Artikel BELUMDAFTAR

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 14

4.

3 JUTA RAKYAT 21 TAHUN DAN KE ATAS MASIH BELUM MENDAFTAR

Oleh: Datuk Wira Wan Ahmad bin Wan Omar Timbalan Pengerusi SPR

Daripada 15.6 juta warganegara yang berumur 21 tahun dan ke atas, jumlah yang mendaftar sebagai pemilih ( i.e. pemilih berdaftar) sehingga Mei 2010 ialah 11.247,525 pemilih. Ini bermakna terdapat 4.3 juta warganegara yang telah cukup umur untuk mengundi tetapi masih belum mendaftar. Jumlah ini terus meningkat oleh kerana

pertambahan warganegara yang mencapai umur 21 tahun adalah kirakira 450,000 setiap tahun, manakala jumlah yang mendaftar mengikut tahunan sekitar 250,000 sahaja. Dengan jumlah baki yang tidak

mendaftar dan tertunggak kira-kira 200,000, maka jumlah rakyat yang tidak mendaftar terus meningkat kira-kira 200,000 setiap tahun. Jika pertambahan jumlah ini konsisten dan berterusan, menjelang PRU Ke13 yang akan datang, jumlah rakyat yang tidak dapat mengundi dijangka meningkat kepada hampir 5 juta. Ini satu fenomena yang

serius dan merugikan negara kerana kira-kira 30% jumlah rakyat yang

layak yang tidak dapat

menggunakan hak

selaku pengundi dalam

proses demokrasi bagi menentukan masa depan negara. Pecahan 4.3 juta rakyat yang belum mendaftar mengikut negeri ialah seperti Lampiran yang berikut:
STATISTIK WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERUMUR 21 TAHUN DAN KE ATAS YANG TELAH MENDAFTAR DAN BELUM MENDAFTAR DENGAN SPR. DAFTAR PEMILIH TERKINI SUKU TAHUN 1/2010
BILANGAN TELAH MENDAFTAR DENGAN SPR SEHINGGA DPI ST1/2010 121,551 887,099 778,589 546,632 720,697 1,230,071 625,882 1,636,355 693,643 7,479 472,325 379,454 1,357,321 20,954 822,381 947,092 11,247,525 BELUM MENDAFTAR DI SPR BILANGAN BELUM MENDAFTAR 31,978 315,339 220,891 77,093 219,058 453,151 200,770 787,023 337,169 8,053 156,556 94,247 600,315 11,904 319,275 479,553 4,312,375 PERATUS BELUM MENDAFTA R 20.8% 26.2% 22.1% 12.4% 23.3% 26.9% 24.3% 32.5% 32.7% 51.8% 24.9% 19.9% 30.7% 36.2% 28.0% 33.6% 27.7%

BIL

NEGERI

BILANGAN 21 TAHUN DAN KE ATAS SEHINGGA 4 MEI 2010 153,529 1,202,438 999,480 623,725 939,755 1,683,222 826,652 2,423,378 1,030,812 15,532 628,881 473,701 1,957,636 32,858 1,141,656 1,426,645 15,559,900

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

PERLIS KEDAH KELANTAN TERENGGANU PULAU PINANG PERAK PAHANG SELANGOR W.P KUALA LUMPUR W.P PUTRAJAYA NEGERI SEMBILAN MELAKA JOHOR W.P LABUAN SABAH SARAWAK JUMLAH BESAR

Keadaan sebegini sepatutnya tidak berlaku di Negara kita, sebuah negara yang pesat membangun serta mempunyai rakyat yang

berpelajaran maka

sepatutnya mempunyai tahap kesedaran tentang

hak dan tanggungjawab yang tinggi. Selepas lebih 50 tahun merdeka dan telah melalui 12 pilihan raya umum (PRU), seharusnya tiada rakyat di negara ini terutama golongan muda dan lepasan sekolah/kolej atau universiti yang tidak tahu tentang hak dan kewajipan mengundi dalam pilihan raya untuk memilih wakil dan kerajaan. Selepas 12 PRU dan

banyak pilihan raya kecil yang telah diadakan, rakyat umumnya sedar bahawa mereka perlu mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya. Apa pun masih terdapat 4.3 juta mereka yang tidak mendaftar dan majoritinya golongan muda berumur 40 tahun ke bawah.

Sehubungan

dengan

ini,

terdapat

pihak-pihak

pihak

yang

menganggap SPR tidak agresif dalam urusan pendaftaran pemilih. Ada yang menyalahkan sistem atau tidak kaedah pendaftaran seperti

mempersoalkan

mengapa

menggunakan

kaedah-kaedah

pendaftaran yang lebih mudah untuk menarik minat golongan muda supaya mendaftar seperti memperkenalkan sistem pendaftaran on-line; atau mengapa tidak perkenalkan
3

sistem

pendaftaran

automatik

(automatic registration system)?

iaitu secara mengambil terus

maklumat data warganegara yang mencapai umur 21 tahun dari pengkalan data di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

SPR sebenarnya

telah membuat kajian

terperinci berhubung

kaedah-kaedah pendaftaran automatik dan pendaftaran secara on-line, meliputi aspek-aspek teknikal, proses pelaksanaan dan undang-undang secara mendalam serta implikasinya kepada urusan pilihan raya iaitu masalah-masalah yang akan timbul jika ia dilaksanakan. Dari hasil

kajian tersebut, SPR telah mengenal pasti bahawa jika kaedah-kaedah tersebut hendak dilaksanakan di negara ini, perlu terlebih dahulu yang

beberapa dasar lain di bawah bidang kuasa agensi-agensi

berkenaan di pinda atau dikuatkuasakan sepenuhnya. Pertama sekali, undang-undang untuk membolehkan pelaksanaannya perlu disediakan, selain daripada satu pindaan kecil perlu juga dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Penguatkuasaan undang-undang

berhubung dengan pertukaran alamat bermastautin bagi setiap rakyat yang bertukar alamat perlu dikuatkuasakan. Jika undang-undang untuk membolehkan pelaksanaannya tidak disediakan dan yang undang-undang

mewajibkan pengemaskinian alamat bagi rakyat yang bertukar


4

alamat bermastautin situasi sekarang,

tidak dikuatkuasakan sepenuhnya, maka dalam sebarang langkah untuk melaksanakan kaedah

pendaftaran secara automatik atau pendaftaran secara on-line tidak dapat dibuat kerana akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada urusan pilihan raya dan rakyat pada hari mengundi. Sistem pendaftaran secara automatik juga akan memberi kesan kepada taburan pemilih

yang tidak seimbang dalam bahagian-bahagian pilihan raya di seluruh negara yang nanti akan memerlukan suatu pindaan kepada sepadan

bahagian-bahagian secara besar-besaran. Perubahan yang drastik ini akan menyulitkan urusan pilihan raya. Sistem pendaftaran secara

online pula; jika dilaksanakan, ia hanya mungkin akan dapat membantu masalah rakyat yang malas untuk keluar mendaftar, tetapi cara ini

akan membuka peluang untuk melakukan penipuan pendaftaran oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. kesukaran untuk mengesan kesahihan SPR juga akan menghadapi pemohon yang sebenar

melainkan terpaksa menggunakan kaedah bio-metrik untuk mengesan cap jari pemohon setiap kali permohonan diterima melalui on-line. Ini pun belum tentu dapat mengelak penipuan pendaftaran yang boleh berlaku.

Pada tahun 2006

satu kajian

dibuat

di seluruh negara oleh

pasukan penyelidik dari sebuah universiti tempatan yang dilantik SPR untuk menjalankan

survey

mengapa terdapat

ramai warganegara

yang layak tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Kajian melalui soalselidik tersebut telah ditumpukankan kepada warganegara golongan

muda berumur 21 tahun dan ke atas. Hasil daripada kajian itu, mendedahkan empat faktor utama mengapa rakyat golongan muda di negara ini tidak mendaftar sebagai pemilih:

(a)

Faktor sikap; iaitu tidak memberi keutamaan kepada usaha

untuk mendaftar sebagai pemilih. Golongan ini telah memberi alasan faktor-faktor bercorak peribadi mengapa mereka belum mendaftar, iaitu - (1) sibuk bekerja, (2) tidak ada masa, (3) tidak kisah, (4) tidak minat politik, (5) sibuk urusan keluarga, (6) tidak kisah, (7) tiada faedah, dan (8) terlupa untuk mendaftar.

(b)

Faktor sistem pendaftaran, iaitu mereka memberi dua (1) menganggap kaedah pendaftaran pemilih yang

alasan;

mengikut alamat kad pengenalan dikatakan tidak memberi banyak faedah kepada mereka kerana mereka tidak tinggal (bermastautin) di situ. Mereka juga tidak mempunyai masa untuk mengemaskini alamat dalam kad pengenalan di JPN atau atas sebab-sebab tertentu yang

kerana kesibukan,

memerlukan pertukaran alamat dalam K/Pengenalan di buat. (2) Mereka memberi alasan sibuk dan tidak mempunyai masa untuk pergi ke kaunter pendaftaran sama ada di pejabatpejabat Pos atau di pejabat-pejabat SPR.

(c) Faktor Infrastruktur. Mereka tidak ada masa atau malas pergi mendaftar kerana terpaksa menunggu lama di pejabat-pejabat pos; atau masalah untuk pergi ke pejabat-pejabat SPR.

(d)

Faktor maklumat iaitu mereka memberi alasan; (1) tidak

tahu di mana tempat mendaftar; (2) Tiada siapa yang memberitahu atau menasihati mereka supaya mendaftar; (3) Tidak tahu mengaapa perlu mendaftar; (4) Tidak tahu syaratsyarat untuk mendaftar; dan menyangkakan bahawa

mendaftar sebagai ahli parti politik sudah layak untuk mengundi dalam pilihan raya.

Mengambil kira dan berpandukan hasil kajian tersebut, sejak tahun 2007 SPR telah mengemaskini dan membuat penambahbaikan untuk

beberapa dasar berkaitan dengan urusan pendaftaran pemilih

menambah ruang dan peluang untuk rakyat yang belum mendaftar. Banyak kaedah dan pendekatan baru telah diperkenalkan serta program-program pendaftaran telah dijalankan secara lebih agresif seperti yang berikut:

(a)

Menambah saluran pendaftaran mendaftar. Selain

untuk memudahkan lagi pendaftaran

rakyat

program-program

melalui pejabat-pejabat/kaunter-kaunter SPR di seluruh negara termasuk aktiviti pendaftaran di luar pejabat (tempat-tempat tumpuan awam politik / dan apabila SPR diundang oleh parti-parti melalui 690 kaunter

NGOs atau sebagainya); dan

pejabat pos di seluruh negara, SPR juga telah melantik ruang untuk rakyat mendaftar apabila lebih daripada 2,500 penolong-

penolong pendaftar (PPP) sementara dari parti-parti politik (parti UMNO, MiC, GERAKAN, PPP,PKR,DAP, PRM, PBS PPB, SUP, SPDP, LDP, LDP, SAPP, PBRS, UPKO) di seluruh negara untuk mendaftar sesiap jua yang lyak untuk mendaftar sebagai pemilih. Setiap pendaftaran melalui PPP akan disemak secara teliti bagi mengelak pendaftaran berganda atau penipuan.

(b)

Selain itu, SPR juga melantik wakil-wakil dari agensi-agensi

kerajaan sebagai PPP termasuk juga pegawai dari Pelajarpelajar Malaysia yang layak di luar negara.

(c) SPR juga akan melantik PPP dari kalangan wakil-wakil dari badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan persatuan-persatuan masyarakat di setiap negeri seluruh negara, termasuk

pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat daerah,mukim dan kampung.

(d) Secara berterusan pelbagai aktiviti untuk turun padang mendekati rakyat dibawah
9

program-program

pendidikan

pengundi/ melalui

pendidikan pilihan raya (electoral education),

Hari Bersama Pelanggan, taklimat / ceramah di

IPTA/IPTS, pusat-pusat latihan, PLKN dan sbgnya. Tujuannya ialah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terutama golongan muda tentang hak mengundi dan tanggungjawab untuk masa depan negara.

