Anda di halaman 1dari 2

Penawar Kencing Manis 1.Cabut sebatang bunga matahari.

Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari b ahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minu m sekali seminggu. 2.Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tingg al kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut. Lelah 1.Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis a irnya. Minum seminggu sekali. 2.Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Resdung 1.Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi . Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Am alkan selalu. Sesak Nafas 1.Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Par ut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemu dian minum setiap pagi sebelum sarapan. Menghilangkan Angin 1.Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (i kut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok dimin um selepas makan nasi. Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus 1.Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih . Amalkan memberi minuman ini selama seminggu. Melegakan Tekak Perit 1.Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya. Kurangkan Penyakit Darah Tinggi 1.Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula me rah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat. 2.Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari. 3.Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalk an selalu. 4.Amalkan memakan belimbing besi setiap hari. Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih 1.Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan leti h. 2.Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan a ir. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hil ang lenguh-lenguh tersebut. Menambahkan Darah Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah : 1.Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kem udian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedi kit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang. 2.Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.

Penawar Sakit Kepala 1.Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini : a)Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. b)Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil mem icit-micit kepala selama 15 minit. 2.Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumu rkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis. 3.Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kep ala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut. 4.Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di ke pala dan balutkan. Biarkan semalaman. 5.Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airn ya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya. Sakit Angin Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :1.Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. 2.Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia. Memulihkan Sakit Jantung 1.Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minuml ah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Anda mungkin juga menyukai