Anda di halaman 1dari 31

HBIS 3103

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

1.0 PENGENALAN Allah telah menurunkan Surah al-Mauun yang mengandungi tujuh ayat menceritakan hakikat keimanan manusia yang tidak mempercayai agama hingga sanggup menindas anak yatim dan enggan membantu orang miskin. Allah menjelaskan sikap manusia yang mengerjakan solat hanya kerana riyak bukan ikhlas kerana Allah.Oleh itu mereka lalai dan cuai dalam menunaikan solat.Malahan mereka enggan memberi pertolongan dan enggan berbakti sesama manusia yang memerlukan pertolongan.Inilah sikap orang munafiq yang hanya berpura-pura beriman tetapi batinnya memusuhi Islam.

1.1 PENGERTIAN MUNAFIQ Munafiq dari segi bahasa diambil dari kata dasar al-nafaq iaitu lubang dalam tanah yang menembusi keluar melalui satu tempat lain atau terowong. Pendapat lain mengatakan, perkataan ini berasal daripada nafiqan-nifaqan yang bermaksud al-khafa iaitu sembunyi.Sebagai kesimpulan daripada pendapat ini, kalimah al-nifaq bermaksud melahirkan sesuatu yang berlainan batin. Munafiq pada istilah syarak pula ialah nama kepada mereka yang melahirkan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang tersimpan di hatinya.Menurut Dr Abd al-Karim Zaidan, munafiq pada pengertian istilah syarak ialah penyataan yang sesuai dengan apa yang terpendam di hati. Jika yang disembunyikan itu merupakan kedustaan yang mencakupi unsur-unsur keimanan , maka ini dinamakan munafiq tulen dan jika ia tidak berkaitan dengan iktikad keimanan, maka ia adalah termasuk dalam nifaq amal. Kedudukan munafiq tulen di akhirat sama dengan kedudukan orang kafir, bahkan seksanya lebih dahsyat kerana perbuatan penipuan terhadap orang Islam dengan pura-pura Islam. Firman Allah SWT:

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Maksudnya, Sesungguhnya orang munafiq itu ditempatkan di tingkatan yang terkebawah dari( lapisan-lapisan dalam ) neraka. (surah an-Nisa 4:145) Manakala Al-Karamani mendefinisikan munafiq sebagai orang yang zahirnya Islam tetapi batinnya kafir.Munafiq adalah orang yang menampakkan iman di hadapan orang Islam tetapi batinnya adalah seorang kafir pembohong. Beza kafir dan munafiq adalah sikap tidak berterus terang melakukan tindakan orang kafir kerana ingin menutupi penampilan kafirnya. Sesuai dengan pengertian yang telah disebutkan , maka gelaran munafiq diberikan kepada mereka yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan atau dengan kata lain bersikap hipokrit.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu, mereka berkata ;kami mengaku bahawa kamu benar-benar Rasul Allah , dan Allah mengakui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya.dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafiq itu benar-benar pendusta. (Surah al-munafiqun : 1) 2.0 JENIS-JENIS MUNAFIQ Para Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah membahagikan munafiq kepada dua jenis iaitu nifaq iktikad dan nifaq amali. Nifaq iktikad merujuk kepada aqidah dan kepercayaan seseorang. Nifaq amali pula merujuk kepada amalan dan ibadah serta sikap dan tingkahlaku seseorang. Kajian ini akan mengupas mengenai tiga persoalan munafiq iaitu; i. ii. iii. Munafiq dalam aqidah dan kepercayaan Munafiq dalam ibadah dan amalan Munafiq dalam sikap dan tingkahlaku

2.1 Munafiq Dalam Aqidah dan Kepercayaan

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Munafiq dalam aqidah atau Nifaq Iktikad ialah mereka yang keluar keimanannya secara tersembunyi selepas memeluk Islam secara zahir. Kebanyakan ulama menamakan nifaq ini sebagai nifaq akhbar. Dari segi hukum , golongan ini termasuk dalam golongan kafir dan kekal di dalam neraka.

2.1.1 Ciri-ciri Munafiq dalam aqidah dan kepercayaan Memeluk Islam secara berpura-pura

Orang munafiq memeluk Islam secara berpura-pura pada masa permulaan lagi. Mereka menyembunyikan kekufuran, sebaliknya melahirkan keimanan di hadapan orang-orang mukmin. Sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah S.W.T,


Maksudnya, Dan diantara manusia ada yang berkata: kami telah beriman kepada Allah dan kepada Hari Akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (Surah al-Baqarah 2:8) Sejarah Islam menunjukkan Abdullah bin Ubay seorang ketua munafiq di zaman

Rasulullah yang berpura-pura memeluk Islam kerana dendamnya terhadap Rasulullah.Beliau ialah calon Ketua Negara yang sedang menunggu majlis pertabalan berlangsung namun hasratnya gagal setelah Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah seterusnya menjadi Ketua Negara. Dendam kesumat terhadap Nabi Muhammad menyebabkan dia berpura-pura menunjukkan keislaman bahkan hatinya penuh kemunafikan.Sewaktu berangkat ke medan peperangan Uhud, Abdullah b Ubay bersama 300 pengikutnya telah bertindak keluar dari

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

pasukan Rasulullah SAW bertujuan memberi kekalahan kepada pihak Islam. Namun,dengan pertolongan Allah, Rasulullah bersama 700 tentera berjaya menghadapi musuh. Memeluk Islam kemudian murtad

Terdapat golongan munafiq yang memeluk Islam kemudian menjadi murtad, tetapi kekufurannya tidak dizahirkan , bahkan terus disembunyikan.Namun begitu, tanda-tanda kekufuran dapat dilihat daripada kata-kata dan perbuatan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah S.W.T. melalui firmannya yang bermaksud, Mereka berkata lagi,demi sesungguhnya ! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang) sudah tentu orang yang mulia lagi kuat(pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang yang hina lagi lemah(pihak Islam).Pada hal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang yang beriman, akan tetapi golongan yang munafiq itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 8)

(surah al-Munafiqun :

Berpura-pura beriman di hadapan orang mukmin

Golongan munafiq hanya berpura-pura menampakkan keimanan mereka terhadap orangorang mukmin apabila bertemu dan berada bersama mereka. Namun begitu, jika bertemu dengan pemimpin mereka yang kafir , mereka akan menampakkan kekafiran mereka yang sebenarnya.Firman Allah S.W.T. Bermaksud, dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang beriman, mereka mengatakan: kami telah beriman, dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan sesungguhnya kami sendirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok. (Surah al-Baqarah : 14) Menjadikan orang kafir sebagai pemimpin dengan kedudukan lebih berkuasa daripada orang mukmin.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Orang munafiq lebih mempercayai orang kafir sebagai pemimpin mereka, malahan mereka menyanjungi dan menghormati pemimpin yang kafir. Pemimpin mukmin dipandang hina dan rendah. Firman Allah S.W.T.

Maksudnya, iaitu orang-orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (Surah Nisaa:139) Memperolok-olokkan al-Quran, As-Sunnah dan Rasulullah S. A.W. an-

Dikira golongan munafiq dalam aqidah dan kepercayaan , orang yang memperolok-olokkan al-Quran, as-Sunnah dan Rasulullah S.A.W. Dewasa ini kita lihat semakin ramai manusia yang secara terang-terangan memperolok-olokkan al-Quran, as-Sunnah dan baginda Rasulullah S.A.W. Orang yang berbuat begini secara sengaja , maka jatuhlah kafir. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab ,sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah : apakah dengan Allah , ayat-ayatNya dan Rasulnya kamu selalu berolokolok?Tidak usah kamu minta maaf,kerana kamu kafir sesudah beriman.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

(Surah at -Taubah : 65) Menghalang pelaksanaan hukum yang diturunkan Allah

Termasuk dalam golongan munafiq dalam aqidah dan kepercayaan, mereka yang tidak mahu menjalankan pengadilan berdasarkan hukum Allah dan menghalang orang melaksanakan hukum yang diturunkan oleh Allah. Hal ini dijelaskan melalui firman Allah S.W.T ,

Maksudnya, Apabila dikatakan kepada mereka: marilah kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan kepada Rasul.Nescaya kamu lihat orang-orang munafiq menghalangi (manusia) dengan sekuatkuatnya dari (mendekati) kami. (Surah an-Nisaa: 61) Membuat kerosakan di dunia dan menuduh orang Mukmin itu bodoh. Golongan munafiq ini sering membuat kerosakan di dunia dengan menimbulkan bodoh dan huru-hara, melakukan pergaduhan kerosakan dan persengketaan.Apabila telah berfirman ditanya kepada mereka, mereka akan menuduh orang mukmin sebagai tersebut.Allah menjelaskan sifat golongan munafiq ini, yang bermaksud: Apabila dikatakan kepada mereka,berimanlah kamu sebagaimana

orang-orang lain telah beriman,Mereka menjawab:Akan berimankah

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman?Ingatlah, sesungguhnynya merekalah orang-orang yang bodoh,tetapi mereka tidak tahu. (Surah al-Baqarah :13)

2. 2 Munafiq dalam ibadah dan amalan Munafiq dalam ibadah dan amalan ialah nifaq dalam bentuk perbuatan yang menyalahi ajaran al-Quran dan as-Sunnah serta ijmak ulamak.Segala amal perbuatan orang munafiq bukan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.,tetapi hanya berdasarkan perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari perhatian, penampilan, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Rasulullah SAW bersabda,

( : , )
Maksudnya, ada tiga tanda orang munafiq ,jika berkata ia dusta,jika berjanji ia mungkir dan jika dipercayai ia khianat. (Hadis Muslim) riwayat

2.2.1 Ciri-ciri Munafiq dalam Ibadah dan Amalan Malas Beribadah Kepada Allah SWT

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Konsep malas beribadah ini mencakupi apabila seseorang malas mengerjakan solat,segan untuk menempati diri di saf pertama,enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan . Di zaman Rasulullah SAW orang munafiq kelihatan sama-sama mengerjakan solat bersama Baginda, tetapi mereka melakukannya dengan cara yang malas dan tidak bersungguh-sungguh.Orang munafiq jika datang ke masjid, mereka akan memilih saf yang paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.Firman Allah SWT,

Lalai Melakukan Solat Fardu

Ciri orang munafiq ialah suka melalaikan solat.Melalaikan solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya. Hal ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah di akhirat kelak.Firman Allah SWT,

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Maksudnya, Maka celakalah (azab) bagi orang yang bersolat,yang solat mereka itu dalam keadaan lalai. (Surah Al-Maun: 4-5)

Hadis Rasullullah yang bermaksud, Saad bin Abi Waqas mengatakan, aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang melalaikan solatnya,maka baginda bersabda:maksudnya orang yang melambatkannya(solat). (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Tidak Khusyuk dalam Solat

Orang munafiq mengerjakan solat mereka dalam keadaan cepat, tergesa-gesa dan tidak khusyuk.Mereka bersolat tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solat mereka tidak akan diterima. Rasulullah SAW bersabda,

( )
Maksudnya, Itulah solat orang munafiq, lalu mempercepatkan empat rakaat. (Hadis riwayat Muslim) Meninggalkan Solat Jumaat dan Solat Berjamaah

Dikira golongan munafiq dalam ibadah dan amalan, mereka yang dengan sengaja meninggalkan solat jumaat tanpa sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Barang siapa yang meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya, maka ia menjadi orang munafiq dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasai)

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Seseorang yang sihat dari segi fizikal dan jasmani,mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan, maka dia tergolong orang munafiq. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjamaah,kecuali orang munafiq yang sudah diketahui kemuanfikannya. (Hadis riwayat Muslim)