(e)

Usaha untuk mengingatkan rakyat melalui saluran

media

cetak dan media elektronik juga digunakan secara meluas untuk memberi penerangan setiap isu berhubung dengan daftar pemilih dan urusan pilihan raya . SPR berharap dan menyeru kepada semua pihak lain yang berkenaan (kerajaan, parti-parti politik, NGOs, persatuan-persatuan masyarakat, Kolej/Univerisit, ibubapa dll.) supaya turut terlibat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan usaha menggalakkan rakyat supaya mendaftar. (f) Publisiti mengenai pendaftaran pemilih melalui sepanduk

dan risalah akan dikeluarkan secara meluas kepada umum di seluruh negara untuk mengingatkan rakyat supaya

mendaftar.

10

Melalui soal-selidik tahun 2006 menunjukkan

yang dijalankan itu juga telah

bahawa faktor utama mengapa golongan muda tidak

mendaftar adalah bukan faktor sistem atau kaedah pendaftaran tetapi lebih bersifat faktor-faktor peribadi dan sikap rakyat Malaysia.

Dapatan hasil kajian juga menunjukkan bahawa didapati kaum Melayu/Bumiputera,walaupun menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi tentang hak dan tanggungjawab, tetapi di waktu yang sama mereka

merupakan golongan utama majoriti yang telah memberi alasan-alasan peribadi mengapa tidak mendaftar.

Hakikatnya ialah sehingga Mei 2010 terdapat 4.3 juta rakyat yang masih belum mendaftar. Faktor peribadi dan sikap merupakan punca

utama. Walaupun kajian telah juga menunjukkan terdapat faktorfaktor lain, tetapi sikap rakyat yang tidak memberi keutamaan untuk mendaftar merupakan faktor utama.

Justeru, isunya

sekarang ialah usaha semua pihak

untuk

meningkatkan kesedaran rakyat tentang hak dan tanggungjawab yang


11

dijamin di bawah Perlembagaan yang perlu dilaksanakan. Buat masa ini bukan sistem dan kaedah pendaftaran yang perlu diubah. Baikpun sistem pendaftaran secara automatik atau pendaftaran secara on-line kedua-dua diakui ada kebaikan dan kelemahannya. SPR telah mengkaji secara mendalam mengenainya dan mendapati bahawa ia jika dilaksanakan akan membawa kepada pelbagai masalah lain yang amat sukar untuk diatasi. Oleh yang demikian, sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (SPPST) yang diguna pakai sekarang adalah

merupakan kaedah yang

terbaik dan sesuai untuk negara kita buat

masa ini. Setiap rakyat 21 tahun ke atas dan layak di sisi undangundang, atas kerelaan dan secara bebas tanpa paksaan, boleh

mendaftar sebagai pemilih pada bila-bila masa untuk mengundi dalam pilihan raya.

Apa yang perlu ditekankan sekarang ialah usaha semua pihak yang berkenaan kesedaran secara bersepadu membantu SPR dalam memberi rakyat supaya yang mendaftar. Ini merupakan

kepada

tanggungjawab semua mereka negara. Sebagai agensi aktiviti

prihatin kepada masa depan

bertanggungjawab, SPR akan menjalankan bahagian

pendaftaran secara agresif di setiap negeri, setiap


12

pilihan raya dan daerah mengundi melalui pelbagai saluran pendaftaran yang telah ditetapkan. Di waktu yang sama, parti-parti politik, NGOs dan persatuan-persatuan masyarakat perlulah serentak membantu dan berusaha untuk menarik rakyat supaya mendaftar sebagai pemilih.

Usaha memupuk kesedaran rakyat bukan hanya

tanggungjawab

SPR semata-mata, ia juga merupakan obligasi sosial (social obligations) semua pihak lain demi kesinambungan proses demokrasi melalui sistem pilihan raya di negara ini. kakitangan yang terhad, Walaupun dengan jumlah pegawai dan mampu menyediakan fasiliti, tenaga, Tentang usaha untuk

SPR

ruang dan peluang untuk rakyat mendaftar.

meningkatkan kesedaran (awareness) rakyat adalah seharusnya menjadi tanggungjawab semua pihak yang berkenaan. Dengan satu

pendekatan yang bersepadu ianya pasti akan dapat mengurangkan jumlah 4.3 juta rakyat yang belum mendaftar. ------------------------------------------------------

13

14

Anda mungkin juga menyukai