Anda di halaman 1dari 9

-

Penawaran Definisi : Kuantiti barangan atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh para pengeluar pada tingkat harga tertentu dalam suatu jangka masa tertentu

Hukum Penawaran: Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti penawaran akan meningkat. Sebaliknya apabila harga barang jatuh, kuantiti penawaran juga akan jatuh. Keluk Penawaran : - Menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan - Mencerun ke atas dari kiri ke kanan - Mempunyai hubungan positif antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan Contoh :
Harga (RM) S H1

S 0 K K1 Kuantiti

Rajah Keluk Penawaran 8- Faktor-Faktor Mempengaruhi Penawaran a a. Perubahan Harga Barang Itu - Kenaikan harga barang tersebut boleh menyebabkan penawaran barang itu meningkat dan sebaliknya - Contoh : Penawaran daging ayam bertambah apabila berlakunya kenaikan harga daging ayam b b. Perubahan Dalam Teknologi Pengeluaran - Kemajuan teknologi seperti teknik pengeluaran yang lebih cekap akan membantu meningkat pengeluaran dan sebaliknya c. Perubahan Dalam Harga Faktor Pengeluaran - Apabila harga faktor pengeluaran rendah, menyebabkan firma menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran seperti buruh. Maka penawaran output firma akan meningkat dan sebaliknya d. Matlamat Firma - Bagi firma yang bermatlamat untuk memaksimumkan untung / menguasai pasaran. Mereka akan menambahkan penawaran dalam pasaran c e. Dasar Kerajaan - Dasar kerajaan memberikan subsidi, membantu merendahkan kos pengeluaran firma. Oleh itu output dapat ditingkatkan d f. Faktor Cuaca / Persekitaran - Cuaca yang baik, membolehkan pengeluaran bertambah seperti sayuran dan ikan e g. Jangkaan Masa Hadapan - Apabila firma mengka harga akan naik pada masa hadapan. Oleh itu firma membuat keputusan untuk menambahkan pengeluarannya pada masa kini dan sebaliknya f h. Perubahan Harga Barang Lain
1

Apabila harga daging itik jatuh, pengeluar akan mengurangkan pengeluaran itik tetapi meningkatkan pengeluaran daging ayam kerana harga daging ayam pada masa itu relatifnya lebih rendah

9- Keanjalan Harga Penawaran Definisi :Mengukur tindakbalas kuantiti barangan yang ditawarkan akibatdaripada perubahan harga barang itu sendiri Formula : ES = = % Perubahan Kuantiti Ditawarkan % Perubahan Harga Q Q = Q1 - Q0 Q0 P1 - P0 P0 x 100 x 100 x P P @ @

10- Jenis-Jenis Keanjalan Penawaran : a) Penawaran Anjal Definisi :Peratus perubahan kuantiti ditawar lebih besar daripada peratus perubahan harga Formula : % % K > 1 H > 1 Q1 - Q0 x 100 . Q0 P1 - P0 x 100 P0 @

Nilai pekali keanjalan penawaran : > 1 Tafsiran : Andaikan ES = 1.08 bermakna penawarannya adalah anjal iaitu apabila harga meningkat 1%, maka pengeluar akan meningkatkan penawaran sebanyak 1.08%

b) Penawaran Tidak Anjal Definisi Formula :Peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti ditawar : % Q < 1 % P

Nilai pekali keanjalan harga penawaran ialah lebih besar dari 1 ( >1) Tafsiran : Andaikan ES = 0.75 bermakna penawarannya adalah tidak anjal iaitu apabila harga meningkat 1%, maka pengeluar akan meningkatkan penawaran sebanyak 0.75%

c) Penawaran Anjal Uniti Definisi : Peratus perubahan kuantiti ditawar sama dengan peratus perubahan harga Formula : % Q = 1 % P Nilai pekali keanjalan penawaran sama dengan satu ( = 1 ) Tafsiran : Andaikan ES = 1.0 bermakna penawarannya adalah anjal sama satu iaitu apabila harga meningkat 1%, maka pengeluar akan meningkatkan penawaran sebanyak 1% 11 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penawaran Kurang Anjal (Contoh : Getah) 1- Faktor Masa Getah memerlukan masa panjang untuk mendapatkan hasil. pengeluaran getah tidak boleh diubah dengan cepat 2

Jadi walaupun

harga berubah,

Faktor Musim - Hasil getah lebih dipengaruhi oleh musim sama ada musim kemarau atau musim hujan berbanding perubahan harga

3- Faktor Daya Pengeluaran - Daya pengeluaran getah rendah menyebabkan pengeluaran getah sukardiubah bila berlakunya perubahan harga 4- Faktor Teknologi - Tingkat teknologi getah kurang maju menyebabkab output tidak boleh berubah walaupun berlaku perubahan harga 5- Faktor Kos - Untuk mengubah pengeluaran getah memerlukan kos yang tinggi

Penawaran sesuatu barang bukan sahaja dipengaruhi oleh harga barang tersebut i- Nyatakan mana-mana lima faktor lain yang mempengaruhi penawaran ii- Huraikan bagaimana tiap-tiap faktor yang dinyatakan itu mempengaruhi penawaran. ( 15 M ) SPM 1995 rujuk nota 8

Harga daging ayam telah meningka tdaripada RM3.80 sekilogram kepada RM5.20 sekilogram bagi tempoh Oktober hinggaDisember 1999 kerana musim perayaan. Ini menyebabkan penternak-penternak ayam bertindak menambahkan pengeluaran daripada 30 000 kilogram daging ayam kepada 42 000 kilogram. Tetapi Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti FOMCA, Cuepacs dan MTUC telah membantah kenaikan harga tersebut dan menyeru masyarakat memulaukan daging ayam. Langkah ini telah dikritik oleh pihak kerajaan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan penternak ayam kebimbangan dan bertindak mengurangkan pengeluaran ayam

Berdasarkan pernyataan di atas, i- nyatakan faktor-faktor yang dikemukakan dalam petikan di atas yang mempengaruhi penawaran daging ayam ( 2 M ) rujuk nota 8 ii- selain daripada faktor-faktor yang anda nyatakan dalam (i) , terangkan faktor lain yang mempengaruhi penawaran daging ayam ( 8 M ) SPM 2000 rujuk nota 8

11 Syarikat M & R Sdn. Bhd. telah menambah pengeluaran sebanyak 80 000 unit apabila harga meningkat kepada RM1.50 seunit. Terangkan faktor-faktor selain daripada harga barang itu yang mendorong Syarikat M & R Sdn. Bhd. menambah pengeluarannya ( 10 M) SPM 2001 - rujuk nota 8 Jadual menunjukkan peratusan perubahan harga dan peratusan perubahan kuantiti yang ditawarkan bagi komoditi getah dan komputer.
Jenis Barang % Perubahan Harga % Perubahan Kuantiti Ditawarkan

Getah Komputer

9 5

3 12

12 Berdasarkan jadual di atasi i- hitungkan nilai keanjalan penawaran bagi getah dan komputer. ( 2 M) - rujuk nota 10 ii- mengapakah penawaran getah kurang anjal ( 6 M ) SPM 1997 rujuk nota 11 13- Hitungkan keanjalan harga penawaran dan tafsirkan keanjalan tersebut. ( 5 M ) SPM 2000 rujuk nota 10

SOALAN-SOALAN OBJEKTIF TAHUN-TAHUN LEPAS 1- Keluk penawaran biasanya bercerun positif dari kiri ke kanan. Apakah yang dapat digambarkan oleh kelok penawaran yang bersifat demikian? A Apabila harga sesuatu barang merosot, kuantiti penawaran juga akan merosot B Apabila harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti penawaran akan merosot C Apabila kuantiti penawaran sesuatu barang merosot, harga barang itu akan merosot D Apabila kuantiti penawaran sesuatu barang meningkat, harga barang itu akan meningkat SPM 1997 (1994) 2- Antara berikut, yang manakah menentukan jumlah barangan yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar? I Tingkat teknologi II Tingkat harga pasaran III Tingkat kecekapan pengeluaran IV Tingkat pendapatan pengguna A I dan II B II dan IV C I, II dan III D I, II, III dan IV (1995) 3- Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi penawaran ikan bawal? I Promosi jualan II Musim tengkujuh III Cita rasa pengguna IV Kaedah penangkapan A I dan II C I, II dan IV B II dan III D II, III dan IV (1995)
Harga (RM) S P3 P2

P1 S 0 Q1 Q2 RAJAH 1 Q3 Kuantiti barang

4. Jika keluk penawaran firma X seperti Rajah 1, apakah yang boleh dilakukan oleh firma tersebut? A Menetapkan harga sesuatu barang B Mempengaruhi harga sesuatu barang C Mengeluarkan barang dengan kuantiti yang kecil pada harga yang tinggi D Mengubah kuatiti barang yang ditawarkan berdasarkan perubahan harga (1996)

Harga (RM) 4 5

Kuantiti ditawar (unit) 10 X

JADUAL 11 5- Berdasarkan Jadual 11, hitungkan kuantiti X jika pekali keanjalan penawaran ialah 2. A 12.5 C 19.0 B 15.0 D 20.0 (1994) Harga (RM/kg) 8 9 10 JADUAL 12 6- Jadual 12 menunjukkan hubungan harga dengan kuantiti yang ditawarkan bagi daging.Apakah sifat keanjalan harga penawaran bagi daging tersebut? A Anjal B Tidak anjal C Anjal Satu D Anjal kosong (1994) Kuantiti ditawarkan (kg) 15 30 45

Harga (RM) S Y 100 S Kuantiti 0 8000 10 000

RAJAH 2 7- Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran. Berapakah nilai Y jika keanjalan harga penawaran ialah 0.5? A RM150 C RM410 B RM200 D RM500 (1995) 8- Keanjalan penawaran mentega ialah 3. Kenaikan harga mentega daripada RM10 ke RM12 akan mengubah jumlah penawran mentega dari 1 000 unit kepada A 1 006 unit C 1 066 unit B 1 060 unit D 1 600 unit (1995)
6

9-Seorang penjual menawarkan 1 000 kilogram ubi kentang apabila harganya RM3.00 sekilogram.Apabila harga ubi kentang naik kepada RM6.00 sekilogram, jumlah yang ditawarkan oleh penjual itu ialah 1 500 kilogram. Hitungkan keanjalan penawarannya. A 0.166 C 0.5 B 0.2 D 3 (1996) 10- Kuantiti penawaran buah mangga pada harga RM2.00 adalah sebanyak 50 kilogram. Jika nilai keanjalan 2, berapakah kuantiti penawaran yang baru jika harga buah mangga meningkat sebanyak 25%? A 75 kg C 250 kg B 100 kg D 450 kg (1996) 11- Puan Rozita Rashid membuat kajian mengenai harga kemeja berjenama SAYA. Puan Rozita mendapati perubahan harga yang kecil sahaja telah membawa perubahan yang besar dalam kuantiti yang ditawarkannya. Kajian di atas menunjukkan bahawa penawaran kemeja T tersebut adalah A anjal B anjal sifar C anjal uniti D tidak anjal (1997) 12-Kuantiti penawaran suatu barang bagi sebuah perindustrian bertambah daripada 100 unit kepada 125 unit apabila harga itu naik daripada RM4 kepada RM5 seunit. itungkan pekali keanjalan penawaran barangan tersebut. A 0.5 C 1.5 B 1.0 D 2.0 (1998) 13- Pilih kenyataan yang benar tentang keanjalan penawaran. A Nilai pekali bagi penawran tidak anjal adalah lebih daripada Satu B Keanjalan harga penawaran adalah tindak balas orang ramai terhadap perubahan harga C Penawaran suatu barangan itu dikatakan anjal jika peratus perubahan kuantiti kurang daripada perubahan harga D Peratus perubahan yang sama banyak dalam harga dan kuantiti adalah menunjukkan keanjalan penawaran harga sama dengan satu (1998) 14- Encik Jumhari adalah seorang pengeluar. Beliau telah bertindak menurunkan harga sebanyak 29% bagi barang keluarannya yang bersifat anjal. Apakah yang akan berlaku terhadap permintaan barang tersebut? A Tidak berubah B Meningkat sama dengan 29% C Meningkat lebih daripada 29% D Meningkat kurang daripada 29% (1999) Untuk soalan 15 anda dikehendaki memilih jawapan seperti di dalam jadual di bawah. Pilihan A B C D Pernyataan 1 Betul Salah Salah Betul Pernyataan II Salah Betul Salah Betul

15- I II

Keanjalan harga penawaran adalah peratus perubahan dalam harga barangan yang ditawarkan akibat berlakunya perubahan dalam kuantiti penawarannya. Keanjalan harga penawaran sesuatu barang yang anjal menunjukkan kadar perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan lebih kecil daripada kadar perubahan harga. (1999)
Harga (RM) S X A 6 S B

30

120

Kuantiti (unit)

RAJAH 3 16- Rajah 3 menunjukkan penawaran barang Q dalam pasaran. Jika pekali keanjalan harga penawaran barang Q ialah 2, hitungkan nilai X. A RM7.00 C RM42.00 B RM10.00 D RM15.00 (2001) 17- Dalam jangka pendek, kenaikan harga ayam tidak diikuti dengan kuantiti penawarannya kerana A penawaran ayam anjal B permintaan ayam anjal C permintaan ayam tidak anjal D penawaran ayam tidak anjal (2001)

SOALAN-SOALAN LATIHAN ESEI 1- Ali : Mat, kebelakangan ini, harga ikan kembong telah meningkat daripada RM4.00 kepada RM6.00 sekilogram. Mat : Sekarang musim promosi makan ikan untuk menjaga kesihatan. Awak tak baca surat khabarkah? Para nelayan menambahkan tangkapan ikan daripada 10 000 kilogram kepada 16 000 kilogram ikan dalam tempoh seminggu. Ali : Tak adalah. Mat : Oh, macam tu kah! Daging lembu yang diimort mengandungi penyakit lembu gila, kerajaan telah menyekat kemasukan daging lembu dari Brazil dan Thailand. Ali : Patutlah harga ikan naik. Berdasarkan perbualan di atas, i- Berikan faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran ikan kembong berdasarkan perbualan tersebut. (2 M) ii- Apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran ikan kembong? (8 M)

Anda mungkin juga menyukai