Beramal kerana Riyak

Riyak adalah perbuatan orang munafiq yang tersembunyi di dalam hati,perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu. Menurut Imam Al-Ghazali, Riyak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan sengaja memperlihatkan perkara-perkara kebaikan".Dalam Islam, perbuatan riyak tergolong syirik kecil,yang merosakkan amal kebajikan ,meluntur kemurniaan akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah.Rasulullah SAW bersabda,

( , : )
Maksudnya, Suatu yang paling aku khuatirkan terhadap kamu ialah syirik kecil.Lalu ditanya oleh sahabat: Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda:iaitu riyak. (Riwayat Ahmad dan Baihaqi) Orang munafiq beribadah dan beramal bukan untuk mencari keredhaan Allah SWT, tetapi hanya inginkan pujian dari masyarakat atau mendapatkan harta dunia. Banyak amalan yang dapat dilihat dilakukan secara riyak dalam masyarakat kita. Apabila bersolat di hadapan orang , mereka membaca surah panjang, berzikir, berdoa,solat

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

sunat sedangkan apabila sendirian sembahyang dilakukan secara terpaksa sahaja. Sedekah yang diberikan tidak ikhlas , tetapi mengharapkan sanjungan orang ramai.Begitu juga mengerjakan haji hanya kerana peluang perniagaan, nama dan pengaruh.Sabda rasululah SAW, yang bermaksud: Di akhir zaman kaya nanti ada empat golongan orang yang pergi untuk

mengerjakan haji.Pemimpin mengerjakan haji untuk makan angin, orang-orang kerana perniagaan, orang-orang miskin meminta-minta dan qari (pembaca Quran) pergi haji untuk kemegahan dan mencari nama. Ahmad) 2.3 Munafiq dalam Sikap dan Tingkahlaku Munafiq dalam sikap dan tingkahlaku ialah nifaq dalam bentuk sikap dan tingkahlaku yang menyalahi ajaran al-Quran dan as-Sunnah serta ijmak ulama.Sifat munafiq ialah sifat-sifat hipokrit atau sifat talam dua muka. Orang munafiq bersikap pura-pura baik, jujur, bercakap manis tetapi dusta dan khianat. Ibn Rajah mendefinisikan nifak dalam sikap , iaitu orang yang memperlihatkan kebaikan secara jelas, namun menyembunyikan sifatnya yang rosak lagi perosak. 2.3.1 Ciri-Ciri Munafiq dalam Sikap dan Tingkahlaku Dusta (Riwayat

Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak betul dengan keaadaan yang sebenarnya.Perbuatan dusta adalah amalan orang munafiq yang amat dilarang dalam Islam kerana dapat

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

menjauhkan manusia dengan Allah bahkan dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh manusia.Firman Allah SWT , orang yang

Maksudnya, sesungguhnya

mengadakan pendustaan

hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang pendusta. (Surah 105) Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah. Dusta bukan sahaja berkait dengan perkataan , tetapi juga melalui penulisan.Wartawan yang sengaja membuat kesalahan dalam menyiarkan berita yang tidak benar juga tergolong orang munafiq.Begitu juga dengan para pemimpin yang menyampaikan berita yang dusta kepada rakyat. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud: Ada tiga golongan yang tidak dapat masuk syurga: iaitu orang yang sudah tua tetap berzina,pemimpin yang berbohong dan kepala keluarga yang sombong. An-Nahl :

Mungkir Janji

Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

orang lain.Oleh itu dalam Islam menunaikan janji adalah wajib.Firman Allah SWT,


Maksudnya, dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya. (Al-Israk : 34 ) Perbuatan dengan sengaja memungkiri atau janji tergolong tidak sebagai orang dan

munafiq,kerana seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada tidak,amat orang yang menyenangkan Suatu mengecewakan harapan dijanjikan. riwayat

menceritakan bahawa seorang lelaki bernama Tsalabah yang miskin telah berjanji jikalau dia menjadi kaya dia akan sentiasa bersedekah dan bersilaturrahim. Namun, apabila dia mendapat harta kekayaan dia telah memungkiri janjinya. Lalu Allah telah menurunkan ayat dari surah atTaubah ayat 75-78 mengutuk sikap Tsalabah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Empat perkara yang sesiapa yang memilikinya,beerti dia itu munafik sejati.Sesiapa yang memiliki salah satu daripadanya,beerti dia berada dalam satu nifak hingga dia meninggalkannya.Empat perkara tersebut adalah jika diberi amanah,ia berkhianat,jika berbicara ia dusta,jika berjanji Muslim) Hasad Dengki ia memungkiri,dan jika bertengkar,keluar (Riwayat daripada al-Bukhari batas dan kebenaran

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan,kesenangan atau kelebihan orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya.Sifat hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam,permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.Dalam Islam, sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang munafiq.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Yang paling aku takuti,apa yang aku takuti terjadi pada umatku ialah banyak harta pada mereka,lalu mereka saling berdengki dan berbunuhbunuhan. Membuat Fitnah

Fitnah boleh diertikan sebagai seseorang yang menyebarkan keburukan hal oang lain di kalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.Fitnah berlaku kerana didorong oleh perasaan iri hati ,kurangnya iman dan jiwa yang kotor. Fitnah tergolong sebagai sifat munafiq dan termasuk dalam dosa besar kerana boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya dari berbuat kebajikan. Firman Allah SWT,


Maksudnya,dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh. (Surah al-Baqarah : 217) Dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW pernah menghadapi dilemma dan gangguan perasaan ketika menghadapi fitnah golongan munafiq

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

mengenai isteri kesayangannya Aisyah. Saidatina Aisyah r.a. telah difitnah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah SAW yang masih muda bernama Safwan.Namun Allah Taala telah membersihkan nama Aisyah dari tuduhan yang hina itu melalui wahyuNya dalam surah an-Nur ayat 11 hingga 23. Mengkhianati Amanah

Mengkhianati amanah bermaksud seseorang yang mendapat kepercayaan dari orang lain, tetapi tidak memenuhi amanah yang dipercayakan kepadanya.Perbuatan mengkhianati sesuatu amanah adalah dilarang dan tergolong amalan orang munafiq dan mendapat kemurkaan Allah SWT.Firman Allah SWT yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui. (Surah Al.Anfal :27) Rasulullah SAW telah menjelaskan ,tidak ada khianat yang lebih besar dan lebih buruk daripada khianat seorang pemimpin yang diberi kepercayaan untuk memimpin tetapi tidak melaksanakannya sehingga rakyatnya terabai.

Bakhil

Bakhil merupakan sifat tercela dan dibenci dalam Islam ,malah tergolong dalam sifat orang munafiq. Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimilikinya untuk diberikan kepada orang lain.Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan hilang rasa tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, termasuk enggan membayar zakat, enggan

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

bersedekah dan membantu orang yang memerlukan.Perbuatan ini amatlah dikutuk oleh Islam. Sabda Nabi SAW,

( )
Maksudnya,Dua pekerti yang tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk budi pekerti. (Riwayat Ahmad)

Sebenarnya sifat-sifat munafiq ini amat banyak diterangkan dalam al-Quran seperti dalam surah al-Baqarah,ali-Imran,an-Nisa,al-Maidah,at-Taubah,al-Munafiqun ,al-Nur dan banyak lagi.Kesemua sifat-sifat munafiq ini adalah penyakit hati yang sangat berbahaya kepada orang mukmin. Selain ciri-ciri orang munafiq yang dijelaskan di atas, terdapat banyak lagi tanda orang munafiq yang perlu diketahui supaya menjadi panduan dan sempadan kepada manusia.Antaranya ialah:Bersumpah palsu Mengumpat Enggan bersedekah Mencela orang Taat Mencaci maki

Mengengkari takdir Enggan berjihad di Menangguhkan Allah jalan Allah hak Memakan anak yatim pembayaran hutang harta Membuka orang lain Sombong dan suka bertengkar muslim sesama rahsia

Menipu jualbeli

dalam Mengambil

orang lain tanpa hak

Merasa aman dari Memuji murka Allah jika berlebihan berbuat dosa

orang Memutuskan hubungan silaturrahim

3.0 KESIMPULAN

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Umat Islam sejak dari zaman Rasulullah SAW sampai ke hari ini,tidak terlepas dari angkara ,dakyah dan propaganda orang munafiq yang sentiasa memusuhi Allah dan Rasul serta membenci kejayaan Islam. Pada hakikatnya, orang munafiq lebih melakukan kerosakan dan lebih jahat daripada orang kafir,walaupun dari segi zahirnya kehidupan mereka kelihatan berbeza. Orang munafiq amat licik dan dapat menipu dan menyesatkan orang beriman.Tindak tanduk mereka umpama gunting dalam lipatan,duri dalam daging atau api dalam sekam. Sifat-sifat munafiq ini mendatangkan implikasi yang amat buruk kepada individu dan juga masyarakat Penyakit hati orang munafiq adalah kegelapan yang tidak dapat melihat cahaya kebenaran. Mereka beramal mengikut kata hati, nafsu, tamak haloba,hasad dengki, khianat dan sebagainya. Segala amalan mereka tidak akan diterima Allah, malahan boleh membatalkan syahadah kerana perbuatan syirik mereka.Allah telah berjanji akan memberikan seksaan yang pedih atas sikap orang munafiq.Firman Allah SWT,yang bermaksud Untuk mereka seksa yang pedih,kerana mereka berdusta. (Surah al-Baqarah : 10) Semua sifat-sifat munafiq mendatangkan implikasi yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia.Kesan dari sikap dusta, khianat, mungkir janji,fitnah dan sebagainya boleh menimbulkan huruhara dan perpecahan dalam masyarakat.Perpecahan masyarakat Islam dapat melemahkan kesatuan dan kekuatan. Keadaan ini dengan mudah digunakan oleh musuh Islam untuk memburuk-burukkan Islam. Ini boleh membawa kepada kerosakan agama dan menjatuhkan maruah Islam.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Hilangnya sifat amanah akan menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas kepada kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh.Rumahtangga akan berantakan jika suami atau isteri tidak menjalankan amanah yang sepatutnya.Lalu anak-anak akan terabai dan terjebak dalam keruntuhan moral jika tidak menerima didikan yang sempurna.Negara akan huru hara jika para pemimpin mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Kemunafikan dalam individu Islam perlu dibendung agar

keharmonian dan kesejahteraan masyarakat Islam terjamin.Antara langkah yang perlu dihayati ialah keihklasan dan tawaduk dalam pengamalan ibadat hanya kerana Allah semata-mata. Pembersihan hati yang bersih melalui amalan Islam yang diaplikasikan dalam bermuamalat dan bermasyarakat perlu dihayati tanpa menyongsangkan syariat Allah dan kemunafikan hakiki. ini Rasul. Sesungguhnya pembersihan dari sifat akan malahirkan masyarakat yang

harmoni,selesa,sejahtera dalam mengamalkan cara hidup Islam yang

4.0 PENUTUP Golongan munafiq sentiasa mencari jalan untuk membuat tipu daya dan kerosakan dalam mana-mana masyarakat bagi memecahkan perpaduan umat Islam dan memadamkan cahaya Islam di muka bumi ini. Golongan ini muncul dalam pelbagai bentuk penjelmaan yang sukar dikesan dan dikenali.Kadang-kadang keilmuan dan kealiman serta penghayatan terhadap syariat mereka mengatasi orang mukmin.Oleh kerana itu, kita umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

kepuraan

orang

munafiq

demi

menegakkan

syariat

Islam

dan

mendaulatkan kalimah Allah SWT.

RUJUKAN Sayyid Qutb ,1991 (Terjemahan :Yusuff Zaky Haji Yacob)Tafsir Fi Zilalil Quran Juz Amma Jilid 1, Dian Darulnaim Sdn.Bhd.Kelantan. Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasim Al-Dimasqi, 2006, Pengajaran Bagi Orang Mukmin daripada Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali, Darul Fajr, Kuala Lumpur.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Prof.Dr Harun Din,1988 Lumpur.

Manusia dan Islam, Percetakan Watan Kuala

Imam Nawawi,2006 (Peringkas,Syaikh Yusuf Al-Nabhani) Ringkasan Riyadhs Solihin,Telaga Biru Sdn, Bhd.Kuala Lumpur. Muhd Najib Abdul Kadir,2009, Al-amthal dalam al-Quran : Golongan Munafik ,Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Kuala Lumpur. Muhammad al-Ghazali,1986, (Penyunting: Drs h Mohrifai) Akhlak Seorang Muslim, Pustaka Al-Azhar Kuala Lumpur. Abdul Aziz Ismail, 2006, Awas Golongan Munafikin, Progressive

Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Drs. H.Syahrin Nasution, 2003,50 Hadis menceritakan Dunia Akhir Zaman,Pustaka syuhada, Kuala Lumpur. Muhammad Ramdhani Jerami, 2008, Bahaya Fitnah dan Hukum Menurut Al-Quran dan Hadis, Pustaka Azhar, Johor Bahru. Abdul Aziz Ismail, 2003, Hakikat Iman, Syarikat Nurul Husna, Kuala Lumpur. Mohd Sofwan Amrullah,1998, 100 Mutiara Hadis Terjemahan dan Penjelasan Sahih Bukhari-Muslim, Pustaka Ilmi, Selangor. Dr Akrim Ridhha, 2005, Hikmah Meninggalkan Dusta & Dengki, Jasmin Enterprise,Kuala Lumpur. Jaafar Salleh, 2010,Dosa & Maksiat: Kesan Terhadap ibadah dan Kehidupan,Pustaka Ilmuwan, Selangor. Drs. Hanafi Mohamed, 1999, Bahaya Riak Dalam Kehidupan Muslim, AlHidayah Publishers, Kelantan.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

LAMPIRAN

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SEDEKAH DAN DERMA YANG DIHULURKAN KERANA HENDAK MENUNJUKNUNJUK TERMASUK DALAM RIYAK YANG MERUPAKAN CIRI ORANG MUNAFIQ.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

KORBAN YANG DILAKUKAN HENDAKLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA RIYAK.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

LAMPIRAN

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

RASUAH DAN PECAH AMANAH ADALAH CIRI ORANG MUNAFIQ.

BERHATI-HATILAH APABILA BERSUMPAH DAN BERJANJI KERANA SUMPAH PALSU DAN MEMUNGKIRI JANJI ADALAH GOLONGAN MUNAFIQ.

LAMPIRAN

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

GOLONGAN MUNAFIQ MENGERJAKAN SOLAT DAN IBADAT HAJI HANYA KERANA MAHU DIPANDANG MULIA ORANG RAMAI BUKAN IKHLAS KERANA ALLAH.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

LAMPIRAN

PEPERANGAN DAN KEMUSNAHAN BERLAKU KESAN DARI SIKAP MUNAFIQ MANUSIA.

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Ge

SIKAP MUNAFIQ MELAHIRKAN GEJALA SOSIAL YANG SERIUS DALAM MASYARAKAT.

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1.1 PENGERTIAN MUNAFIQ 2.0 JENIS-JENIS MUNAFIQ 2.1 MUNAFIQ DALAM AQIDAH DAN KEPERCAYAAN 2.1.1 CIRI-CIRI MUNAFIQ DALAM AQIDAH

1 1-2 2 2

HBIS 3103
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

DAN KEPERCAYAAN 2.2 MUNAFIQ DALAM IBADAH DAN AMALAN 2.2.1 CIRI-CIRI MUNAFIQ DALAM IBADAH DAN AMALAN

2-5 6 6-8 9

2.3 MUNAFIQ DALAM SIKAP DAN TINGKAHLAKU 2.3.1

CIRI-CIRI MUNAFIQ DALAM SIKAP DAN TINGKAHLAKU 9- 12 13-14 14 15

3.0 KESIMPULAN 4.0 PENUTUP 5.0 RUJUKAN LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai