas makna langit tidak lain melainkan satu ruang yang mengisikan alam semesta. Langit yang dulunya mungkin ditafsirkan sebagai ruang yang mengisi tata suria kita sudah tidak secocok lagi kerana tata suria kita merupakan sebahagian yang amat kecil jika dibandingkan dengan saiz alam semesta. Malahan bumi yang manusia menghuni saat ini boleh diibaratkan seperti sebuah zarah yang berada pada saiz bumi itu sendiri. Sementara keadaan langit yang bagaikan tergantung itu bererti baik secara tersirat mahupun tersurat bagaikan mesti ada sesuatu kuasa besar yang mengaturnya jika tidak akan terjadi pertempuran antara galaksi mahupun pentempiaran planet-planet di mana-mana di rentangan alam semesta kita.

PENDAPAT SAINTIFIK

Kalangan sains pula memahami perihal alam kosmos melalui penyelidikan dan tafsiran saintifik dari data yang diterima dari peralatan sains seperti dari teropong Hubble Space Telescope, Compton Gamma Ray Observatory dan Chandra X-ray Observatory dan pelbagai wahana seperti International Space Station yang telah membuat dan mengirim data-data saintifik. Pendeknya sains bererti mencari penjelasan yang tersirat dalam struktur logika alam tabii. Sebagai contoh teropong Hubble Space Telescope (HST) telah banyak memberi maklumat penting mengenai alam semesta seperti : -

* Kajian yang menyarankan adanya lohong hitam yang amat besar terhendap di dada galaksi. Lohong hitam adalah daripada bahan bintang yang telah mati di mana jisimnya begitu padat sehingga tiada satu bendapun termasuk cahaya dapat terlepas dari tarikan gravitinya. Konsep lohong hitam telah disuarakan beberapa dekad yang lalu.

* HST dapat merakam dengan sejelas-jelasnya pertembungan komet Shoemaker-Levy ke permukaan planet gas Musytari pada tahun 1994. Peristiwa itu merupakan satu pertembungan terus yang mana melibatkan sebuah planet yang dapat dirakam oleh manusia.

* HST juga membantu memberi maklumat yang alam semesta kita sedang berkembang dan bukan sebaliknya sedang mengecut seperti yang pernah dipercayai dulu. Fenomena adanya daya anti-graviti yang mengisikan ruang vakum di angkasa lepas dikatakan telah menyumbang pada fenomena yang mengembangkan alam semesta kita. Susulan daripada fenomena itu konsep malar kosmologikal ( cosmological constant ) kian dibicarakan.

* HST juga memberi maklumat yang alam semesta ini mempunyai sekurang-kurangnya 120 bilion galaksi dan setiap galaksi mempunyai berbilion-bilion bintang ! HST juga dapat menaksirkan bahawa usia alam semesta dengan agak tepat sekitar berada dalam lingkungan 13-15 bilion tahun

PEMAHAMAN ALAM SEMESTA

Sekiranya kita mengimbas kembali bagaimana manusia di atas planet ini sejak di zaman purba dulu ( zaman batu ) beribu-ribu tahun yang lalu. Ketika itu sudah tentunya manusia telah terpegun dengan keindahan pada waktu malam dengan berkelip-kelipnya bintang. Mereka telah menanggapi sesuatu tentang alam semesta ketika itu. Mereka yang tiada pengetahuan astronomi saintifik menyangkakan bumilah pusat alam semesta sementara dengan kemajuan pengetahuan manusia seterusnya Copernicus telah menunjukkan yang matahari sebaliknya adalah pusat alam semesta. Sekarang kita tahu bahawa Copernicus pun tidak benar dengan andaiannya. Bumi cumalah seketul batu kecil yang menggelilingi sebuah bintang kerdil kuning bernama matahari. Matahari sebenarnya ialah sebutir bintang dan sebutir bintang adalah sebuah loji nuklear! Sistem Suria itu terletak di salah sebuah lengan berlingkar di penghujunggalaksi Bima Sakti. Matahari kita merupakan salah sebuah bintang daripada bertrilion bintang di Bima Sakti dan berlokasi pada satu sudut di alam semesta di antara 100 bilion galaksi yang membentuk alam semesta! Satu pertanyaan yang sering dilontarkan Berapa banyak bintang semuanya di alam semesta ? Jawapan yang tepat ialah Terdapat lebih bintang di alam semesta daripada semua jumlah pasir halus yang terdapat di semua pantai di atas bumi kita! Penemuanpenemuan astronomi terbaru yang diperolehi daripada teropong dan daripada para astronomi yang dalam bidang teori menunjukkan yang alam semesta yang kita kenali sehingga kini mungkin bukanlah alam semesta yang satu-satunya yang kita kenal pernah wujud. Ada kemungkinan wujudnya alam semesta selari yang wujud bersebelahan dengan alam semesta kita ! Malahan ada sesetengah kosmologis telah mencadangkan dan mempercayai bahawa terdapat sejumlah alam semesta selari yang dalam jumlah yang tidak terhingga ( infinite ) itu wujud di samping alam semesta yang kita kenali ! Dengan itu saintis telah

menyarankan eksperimen yang mungkin dapat dibuat untuk manusia berkomunikasi dengan dunia alam semesta selari itu atau mengirim manusia terus ke alam itu melalui kaedah teleport yakni satu kaedah yang mana manusia boleh ditukarkan menjadi tenaga dan ditukar semula menjadi manusia sebaik tiba di destinasi di alam semesta baru seperti yang kita lihat dalam cerita rekaan Star Wars

Mengikut sains alam kosmos atau alam semesta bermula dari satu ledakan gergasi yang digelar 'Big Bang'. Big Bang terjadi lebih kurang 13-15 bilion tahun yang lalu. Sejak itu bermulah antaranya proses pembentukan galaksi, bintang-bintang, lohong hitam, pembentukan sistem planet dan evolusi kimia, biologikal dan juga kehidupan yang kita kenali seperti kehidupan tumbuhan dan haiwan termasuk manusia yang menghuni di planet bumi.

PERBEZAAN PENDAPAT ANTARA SAINS DAN AGAMA

Sejak beberapa abad yang lalu sains mula berenggang dengan agama seakan-akan masing-masing cuba mengatasi antara satu sama lain. Terdapat dua kecenderungan yakni ada dua pola ekstrim. Adakalanya sains bersikap amat berani kerana beryakin sungguh untuk memecahkan segala misteri alam melalui siasatan empirik tanpa merujuk pada kearifan purba. Sementara itu pihak agama pula bermati-matian mempercayai bahawa kuasa spiritual yang tidak dapat diukur oleh sebarang alatan meter yakin yang mereka yang asyik dengan kehebatan teropong mahupun komputer tidak akan mendapat tempat di syurga. Golongan agama ini mahukan sebuah realiti yang melampaui dunia material. Namun di antara dua pola itu terdapat banyak yang masih percaya sains dan agama.

Bagi kalangan sains alam semesta diwujudkan dengan mempunyai tujuan tidak semestinya sama dengan tujuan yang ditafsirkan oleh orang yang beragama. Maknanya ada sebab kenapa manusia wujud di alam semesta. Agama itu bukanlah satu dongeng atau spekulasi metafizika. Agama itu sebenarnya berakar umbi dalam pertemuan dengan realiti termasuk pengalaman dengan wahyu. Namun pengalaman spiritual berada dalam alam subjektif yang tidak mungkin dikaji secara saintifik. Tetapi agama dan sains sama-sama muncul daripada kegiatan manusia yang sering mencari sebuah peraturan dalam dunia mahupun alam semesta. Apakah mungkin ada pelbagai penjelasan bagi sebuah realiti ? Atau cuma ada satu penjelasan yang tepat saja yakni penjelasan daripada sains. Seperti isu kehidupan. Kewujudan itu wujud sama ada dicipta atau ia berevolusi. Maknanya alam semesta ini sama ada diatur oleh sebuah hukum fizikal atau atau dikuasai oleh sebuah kuasa spiritual. Bagi mereka yang tidak mahu melihat ketegangan antara kalangan sains dan agama maka mereka menerima yang Tuhan yang mencipta alam semesta mengikut speksifikasi tertentu dan alam semesta terus berkembang mengikut speksifikasi itu. Tuhan menjadi metafora bagi hukum alam semesta itu dan sains cuba untuk menghuraikan hukum alam semesta itu. Namun ada satu perkara yang harus diperhatikan agar tidak terkeliru yakni menerima alam semesta seperti yang dikaji berbeza daripada menerima alam semesta seperti yang kita ingini.

Bagi para saintis kajian sains adalah untuk menggantikan ajaran agama dengan teori-teori yang boleh ditentusahkan dan untuk berpura-pura sebaliknya adalah satu penipuan diri sendiri. Para saintis sedang di ambang mencari dan membina sebuah teori lengkap yang dinamakan sebagai teori terakhir ( final theory )

untuk alam semesta, jika berjaya akan memberi satu pemahaman yang lengkap akan alam semesta dan segala-galanya di dalamnya.

Teori sains telah berkembang begitu pesat sehingga kemajuan seterusnya memerlukan pengajian akan proses-proses tenaga yang tidak dapat dijangkau oleh manusia dengan kemudahan-kemudahan eksperimen yang sedia ada pada masa kini. Kemajuan sains untuk memerikan tabii sejak daripada teori mekanik kuantum yang menggantikan teori zarah dengan kedudukan dan kelajuan tertentunya kepada teori fungsi gelombang dan keberangkalian dan seterusnya muncul pula prinsip-prinsip simetri yang masih belum sepenuhnya dibina. Namun teori akhir yang akan menyatukan semua teori fisikal tetap akan diburu untuk memerikan segala dalam alam tabii di alam semesta ini. Impian untuk membina sebuah teori terakhir tidak bermula pada abad ke-20. Sebenarnya keazaman untuk mencari teori terakhir telah bermula satu abad sebelum lahirnya Socrates di kota Miletus. Ada bukti sejarah menunjukkan bahawa warga Miletus (Milesians) telah mencari penjelasan akan semua fenomena alam tabii daripada aspek asal-usul asasi jirim. Bagi idea moden apa yang dimaksudkan dengan penjelasan saintifik harus memenuhi : pemahaman kuantitatif akan sesebuah fenomena. Bagaimana kita maju ke arah memahami kenapa atau tabii seperti yang kita lihat itu. Sebagai contoh sains percaya yang atom-atom bertindak dalam sesuatu tindak balas kimia adalah kerana prinsip fisikal yang mengatur elektron dan daya elektrik di dalam atom-atom itu. Prisip itu atau hukum alam tabii yang mengatur atom-atom itu dan hukum tabii itu tidak akan memberi kebebasan atom-atom itu bertindak berlainan daripada yang sepatutnya.

Penemuan teori terakhir bukan bererti berakhirnya sains. Malahan penyelidikan sains sama ada sains tulen mahupun sains fisikal tetap akan berterusan. Sebuah teori terakhir yang akan menyatukan semua daya asas seperti daya graviti, daya elektromagnetisme, daya nuklear kuat dan daya nuklear lemah jika ditemui akan menamatkan carian purba yang sebelum ini tercari-cari akan prinsip-prinsip yang tidak mungkin dapat dikupaskan oleh kalangan agama.

Namun akan muncul pelbagai persoalan yang para saintis tidak upaya menjawabnya seperti : Apa itu kewujudan ? Kenapa ada sesuatu dan tidaknya kosong ? Bagaimana jirim yang tidak bernyawa itu boleh menyusunatur dirinya dan menghasilkan kewujudan ? Sudah tentunya jawapan sedemikian berada di luar alam sains atau alam material.

Dengan itu kita kembali semula pada premis sains dan agama. Sains dan agama dibangunkan pada platform kepercayaan dan andaian. Tiada siapa sehingga kini dapat membuktikan alam semesta ini bersifat matematikal semata-mata atau hukum yang boleh dipakai di dunia boleh diaplikasikan pada benda seperti kuasar yang jauh itu atau pada detik awal mulanya masa. Pertanyaan begitu menjadi rukun asas pada mereka yang percaya pada kuasa ghaib.

Namun bagi kalangan sains kewujudan dunia realiti adalah rukun dan adalah mustahil untuk meneruskan tindakan selanjutnya tanpa dunia realiti. Seorang saintis telah membicarakan salah satu misteri alam semesta yang begitu lama tidak dapat dihuraikan : adanya kebetulan-kebetulan kosmologikal yang amat mempersonakan itu memungkinkan kewujudan kehidupan. Andainnya malar-malar fizikal tertentu itu mempunyai nilai yang sedikit berlainan, bintang-bintang tidak mungkin terbentuk untuk menghasilkan atomatom yang seterusnya membina molekul biologi. Sejak awal abad lalu sebahagian pencari kebenaran telah

mengambil hujah ini sebagai alasan untuk mempercayai yang alam semesta dicipta dengan mengambilkira manusia sebagai pemain utama dalam mencorakkan tamadun dan digniti kemanusiaan.

Di samping itu seseorang itu bebas untuk mempercayai sebaliknya : yakni kebetulan-kebetulan cuma menunjukkan yang kehidupan itu sebenarnya adalah sebuah kebetulan yang amat luar biasa.Tatkala sains terus memperlengkapkan huraiannya tentang alam semesta atau dunia fizikal setiap pertanyaan yang dijawapi akan terus mengundang lebih banyak persoalan baru yang lain. Maka itu akan sentiasa ada misteri dan seterusnya satu kekosongan atau lohong dalam pengetahuan manusia dan lantas itu kekaguman agama akan berperanan semula.

Bagaimanapun ada perbezaan pendekatan antara sains dan agama dalam bidang astronomi. Perihal astronomi dari kacamata sains berakar pada kajian, ujian dan penerokaan saintifik dengan kata lain mereka bergantung pada data untuk menilai perihal kosmos.

Sementara ajaran agama cuma memberi satu gambaran yang kewujudan kosmos adalah satu petanda akan kebesaran Sang Khalid. Misalnya dalam al-Quran ada beberapa ayat lagi yang menyentuh tentang astronomi dan jika dikupas secara falsafah memang menunjukkan adanya satu kuasa besar yang mengatur alam semesta yang bukan saja luas tapi juga indah. Lihat ayat dari surah Adz-dzariat : 47, Fathir : 41, Alanbiya ; 30 yang maksudnya berkaitan dengan evolusi alam semesta.

Dari perpektif kuantiti, agama tidak dapat memberi gambaran betapa besarnya alam semesta kita sedangkan pakar sains dalam bidang astronomi boleh menyatakan kuantiti ( quantify ) melalui formula kompleks matematik perihal alam semesta misalnya kelajuan cahaya, saiz bintang, komet, tarikan magnet, kuasa graviti dan sebagainya. Sebagai contoh sains dapat mengira berapa jauh sebuah perjalanan satu tahun cahaya yakni 9 trilion kilometer. Di samping itu juga sains melalui ilmu fizik dan ilmu astronomi dapat membentangkan hasil kajian mereka secara kuantitatif. Sebuah contoh lagi sains boleh menyatakan untuk sekian sekian masa tertentu suhu dan kepadatan dan komposisi kimia alam semesta akan sekian sekian nilainya. Benar bukan muktamad pernyataan-pernyatan itu namun para saintis boleh membicarakan perkara demikian dengan penuh keyakinan. Saintis boleh juga mengira kelajuan sebuah bintang itu bergerak misalnya bintang Barnard bergerak pada kadar 2.8 ribu juta kilometer setahun !

Malahan para saintis astronomi sedang dalam proses memiliki sebuah teori yang dapat memberi semua huraian tentang misteri alam.Secara umumnya astronomi adalah kajian mengenai bintang dan planet, asal usulnya, permulaan masa, tarikan graviti dan sebagainya. Para saintis seolah-olah boleh menghuraikan apa saja hukum alam yang bersangkutan dengan astronomi malahan apabila teropong generasi ke-2 yang diluncurkan pada tahun 2005 dulu telah membolehkan kita melihat imej peninggalan detik ketika terjadi Big Bang. Ini satu kemajuan besar dalam perkembangan bidang astronomi. Namun ia masih bergantung pada data yang ditinggal oleh kesan-kesan Big Bang. Rumusan yang dibuat mungkin tidak seratus peratus muktamad apatah lagi fenomena Big Bang sudah berlaku 13.7 bilion tahun yang lalu.

Mengikut pendapat sains segalanya di alam semesta bermula daripada Big Bang. Dari Big Banglah mula pembentukan jisim sub atomik, elektron, helium, hidrogen dan seterusnya molekul dan dan akhirnya selama 13 bilion tahun maka wujudlah alam semesta yang kita kenali sekarang yang mempunyai berbilion galaksi, bertrilion bintang dan planet-planet yang tersebar luas di luar sistem suria kita.

APAKAH TUJUAN KEHIDUPAN MANUSIA ?

Memang dari satu segi kita terpesona dengan perkembangan sains astronomi namun ada satu persoalan yang ahli sains selalu menjauhi atau tidak mampu menjawab dengan memuaskan. Persoalannya : Apakah tujuan hidup manusia ? Manusia yang dari kaca mata sains berasal dari proses evolusi berbilion tahun yang lalu akibat dari letupan Big Bang. Apakah manusia terus hidup tanpa pedoman dan bolehkah manusia terus hidup tanpa pedoman ? Apakah manusia sains akan terus mengkaji, meneroka dan membuat ramalan demi ramalan seperti Stephen Hawking bagaikan tiada titik nokhtahnya ? Inilah satu titik perbezaan antara sains dan agama. Sedangkan dalam al-Quran manusia diberitahu dengan jelas bahawa ianya dijadikan semata-mata untuk menjadi khalifah dan sujud pada Sang Penciptannya. Manusia harus mengguna sumber-sumber alam untuk kebaikan hidup manusia yang memberi kesejahteraan hidup berkualiti. Jika manusia tidak endahkan tujuan hidupnya maka sia-sialah kewujudannya.

Agaknya hidup manusia akan bercelaru jika manusia tiada pedoman atau pegangan hidup maka ada katakata hikmah dari seorang saintis ulung yang pernah manusia memiliki dalam sejarah tamadunnya iaitu Albert Einstein seperti bermaksud lebih kurang begini : Sains tanpa agama akan kehilangan falsafah tujuan hidupnya dan agama tanpa sains akan membuat taksub pada khayalan.

KESIMPULAN

Mungkin perlu satu keseimbangan. Soalnya bolehkah sains dispiritualkan dan agama disainskan ? Atau kedua-duanya memang dua polar yang tidak akan boleh berkompromi ? Sains mempercayai evolusi sementara agama mempercayai ciptaan. Bagi sesetengah saintis mereka berpendirian yang apa-apa yang wujud itu tidak mempunyai sebarang erti atau tujuan . Mereka cuma menerima undang-undang tabii seperti yang ditemui oleh mereka sebagai yang wujud. Undang-undang tabii inilah yang akan menentukan apa akan terjadi dari satu masa ke satu masa yang lain. Dengan lain perkataan mengikut fahaman saintissaintis ini sejak dari peristiwa Big Bang sehingga sekarang dan sehingga leburnya alam semesta, undangundang tabii ini yang akan menentukan segal-galanya. Malahan beberapa saintis mengatakan dengan adanya ketidaktentuan asas yang tersirat dalam undang-undang tabii ini ( mengikut pada Prinsip Ketidaktentuan Heisenberg yang tersohor itu) terdapat satu ketidaktentuan atau kerambangan yang tersirat di dalam setiap proses atau fenomena yang berlaku di alam semesta.

Mengikut piawaian Tafsiran Copenhagen mengenai mekanik kuantum, sesebuah sistem fisikal itu tidak boleh diterima sebagai mempunyai sebarang nilai tepat bagi kuantiti-kuantiti seperti kedudukan atau tenaga atau momentum sehingga kuantiti-kuantiti itu diukur oleh beberapa alatan pemerhati. Bagi sesetengah saintis satu jenis kehidupan cerdas ( intelligent life ) adalah perlu untuk memberi makna pada mekanik kuantum, malahan kehidupan cerdas itu bukan sahaja harus muncul tetapi harus berada di semua pelosok dalam alam semesta supaya setiap maklumat tentang keadaan fisikal alam semesta harus diperhatikan. Pendeknya sains harus tumpu pada perkara yang boleh diperhatikan. Bagaimanapun ada saintis lain yang melihat mekanik kuantum daripada segi fungsi gelombang yang boleh memerikan makna dan pemahaman sama juga atom dan molekul yang diikat oleh hukum tabii yang tidak bergantung sama ada adanya pemerhati atau tidak.

Natijah muktamad yang para saintis ini ialah walaupun sebagai manusia mereka tiadak mempunyai tindakan bebas ( free will ) atau pilihan pribadi dalam tindak-tanduk mereka. Apa saja yang kita lakukan akan berlaku secara rambang! Satu lagi pendirian yang diambil oleh banyak saintis termasuk Albert Einstein ialah adanya tujuan yang tersirat dalam setiap perkara yang wujud atau fenomena yang berlaku. Pernyataan terkenal beliau yang Tuhan tidak memperjudikan alam semesta mencabar pendirian ketidaktentuan atau rambangnya undang-undang tabiii alam semesta seperti yang dicadangkan oleh Profesor Niels Bohr yang menyokong Copenhagen Interpretation. Banyak saintis seperti Einstein tidak saja melihat adanya makna dalam undang-undang tabii tetapi juga terdapat keindahan yang amat besar dalam banyak perkara yang berlaku dalam alam semesta. Pandangan Einstein seakan-akan selari dengan pandangan yang tersurat dalam al-Quran. Mengikut Stephen Hawking seorang ahli saintis tersohor dan sehebat Einstein dalam abad ini pula menganggap bahawa segala prinsip dan hukum tabii yang indah itu bagaikan minda Tuhan.

kosmologi Dari Perspektif Quran dan Sains

Membincangkan konsep kosmologi menurut perspektif Quran dan Sains Moden, beberapa teori mengenai kejadian alam, konsep alam menurut Quran, matlamat penciptaan alam dan kesudahan alam semesta menurut sains serta Quran.

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah Rabb Semesta alam Quran: Al-Fatihah 1:1

Kajian berhubung dengan konsep kosmologi biasanya dimaksudkan dengan kejadian langit dan bumi serta cakrawala-cakrawala yang ada. Manakala juzuk-juzuk alam yang lain seperti manusia, binatang dan tumbuhan, kajian mengenainya dikenali dalam disiplin ilmu yang tersendiri seperti biologi dan botani.

Berhubung dengan kejadian alam semesta, tidak ada satu pandangan atau teori pun yang dapat memberi falta serenar. Ini disebabkan manusia jahil mengenainya dan manusia bukan pencipta kepada alam semesta. Allah Taala sebagai pencipta kepada alam semesta ini, keterangan-keterangan yang diwahyukanNya paling tepat dan sayugia dikaji bagi mengetahui rahsia-rahsia kejadian alam ciptaanNya.

Alam ini bermula dari tiada menjadi ada. Penerimaan akal yang menetapkan alam sedemikian tidak ada pertentangan dengan rasional yang menyatakan bahawa setiap benda yang wujud pasti ada permulaan dan ada yang mengadakannya. Tidak ada sesuatu apapun yang wujud dalam alam ini secara kebetulan, atau tidak dijadikan. ASPEC kebetulan dan tidak dijadikan bertentangan dengan rasional akal dan tidak boleh diterima oleh fikiran. Apabila akal menerima ketetapan bahawa alam ini terjadi daripada tiada kepada ada, ia mengundang para pengkaji menyelidik dan meneliti aspek-aspek berikut:

1. Apakah yang dikatakan Alam, atau Definasi Alam. 2. Tujuan penciptaan dan memahami alam. 3. Kejadian alam dan teori-teori mengenainya. 4. Kejadian alam menurut Quran. 5. Sifat serta lakuan alam.

DEFINASI ALAM

Ada berbagai pengertian yang dimaksudkan dengan alam:

Para Teologis mendefinasikan alam sebagai nama sesuatu yang dipaksikan kepada selain Allah kerana ia mengajar kita mengenal adanya pencipta. ( Nuruddin al-Sabuni, KitabAl-bidayah min Al-Kifayah fi Al-hidayah fi Usuluddin, Tahkik Fathullah Khalif, Dar al-Muarif, Mesir,1969, hlm. 34).

2. Para failasuf mendefinasikan alam sebagai kumpulan jawhar yang tersusun dari benda dan surah [bentuk] yang ada di langit dan di bumi. Alam juga dipakai dengan maksud dunia, iaitu merujuk kepada bumi dan segala yang ada padanya dan yang ada di langit [bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yang ada dll]. Dalam istilah Inggers disebut senagai Universe atau Cosmos. (Jamil Saliba, Al-Mujam al-Falsafi, Dar al-kitab al-Lubnani, Beirut, 1973, hlm 4)

Dalam Quran kekata alam di bawa dalam maksud jamak [plural] iaitu alamin [dibaca dengan hufur ayn dipanjangkan] dan memberi dua maksud:

Sekumpulan makhluk tuhan yang berakal. Atau dalam kata lain manusia. Sekumpulan makhluk yang memiliki sifat-sifat yang mendekati makhluk yang berakal. Kerana itu dikenali istilah alam malaikat, alam jin dan tumbuhan. Tidak disebut sebaliknya alam batu batan dan alam tanah tanih.

QURAN DAN KOSMOS

Kata alamin dalam Quran tidak merujuk kepada kosmos atau Universe. Ayat-ayat berikut membenarkan kenyataan ini.:

Wahai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepada kamu dan [ingatlah] bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas al-alamin. [Surah Al-Baqarah ayat 47]. Kekata al-alamin dalam nas ini membawa maksud umat manusia. Jadi ayat ini bermaksud bahawa Allah s.w.t melebihkan Bani Israil dari umat manusia lain dengan nikmat yang banyak. Antaranya perutusan nabi-nabi yang paling ramai di kalangan mereka, hal ini tidak berlaku kepada umat lain. Keistimewaan ini tidak merujuk kepada individu dengan maksud menafikan seksa apabila mereka menyimpang daripada petunjuk nabi-nabi mereka.

Sesungguhnya rumah Ibadan yang mula-mula dibangun untuk [tempat beribadat] manusia, ahla Baitullah di Mekah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi al-alamin. [surah Ali-Imran ayat 96] Ertinya rumah Ibadah tersebut menjadi petunjuk bagi seluruh umat manusia.

Dan kamu sekali-sekali tidak meminta upah kepada mereka [terhadap seruan ini], itu tidak lain hanyalah peringatan bagi al-alamin, [Surah Yusuf, ayat 104] Istilah dhikr lil al-alamin itu bermaksud peringatan bagi sekalian jin dan manusia.

Istilah alam semesta dpakai oleh Quran dengan ungkapan al-samawat wal-ard wa ma baynahuma [langit dan bumi segala isi diantara keduanya]. Dalam Surah Al- maidah ayat 17, Allah menyebut: wa lillahi mulkus samawati wal ardi wa ma baynahuma [dan kepunyaan Allah sahaja kerajaan di langit dan di bumi serta segala apa yang ada diantara keduanya]. Dalam Surah Maryam ayat 65, Allah menyebut: rabbus samawatiwal ardi wa ma baynahuma fabudhu [Rabb langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya, maka sembahlah Dia].

TUJUAN PENCIPTAAN DAN DAN MEMAHAMI ALAM

Alam manusia, jin dan malaikat yang diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Alam binatang, tumbuhan dan jamadat serta lain-lain kejadian seperti cakrawala, udara, lautan dan seumpamanya adalah untuk berkhidmat kepada manusia dalam skop ubudiyyahnya kepada Allah taala. Alam semesta ini diibaratkan kitab Manzurah [yang dapat dilihat dan direnungi]. Atau dengan kata lain ayat-ayat Allah iaitu tanda-tanda kewujudan Allah yang dapat diperhatikan menerusi fenomena-fenomena alam yang berlaku padanya. Ayat-ayat Allah yang Manzurah ini sama pentingnya dengan ayat-ayat Allah yang Maqruah [Ayat-ayat Allah yang dibaca] di dalam wahyu Quran.

Kedua-dua ayat Allah yang maqruah [Quran] dan yang Mansura [alam semesta], saling lengkap-melengkapi. Ayat-ayat Allah dalam Quran merupakan kunci permulaan untuk memahami ayat-ayat Allah yang Manzurah [kitab alam]. Bahkan dalam ayat Quran maqruah terdapat tidak kurang dari 750 rangkai ayat yang menyebut secara tegas berhubung dengan fenomena alam semesta. Secara umumnya ayat-ayat tersebut berupa arahan supaya manusia memerhati, meneliti dan membuat renungan [nazar] terhadap segala kejadian itu bagi memperoleh kesedaran bahawa disebalik kejadian yang wujud itu terdapat zat Yang Maha Berkuasa.

Daripada kenyataan tersebut dapat ditegaskan beberapa perkara berhubung dengan tujuan memahami alam semesta:-

1. Wasilah Memahami Kebesaran Allah

Memahami alam semesta dapat menjelaskan dengan lebih terperinsi bahawa alam ini berfungsi sebagai wasila

kepada seseorang untuk mengenal adanya pencipta Yang Maha Berkuasa. Ia sekaligus memperlihatkan kelemahan manusia sebagai makhluk Allah yang serba kekurangan. Sayyid Hossein Nasr menegaskan: Pengkajian keatas alam tabii, yang dalamnya tujuan dan hikmat Ilahi terpancar, akan akhirnya membawa kita kepada ilmu kepada sumber segala kewujudan. Sejauh mana semua makhluk bergantung wujud kepada pencipta yang Wujud Semata, maka sejauh itulah semua ilmu Alam Tabii mengandung tujuan dan maksud bagi memahami zat semua benda dalam hubungannya dengan keasalan punca Ilahi. Zat segala semua adalah datangnya dan berwujud di dalam Wajud Wajib. Ibn Sina menulis di dalam hal ini Tahukah anda siapa itu raja?. Raja yang sejati ialah Raja yang kaya raya secara mutlak dan tidak ada sesuatu yang boleh berlaku tanpa-Nya. Kepunyaan-Nyalah zat setiap sesuatu kerana Dialah sumbernya atau kerana ia berpunca daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya. Setiap benda selain-Nya adalah milik-Nya dan Dia tidak memerlukan apaapapun. (S.H. Nasr, Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam, Terjemahan baharudin Ahmad, DBP, KL 1992, hlm 259).

2. Tiada Pertentangan Antara Quran dan Alam Semesta

Kefahaman terhadap alam semesta dapat menyedarkan seseorang bahawa adanya kesesuaian dan ketepatan antara kitab alam dengan kitab Al-Quran, kerana keduanya datang dari sumber yang satu. Tiada sekali percanggahan antara keduanya. Contoh yang terdekat dalam masalah ini ialah Firaun yang mati tenggelam dalam laut merah dan mayatnya di damparkan ke pantai supaya generasi berikutnya mengetahui. Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau [hai firaun] terlepas dengan badanmu [yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut], untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu [supaya mereka mengambil iktibar]. Dan [ingatlah] sesungguhnya kebanyakkan manusia lalai daripada [memerhati dan memikirkan] tandatanda kekuasaan kami. Al-Quran Surah Yunus, ayat 92 Berdasarkan maklumat Quran itu, para penyelidik mengkaji keterangan Quran dan mempastikan Firaun yang mana satu tenggelam di laut. Mereka menemui mayat Firaun yang tubuhnya dipenuhi dengan garam dan bedah siasat yang dijalankan menunjukkan bahawa dia betul-betul mati tenggelam. Hasil dari penyelidikan itu diberi komentar oleh seorang pakar bedah terrenal daripada Perancis, Dr. Maurice Bucaille dengan katanya:

Alangkah agungnya contoh yang dikemukakan oleh ayat Quran berkenaan jasad Firaun yang Semarang berada di ruang mummy di Muzium Negara Mesir di Caer. Penyelidikan dan penemuan moden menunjukkan kebenaran Quran.. (Maurice Bucaille, Bible,Quran dan Sains Moden, terjemahan M. Rasjidi, Bulan Bintang, Yakarta 1978, hlm 278)

3. Memperolehi Keyakinan Bahawa Quran Adalah Wahyu

Mengkaji dan menyelidiki alam semesta, seseorang itu dapat meyakini dengan pasti kebenaran Quran sebagai wahyu Allah Taala. Fenomena-fenomena alam yang terjadi telah sedia disebut dalam Quran. Hal ini memberi kepastian bahawa adalah tidak mungkin Quran itu buatan manusia kerana manusia tidak mungkin mengetahui lantaran tidak memiliki ilmu pengetahuan tentangnya. Sejak 1400 tahun yang lampau Quran telah menyatakan secara umum adanya planet selain Bumi, Matahari, Bulan serta bintang-bintang yang disaksikan manusia. Hal ini terbukti dengan penemuan-penemuan baru dalam bidang astronomi. Sebelum ini manusia hanya mengenali planet Mercury, Venus, Mars, Jpiter dan Saturn. Kemudian ditemui berikutnya tiga planet lain Uranus, Neptun dan Pluto.

Pada November 1989 pakar astronomi menemui quasar yang jauhnya 14 million tahun cahaya dari bumi.[satu saat cahaya = 270,000 km. 1 tahun cahaya = 9,460,000,000,000 km] Tiga Astronomer USA Dr. Susan M. Simkin, ketua bahagian astronomi Universiti Michigan, Jacqueline Van Gorkom dan John Hibbard dari pusat kajian bintang di Nacional Socorro New Mexico, serta seorang ahli astronomi China bernama Dr. Hong-Ju Su Nanking menerusi teleskop raksasa di New Mexico telah menemui galaksi raksasa yang diberi nama Markarian 348. Besar galaksi ialah 13 kali ganda galaksi Bimasakti dan jauhnya dari bum 300 juta tahun cahaya. Garispusatnya 1.3 juta tahun cahaya dan panjangnya dari hujung ke hujung 12,350,000,000 milion km. Sesudah itu ditemukan pula sebuah galaksi lagi yang dianggap paling besar yang diberi nama The Great Attractor. Galaksi ini ditemui oleh Dr. Alan Dressler dari Carnegie Institut Washington dan jauhnya dari bumi ke galaksi ini memakan masa 150 juta tahun cahaya.

Galaksi Sombrero jaraknya dari bumi ialah 28 million tahun cahaya. Berdasarkan ayat Quran Surah al-Sajdah ayat 4 yang menyebut; Allah, tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada diantara keduanya dalam enam masa. Ayat juga menegaskan penciptaan selain langit dan bumi, iaitu sesuatu yang ada dianta keduanya. Penemuan-penemuan baru itu memberi keyakinan benarnya ungkapa Quran yang menyebut selain Allah menciptakan langit dan bumi Dia juga ada mencipta segala yang ada diantara keduanya. Hal ini terbukti dengan penemuan tersebut.

4. Mempertingkatkan Keimanan kepada Allah

Mengkaji alam semesta dapat mempertingkatkan keimanan seseorang kepada Allah yang menciptakannya. Perkara ini berlaku apabila aspek-aspek alam itu dikaji dan dibuat rumusan, seseorang itu akan sampai ke peringkat mengiktiraf kewujudan Tuhan dan ciptaannya. Ujar afazlur Rahman dalam hubungan ini:

Cosmology is the starting point of all sciences in Islam and it deals with the creation of the wonderful world of god, Who is one, both transcendent and immanent. There is no deity but one God, and Muhammad is the Mesengger of God. The doctrine is the central theme of all scientific knowledge, because, All the cosmos was

created by One God and, inspite of its vastness and hierarche structure, reflects the Unity of God. [ Afzalur Rahman, Quranic Sciences, The Muslim School Trusts London, London, 1981, pg.41]

Bilakah Alam Ini Bermula?

Mengetahi masa bilakah bermulanya alam semesta ini bermakna percubaan untuk memperolehi maklumat mengenai berapa tahunkah umur alam semesta. Ertinya Sejak bila ia mula tercipta?. Manusia pastinya tidak mampu memberi jawapan yang tepat berhubung dengannya. Hal ini disebabkan alam semesta ini wujud lebih dahulu dari kewujudan manusia sementara manusia pula sama sekali tidak mencipta alam semesta. Manusia dan cakrawala ini adalah makhluk semata di sisi Allah Taala. Bagaimanapun mereka membuat kajian dari masa ke semasa untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan.

New Straits Times, jumaat 20 Jun 1993, dalam ruangan World News menyiarkan satu berita berkenaan perkara ini berjudul Measuring the Universe Age. Menurut berita tersebut pakar-pakar Astronomi yang bekerja dengan Agensi Hubble Space Telescope di Amerika Syarikat, telah membuat kajian selama 2 tahun, mendapati umur alam semesta ini antara 15 hingga 20 billion tahun. Anggaran ini menurut mereka lagi adalah bersifat semasa [current estimates]. Bagaimanapun terdapat banyak teori mengenai umur alam semesta ini bila diukur dengan masa kemunculannya.... bersambung
POSTED BY FOX CAVEMAN

Beberapa Aspek Teori Kalam dan Kaitannya dengan Kosmologi Moden April 19, 2009
Posted by Shahidan Radiman in : Makalah , trackback

Asas agama Islam ialah tauhid dan pengtauhidan terletak ke atas Dzat, sifat, asma (nama) dan afal (perbuatan) Allah. Dzat Allah tidak diketahui begitu pula Tangan dan Wajah Nya yang harus diterima seperti yang disebut dalam Al_Quran tanpa ditanyakan bagaimana. Sifat , Nama dan perbuatan Allah terlakar dalam semua ciptaannya samada alam semesta ( alam kabir) mahupun dalam diri manusia ( alam saghir). Penampakan-penampakan sifat, Nama dan perbuatan Allah s.w.t tertuju bukan hanya kepada alam yang fizik tetapi juga alam yang ghaib termasuk tujuh petala langit dan bumi , Loh Mahfuz, Arsy dan Kursy dan lain-lain. Apabila perkara yang ghaib ini cuba dibincangkan secara rasional , ahli kalam yang diwakili oleh AsSyaari , Al Baqillani dan al Maturidi termasuk juga Al-Ghazali telah mempertahankannya akidah Islam dari penodaan fikiran rasional kaum Muktazilah ( diketua al-Jubai ) dan kumpulan ateis (Ibnu Rawandi dll) serta kaum Jabariyah. Maka timbul aliran pertengahan antara Jabariyah dan Qadariyah yang dipanggil sebagai aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Al Ghazali melalui kitabnya yang terkenal , Ihya Ulumiddin terutamanya telah dapat menyintesis pemikiran Ahli Sunnah Wal Jemaah ini dengan tasawuf yang murni dari bidah dan meletakkan agama dalam wadah moden yang membenarkan evolusi pemahaman agama dari sudut tajdid dan fatwa. Pada masa kini kajian tentang ilmu Kalam yang telah berjaya menyelamatkan akidah ummah satu masa dulu sudah agak terpinggir dan tidak dipandang relevan sedangkan konsep atomisme dan teori occasionalisme ahli Kalam begitu relevan dengan fizik moden , khasnya yang melibatkan skala dimensi yang lebih kecil dan juga bagi memahami kekalutan masalah interpretasi Mekanik Kuantum yang digunakan bagi menjelaskan fenomena alam mikroskopik. Dengan mengembalikan prinsip asas ilmu Kalam , diharapkan penyakit baru dunia moden seperti scientisme ( dengan contoh terkenal seperti Bucaillisme) dan dekonstructionisme dengan mudah dapat ditangani. Pembangunan material yang begitu cepat dikaitkan dengan pembangunan tamadun Barat dengan sistem ekonomi , sosial dan politiknya telah menggabui dunia Islam tentang apa itu sebenarnya kejayaan , kemewahan dan kebahagiaan. Sedangkan tamadun Barat yang sedang berkembang secara satu mata itu (semata-mata atas pembangunan kebendaan) merupakan istidraj dari Allah s.w.t. Oleh itu, dirasakan satu pemerhatian dan penumpuan baru harus dibangunkan oleh pencinta dan penyelidik Sains Islam kearah pembangunan Ilmu Kalam baru (berdasarkan yang lama) bagi meletakkan dasar rasional yang tauhidik untuk meneruskan agenda pengIslaman dalam semua bidang sains khasnya dan ilmu sekular lainnya.

Agama dan Kosmologi

1. Pengantar
Alam semesta adalah realitas yang ada namun tidak diketahui secara pasti kapan keberadaannya. Manusia sebagai makhluk yang memiliki intelejensi selalu bertanya atas teka-teki munculnya alam semesta dan kehidupan di dalamnya. Mereka berusaha mencari jawaban dengan menggunakan banyak cara, entah itu melalui pendapat yang disampaikan oleh agama atau pun melalui pendekatan ilmiah. Dalam tulisan ini, kita akan melihat beberapa persoalan yang dihadapi oleh kosmologi dan agama. Pertama, kita akan menjawab sebuah pertanyaan mendasar, mengapa hubungan antara agama dan kosmologi tidak lagi seerat sebelumnya? Kedua, kita akan melihat bagaimana kosmologi baru menyajikan sebuah tantangan khusus bagi orang beriman yang meyakini adanya Allah Sang Pencipta. Selanjutnya, pada bagian akhir tulisan ini, kita akan melihat beberapa hal yang perlu kita perhatikan untuk menanggapi persoalan-persoalan yang dihadapi oleh agama dan kosmologi.

2. Hubungan antara Agama dan Kosmologi Modern

Sejak lama sekali kosmologi merupakan suatu titik pertemuan pokok yang sangat besar antara sains dan iman religius. Pandangan langit dan bumi atau alam semesta dalam keseluruhannya, selalu merupakan suatu sumber ketakjuban, keheranan atau ketakutan.[1] Manusia, dalam kehidupanya sehari-hari, mengalami macam-macam realitas yang tidak mereka pahami seperti, perubahan cuaca, musim benda-benda di langit: matahari, bintang, planet, bulan dan benda-benda langit yang lain di alam semesta. Menghadapi semua itu, manusia selalu bertanya, bagaimana segalanya itu bisa terjadi? Dari manakah benda-benda langit itu muncul? Ke manakah matahari pada waktu malam? Di manakah bintang-bintang bersembunyi pada waktu siang? Semua pertanyaan itu, dan masih ada lebih banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain, menjadi teka-teki yang sungguh rumit bagi setiap peradaban manusia dalam sejarah. Jawaban-jawaban dan keterangan-keterangan yang diberikan atas pertanyaan-pertanyaan itu pun berbeda dan bervariasi antara satu budaya dengan budaya yang lain.[2] Masyarakat Babilon, misalnya, memahami bahwa ada kaitan yang sangat dekat antara gerakan-gerakan benda-benda di angkasa dengan peristiwaperistiwa penting seperti perang, adanya wabah penyakit dan musim kemarau.[3] Masyarakat Yunani kuno mendekati kosmologi dengan cara yang berbeda. Hal tersebut, misalnya, dilakukan oleh para filsuf alam yang lebih banyak mengajukan pertanyaan-pertanyaan tentang asal mula alam semesta. Di sisi lain, mereka cenderung melepaskan kosmologi dari mitos-mitos yang menjadi ciri khas dari tradisi-tradisi keagamaan yang lebih dahulu. Dengan perkataan lain, di Yunani kuno kritik rasional terhadap pengalaman justru bersifat melawan mitos dan mencoba menggantikanya. Untuk mencapai tujuan ini, kebijaksanaan Yunani pertama-tama mencoba membuat mitos menjadi lebih logis. Akan tetapi, kebijaksanaan Yunani ternyata tidak pernah menggantikan mitos, melainkan menginporporasikannya dalam bentuk yang lain.[4] Di dalam kristianitas, kosmologi memberikan dua implikasi. Pertama, kosmologi dipahami dari Kitab Suci. Di dalam Kitab Suci, khususnya di dalam kitab Kejadian terjadilah kisah penciptaan yang sudah cukup rapi. Dalam kisah itu, segalanya telah diciptakan oleh Allah. Dengan cara itu, terbentuklah sebuah kosmologi yang sudah rapi. Kedua, kosmologi dipahami

melalui kolaborasi antara argumen filosofis dan teologis. Tokoh-tokoh yang berperan penting pada bagian ini adalah Thomas Aquinas dan Agustinus. Kedua tokoh ini memberikan perspektif-perspektif baru tentang bagimana kosmologi dan agama yang saling terkait pada tingkat yang lebih dalam. Menurut Aquinas, konsep kosmologi yang diajukan oleh Aristoteles[5]dapat berdampingan dengan teologi penciptaan. [6] Ringkasnya, gambaran singkat di atas mau menunjukkan bahwa di dalam perjalanan sejarah manusia, agama dan kosmologi mempunyai hubungan yang sangat dekat. Namun, seiring berjalannya waktu dan pemahaman manusia terhadap kosmologi yang berkembang, hubungan kedekatan antara agama dan kosmologi mulai bergeser. Pada tahap tertentu, yang muncul kemudian adalah sains modern. Sains modern inilah yang kemudian menggantikan kosmologi. Dengan kata lain, kosmologi sekarang berubah menjadi sains.[7] Yang kemudian menjadi pertanyaan adalah mengapa dalam perkembangan selanjutnya, sains justru menjauhi dan melawan agama yang dulunya adalah patner dekatnya? Ada beberapa jawaban untuk pertanyaan ini. Di antaranya: pertama, perlu diperhatikan bahwa sains dalam perkembanganya memiliki metode-metode dan hukum-hukumnya sendiri;[8] dia tidak mau dikuasai oleh instansi rohani. Sains menolak penyusupan iman ke dalam bidangnya. Sikap agresif sains ini boleh disalahkan, namun keinginan akan otonomi sains tidak dapat disalahkan;[9] kedua, pada umumnya, sains melawan agama atau bertentangan dengan agama kalau dia bersifat materialis. Materialisme dalam bidang sains ini disebut saintisme. Sesuai dengan dogma rasionalis, yang memandang intelegensi manusia sebagai ukuran yang intelegibilitas, saintisme membatasi rasionalisme tersebut dalam batas-batas ilmu pengetahuan alam semesta saja, sehingga roh manusia sendiri direduksikan sampai dimensi ilmiah saja. Hanyalah ilmu-ilmu positiflah yang mampu memecahkan seagala masalah dan memberikan jawaban yang memuaskan kepada segala tuntutan manusia akan inteligibilitas. Itulah sebabnya, mengapa saintisme mengandung pengingkaran segala metafisika, sejauh metasfisika berpretensi mengemukakan dalam kenyataan data yang berbeda dengan hubungan-hubungan ilmiah. Karena prasangka itu, maka saintisme menjadi suatu ateisme;[10] ketiga, pertentangan dari pihak sains terhadap agama terjadi kalau ahli sains memasukkan yang bukan sains ke dalam sains. Sains mempunyai bidangnya sendiri. Tujuan sains adalah meneliti berbagai unsur yang membentuk dunia ini, menganalisis susunannya, menenukan hubungan-hubungan yang terdapat di antaranya. Dalam penelitiannya, tidak pernah ia berhadapan dengan Allah maupun jiwa, ia tidak dapat memaklumkan sesuatu perihal penciptaan alam semesta oleh Allah dan tujuan dunia. Sains, dari dirinya sendiri, sejauh tidak dilengkapi dengan pendekatan epistemologis lain, tidak boleh menginginkan atau mengakui Allah. Soal ini adalah di luar jangkauanya, sebab Allah bukanlah suatu fenomena spasio-temporal, padahal batas-batas metodologis sains tidak melampaui dunia spasio-temporal.[11]

3. Tantangan Kosmologi Baru bagi Orang Beriman

Dalam uraian sebelumnya, kita telah melihat beberapa pokok gagasan yang menjelaskan hubungan antara agama dan kosmologi modern. Hubungan agama dan kosmologikhususnya kosmologi moderntersebut tidak lagi seerat seperti waktu sebelumnya. Selain adanya persoalan yang di hadapi oleh agama dan kosmologi modern, ternyata kosmologi juga menghadapi persoalan lain yang tidak kalah penting yaitu munculnya kosmologi baru yang menyajikan sebuah tantangan khusus bagi orang beriman yang mengakui adanya Allah Sang Pencipta.[12] Latar belakang munculnya persoalan ini dapat kita telusuri dengan melihat peristiwa khusus yang terjadinya pada abad pertengahan yaitu revolusi Kopernikus.[13] Sebelum revolusi itu sendiri terjadi, terdapat pandangan umum yang mengatakan bahwa bumi adalah pusat kosmos, sedangkan manusia yang diciptakan seturut gambar Allahyang tinggal di dalam bumiadalah puncak dari ciptaan. Di samping itu, muncullah juga kosmogoni biblis yang mengandung keyakinan bahwa Allah, sebagai yang transenden, imaterial, abadi dan sempurna. Ia menciptakan dunia dan segala yang ada di dalamnya dari ketiadaan (creatio ex nihilo). Bagi orang abad pertengahan, setiap entitas memiliki gradasi dan tempatnya tersendiri dalam rantai ciptaan. Rantai itu terbentang dari tataran yang paling rendah yaitu lingkaran neraka di pusat bumi, kemudian permukaan bumi atau dunia manusia, hingga sampai pada zona sorgawi yang paling tinggi di mana terdapat jiwa-jiwa abadi manusia, para malaikat dan sang Allah yang tak terbatas.[14]Singkatnya, gambaran kosmologi yang baru saja kita lihat ini, mendapat tantangan yang luar biasa ketika Kopernikus mengajukan sebuah model kosmologi heliosentris. Model kosmologi yang dikembangkan oleh Kopernikus ini, dalam perjalanan selanjutnya, mempunyai pengaruh yang kuat bukan hanya dalam bidang teologi tetapi juga dalam bidang filsafat dan astronomi.

Setelah lahirnya revolusi Kopernikan, lahirlah pula macam-macam konsep kosmologi. Tokoh-tokoh seperti Galileo Galilei dan Johannes Kepler kemudian mengajukan konsep-konsep kosmologi yang bertujuan untuk melengkapi revolusi kosmologi Kopernikus. Galileo memulai penelitiannya dengan mengembangkan matematisasi sains dan memfisikakan kosmos. Kepler mencoba mempelajari fisika langit. Ia tidak puas dengan deskripsi umum yang menggambarkan bumi dan planet-planet bergerak mengelilingi matahari semata (hingga pada periode ini, masih dipahami bahwa apa yang menggerakkan kosmos masih berada dalam kerangka berpikir Aristotelian, adalah anima motorik atau jiwa yang menggerakkan kosmos tersebut). Kepler bercita-cita untuk mengganti anima motorik tersebut dengan gaya. Dengan gaya itu, ia bisa menentukan hukum-hukum yang berlaku di alam semesta. Bagi Kepler, hukum-hukum tersebut bersifat fisika. Di sini, Kepler yang berusaha mencari motor penggerak, meyakini dan menemukan hukum-hukum fisika sebagai motor penggerak itu. Maka pada saat ini, terjadilah penggusuran kosmos yang animistik ke kosmos yang mekanistik, pada tahap yang sangat awal. Pada tahapan ini pula, peran Allah sang pencipta seperti yang dipahami teologi para waktu itu, tentunya juga mulai dipertanyakan. Dengan kata lain, bagi orang beriman, persoalan ini tentu menjadi tantangan awal bagi keyakinan mereka terhadap Allah Sang Pencipta. Dalam proses selanjutnya, berkembanglah model pendekatan kosmologi Ren Descartes. Descartes mendekati alam semesta dengan hitungan matematis. Dalam arti sempit, upaya memahami alam semesta, harus dijalani dengan hitungan matematis tersebut. Dalam perjalanan selanjutnya, alam semesta digambarkan oleh Descartes sebagai alam semesta yang mekanistis. Alam semesta ini dipenuhi dengan materi dan tidak ada ruang hampa. Dengan cara itu, alam semesta bisa bergerak secara mekanistis. Setelah itu, perkembangan konsep kosmologi dipengaruhi oleh Isaac Newton. Newton menjelaskan bahwa prinsip dasar dari gerak alam semesta adalah gravitas. Gravitas ini tidak bekerja berdasarkan kontak antar materi seperti yang dipahami oleh Decartes. Apa yang menarik dari konsep kosmologi Newton adalah bahwa ia masih menempatkan peran Allah di dalam konsep kosmologinya untuk menjaga stabilitas sistem planet agar tidak mengalami keruntuhan.[15] Peran Allah inilah yang dalam proses selanjutnya dikritik oleh Leibniz. Leibniz meyakini jika saja Allah itu sempurna, tentu Ia akan menciptakan dunia yang sempurna pula.[16] Sikap kritis terhadap peran Allah sebagai Sang Pencipta tampak semakin nyata dalam perkembangan kosmologi evolusioner. Dalam periode ini, yang ditandai dengan munculnya teori evolusi Charles Darwin (1809-1882 melalui bukunya yang terkenal yaitu The Origin of Species, peran Allah sebagai Sang Pencipta mengalami oposisi yang sangat kuat. Dengan adanya prinsip seleksi alam yang diajukan oleh Darwin, peran Allah sebagai Sang Pencipta semakin tergeser. Dalam perkembangan selanjutnya, Darwinisme bahkan berpendapat bahwa Allah sebagai Sang Pencipta tidak diperlukan lagi atau harus dihilangkan.[17] Sampai sejauh ini, kita telah melihat alasan-lasan yang dapat digambarkan sebagai bentuk tantangan bagi kehidupan orang beriman. Dalam perkembangan konsep-konsep kosmologi, kita menyaksikan bahwa peran Allah sebagai Sang Pencipta mulai digeser. Allah, yang dulunya memilki kedudukan penting di dalam kosmos, mulai dikurangi perannya atau bahkan ditiadakan. Persoalan ini tentu menjadi masalah yang cukup penting bagi teologi dan lebih jauh lagi bagi orang beriman. Selanjutnya, yang menjadi pertanyaan sekarang adalah, bagiamana orang beriman menghadapi persoalan ini? Dan lebih jauh lagi, bagaimana kita mau bersikap terhadap hubungan agama dan kosmologi? Jawaban dari dua pertanyaan ini akan kita bahas pada bagian selanjutnya.

4. Menyikapi Hubungan antara Agama dan Kosmologi


Agama dan kosmologi mempunyai hubungan yang selalu menarik untuk dibahas. Pada awalnya mereka mempunyai hubungan sangat dekat, namun dalam proses selanjutnya hubungan itu mengalami pergeseran. Pergeseran hubungan tersebut dapat kita lihat melalui tegangan antara agama dan kosmologi modern serta melalui tantangan yang diserukan oleh kosmologi baru bagi orang beriman. Jika kita hendak melihat relevansi persoalan di atas untuk jaman ini, kita dapat mengajukan sebuah pertanyaan, apakah perubahan relasi antara agama, sains dan kosmologi merupakan ancaman atau kesempatan baru bagi dimensi religius manusia? Menanggapi persoalan ini, kita dapat mengambil sebuah langkah positif dengan menunjukkan bahwa saat ini di antara dua kubu yang seolah-olah saling bertentangan tersebut, ternyata juga terbuka terhadap kemungkinan untuk saling menerima kebenaran masing-masing. Artinya, perlu disadari bahwa sains dan kosmologi, dalam konsepsinya yang modern, tidak bisa dimengerti kecuali dalam hubunganya dengan monoteisme (paham terpenting dalam kehidupan beragama); dan

dalam orientasinya yang terbaru, sains dan kosmologi terbuka terhadap kebenaran-kebenaran religius dan filsafat, serta terhadap kolaborasi inter-disipliner.[18] Memahami posisi seperti di atas bukanlah suatu hal yang mudah. Apalagi ketika kita berhadapan dengan orangorang awam (orang-orang yang bukan ahli ilmu pengetahuan). Pada umumnya, mereka cenderung percaya begitu saja atas apa yang dikatakan oleh pandangan-pandangan sains populer yang disajikan dengan kurang rendah hati.[19] Akibatnya, orang-orang awam cenderung meyakini bahwa sains terus-menerus menyingkirkan iman. Bagi para ilmuwan yang mengetahui persoalan-persoalan sains dan agama secara lebih baik, tentu tidak akan bersikap seperti itu. Dengan kata lain, para ilmuwan atau pun para ahli mengakui bahwa sains tidak bisa menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh manusia. Mereka menyadari juga bahwa jika perkembangan sains tidak disertai kemajuan dimensi spiritual dan moral manusia, maka sains itu sendiri bisa menjadi liar dan destruktif. Tanggapan positif lebih lanjut atas persoalan agama dan kosmologi ditunjukkan, misalnya, oleh Theilhard de Chardin. Dalam usahanya, Theilhard berusaha menjembatani jurang antara sains dan teologi. Usaha yang kurang lebih sama, namun lebih dari perspektif teologis dilakukan oleh Karl Rahner. Dalam usahanya, Rahner ingin membangun sebuah kristologi di dalam sebuah konteks evolusioner. Selanjutnya, pada tahun 1990-an, ketika kita menghadapi krisis ekologi, muncullah seorang pemikir religius seperti Thomas Berry yang berusaha mencari sintesis baru antara sains dan iman serta sebuah kosmologi baru.

[20] Di samping ketiga tokoh tersebut masih ada begitu banyak tokoh lain yang mempunyai intensi positif dalam menanggapi
persoalan agama dan kosmologi dan terbuka untuk melakukan kerja sama inter-disipliner. Akhiranya, apa yang perlu kita lakukan untuk menghadapi perosalan-perosalan yang muncul antara agama, sains dan kosmologi adalah bersikap bijaksana. Artinya, siapa saja, entah itu orang-orang awam, para ilmuwan, para teolog perlu kritis dalam melihat persoalan-persoalan yang muncul atas relasi antara agama, sains dan kosmologi. Dengan tindakan kritis itu, kita akan terbantu untuk tidak mudah menghakimi dan memberikan penilaian salah maupun benar terhadap persoalanpersoalan agama, sains dan kosmologi.

5. Buku-buku Bacaan

Brockelman, Paul 1999, Cosmology and Creation: The Spiritual Significance of Contemporary Cosmology, New York: Oxford University Press.

Corey, Michael Anthony 1993, God and the New Cosmology: the Antropic Design Argument, Maryland: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.

Edwards, Denis 1991, Jesus and the Cosmos, New York: Paulist Press.

Hetherington, Norris S 1993, Cosmology: Historical, Literary, Philosophical, Religious, and Scientific Perspectives, New York: Garland Publishing, Inc.

Hawley, John F & Holcomb, Katherine A 2005, Foundations of Modern Cosmology,Oxford: Oxford University Press.

Kragh, Helges 2007, Conception of the Cosmos: From Myths to the Accelerating Universe: A History of Cosmology, Oxford: Oxford University Press.

Leahy, Louis 1997, Sains dan Agama dalam Konteks Zaman Ini, Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

Munitz, Moltonk 1986, Cosmic Understanding: Philosophy and Science of the Universe,New Jersey: Princeton University Press.

Tjaya, Thomas Hidya 2002, Kosmos Tanda Keangungan Allah: Refleksi Menurut Louis Bouyer,Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

6. Jurnal dan Website

Diskursus: Jurnal Filsafat dan Teologi-Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara, Vol.6, 1, April 2007.

http://www.infidels.org/library/modern/sean_carroll/cosmologists.html.

http://www.cscs.umich.edu/~crshalizi/White/.

[1] Lihat Diskursus: Jurnal Filsafat dan Teologi Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara, Vol, 1, April 2007, hlm. 51 [2] John F. Hawley & Katherine A. Holcomb, Foundations of Modern Cosmology (Oxford: Oxford University Press, 2005), hlm.
4.

[3] Kita dapat menemukan hubungan yang sangat dekat antara

kosmologi dan agama di dalam masyarakat Babilon. Di dalam masyarakat tersebut umumnya berkembanglah mitos dan gambaran tentang planet-planet yang diasosiasikan sebagai dewadewa. Lihat Norris S. Hetherington, Cosmology: Historical, Literary, Philosophical, Religious, and Scientific Perspectives ( New York: Garland Publishing, Inc, 1993), hlm. 581-582.

[4] Lihat Thomas Hidya Tjaya, Kosmos Tanda Keangungan Allah: Refleksi Menurut Louis Bouyer (Yogyakarta: Penerbit
Kanisius, 2002). Hlm. 54.

[5] Dalam konsepsi kosmologisnya, Aristoteles memahami kosmos sebagai kawasan alam semesta yang terdiri dari dua
bagian, lihat Helges Kragh, Conception of the Cosmos: From Myths to the Accelerating Universe: A History of Cosmology (Oxford: Oxford University Press, 2007), hlm. 21. Kawasan pertama adalah kawasan yang meliputi bumi, udara, hingga kawasan sampai ke bulan. Bagaian ini adalah bagian fana yang hukum-hukumnya adalah hukum alam dan dapat dipelajari oleh manusia. Bagian keduanya adalah kawasan yang melampaui bulan atau kawasan supra lunar atau kawasan

yang abadi. Hukum-hukum dalam kawasan ini tidak sama dengan kawasan yang fana tadi. Manusia tidak dapat memahami kawasan ini. Konsep ini bertahan dan mengalami pemati-matisasianya atau konsep matematiknya melalui pemikiran Ptolomeus. Konsep geosentris yang bertahan hampir selama 13 abad dan bergabung dengan konsep kosmologi atau teologi kristiani abad pertengahan dan mengalami pematanganya khususnya setelah Summa Theologia Thomas Aquinas.

[6] Hetherington, Cosmology, hlm. 586. [7] Sains modern sungguh-sungguh dimulai dengan Newton, akar-akarnya dapat kita telusuri melalui abad-abad sebelumnya,
salah satunya adalah abad pertengahan. Lihat Louis Leahy, Sains dan Agama dalam Konteks Zaman Ini (Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 1997), hlm. 118. Lihat juga Hidya Tjaya, Kosmos Tanda Keangungan Allah,hlm. 21-21.

[8] Sainsdi dalam artikel ini, sains dibahasakan oleh penulis sebagai materialismemempunyai esensi untuk mencontohkan
dunia sebagai sebuah sistem yang memberi gambaran realitas dengan jelas dan lengkap. Model materialis ini mengandung empat elemen: pertama, dunia digambarkan sebagai yang memiliki struktur formal (matematis); kedua, struktur tersebut mempunyai pola-polanya sendiri (hukum-hukum alam), sehingga sejumlah informasi yang dibutuhkan untuk mengekspresikan dunia secara dramatis lebih sedikit dibandingkan dengan struktur yang diperbolehkan di dalam prinsip tersebut; ketiga, diperlukan batas-batas kondisi yang digunakan untuk menentukan realisasi khusus dari pola yang ada; keempat, kita membutuhkan sebuah cara untuk menghubungkan sistem formal ini pada dunia yang kita lihat dengan sebuah interpretasi. Lihat Why (almost all) Cosmologists are Atheist (2003), http://www.infidels.org/library/modern/sean_carroll/cosmologists.html, diakses pada tanggal 13 Desember 2008.

[9] Leahy, Sains dan Agama dalam Konteks Zaman Ini, hlm. 21. [10] Ibid, hlm. 23-24. [11] Ibid, hlm. 24. [12] Dalam salah satu tulisanya, Hetherington mengungkapkan bahwa The New Cosmology offers a special challenge to believers in a God of Creation. Lihat Hetherington, Cosmology, hlm. 574. [13] Revolusi Kopernikus mengajukan sebuah model kosmologi heliosentris. Model kosmologi heliosentris ini menggantikan
model kosmologi geosentris yang sebelumnya ada. Lihat Paul Brockelman, Cosmology and Creation: The Spiritual Significance of Contemporary Cosmology (New York: Oxford University Press, 1999), hlm. 42-43.

[14] Lihat Moltonk Munitz, Cosmic Understanding: Philosophy and Science of


Press, 1986), hlm. 10-12.

the Universe (New Jersey: Princeton University

[15] Konsep kosmologi mekanistis yang dikembangkan oleh Descartes nantinya menjadi tanda yang akan menunjukkan bahwa
campur tangan sang Ilahi tidak diperlukan lagi. Sedangkan Newton merasa sensitif dengan serangan yang menyatakan bahwa sains secara tidak langsung mempromosikan ateisme. Bagi Newton sendiri, Allah dalam arti tertentu tetap dibutuhkan. Lihat Hetherington,Cosmology, hlm. 591-592.

[16] Lihat Helges Kragh, Conception of the Cosmos: From Myths to the Accelerating Universe: A History of
Cosmology (Oxford: Oxford University Press, 2007), hlm. 21.

[17] Lihat A History of the Warfare of Science with Theology in


Christendom,http://www.cscs.umich.edu/~crshalizi/White/, diakses pada tanggal 16 Desember 2008. Lihat juga Michael Anthony Corey, God and the New Cosmology: the Antropic Design Argument (Maryland: Rowman & Littlefield Publishers, Inc., 1993), hlm. 23-24.

[18] Leahy, Sains dan Agama dalam Konteks Zaman Ini, hlm. 17. [19] Padangan-padangan kurang rendah hati itu terjadi misalnya dengan menganggap bahwa Allah tidak diperlukan lagi,
sebab segala hal dapat diterangkan oleh sains. Atau, tidaklah relevan untuk meyakini kebenaran-kebenaran agama yang muncul diwaktu lampau, padahal kita sudah berada di jaman modern seperti ini. Lihat Leahy,Sains dan Agama dalam Konteks Zaman Ini, hlm.25-27.

[20] Denis Edwards, Jesus and the Cosmos (New York: Paulist Press, 1991), hlm. 4-5.

Kosmologi Islam, Melayu pra-Islam dan Islam


7. Kosmologi Islam, Melayu, Melayu Hindia-Islam dan Melayu Islam

Tulisan berbahasa Melayu bersumberkan Islam yang tidak dipertikaikan lagi tertuanya setakat ini, yang mengandungi unsur-unsur ilmu falak dan sekaligus kosmologi, iaitu tentang teori aradh (yang diterjemah oleh Inggeris sebagai theory of accident) dapat disaksikan dalam Aqaid al-Nasafi karya terjemahan bertarikh 998H/1590M yang sekaligus dianggap manuskrip Melayu tertua (Lihat kupasan manuskrip ini oleh Al-Attas 1988). Lambatnya penterjemahan karya asal al-Nasafi ini (nama penuhnya Umar Najm al-Din al-Nasafi yang meninggal 537H/1142M) berjudul Aqaid sahaja, jelas juga menunjukkan lamanya Melayu ketinggalan zaman segi ilmu warisan Islam ini. Bahkan Bukhari al-Jauhari 1623 dalam karyanya yang terkenal, Taj al-Salatin, juga hanya merujuk Aqaid ini sahaja apabila beliau membicarakan sedikit unsur astronomi dan secara tak langsungnya kosmologi Melayu Islam. Karya terjemahan yang tertua yang khusus berkenaan dengan kosmologi keIslaman sahaja ialah buku terjemahan/saduran Nur al-Din al-Raniri, berjudul dalam bahasa Arab, Badaa Khalqis Samaawaati wal Ardh (yang bermakna Permulaan Penciptaan Langit dan Bumi) bertarikh 1046H/1636M yang dikatakan ada di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ternyata yang ada di PNM ialah manuskrip MS781 Aaman Khalq al-Samaawaht al-Ardh, tetapi nama penuh yang tertulis di dalam manuskrip itu ialah Fasl awwal fi Bayaan maa Khalaq Allah Taala wa Khalaq al-Samawat al-Ardh wama Taaluqu biaidi Alaihi Fushuk . Fasal yg Pertama pada Menyatakan Peri yg Pertama Dijadikan Allah Taala dan Peri Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi dan Barang yg Taaluk pada Keduanya dan Di Dalamnya Beberapa Fasal. Manuskrip ini ialah sebuah salinan yg dibuat di Kelantan tanpa tahun oleh al-Khatd Abd al-Rahman. Di dapati kandungannya sama dengan Bab 1 daripada manuskrip buku Bustan al-Salatin karya agung Nur al-Din al-Raniri sekitar 1639M itu (yang telah ditranskripsi oleh Jelani Harun 1997 semasa beliau di sana dan diterbitkan oleh DBP 2004), walaupun beberapa ayat atau ungkapannya sudah diubah oleh penyalinnya.

Kami mentelaah kedua-dua manuskrip ini. Apa pun manuskrip ini boleh dianggap tulisan tertua dalam bahasa Melayu yang masih ada yang membicarakan Nur Muhammad sebagai asal mula kejadian alam ini. Manuskrip yang dikatakan mengandungi unsur kosmologi berasaskan Nur Muhammad ini yang diketahui sah wujudnya dalam bahasa Arab ialah kitab/manuskrip Bahr al-Lahut karya Abdullah al-Arif abad ke-12M dan datang berdakwah di Acih sehingga kitab itu diterjemah ke dalam bahasa Melayu di sekitar abad ke-15M salinan manuskripnya dan huraiannya ada dalam Mahayudin (2000). Ramailah yang menganggap Bahr al-Lahut inilah manuskrip Melayu yang tertua sekurang-kurang dalam bidang tasawuf/sufi atau kosmologi Melayu Islam. Namun, isinya tentang kejadian alam semesta amatlah singkat dan kabur sekali dan tiadalah istilah Nur Muhammad.

Selain daripada itu kitab/manuskrip tentang tasawuf/sufi yang khusus membicarakan tentang alam juga boleh dianggap sebahagian daripada kosmologi orang-orang Islam atau Melayu Islam seperti yang tersebut di atas,

umpamanya kitab-kitab berkenaan dengan alam yang terkandung dalam karya-karya yang dikelaskan sebagai ajaran Martabat Lima oleh Syeikh Wajih al-Alawi di India (abad ke-16M) menerusi Kitabnya Jawahir alKhamsah yang dikembangkan oleh pengikutnya kepada Martabat Tujuh di Pascabima (Alam Melayu) ini pada abad yang sama adalah juga mewarnai kosmologi Hindia-Islam dan Melayu-Islam. Kitab jenis ini (Mengikut Abdul Rahman 1995, dan Internet 2) yang pertamanya di Pascabima ini ditulis oleh Syeikh Syamsuddin alSumaterani (meninggal 1690M) berjudul Jauhar al-Haqaeq yang dipengaruhi oleh kitab terawal berkenaan ajaran ini dari Hindia oleh Syeikh Muhamad al-Burhan(i)puri (meninggal 1029H/1619M) berjudul al-Tahfah ila Mursalah ila Roh al-Nabi (abad ke-16M) yang diterjemah kepada bahasa Jawa pada 1680 dan bahasa Inggeris 1965. Mengikut Abdulfatah (1992) unsur-unsur ajaran Martabat Tujuh ini sudah ada dalam kitab Asrara alArifin karya Hamzah Fansuri (seorang sarjana agung Melayu di Acih yang meninggal pada 1606M) lagi. Kitabkitab kosmologi Melayu yang bercampur-aduk dengan kosmologi Hindu dan Islam ini (Abdul Rahman 1995) walaupun dianggap berupa ajaran sesat oleh sesetengah sarjana atau ulama (Abdulfatah 1992) dan oleh JAKIM (Internet 3), kedudukannya dalam dunia kosmologi Muslim sekurang-kurangnya samalah dengan ilmu nujum atau tanjim itu.

Sebelum Melayu memeluk Islam, ada pula kosmologi rumpun Melayu yang nampaknya berasal daripada Tamadun Hindia dengan kosmologi Hinduisme-Budhaisme tetapi banyak juga perbezaannya yang menunjukkan sekurang-kurang kosmologi Melayu purba itu bukanlah dari Hindia sepenuhnya. Kosmologi ini di-Islam-kan dengan menukar nama-nama kepada istilah-istilah Islam seperti tingkat alam semesta yang dikelaskan sebagai Alam Ghaib Lagi Ghaib (alam arwah atau roh), Alam Ghaib dan Alam Nyata. Alam Ghaib Lagi Ghaib itu berupa sebuah sfera yang bernama Mahameru (bermakna gunung besar) diistilahkan semula sebagai al-Arsyul Azim; yang di dalamnya, Catur Mukha Brahma (bermakna Brahma bermuka empat, satu-satunya alam yang berbentuk kubusoid/kuboid) menjadi al-Arsyul Rahman; yang di dalamnya ada banyak alam termasuklah sebuah alam sfera bernama Meru yang diIslamkan kepada al-Arsyul Karim dan yang lebih terkenal lagi Kayangan kerana selalu muncul dalam hikayat-hikayat Melayu lama (iaitu alam roh para dewa yg diIslamkan kepada alam roh para nabi, rasul dan wali). Dalam Meru atau al-Arsyul Karim itulah ada sfera bernama Hansa yang diIslamkan kepada alKursiyul Azim; yang mengandungi banyak alam yang dikelaskan sebagai Alam Nyata berbentuk sfera dan antaranyalah alam kita ini (alam jasmani/fizis) yang bernama Brahmanda dan diIslamkan sebagai Jabal Qaf. Brahmanda atau Jabal Qaf ini adanya tujuh petala bumi dengan neraka di langit ke-7, dan petala pertama itu ada 7 petala langit dengan petala langirt pertama itu ada alam yang dinamai Bima Saksi (kini istilah ini diambil oleh sarjana Melayu moden sebagai istilah galaksi kita yang mengandungi sistem suria). Perincian model ini dalam bentuk sfera dan toroid (keria) dipaparkan dan dihuraikan dalam Shaharir (1987/2000). Kosmologi ini tidak menyentuh asal-usul kejadian alam ini. Apa pun model alam Melayu purba berupa Budhaisme-Islam ini berupa cubaan pengIslaman yang pertama yang kemudiannya ternyata diabaikan dan digantikan dengan model baru lagi seperti yang dijelaskan di bawah ini. Apa pun jika dibandingkan alam semesta Melayu purba ini dengan alam semesta Hindu atau Budhais keaslian alam semesta Melayu itu agak terserlah juga. Alam semesta Hindu dan

Budhais (dikenali sebagai Brahmanda) terdapat 7 alam atas dan tujuh alam bawah tetapi dengan nama-nama yang berbeza. Tujuh alam atas Hindu ialah Satyam (syorga tertinggi), Tapah, Janah, Mahah, dan Bhuh atau Prthvi (Bumi); manakala tujuh alam bawah ialah tala: Atala, Vitala, Sutala, Rasatala, Talatala, Mahatala dan Patala (paling bawah). (Internet 4). Bagi alam semesta Budhais secara amnya diistilahkan sebagai loka, iaitu sapta urdhvaloka untuk 7 alam semesta atas dan sapta adhloka untuk 7 alam semesta bawah dan kesemuanya membentuk 14 cakra dan alam semesta inilah yang dikenali sebagai Brahmanda. (Istilah ini diambil dalam kosmologi Melayu purba itu tetapi dengan makna yang lain pula). Istilah loka menjadi loga dalam bahasa Melayu untuk ungkapan syorg-loga sahaja yang menunjukkan tiada penghayatan kosmologi Budhais ini dalam kosmologi Melayu. Alam atas itu ialah Bhuloka, Bhuvarloka, Svarloka, Maharloka, Janaloka, Tapoloka dan Satyaloka (syorga tertinggi). Alam bawah pula ialah secara keseluruhannya dikenali sebagai Naraka atau Patala yang terdiri drp (mengikut tertib ketinggiannya) Put, Avichi, Samhata, Tamisra, Rijisha, Kudmala and Kakola (naraka terendah?). Lagi sekali tiada konsep naraka dalam kosmologi Melayu Purba itu. (Internet 5).

Ada banyak versi alam semesta Hindu dan Budhais yang dikategorikan sebagai kosmologi reruang yang terdiri drp kosmologi menegak (tinggi-rendah, contohnya yang diperihalkan di atas) dan kosmologi sahasra (gugusan alam yang tidak diperihalkan di sini, selain daripada menyatakan kosmologi Melayu Purba itu ada unsur-unsur kosmologi ini dalam pembahagian Alam Ghaib Lagi Ghaib, Alam Ghaib dan Alam Nyata serta kandungannya itu); dan kategori satu lagi ialah kosmologi temporal (kewujudan alam yang langsung tiada dalam kosmologi Melayu purba itu). Berkenaan dengan Meru dalam kosmologi Melayu itu adalah berasal daripada kosmologi Budhais. Dalam kosmologi Budhais, Gunung Sumeru atau Meru ialah sebuah gunung besar dan tinggi yang menjadi pusat alam semesta yang dikelilingi oleh Matahari dan Bulan. Tapaknya dalam lautan yang luas dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran gunung yang lebih kecil yang diselang-selikan dengan lautan yang lebih kecil. Ada tiga alam yang berada di Semru, iaitu dewa Trayastrimsa di puncaknya, dewa Caturmaharajikakayika di lerengnya, dan Asura di tapaknya dan di dalam lautan (inilah agaknya datang cerita Raja Suran dalam Sejarah Melayu itu), dan Catummaharajika (alam "Empat Raja Agung" di lereng bawah gunung Semeru itu dan setengahnya di udara sekeliling gunung itu. Mungkin istilah Catur Mukha Brahma dalam kosmologi Melayu purba itu datangnya dari istilah ini yang telah diubah-suainya. Empat raja ini ialah Virudhaka, Dhrtarastra, Virupakaa, dan pemimpinnyaVaisravana. Dewa yang menjaga Matahari dan Bulan juga dianggap sebaghagian drp alam ini, dan juga sida-sida 4 orang raja itu yang bernama secara kumpulannya Kumbhanda (Kenit), Gandharva (Pari-Pari), Naga dan Yaksas (Toyol?). Dalam kosmologi Melayu purba itu istilah Meru tentunya datang daripada kosmologi Budhais ini tetapi lagi sekali sudah diubah suai sehingga ada Mahameru itu. (Internet 6)

Pembicaraan Uthman El-Muhammady (2004, 2005), tentang Nur Muhammad hanya sekadar pendedahan sejarah dan sumber-sumber penulisannya sahaja tanpa kupasannya yang kritis seperti mempersuakannya dengan teori astronomi dan kosmologi kini. Beliau hanya sekadar mengatakan bahawa semua unsur permulaan dalam fizik itu asalnya Nur Muhammad itu; dan segala teori sains Barat kini khsusnya astronomi itu bila benar pada

pengamatan ilmiah yang mentaati syarat-syaratnya boleh diterima hingga kepada pandangan Capra dalam Tao of Physics itu, maka pada kita itu tidak menjadi masalah. Pernyataan sebegini bukan sahaja menjadikan Nur Muhammad ini pasif dan teori pak sanggup sehingga tafsiran sains moden (khususnya astronomi) berasaskan pandangan alam Taoisme pun kita sanggup didokongi oleh Nur Muhammad itu. Mungkin tersirat di sini bahawa Uthman El-Muhammady juga sama seperti kebanyakan ahli sains Muslim ikhtisas, yang menganggap sains itu bebas nilai yang amat bertentangan dengan pendirian para pembina sains Islam yang antara lain mahu mengembalikan astronomi kepada roh ilmu falak itu. Pernyataan Uthman tentang keserasian Nur Muhammad dengan atomisme (percaya kepada teori fizik atom yang mengandungi elektron, proton, quark dan sebagainya itu) itu bukan sahaja satu langkah pengadilan yang terburu-buru bahkan bertentangan dengan mazhab bukan atomisme dalam Islam (bukan mutakallimun) dan mazhab tetalisme (daripada tetali=tali-temali bagi menggantikan zarah) dalam fizik Barat setelah atomisme sudah mencapai tahap tepunya. Adakah kemudiannya akan dikatakan pula Nur Muhammad juga serasi dengan tetalisme?

Dalam Bab 1 daripada Bustan al-Salatin karya Nur al-Din al-Raniri 1040H (iaitu 1638M) terdapat perihal kejadian alam semesta dan alam ghaib. Beliau ada menyebut 12 buah sumber rujukannya tanpa nama pengarangnya dan tahunnya (seperti Kitab Ajaaib al-Malakuut, Kitab al- Manzumi, Daqaaiq al-Haqaaiq, Mirshaad al-Ibaad) namun yang mana selain drp Kitab al- Manzumi yang menjadi sumber rujukannya tentang kejadian alam semesta ini tidaklah dinyatakan dan oleh itu patut menjadi penyelidikan kita selanjutnya. Kitab alManzumi itu sendiri pun patut menjadi kajian statusnya. Seperti yang selalu didengar dan disebut asal-mulanya segala kejadian ini ialah dari Nur Muhammad atau kadang-kadang disebut juga dalam karya Bustan al-Salatin ini sebagai Nyawa Muhammad atau Ruh Muhammad. Ada beberapa manuskrip (sekitar 80 buah seluruh perpustakaan Malaysia yang dikategorikan sebagai manuskrip tasawuf; lihat pengelasan sains manuskrip Melayu oleh Shaharir 2003) yang dijangka lebih baru drp Bustan al-Salatin itu yang dijangka sebahagian besarnya mengandungi kisah Nur Muhammad ini (yang telah ditelaah oleh penulis ini setakat ini ialah Manuskrip MS147 dengan judul Minha al-Showfy fi Bayan min Ahl al-Showfy bertarikh 1292H (sekitar 1914M)), dan Manuskrip MS1514 bertarikh 1343H (sekitar 1922M) tetapi arah perincian kedua-dua manuskrip ini ialah kepada Martabat Tujuh sedangkan al-Raniri langsung tidak menyebut Martabat Tujuh itu; manakala MS505 yang berupa terjemahan kitab Abdullah Ibn Thamud (sarjana zaman Nabi Muhamad masih hidup?) yang diterjemah sebagai Kitab Seribu Masalah (tanpa tahun dan tanpa nama penterjemahnya atau penyalinnya) ada menceritakan asal kejadian alam semesta yang hampir sama dengan yang di dalam Bustan al-Salatin itu (tetapi tiada istilah Martabat Tujuh atau Nur Muhammad). Uthman El-Muhammady (2005) ada memaparkan sumber-sumber karya yang mengandungi kisah Nur Muhammad yang agak komprehensif dengan tujuan membuktikan kesahihan teori Nur Muhammad itu sahaja, bukan selok-belok kejadiannya dan perbandingan dengan teori kosmologi moden (Barat). Walau apa pun kisah Nur Muhammad ini (terutamanya yang membawa kepada kisah Martabat Tujuh) di anggap menjadi sebahagian daripada kosmologi Melayu seperti yang dinyatakan oleh Abdul Rahman (1995) dan

penghukum terkenal, Abdulfatah (1992), yang mengelaskan Nur Muhammmad dan Martabat Tujuh itu satu daripada ajaran sesat yang perlu dihapuskan dan hukum ini diterima pakai oleh JAKIM (Internet 3).

Sebelum membicarakan asal kejadian alam semesta yang terkandung dalam Bustan al-Salatin itu, menarik juga disebut bahawa unsur asas (istilah yang dipakainya ialah anasir asas) bagi kejadian benda dalam ala mini yang disebut dalam manuskrip tersebut ialah tanah, air, api dan hawa (bermaksud angin atau udara sekarang) dan tiada unsur kelima akasa yang disebut pada awal penulisan ini. Unsur kelima ini ada dalam prasasti SriwijayaSailendra (dalam bahasa Sanskrit) yang telah diterjemah oleh Muhamad Alinor (2006). Perhatikan tiada istilah Sanskrit yang diambil oleh sarjana Melayu sepadan dengan 4 unsur asasi itu, iaitu prthvi (tanah), ap (air), agni (api) dan vayu (menjadi bayu dalam bahasa Melayu untuk bergaya dalam sastera sahaja). Oleh itu kemungkinan besarnya pengelasan unsur-unsur asasi itu adalah ciptaan asli sarjana Melayu dahulu sepenuhnya tanpa pengaruh luarnya; dan oleh itu unsur kelima ini, yang ada dalam sains Hindia (Sanskrit) dan Tamadun Islam (dengan nama al-athir) belum diterima secara meluasnya oleh sarjana Melayu?

Sekarang, kami ingin menonjolkan kejadian Nur Muhammad dan dibandingkan dengan kosmologi Barat sekarang. Mengikut Bustan al-Salatin (yang dipetik pada Kitab al-Manzumi) Nur/Nyawa/Ruh Muhamad itu berasal daripada Cahaya Qudraht Zat Tuhan/Pancar Nur Hidayaht Tuhan ketika Tuhan berada pada ama (yakni ilmu Tuhan) yang tiada udara di atas di bawahnya (istilah kini vakum) daripada adam (yang juga diterjemahtafsirnya sebagai ketiadaan) kepada wujud. Seterusnya al-Raniri menegaskan kejadian Nur Muhammad ini adalah tafsiran kepada Ayaht al-Quraan Suraht al-Shof (61), Ayaht 8, wallahu min hum nuurihi, yang al-Raniri menterjemahanya sebagai Bermula Allah jua yang menyempurnakan cahaya-Nya ; dan yang kami bilang , daripada 12 hadith (shohih katanya, dan banyak bertaraf hadith qudsy), dan sebuah kitab bernama Kitab alManzumi. Daripada Nur/Nyawa/Ruh Muhammad terbitnya tiga perkara (mekanismenya Tuhan tilik muhibbaht kpd Nur/Nyawa/Ruh Muhammad itu) lalu menjadi nyawa segala anbiya (dan seterusnya nyawa makhluk-makhluk lain bertingkat-tingkat mengikut hierarkinya termasuklah nyawa insan diikuti oleh nyawa malaikat, nyawa jin, nyawa syaitan, nyawa binatang dan akhirnya nyawa tumbuh-tumbuhan bukan secara evolusi tetapi secara tilik muhibbaht), menjadi juga sekalian alam, dan perkara ghaib seperti aql, qalam, Loh dan lainlain. Kejadian sekalian alam itu juga agak terperinci diperihalkan oleh al-Raniri. Beliau tetap menerima kejadian alam ini selama 6 hari (ayyam) yang ditegaskan di dalam al-Quraan itu (Ayaht 4, Suraht al-Sajdah (32): Allahd al-ladzy khalaq al-samaawaat al-ardh maa byna hduma fi sittataht al-ayyam) yang jelas bukan menerusi evolusi (bertentangan dengan dalam kosmologi moden: evolusi selama antara 12 hingga 18 bilion tahun, walaupun kita mengambil unit hari akhirat 1 hari = 500 ribu tahun dunia sekarang!). Dalam Bustan al-Salatin oleh al-Raniri dan dalam manuskrip Seribu Masalah juga nampaknya ada fakta warisan Kristian yang menyatakan Tuhan menjadikan Bumi ini pada hari Ahad, malah seorang gerejawan abad ke-17M (Bishop Ussher) mendapatkan jam ciptaannya sekali, iaitu kononnya pukul 10.30 pagi Ahad, 23 Oktober 4004SM yang sentiasa menjadi bahan sindiran sarjana Barat!

Yang lebih menarik lagi dikatakannya segala kejadian alam tidak bernyawa ini adalah dalam masa 6 hari itu bertingkat-tingkat bermula dengan keruh-keruh ampas segala nyawa dari Nur Muhammad itu menjadi jawhar yang bernama Dzarraht al-Baydha (kami anggap transkripsian Jelani 1997 sebagai, Durrat al-Baida tidak tepat). Kemudian dengan tilik hebat Allah terhadapnya, maka jawhar ini hancur menjadi api dan air. Seterusnya terjadilah asap yang membentuk 7 petala langit dan bekas asap itu menjadi bumi, matahari, bulan dan segala bintang. Perincian sehingga terjadinya angin, laut, buih, bukit dan 7 petala bumi tidak perlu dibicarakan di sini. Peringkat kejadian Deguman Besar dan dan sebagainya itu (mengikut kosmologi Barat) dapat dibanding dengan peringkat kejadian Nur Muhamad itu sahaja. Jika kita mahu bersikap Buceilleis, kejadiaan Nur Muhammad itu jelas sama dengan perihal kosmologi quantum, iaitu bermula dengan vakum dan ganjatan vakum serta penerowongan (tilik muhibbaht itu). Lebih tepat lagi ialah bukan sama tetapi seanalog; dan yang lebih penting lagi teori kajadian al-Raniri alam semesta Melayu-Islam al-Raniri, alam ini tidaklah terbentuk menerusi evolusi dan fenomenon alam mengembang itu. Tentunya, kita perlu memeras otak lagi untuk membina teori sekukuh teori kosmologi quantum itu bagi menandinginya menerusi kajian kejadian Nur Muhammad ini. Rujukan

Anda mungkin juga menyukai