Anda di halaman 1dari 14

Azhari Yusoff

1. Pengenalan Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qatie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil hijab dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syarie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.
2. Pengertian Aurat
c

Aurat ( )berasal daripada istilah bahasa Arab yang bermaksud keaiban. Keaiban,

bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermaksud sesuatu yang memalukan dan mesti ditutup, dihindar atau disembunyikan (Nor Atikah Ghazali 2002:3) Berasaskan kepada penggunaan dalam al-Quran dan al-Sunnah, penggunaan biasa perkataan aurat mempunyai dua pengertian. Pertamanya pengertian-pengertian khusus, iaitu kemaluan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara fizikal, dan yang keduanya, pengertian umum, iaitu setiap yang dilihat sebagai kurang menyenangkan
1 |Page

Azhari Yusoff

kalau terdedah kepada orang lain, baik yang bersifat fizikal mahupun moral. (Paizah 2004: 25) Maksud aurat dari segi syarak pula ialah anggota tubuh badan yang diharamkan oleh Allah untuk diperlihatkan kepada orang yang tidak dihalalkan oleh Allah untuk melihatnya (H. Suhairi Ilyas 1998: 43), atau dengan kata lain iaitu bahagian tubuh badan seseorang yang wajib dan mesti ditutup dan dilindungi dari pandangan orang lain. (Nor Atikah Ghazali 2002 :3) Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa maksud aurat itu ialah bahagianbahagian tertentu pada tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan mata orang lain terutamanya ajnabi kerana perbuatan mendedahkan aurat adalah dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam. ( Othman H.I 1991: 3) Firman Allah Taala :


(Srah al-Muminn 23: 5) Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, yakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. . Dalam ayat di atas, kita dapat memahami bahawa salah satu syarat bagi seorang mukmin yang mahu berjaya dalam kehidupnya di dunia dan akhiratnya ialah dengan menjaga maruah diri, menjaga aurat dan kehormatan diri. Firman Allah s.w.t lagi dalam al-Quran yang berkaitan dengan aurat:


(Srah al-Acrf 7 : 26)

2 |Page

Azhari Yusoff

Maksudnya: Hai anak Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Kata al-Qurtub, ayat ini adalah dalil kepada hukum wajib menutup aurat kerana di dalamnya ada menyebut untuk menutup auratmu (al-Qurtubi t.th :182). Mengikut pendapat al-Syaukni pula , maksudnya Allah telah menciptakan pakaian bagi umat bagi menutup aurat yang telah dipamirkan oleh iblis pada diri Adam dan Hawa. (al-Syaukni t.th: 197) Ternyata daripada keterangan-keterangan di atas bahawa penutupan aurat adalah wajib dan tidak ada siapa dari kalangan ulama yang menafikannya. Ini berdasarkan ayatayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.w.t yang jelas.

3. Mazhab Asy-Syafii

Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Imam Shafi'iyy: 1. Semua badan, tiada kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah. 2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad. Seluruh badan kecuali di dalam sembahyang maka dikecualikan muka dan dua tapak tangan demikian juga ketika tawaf dan Imam Nawawi salah seorang ulama Syafie mengecualikan muka dan dua tapak tangan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang.

3 |Page

Azhari Yusoff

Pernah suatu ketika, Rasulullah memalingkan muka Fadhli sepupunya dari terus melihat muka wanita khathamiah itu, yang berada dalam pakaian ihramnya kerana dibimbanginya boleh mendatangkan fitnah. Hakikat ini jelas daripada jawapan baginda sendiri apabila ditanya oleh bapa saudaranya, kenapa engkau palingkan muka anak bapa saudaramu dari melihat wanita khathamiah itu? Sabdanya: Aku takut syaitan akan menpengaruhi mereka berdua yang masih muda remaja itu. Jadi kalau disuruh dan ada yang menutup mukanya pada pandangan kita ia bukan semestinya kerana aurat malah mungkin juga kerana bimbangkan berlaku fitnah. Jangan ada mereka yang mudah keliru antara keduanya kerana perbezaannya agak ketara kerana kalau tutup muka itu dituntut kerana aurat, maka ia perlu ditutup selamalamanya dan tidak dibenarkan membukanya lagi sekalipun semasa melaksanakan ibadat.

Tetapi sekiranya arahan menutup muka tadi kerana mengelak dari fitnah, maka ia diwajibkan semasa kemungkinan berlaku fitnah sahaja. Dan masa-masa tertentu juga mereka tertentu sahaja bukan semua orang tetapi hal ini tidak berlaku, bagi mereka yang berada dalam amalan ibadat dan sebagainya dibenar malah diarahkan supaya membuka muka dan tangannya. Pada pandangan kita Allah sekali-kali tidak mengarahkan sesiapa untuk membuka auratnya lebih-lebih lagi bila melakukan ibadat kepada-Nya.

4. Dalil-dalil tentang Aurat Wanita Batasan aurat wanita Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun
4 |Page

Azhari Yusoff

sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala,


Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya. (An-Nur (24):31). Yang di maksud wa laa yubdiina ziinatahunnaa (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. (Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316).

Selanjutnya, kalimah illa maa zhahara minhaa [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah (Al-Albani, 2001:66).

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha), katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

5 |Page

Azhari Yusoff

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Quran, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma binti Abu Bakar, Wahai Asma sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya. [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul Am (Kehidupan Umum/Public Life) Yang dimaksudkan dengan hayaatul am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu (a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan (b) libas ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai

6 |Page

Azhari Yusoff

dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,


Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang Mukmin, Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya. (Al-Ahzab (33):59). Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan jilbab itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan jilbab di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang. Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna jilbab. Dalam kitab Al-Mujam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mulaah asy-tamilu biha almarah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mulaah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau
7 |Page

Azhari Yusoff

pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita

disyariatkan/diwajibkan memakai khimar iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,


Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)

8 |Page

Azhari Yusoff

Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, wa laa yubdiina (dan janganlah mereka menampakkan) [Surah An-Nur:31] atau sabda Nabi, lam yashluh an yura minha (tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya) [HR Abu Dawud]. Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.
9 |Page

Azhari Yusoff

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab Tsaub ialah pakaian di rumah iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada pakaian di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah pakaian dalam (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153

10 | P a g e

Azhari Yusoff

dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178179]. 5. Larangan Bertabarruj Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,


Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah


11 | P a g e

Azhari Yusoff

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah. [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.

Abul Ala al Maududi berkata: Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna(i)

Wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii)

Wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina [hadis dari Abu Musa al-Asyari].

6. Penutup Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah
12 | P a g e

Azhari Yusoff

setiap muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah sematamata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: "Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa". Justeru, apa yang dapat kita faham daripada mazhab Syafie, muka dan tangan itu bukan termasuk dalam bahagian aurat dan tidak wajib menutupnya melainkan pada masa tertentu apabila ditakuti berlaku fitnah. Demikianlah menurut riwayat yang masyhur daripada mazhab kita Imam Syafie sesuai dengan pendapat sahabat besar Ibnu Abbas r.a. Imam seluruh ahli tafsir yang telah mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara yang haram) serta memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya sahaja, iaitu muka dan tangan dan perhiasan yang terdapat padanya (surah an-Nur31).
13 | P a g e

Azhari Yusoff

Inilah aurat yang jelas diarahkan semasa kita beribadat kepada Tuhan, iaitu semasa solat dan haji atau sebagainya kerana itulah aurat yang amat sopan pada pandangan agama.

14 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai