Anda di halaman 1dari 7

KESAN DIET GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala gendut senario biasa pada lelaki.

Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin, perempuan mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut. Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah disertai dengan kajian saintifik. Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu ia juga berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu. Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan proses urbanisasi dan globalisasi. Ramai orang tidak bergiat aktif, tidak bersenam dan mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemik yang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa di seluruh dunia terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk. Ironinya, negara seperti India yang dicatatkan sebagai negara yang memiliki kes kekurangan nutrisi yang tinggi juga menghadapi masalah ini.

Amalan diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan beratbadan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa dis edari. Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama. Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit. Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet. Ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan. Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga. Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat. Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Ramai tidak tahu otot adalah metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari. Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah. Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal

dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan. Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk. Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badanmenjadi lebih sukar.

PUNCA DIET Kenapa aku terfikir nak diet sekarang? 1. Cepat Penat Ini adalah sebab utama kenapa aku terfikir nak kuruskan sedikit badan aku. Jangan kata penat masa main sukan, malahan buat aktiviti harian pun aku dah mengah. Jalan kaki pergi ke kereta yang jaraknya beberapa puluh meter pun aku akan rasa nak mati. Naik tangga, jalan laju-laju nak masuk meeting atau bawa barang banyak... lagi lah teruk. Even sembahyang subuh 2 rakaat pun boleh berpeluh! Dengan kerja aku sekarang yang banyak kena travel, memang penat betul rasanya. Bila cepat penat akan effect banyak perkara, buat kerja pun malas, nak jalan dengan family berat hati... even nak kejar anak aku yang dah pandai jalan pun aku rasa membebankan. Produktiviti kehidupan semuanya slow. Penyakit berlengah, bertangguh, take it easy... semua akan muncul secara semulajadi.

2. Sakit Last few weeks aku kena sakit resdung. Sejenis resdung la, bukan resdung biasa yang melaratlarat dan terpaksa pakai lilin nak keluarkna ulat tu. Just ada mucus dalam saluran pernafasan. Hidung dan bawah mata rasa sakit. Then, aku pergi hospital untuk check. DEMC, hospital baru pindah kat seksyen 14, Shah Alam. Lepas x-ray, doctor biasa tak dapat nak pastikan sakit apa. Aku pun dioffer ke doctor pakar. Aku setuju dan dibawa ke Clinic ENT, tingkat 1. Doktor pakar tu, masukkan tiub fiber optic nak tengok keadaan dalam hidung aku. Barulah nampak ada hingus-hingus dalam gua-gua disepanjang laluan saluran penafasan. Then, dia dengan confident cakap Awak ni bangun pagi mesti rasa letih, kan?. Memang betul pun selama ni aku ingatkan sebab tak cukup tidor ke, atau day before aku kerja or main penat sangat. Tapi doctor tu terangkan tak kiralah berapa lama aku tidor, bila bangun akan still rasa penat. Seingat-ingat aku betul juga, tak kira aku tidor macam baby pun let say from 10 pm to tengah hari esoknya, masih akan rasa penat. Then, doctor tu ceritakan pasal kegemukan aku menyebabkan oksigen tak dapat nak dihantar ke otak dan organ-organ lain dengan lancar. Jadi semasa tidor, organ-organ aku akan kerja lebih compare to orang lain just to get an oxygen supply. Sepatutnya, time tidor organ kita semuanya rehat produktiviti slow tapi untuk case aku tidak. Sama je macam aku berjaga. In case satu hari, organ-organ gagal dapat oxygen time aku tidor, aku akan MATI! Apnea ke apa ntah nama kematian tu. Kira tidor tak bangunbangun aduh!... ini dah kes berat. Then, menurut doctor tu lagi kalaupun kejadian tu tak berlaku organ-organ aku akan still cepat rosak. Yelah, in theory compare dengan orang lain, organ-organ aku everyday kena buat overtime, confirm lah cepat kaput. We talking about major organ macam otak, jantung, buah pinggan, etc. Dammn! Kesan dari situ lah juga yang membawa kepada penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya. Bottom line, macam semua orang tahu orang gemuk lebih dekat dengan penyakit. Memang lah ajal maut ditangan tuhan, but still kalau kita yang undang penyakit datang, sapa lagi boleh disalahkan....

3. Tak Mampu Dah Nak Beli Pakaian

Ini standard la kot. Sesiapa yang pernah gemuk atau kenal orang gemuk memang merungut susah cari baju. Tapi sekarang tidak lagi. Senang senang nak dapatkan baju size besor. Cuma kena readykan duit je lah. Ada beberapa kedai even shopping complex yang ada section khas untuk size XXXL ke atas. Tapi harga memang cekik darah. Baju cap ayam, tapi harga macam branded. Jeans pendek pun beratus-ratus ringgit. T-shirt takde kolar pun cecah RM80 RM90. Bawah RM50 memang takde. Kemeja, seluar slack, jaket toksah citer lah. Sakit je hati aku. Then, sebab badan aku selalu naik almost every 6 months aku kena beli satu set yang baru, t-shirt, kemeja, seluar, tali pinggang kadang-kadang tak sampai 6 bulan dah kena beli. Aduhai! Nak beli size paling besor terus, nampak gelebeh la pulak so, terpaksa lah spend beratus-ratus hanya untuk beberpa helai pakaian biasa.

4. Imej Corparate Something yang agak sensitive dan mungkin tak berapa penting. Aku pun takde la fikirkan sangat benda ni, sampai lah beberapa insiden berlaku kepada aku recently. Lepas aku berhenti kerja beberapa bulan lepas, masa dalam proses nak join company baru, sebab aku ni boleh tahan famousnya dalam industry yang aku keja ehem..ehem, aku dapat beberapa phone calls. Phone calls ni kira macam offer aku kerja tak kiralah dari member yang aku kenal or dari sesiapa entah yang dapat nombor aku dari kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan aku, kononnya. So, aku just layan lah tak rugi pun survey market diri sendiri. Ada yang panggil interview, ada yang ajak lepak-lepak minum, ada juga yang terus suruh kerja.. Hahaaha (bangga2)! Yang menariknya, almost all komen the same thing. Tak kisah lah, member lama ke atau baru kenal, tak kira mereka memang nak aku kerja or dah nak reject tapi point ini mesti ada. They put it in very nice way lah, macam-macam lenggok bahasa tapi hakikatnya mereka nak kata Kau ni gemuk sangat, nak bergaya pun susah, nampak selekeh, mencemar imej organisasi kami Huhu..! Sedih.sedih. Again, they use the nicest words lah, taknak bagi aku kecil hati. Tapi aku faham maksud mereka. 2nd kes pulak, aku tak boleh nak mention secara details. Cuma ada seorang VVIP yang agak berpengaruh. Dia straight forward je nasihat aku suruh kuruskan badan. Dia kata, kebanyakkan orang berkedudukan, tak kiralah politician, kerabat, businessman berjaya, etc they hate dealing with orang gemuk. Aku malas nak dia elaborate more, aku setuju je lah. Yela kot, gemuk ni mencerminkan imej yang kurang enak lambat, lemah, selekeh, dan macam-macam lagi.

5. Anak Sebab sebenar, sebab terbesar aku decided untuk berdiet adalah kerana anak. Padahal semua reason kat atas tu dah lama wujud dalam kehidupan aku, dari dulu lagi dah menghantui fikiran aku. But aku cuma abaikan je, prinsip tak peduli dan terus berseronok memang best. Tapi, betul la kata-kata orang yang pernah aku dengar dulu, bila kita dah berkeluarga barulah kita akan lebih appreciate our life. Aku nak cari rezeki seboleh mungkin untuk kebahagian family, aku tak nak bazirkan duit untuk beli baju setiap bulan, aku tak nak sakit yang kronik, aku tak nak mati cepat. Aku nak tengok anak bujang aku membesar. To be more emotional and sentimental, aku harap biarlah aku meninggal dunia tatkala anak aku cukup besar untuk tolong angkat keranda dan cukup dewasa untuk mendoakan aku. Or, kalau tengok gambar atas tu, biarlah sampai dia dah pandai drive kereta sendiri... bukan dok sibuk main stereng kereta aku. Hahahhaa....

So, aku decided aku nak start my diet regime. Aku chose carbohydrate diet or famously know as Atkins Diet. Reason utamanya adalah kerana diet ni melarang kita dari berasa lapar, kan ke best tu Korang search la sendiri kat internet pasal diet ni. Aku pun bukan memandai pilih diet ni, wife aku pun rekomen almost the same konsep, then kawan-kawan pun ramai yang agreed. Jadi, bermula last week... 25 October aku start la berdiet. Menurut kata orang yang pengalaman dalam hal diet ni, kita kena beritahu seramai mungkin kenalan yang kita berdiet. Reasonnya cuma satu, untuk kuatkan semangat. So, kalau nak putus asa tu, ada la rasa malu sikit kot. Hahaha...! So, mana lagi tempat paling best nak annouce, takkan aku nak promote dalam media pulak... Facebook lah.... Berduyun-duyun lah kawan-kawan komen. Standard la, ada macam-macam jenis komen... bagi support, bagi tips, kutuk2 gurau (kot), bagi pesanan.... macam-macam. Satu lagi benda best, sekarang ni kalau jumpa kawan-kawan lama or even kawan-kawan baru, topik aku berdiet akan jadi salah satu bahan bualan. Seronok juga dengar pendapat kawan-kawan. Ada yang logik, tak kurang juga yang mengarut. Baru aku tahu ada pelbagai jenis diet, Beer diet pun ada... kira minum beer je for few months, pun boleh jadi kurus... macam-macam. Nanti bila dah kurus, aku akan pilih salah satu produk supplement yang sesuai dan mula promote. Untung-untung, boleh jadi another raja MLM.... nantii nama aku akan dijaja diseluruh pelusuk negara, dalam dewan-dewan dan di kedai-kedai mamak masa sessi TT (table talk).... Hahhahahha...! Apa pun... wish aku all the best!

Assalamualaikum, Aku tengok sekarang ni, ramai berlumba-lumba nak diet la, kalau yang dah kawen tu, diet tu penting sebab nak pikat hati suami la, kalau student pulak main belasah je diet nya, sampai tak makan nasi berminggu-minggu, korang[student] ingat dengan tak makan nasi berminggu-minggu tu otak korang boleh berfungsi dengan lancar ke untuk korang study? serius tak boleh, percaya la, dengan tak exercise lepas tu tak makan nasi?tak ke sadis tu? so, cara-cara nak diet dengan betul dengan cara yang senang; 1. korang kena makan! simple kan? tapi korang tak makan, sebab nak diet, salah tu.. apa motif aku cakap macam ni? sebab kita ni manusia, makanan tu adalah perlu, kalau tak makan, metabolisme kita akan rendah, sebab tak ada lemak nak di bakar, *fikir logik, nak guna saintifik punya perkataan, tak reti sebab bukan doktor*so, breakfast, makan tengah hari pukul 12, makan malam sebelum maghrib, korang boleh buat? ce cuba..ce cuba.. korang percaya tak, korang mesti takut nak makan ayam, dan benda-benda berlemak sebab takut gemuk kan? okay macam ni, contoh la student, kita duduk hostel lepas tu asyik beli makanan kat hostel hari-hari tanpa masakan mak atau masakan kita kan? mesti kita fed up, dah la nak diet tapi makanan bergoreng je ada, korang pun main belasah je la beli kan, salah tu, sebab fikiran korang asyik tertumpu kat makanan bergoreng SAHAJA! sebenarnya, banyak lagi makanan, boleh cari korang je malas, contoh makanan, makan la makanan berebus, contoh macam sup, okay mesti bosan setiap hari nak makan sup kan, setiap hari tukar la, sup ayam, sup daging, sup sayur...nak diet punye pasal, mesti boleh kan? *korang yang kawal otak korang, bukan otak korang kawal korang* lepas tu ada orang cakap, makanan hostel ni banyak yang pakai ajinamoto? okay, aku pun tak dapat tolong benda ni, sebab tu kalau duduk rumah sewa, aku selalu masak je =) 2. orang pikir dengan makan biskut je, boleh diet? salah tu... korang beli biskut apa? hahaha..okay, bagi kita mesti nak biskut yang best, ada perasa nak-nak coklat, *omak ai...makan biskut orea tak hingat dunio, sampai habis satu packet* salah tu..sebab.. sebelum korang beli biskut tu, korang baca tak ingredient kat luar packet tu? ada baca detail tak? mesti tak kan....?? okay, ni aku nak bagitau, biskut sekurang-kurangnya, korang boleh makan 3 keping sehari sahaja mungkin sebab kandungan gula yang tinggi, so aku tak nak tanggung kalau korang senang kena kencing manis, lepas tu dengan pewarna yang dorang guna lagi, so tak elok la makan banyak-banyak... info: ada orang cakap, boleh tak kalau kita nak minum air kotak, contoh air kotak susu kan, untuk breakfast, aku? bagi aku boleh je, asalkan tak berlebihan sampai satu hari berkotak-kotak kan? macam biskut jugak, ada had 3keping satu hari, air kotak better la korang minum sekotak sehari sahaja..

3. jangan makan malam, after pukul 10 atau 11 ke atas... benda ni pun orang susah nak ikut, sebab apa? malas.... korang tau tak, pada waktu ni usus korang sepatutnya dalam keadaan rehat? bukan nya still makan makanan berat lagi semua, ni la contoh orang melayu zaman sekarang, lepak-lepak kat kedai pada waktu malam, tidur lepas tu sampai la ke siang, dah tu proses penghadaman dalam masa 4 jam kot, korang makan, lepak duduk tak buat apa-apa aktiviti, balik rumah tidur! perut buncit!? kadang-kadang badan lesu tau, sebab salah satu proses tak berjalan dengan lancar dalam badan kita, sebab tu la.. okay, aku bagi 3 basic diet dalam hidup je, sebenarnya ada lagi kena exercise kan? itu korang sendiri mau ingat la, memang manamana dalam proses diet tu, exercise penting, tapi kalau 3 basic kat atas pun korang tak boleh buat, exercise lagi la malas kan? haha..

p/s: selamat ber-DIET! =D p/s: senang je nak diet, breakfast minum milo/teh-o panas dengan roti/bijiran, makan tengah hari nasi separuh+ikan/ayam+sayur dengan air buah, makan malam pula sup sayur/taufu fa/mihun sup/sandwich/ buah-buahan dengan air kosong.... =D *eyh, exercise 3 kali seminggu/ naik basikal je*

*metabolism(sesuatu proses dlm badan[pembakaran lemak] yang mengubah pemakanan yg kompleks [carbohaidrat n proten dll] kpd lebih mudah [tenaga]) : rendah (malam n pagi) & tinggi (tengahari) *nasi kurang lebih protein

Anda mungkin juga menyukai