Anda di halaman 1dari 21

Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita.

Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti. Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan. Pendahuluan: Gejala ponteng sekolah semakin berleluasa dan membimbangkan semua pihak. Gejala ini merupakan suatu budaya yang negatif dan amat merugikan. Faktor -faktor berlakunya gejala ponteng sekolah:Pelajar tidak berminat untuk belajar mereka beranggapan bahawa dunia persekolahan amat membosankan. Pengaruh rakan sebaya tidak bijak memilih kawan. Kurang kesedaran betapa pentingnya pelajaran untuk masa depan. Suasana sekolah yang tidak berjaya menarik minat pelajar. Beban pelajaran yang ditanggung oleh pelajar sangat berat. Pelajar terlalu mementingkan hiburan dan kebebasan. Kurangnya kerjasama antara ibu bapa dengan guru. Ibu bapa dan penjaga yang tidak mengambil berat tentang anak-anak. Pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Pelaksanaan peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat dan mengongkong. Persekitaran sekolah yang membantu aktiviti ponteng seperti sekolah di kawasan pusat bandar, sekolah tidak mempunyai pagar yang sesuai, dll. Persekolah yang terlalu mementingkan peperiksaan. Pengaruh negatif media massa Peningkatan masalah sosial dan penagihan dadah dalam kalangan pelajar. Lemahnya langkah pengawalan oleh pihak sekolah. Anggota masyarakat yang tidak bersungguh-sungguh bekerjasama membanteras gejala ponteng sekolah. Pihak berkuasa tidak bersungguh-sungguh berusaha membasmi gejala ponteng. Hukuman setimpal yang boleh menakutkan pelajar ponteng tiada.

Langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan Berdasarkan kamus dewan yang terkini, semangat kejiranan didefinisikan sebagai semangat yang memetingkan hubungan yang baik antara insan. Semangat ini amat diperlukan dalam negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Tetapi, dalam era yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.Hidup kejiranan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing. Hal ini membimbangkan semua pihak terutamanya pihak kerajaan. Persoalannya, apakah strategi yang boleh diambil oleh setiap lapisan masyarakat untuk meningkatkan semangat kejiranan yang penting dalam negara yang berbilang kaum seperti negara kita? Terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk memupuk semangat kejiranan.Salah satu cara yang efektif ialah pihak kerajaan boleh menubuhkan pertubuhan sosial seperti Rukun Tetangga di setiap kawasan perumahan dan mewajibkan setiap keluarga menyertainya. Dengan ini, setiap keluarga boleh berinteraksi sesama jiran tetangga. Hal ini dapat dilaksanakan dengan menyuruhkan setiap keluarga meronta di kawasan tertentu setiap malam. Secara tidak langsung, hubungan silaturahim antara jiran dapat dieratkan, di samping kawasan tersebut akan manjadi lebih selamat. Selain itu, pertubuhan sosial juga boleh mengambil peranan dengan mangadakan aktiviti kemasyarakatan. Misalnya, hari gotong-royong.Aktiviti kemasyarakatan itu mestilah diadakan pada hari cuti umum untuk memastikan sebanyak mungkin keluarga menyertainya. Dalam aspek itu, keluarga yang sentiasa sibuk bekerja dapat mengenali jiran-jirannya dalam kemasyarakat ini dengan berbual-bual. Denga hal yang demikian, bukan sahaja semangat kejiranan dapat ditingkatkan, malah sesebuah kawasan itu akan sentiasa bersih dan ceria. Bukan itu sahaja,pendidikan tentang semangat kejiranan perlulah dijalankan di setiap sekolah terutamanya di bangky sekolah rendah. Bak kata peribahasa, " Melentur buluh biarlah daripada rebungnya" , generasi muda yang baru berusia setahun jagung lebih mudah diterapkan nilai-nilai ini berbanding dengan generasi yang lebih tua. Dengan hal yang demikian, generasi muda akan memahami tentang pentingnya semangat kejiranan kepada masyarakat dan negara dan seterusnya memupuknya sepanjang masa. Akhir sekali, peranan ibu bapa tidak boleh dipandang ringan. Hal ini demikina kerana ibu bapa merupakan individu yang terdekat kepada anak dan banyak menghabiskan masa bersamanya. " Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencoraknya " , tingkat laku ibu bapa akan diikuti oleh anak. Oleh hal yang demikian, jelasnya,ibu bapa yang merupakan teladan anak hendaklah mengambil inisiatif untuk bertegur sapa dengan jiran dan seterusnya diikuti oleh anak. Sebagai intihanya, seyogianya, semua pihak haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk meningkatan semangat kejiranan demi mewujudkan masyarakat penyayang sebagaimana merupakan salah satu matlamat Wawasan 2020. Dengan adanya sinergi antara masyarakat, segala perbuatan baik jika diiringi dengan usaha pasti akan berjaya seperti disebutkan dalam peribahasa' " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan " .

Belilah Barangan Buatan Tempatan. Bincangkan

Belilah Barangan Buatan Tempatan. Bincangkan. Sebagai negara yang maju dan membangun, Malaysia sebenarnya telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk serta barangan sendiri atas hasil keringat usahawan-usahawan Malaysia. Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membuka mata tentang barangan buatan tempatan yang ada di Malaysia, yang kualitinya setanding dengan barang luar negara, malah kemungkinan besar lagi baik daripada produk luar negara. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu membuang sikap prejudis yang ada dalam pemikiran untuk memandang rendah terhadap barangan buatan tempatan, dan sebaliknya membina semangat Malaysia Maju dalam semua aspek termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Produk Malaysia telah miniti dari bibir ke bibir tidak kira rakyat Malaysia atau luar negara. Sudah banyak produk Malaysia yang telah dihasilkan. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti kipas, penghawa dingin dan televisyen juga telah banyak membanjiri pasaran luar negara.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian. Terdapat pelbagai cara untuk menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia. Strategi yang utama ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah rakyat masih mengagungkan barangan luar negara, selagi itulah produk di negara kita dibarat katak bawah tempurung. Apabila kita mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada kebanyakan pihak. Pertama, menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Kedua, akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Pengguna tidak boleh disalahkan juga, kerana mereka tidak mendapat maklumat yang lebih mendalam untuk membezakan produk Malaysia dan produk import. Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. Senarai bahan itu boleh diedarkan melalui media massa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat yang berkenaan. Pengguna perlulah diberikan maklumat mengenai barang buatan tempatan bagi membantu usaha kerajaan untuk mengelakkan kejatuhan ringgit Malaysia. Selain itu, mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan barangan buatan tempatan kepada seluruh rakyat bagi membantu negara dalam sektor ekonomi. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan mempromosikan semua jenis produk buatan tempatan. Kempen ini haruslah diperluaskan keseluruh negara, terutamanya negara yang maju. Justeru, semua agensi, sektor swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing. Pihak kerajaan dan agensi swasta perlu memberi keutamaan yang lebih kepada barangan buatan Malaysia seperti produk berteknologi tinggi hasil tangan pencipta tempatan dan terus membuang rasa sangsi terhadap produk tersebut. Rakyat harus memberi peluang bagi pencipta tempatan ini, dengan membeli barangan tersebut dan sekaligus akan menaikkan barangan buatan tempatan tersebut.Institusi kerajaan dan swasta juga haruslah memberi peluang kepada barangan pencipta tempatan untuk berada di pasaran bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju, lebih berkualiti dan menaikkan nama produk Malaysia di persada dunia. Tuntasnya, persepsi rakyat dan pemimpin berlu diubah dari segi mentaliti. Tidak perlulah kita sebagai rakyat Malaysia untuk mendewa-dewakan barangan import, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, di Malaysia sudah ada barangan tersebut. Amatlah diharapkan supaya kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jikalau bukan kita rakyat Malaysia untuk menjulangkan produk buatan tempatan, adakah kita akan maju dan membangun? Selain itu, siapa lagi yang akan menjulangkan produk buatan tempatan ini?

Ibu bapa patut bertanggungjawab ke atas salah laku anak mereka. Berikan pendapat anda. Kerosakan moral bermaksud keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Kerosakan moral selalunya lebih difokuskan terhadap golongan remaja. lni dapat dilihat pada muda-mudi kini yang terlibat dalam kejadian yang tidak baik di mana mereka tanpa segan silu mengamalkan gaya hidup yang bebas seperti berpeleseran, terlibat dengan jenayah. penagihan dadah, budaya lepak, bohsia, dan bermacam-macam lagi masalah sosial. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana muda-mudi merupakan aset yang paling penting dalam sesebuah negara. Sekiranya mereka terus dibiarkan hanyut dalam mengamalkan gaya hidup begini sudah pasti negara akan mengalami kerugian yang bukan sedikit. Keruntuhan moral dalam kalangan remaja berlaku disebabkan kecuaian para ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa zaman sekarang lebih memfokuskan kepada mencari mengumpul harta kekayaan daripada menumpukan perhatian kepada anak-anak. Didikan agama semakin diabaikan sebaliknya para ibu bapa lebih berbangga sekiranya anak-anak mereka mahir dalam bidang muzik ataupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kurangnya pendidikan agama yang menjadi benteng daripada melakukan kegiatan yang tidak bermoral membuatkan anak-anak zaman sekarang lebih mudah dipengaruhi oleh budaya hidup tidak baik. Mereka senang dipengaruhi untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan agama.

Selain itu, pihak media massa juga terlibat dalam gejala keruntuhan moral di kala muda-mudi. Pihak media massa patut dipersalahkan kerana banyak memberi publisiti kepada golongan artis. Ramai dalam kalangan artis ini yang tidak sesuai dijadikan model kerana peribadi mereka kurang elok. Lantaran remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh lebih-Iebih lagi kerana beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh artis pujaan mereka adalah betul, mereka mengikut perilaku artis-artis idola mereka yang tidak bermoral itu.

Oleh sebab keruntuhan moral dalam kalangan para remaja berada pada tahap yang membimbangkan, eloklah pihak-pihak yang berkenaan membuka mata bagi merangka satu medium yang sesuai untuk para remaja meluahkan idea mereka. Ibu bapa seharusnya lebih prihatin dengan kehendak dan keinginan anak-anak mereka. Begitu juga dengan anggota masyarakat, seharusnya mereka tidak menutup mata apabila melihat adanya perlakuan sumbang yang dilakukan oleh para remaja. Pihak kerajaan pula hendaklah melakukan sesuatu agar generasi harapan negara ini tidak terus hanyut dan tenggelam dalam keseronokan menjalani aktiviti tidak bermoral mereka. Semua pihak harus tampil bekerjasama agar aset penting negara ini tidak dilekakan dengan aktiviti yang akan merugikan diri dan menggelapkan masa depan mereka.

Kebaikan membeli barangan buatan Malaysia

Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigm ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-agungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai menyelam sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan? Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pasaran kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari kualiti barangan, Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia ke puncak jagat sekali gus meningkatkan imej negara. Di samping itu, dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia. Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya sikap sering mengagung-aguungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam kalangan anak watan Malaysia. Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bak senipis kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan import telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan tempatan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnya Malaysia Boleh yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu yang sia-sia sahaja persis kata-kata mutiara kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi. Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri. Kata-kata hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita dapat berkembang maju dengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia. Walaupun pelbagai barangan import yang terkenal di seantero dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. Hal ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk

bersaing dengan barangan import. Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya, kita dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai aspirasi negara menjadi negara industri. Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh strata masyarakat bak peribahasa bagai serampang dua mata dan bagai makan menanak nasi. Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini. Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh! Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. CARA-CARA UNTUK MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA: Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.Rakyat Malaysai perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Dengan mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan."Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. "Senarai itu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan. Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu.Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import. Cara seterusnya, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang. Seterusnya ialah peranan Media. Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan. Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sekto swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing. Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini. Semua pihak; agensi kerajaan dan pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka. Rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak- anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import.Institusi kerajaan, swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti

Usaha Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi perhatian dan galakan oleh kerajaan dan swasta. R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan untuk mencuba pakai.Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai produk peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini. hadiah-hadiah dan peruntukan berlu disediakan kepada para pengkaji untuk mengkaji dan menghasilkan produk ciptaan tempatan. Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita mendewadewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi?

Karangan SPM Usaha & Kepentingan Mewujudkan Masyarakat Penyayang


Tajuk : Anda dijemput untuk memberikan ceramah yang bertajuk usaha usaha dan kepentingan mewujudkan masyarakat penyayang kepada ibu bapa sempena mesyuarat agong persatuan ibu bapa dan guru. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis , Yang berbahagia Pengetua Sekolah Menengah La Salle Klang , Puan Hajjah Zainon binti Kassim , Yang berusaha Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menangah Kebangsaan La Salle Klang , Encik Shen Yee Aun , Yang dihormati Guru guru Penolong Kanan , Ibu bapa dan guru yang hadir pada hari ini serta seterusnya kepada pelajar pelajar yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada hari ini saya dijemput oleh pihak sekolah untuk memberi sepatah dua kata dalam Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Saya pula lebih minat membuka tirai dengan memberi ceramah berkaitan dengan usaha dan kepentingan mewujudkan masyarakat penyayang. Ramai tertanya mengapa kita perlu mewujudkan masyarakat penyayang dan apakah kepentingan masyarakat penyayang diwujudkan ? Saya pula akan menjawab tepuklah dada dan tanyalah selera masing masing mengapa begitu banyak masalah berlaku di negara kita ? Boleh dikatakan hampir setiap isu dari isu sosial kepada politik adalah disebabkan kurangnya sifat penyayang dalam kalangan masyarakat. Manusia sanggup bercakaran antara satu sama lain demi kepentingan diri sendiri dan terdapat juga kes kes sosial yang dalam kalangan remaja kita disebabkan kurangnya kasih sayang daripada orang terdekat mereka. Mungkin masih yang belum mengetahui apakah maksud masyarakat penyayang yang sebenar ? Masyarakat penyayang merupakan sesebuah komuniti dimana setiap individu dalam komuniti tersebut memiliki sifat kasih sayang , simpati , prihatin dan kesangguppan untuk berkorban dan bertolak ansur dengan semua. Oleh itu pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Hadirin dan hadirat sekalian , Ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mewujudkan masyarakat penyayang. Hal ini disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahir oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat sifat penyayang. Ibu bapa tidak perlu untuk mengambil tahu masyarakat ini begitu besar dan bagaimana hanya anak saya seorang mampu membentuk sebuah masyarakat penyayang ? Jawapannya ialah jika setiap ibu bapa terlibat dalam usaha ini dan penggabungan kesemua anak anak di Malaysia sudah mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. Justeru , ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik kepada anak anak kerana bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Pepatah ini membuktikkan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak langkah mereka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu , ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang anak yang membesar itu untuk bersifar kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan kebahagian kasih sayang. . Selain itu , pihak sekolah juga merupakan salah satu agen yang penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang penyayang . Pendedahan nilai nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu , pihak sekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan nilai nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Agama Islam dan Pendidikan Moral sahaja tetapi nilai nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek tersebut. Guru guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya pendekatan pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan pengajaran seharusnya dikreatifkan supaya para pelajar dapat membesar dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni

Kerajaan juga boleh mesti mengambil inisiatif untuk turut membantu dalam membentuk sebuah masyarakat yang penyayang. Sehubungan itu , kerajaan boleh mengadakan kempen pembentukan masyarakat penyayang di seluruh negara. Kempen yang dijalankan mesti holistik dan memberi kesan kepada masyarakat. Papan tanda serta risalah yang diedarkan mestilah mampu menarik perhatian orang ramai dan seterusnya member impak. Sifat yang murni ini juga boleh menjadi pegangan setiap kakitangan kerajaan , institusi dan jabatan kerajaan. Pemimpin pemimpin negara dan negeri juga mesti selalu menyeru orang ramai supaya bersifat penyayang dalam ceramah dan ucapan mereka. Hal ini disebabkan rakyat biasanya akan mengikuti segala yang diseru oleh pemimpin negara. Hadirin dan hadirat sekalian , Mengapa pelbagai usaha perlu dilakukan demi mewujukan sebuah masyarakat yang penyayang ? Hal ini disebabkan kewujudan masyarakat penyayang akan mempercepat proses integrasi nasional iaitu sebuah negara dimana rakyat Malaysia bersatu padu. Pertama sekali apabila dalam proses mewujudkan masyarakat penyayang sudah pun wujud elemen perpaduan apabila semua rakyat bersatu dalam menjayakan usaha yang murni ini. Selain itu , segala percakaran dan perbalahan antara satu sama lain kini adalah disebabkan kurangnya sifat penyayang dalam kalangan masyarakat Malaysia. Setiap individu tidak sudi tunduk dan sering memperjuangkan kepentingan kaum masing masing kerana tiada sifat untuk menyayangi sesame sendiri. Oleh itu kewujudan masyarakat penyayang dapat mengubati hubungan perkauman yang semakin mutakhir ini. Tambahan pula , masyarakat penyayang juga dapat membantu mengurangkan masalah sosial yang semakin berleluasa. Hal ini disebabkan majoriti masalah sosial yang dilakukan oleh remaja kini adalah berpunca daripada kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa , rakan sebaya dan masyarakat. Sekiranya masyarakat kita juga bersifat penyayang maka masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dikurangkan. Pengurangan masaah sosial dalam kalangan remaja kita akan melahirkan generasi baharu yang unggul untuk menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari nanti. Remaja sebenarnya bagaikan satu aset yang amat berharga kepada nusa dan bangsa dan pembentukan yang sempurna daripada aset ini mampu membantu memajukan negara. Hadirin dan hadirat sekalian , Sebentar tadi telah saya jelaskan kepentingan kewujudan masyarakat penyayang dan kini saya rasa kalian sudah sedar akan kepentingannya. Oleh itu , marilah kita bersama sama berganding bahu dalam membina sebuah masyarakat penyayang. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Klang kerana sudi menjemput saya ke sini untuk berceramah pada hari ini. Diharapkan juga persatuan ini dapat terus berjuang untuk pelajar dan kebaikan sekolah kita. Sekian terima kasih.

Contoh Karangan : Peranan Warga Tua Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan veteran. Takrifan warga emas adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa. Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua. Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita. Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara. Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling kita. Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat. Oleh itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna. Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesor boleh menulis artikelartikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan. Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama. Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana semua yang besar dan hebat itu bermula dari yang kecil kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari. Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua ini adalah masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-anak. Namun begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam membantu membangunkan negara. Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu berehat, mereka akan lebih mudah sakit. Untuk menjamin sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah

diberikan perhatian. Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan juga adalah amat digalakkan. Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang. Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang didekati dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan sumbangansumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara. Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.

Punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan suatu yang luar biasa bagi masyarakat hari ini. Malah, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Persoalannya apakah faktor yang mendorong gejala ini ini terus berleluasa? Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka, khususnya ibu bapa yang bekerja di bandar. Keadaan ini berlaku kerana, ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Setelah keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anakanak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati. Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang. Segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya penceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi memilih jalan mudah dengan keluar dari rumah untuk mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan remaja yang berkelakuan tidak bermoral. Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya patut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mesti dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan sejak kecil lagi. Tindakan ini dianggap perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik. Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

Contoh Karangan : Pencemaran Sungai Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi Sungai dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita. Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah mati. Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian. Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai. Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih. Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga

tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit. Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja assalammualaikum dan salam 1 malaysia , saya tujukan kepada tuan pengerusi majlis dan sang penjaga masa. sekalung penghargaan juga saya lontarkan kepada Puang pengetua Smjk Tiong Hua,Cik Huang Lee Yung,kombinasi intelektual kehakiman bervisi , dif-dif kehormat.Seterusnya , para pengunjung dewan sekalian. Hadirin yang dihormati sekalian, Pada masa kini , Rokok , dadah , buli , ponteng sekolah merupakan isu hangat yang sering terpampang di dada dada akhbar.Isu sebegini tidak seharusnya kita pandang remeh , kerana isu sebeginilah mengundang sesuatu isu menjadi serius.Gejala Sosial adalah salah satu masalah yang bukan sahaja terjadi pada golongan dewasa , tetapi terjadi juga pada golongan remaja. Kita masuk kepada komponen pertama bagi masalah sosial dalam kalangan remaja.Jika kita lihat , remaja sekarang segak bergaya dengan adanya sebatang rokok di mulut mereka.Mereka tidak sedar , bahawa mereka telah menjerumuskan diri mereka dalam kancah gejala sosial dan sekali gus telah menempah maut atas diri mereka.Ini disebabkan rokok yang mempunyai campuran yang boleh membahayakan kesihatan. Selain itu , Pelajar yang sudah jinak dengan merokok mungkin akan beralih kepada najis dadah .Sikap ingin mencuba sesuatu yang baharu, tanpa mereka sedari ianya memakan diri mereka sendiri sahaja.Hal ini kerana , remaja-remaja sebegini mungkin mengalami persekitaran keluarga yang tidak sihat , penceraian ibu bapa dan paling penting adalah pengaruh rakan sebaya.Contohnya , pelajar yang tekanan dengan ibu-bapa mereka , mencuba dadah demi mendapatkan ketengan.Rakan sebaya pula bukannya mengekang malahan sebaliknya ,menawarkan dadah kepada remaja-remaja ini. Hadirin yang saya kasihi, Di sekolah , kes buli jarang sekali kita dengar . Hal ini kerana , kes buli bukan berlaku secara besar-besaran. Mereka tidak mengamalkan pepatah , ayam bertelur sekampung tahu. Tetapi mengamalkan pepatah , diam diam ubi berisi.Ironinya , pembuli tersebut menggunakan pepatah ini sebagai sesuatu yang negatif , dengan membuli pelajar secara senyap.Remaja yang dibuli kebiasannya tidak mengadu kepada guru kerana takut akan ancaman.Si pembuli pula , boleh bermaharaja lela sesuka hati.Itulah yang dimaksudkan dengan , yang membuli menindas dan yang dibuli tertindas. Selain itu , Masalah ponteng juga menjadi salah satu gejala yang membingungkan tenaga pengajar di sekolah.Ponteng bukanlah masalah yang jarang kita dengar ,seolah-olah kerap berlaku kes sebegini.Gejala ponteng ini sebenarnya melibatkan 2 aspek yang berbeza. Pertama , Peraturan sekolah yang tidak ketat .Kedua,Ibu-bapa yang kurang memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada anak mereka.Remaja ini akan naik lemak dengan melakukan kes seperti Ponteng.Dari aspek sekolah ,Seharusnya peraturan sekolah diperketatkan lagi sebagai contoh , pelajar yang ponteng sekali diberikan rotan dan sebagainya.Tenaga Pengajar yang mempunyai masa terluang boleh meronda kawasan sekolah , jika terdapat pelajar yang ponteng.Dari aspek kedua , Ibu bapa seharusnya lebih prihatin dan peka tentang masalah yang berlaku antara anak jagaan mereka.Selain itu , ibu-bapa juga harus bekerja sama dengan pihak sekolah dan bukan dengan membangkang pihak sekolah. Hadirin dan Hadirat sekalian, Sudah Terang lagi bersuluh , bahawa gejala sosial sememangnya masalah utama dalam negara melahirkan aset negara yang sihat dan berwawasan.Gejala sosial hendaklah dibasmi atau dikekang agar aset negara boleh dipelihara dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai