Anda di halaman 1dari 23

FALKULTI : TEKNOLOGI MAKLUMAT

SEMESTER / TAHUN : MEI 2011

KOD KURSUS

TAJUK KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

871108385277001 871108-38-5277 013-9321001/017-9260086 eDans_eXnet@yahoo.com OUM KELANTAN

ISI KANDUNGAN
TAJUK # Pendahuluan # Tun Abdul Razak Hussein Kehidupan Peribadi Pendidikan Kerjaya Dasar-Dasar Foto-Foto Tun Abdul Razak Hussein # Tun Mahathir Mohamad Kehidupan Peribadi Pendidikan Kerjaya Politik Dasar-Dasar Foto-Foto Tun Mahathir Mohamad # Penutup MUKA SURAT 3-4 5 - 11

12 - 20

21 - 23

PENDAHULUAN
Berdasarkan fakta sejarah, segala pembangunan, kejayaan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek. Sebaliknya laluan rakyat Malaysia untuk mencapai tahap seperti ini penuh liku dengan segala kisah perjuangan suka duka, mencari kemerdekaan dan pembangunan untuk rakyat jelata. Tanah air kita pernah dijajah oleh tiga bangsa dari Barat bermula Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris dan tidak terkecuali Jepun selama lebih 400 tahun sehingga kedaulatan bangsa dan keagungan zaman Kesultanan Melaka hancur dan lenyap. Daripada negeri-negeri yang terpisah dan terjajah, kini Malaysia terbentuk sebagai sebuah negara yang bersatu padu, cemerlang dan merdeka. Malaysia kini begitu maju dan rakyatnya hidup aman makmur sehingga bersedia mengharungi segala cabaran. Kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bercampur dalam satu kelompok masyarakat yang harmonis. Segala pencapaian Malaysia pada masa kini mahu tidak mahu harus diakui bertolak daripada kepimpinan para Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai segala formula untuk membentuk satu negara yang maju, aman dan sentosa. Kini Malaysia mencapai tahap kecemerlangan luar biasa. Kita sudah berjaya menggapai puncak Everest, mengelilingi dunia, mempunyai bangunan tertinggi, tahap ekonomi yang mapan, situasi dalam negara yang makmur serta harmonis dan kita kini menuju sebuah negara maju-maju dalam segala hal. Kejayaan pembangunan, keharmonian negara dengan pelbagai kaum, berbilang bangsa dan agama hidup dalam aman dan makmur serta pelbagai kejayaan yang diraih Malaysia dalam segala hal hingga ke peringkat antarabangsa sememangnya banyak bertolak dari kepimpinan enam 3

Perdana Menteri Malaysia. Sebagai pemimpin negara, kebijaksanaan, keadilan dan keyakinan mereka menjadi tonggak kejayaan negara. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mempunyai dasar dan pemikiran tersendiri untuk mencongak dan mengatur bangsa dan negara agar menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat untuk sepanjang zaman.

TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN


KEHIDUPAN PERIBADI Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan". Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang. Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir. PENDIDIKAN Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas

dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkanbiasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London. KERJAYA Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun. Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Selepas pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan Menteri Pertahanan. Pencapaianpencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali 6

sebagai "Buku Merah".

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEP) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEP menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya: ~ menghapuskan kemiskinan ~ menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum. Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik. Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan. DASAR # Menuntut kemerdekaan Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat draf-draf untuk dimuatkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan menyertai rombongan menuntut Kemerdekaan ke London pada tahun 1956. # Dasar Pendidikan

Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan Penyata Razak 1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan penyata ini adalah mendukung bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Dengan menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan kandungan pelajaran yang sama di semua sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari berbagai kaum dapat disemai. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang sihat dan berpelajaran sebagai sumber tenaga pembangunan. # Pembangunan Luar Bandar Tun Razak menganggap apa yang penting dalam sistem demokrasi ialah keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan negara. Maka beliau telah mewujudkan satu gerakan pembangunan luar bandar dengan merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai Buku Merah yang dilengkapi dengan Bilik Gerakan yang mencatatkan butir-butir rancangan setiap daerah termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancanganrancangan tersebut. Melalui usaha ini maka terbentuknya pelbagai agensi Kerajaan untuk mencapai matlamat itu termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Negeri-Negeri. # Membangunkan Ekonomi Bumiputera Di waktu Tun jugalah melihat penyertaan orang-orang Melayu dan bumiputera secara lebih pesat dalam perniagaan khasnya dengan penubuhan agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), PERNAS dan lain-lain hasil dari cadangan-cadangan oleh Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan. Segala bentuk pembangunan yang dinikmati oleh rakyat masa kini adalah sebahagian besarnya atas daya usaha dan kemahuan tegas dari Tun Abdul Razak. # 13 Mei dan Pembentukan Rukun Negara Setelah pilihan raya Mei 1969, satu bencana perkauman telah meletus di Kuala Lumpur 8

yang dikenali Peristiwa 13 Mei di mana kaum Melayu dan Cina telah berselisih faham sehingga mengorbankan nyawa. Keadaan darurat telah diisytiharkan dan negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak yang memerintah secara decree. Sebagai Pengarah MAGERAN, Tun Razak berjaya memulihkan keamanan, memupuk keharmonian dan muhibbah dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan. Hasil dari perbincanganperbincangan dalam Majis Perundingan Negara, maka lahirlah Rukun Negara, iaitu prinsip-prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum dan bertujuan mencapai kemajuan bangsa dan negara. # Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pada pertengahan tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru yang begitu bermakna telah diperkenalkan. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Wujudnya DEB dan Rukun Negara telah memberi satu dorongan dan semangat baru kepada rakyat untuk maju setapak lagi ke depan dalam perjuangan mereka ke arah memupuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Pada masa yang sama, peristiwa 13 Mei semakin dilupakan dan sehingga hari ini, Malaysia terus makmur dengan keseimbangan dalam segala hal di antara semua kaum # Pembentukan Barisan Nasional Selepas kegiatan politik dipulihkan pada tahun 1971, Tun Razak telah menubuhkan beberapa biro di bawah UMNO bagi mengukuhkan lagi parti itu. Dalam masa yang sama juga, parti-parti politik telah digabungkan di bawah satu bumbung -- Barisan Nasional (BN) pada 1974. Dengan pembentukan BN, Tun Razak berjaya menukarkan politik konfrantasi di negara ini kepada politik akomodasi dan dialog. Sehingga kini BN bukan saja dianggotai oleh parti MCA dan MIC tetapi juga meliputi parti-parti dari kalangan pelbagai kaum khususnya dari Sabah dan Sarawak. 9

# Dasar Kebudayaan Nasional Dalam tahun 1971 yang bersejarah itu juga, dasar kebudayaan nasional telah diperkenalkan oleh Tun Razak. Kebudayaan ini adalah berteraskan unsur-unsur tempatan rantau ini, Islam dan unsur-unsur yang sesuai dari kebudayaan-kebudayaan lain. Beliau juga telah mewujudkan Hadiah Sastera untuk karya-karya yang bermutu dalam bidang kesusasteraan.

10

FOTO-FOTO TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN

Tun Razak (tengah) mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional selepas ditubuhkan pada 1974 - Gambar Utusan -

Tun Razak berbual mesra dengan pemimpin-pemimpin dari Persatuan Cina Malaysia (MCA) dalam satu pertemuan. - Gambar Utusan -

Tun Razak berbincang sesuatu dengan para pemimpin Kongres India Malaysia (MIC) - Gambar Utusan -

Tun Razak mengadakan pertemuan dengan rakyat bagi meredakan ketegangan kaum yang tercetus pada Mei 1969 - Gambar Utusan -

11

TUN MAHATHIR MOHAMAD


KEHIDUPAN PERIBADI Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dari [Kerala], India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki Melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran Inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire). Tun Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan 12

projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai. Selepas persaraannya, nama Tun Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia. PENDIDIKAN Tun Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Tun Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia. KERJAYA POLITIK Tun Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan 13

pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli.

Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undiundi orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Tun Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Tun Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagaisenator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran 14

dalam kabinet Tun Abdul Razak.

Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Tun Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Tun Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Tun Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan. DASAR # Dasar Pendidikan Tinggi Sebagai Menteri Pelajaran mulai 1974, beliau telah membuat banyak perubahanperubahan ke arah memesatkan lagi perkembangan pelajaran termasuk menambah bilangan pelajar-pelajar Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi. Penubuhan Universiti Utara Malaysia iaitu universiti keenam di Malaysia juga adalah atas usaha beliau. # Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran yang dicetuskan oleh Tun Mahathir 15

bertujuan membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; menubuhkan sebuah 'negara bahagia', menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. Bertolak dari dasar ini juga lahirnya usahausaha lain termasuklah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, penubuhan institusi kewangan bercorak Islam seperti Bank Islam dan Syarikat Takaful iaitu syarikat insurans yang bercorak Islam. Begitu juga Undang-undang Keluarga Islam telah mula dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia. Ini merupakan langkah-langkah besar yang memberi kesan ke atas masyarakat Islam di Malaysia, malah menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain dalam menghadapi tuntutan-tuntutan hidup zaman moden. # Bersih, Cekap dan Amanah Pada pertengahan April 1982, Tun Mahathir telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar bagi di- jadikan amalan kepada semua golongan di negara ini. Dasar ini dilancarkan berasaskan hakikat bahawa pembangunan dan kejayaan sesebuah negara bergantung antara lain kepada nilai-nilai hidup dan etika kerja yang positif di kalangan pekerja-pekerjanya. Oleh itu, nilai-nilai ini harus ditanamkan di jiwa semua pekerja dan rakyat. Objektif utama dasar ini adalah mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti dan mutu. # Kepimpinan Melalui Teladan Pada 19 Mac 1983, konsep Kepimpinan Melalui Teladan diperkenalkan. Tujuan kempen ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota Kerajaan Malaysia. Matlamat kempen ini pula adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang Bersih, Cekap dan Amanah. Kepimpinan Melalui Teladan adalah satu dasar yang bertujuan mengubah sikap untuk mencapai dan memperkukuhkan nilai16

nilai bagi mempertingkatkan etika kerja dan daya pengeluaran negara. Ia selaras, seimbang den berdamping dengan dasar-dasar lain seperti Dasar Pandang Ke Timur, Bersih, Cekap dan Amanah dan Penerapan Nilai-nilai lslam Dalam Pentadbiran. # Dasar Pandang Ke Timur Dasar ini telah diumumkan oleh Tun Mahathir pada 8 Februari 1982 ketika Persidangan Tahunan Kelima MAJECA/JAMECA di Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara-negara di Timur seperti Jepun dan Korea dan mengubahsuaikannya dengan keadaan di Malaysia. Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu berjaya membangun dengan pesatnya, malahan di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk mempertingkatkan kemajuan negara. Dasar ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan perdagangannya dengan rakan-rakan yang sedia ada ataupun memberi keutamaan kepada import barang-barang dan perkhidmatan dari Jepun dan Korea. Kerajaan akan terus mengamalkan dasar perdagangan terbuka dengan semua negara kecuali Israel. # Dasar Persyarikatan dan Penswastaan Sebagai seorang yang mempunyai visi, Tun Mahathir percaya bahawa dengan sumbersumbernya yang kaya Malaysia boleh dijadikan sebuah ekonomi yang moden dan setanding dengan negara-negara lain ke arah itu beliau telah melancarkan konsep Persyarikatan Malaysia dan penswastaan yang merupakan ciri-ciri perlaksanaan Dasar Pandang ke Timur. Melalui konsep ini, syarikat swasta digalak mengembangkan perusahaan masing-masing bagi membawa keuntungan yang besar kepada negara dan faedah-faedahnya tersebar kepada rakyat. # Dasar Perindustrian Negara 17

Tun Mahathir memberi tumpuan khusus kepada perkembangan industri berat dengan mewujudkan Dasar Perindustrian Negara bertujuan menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara, menggalakan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara serta meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan serta memastikan teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian. Antara langkah yang diambil termasuk memajukan industri automotif tempatan melalui HICOM, pengeluaran besi waja melalui Perwaja dan lain-lain. Dengan usaha-usaha gigih Dr. Mahathir, Malaysia telah berjaya menghasilkan kereta nasionalnya sendiri dinamakan Proton Saga, yang menjadi satu kebanggaan seluruh rakyat serta membuka lambaran baru dalam bidang industri negara. # Wawasan 2020 Wawasan ini bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan (framework of action) bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. # Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP-2) dari tahun 1991 hingga 2000 yang telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. DPN telah dilancarkan oleh Tun Mahathir pada 17 Jun 1991. Objektifnya ialah menjadikan perpaduan negara akan kekal sebagai matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk 18

memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan langkah permulaan ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran Kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. Seperti Dasar Ekonomi Baru, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di antara golongan kaya dengan miskin dan juga di kalangan kaum etnik. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara. # Semangat Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! merupakan satu cetusan semangat yang diilhamkan oleh Tun Mahathir. Ia pada asalnya digunakan untuk meningkatkan semangat perjuangan para atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989 bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa sahaja seperti mana orang lain. Hasil daripada semangat Malaysia Boleh!, pencapaian para atlet negara sangat luar biasa dan menjadi negara pengumpul emas kedua terbanyak di kejohanan tersebut. Semangat tersebut kini bukan saja diterapkan dalam sukan malahan untuk segala bidang dan menjadi pendorong bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Semangat inilah yang menjadikan rakyat Malaysia mampu mencatatkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam segala bidang termasuk ekonomi. Berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar secara solo, kecemerlangan di Sukan Komanwel XX - KL98 dan lain-lain.

19

FOTO-FOTO TUN MAHATHIR MOHAMAD

Dr. Mahathir melancarkan Proton Putra GTi pada 1998 hasil keluaran terbaru DRB Hicom. - Gambar Utusan -

Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putra (kanan) di Putrajaya yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir menjadi salah satu mercu tanda kemegahan Malaysia, - Gambar Utusan -

Kejayaan termegah rakyat Malaysia. Dr. Mahathir menjulang tangan Datuk Azhar Mansor yang berjaya mengelilingi dunia secara solo menggunakan perahu layar pada 1999. - Gambar Utusan -

Mahathir membonceng motorsikal ketika meninjau pembangunan di Langkawi, pada 1994 - Gambar Potret Mahathir -

Dr. Mahathir sering menjadi tumpuan termasuk kanak-kanak setiap kali beliau turun menemui rakyat jelata - Gambar Potret Mahathir 20

PENUTUP
Era pemerintahan Tun Razak sebagai Perdana Menteri (1970 hingga 1976) boleh dianggap sebagai titik permulaan negara ke arah sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi, khususnya di kalangan bumiputera. Walaupun ketika beliau memimpin negara ini telah tercetusnya satu rusuhan berdarah yang melibatkan kaum Melayu dan Cina pada 13 Mei 1969, tetapi atas ketegasan, kebijaksanaan dan kesabaran beliau, akhirnya sengketa itu dapat diredakan. Malahan beliau berjaya mengukuhkan kembali hubungan antara kaum di negara ini melalui pelbagai idea dan gagasan serta dasar yang diperkenalkan. Beliau menyedari punca utama berlakunya konflik tersebut adalah akibat rasa tidak puas hati di kalangan kaum Melayu terhadap kaum lain yang lebih berjaya. Oleh sebab itu dasar-dasar yang diperkenalkan itu banyak melibatkan usaha menyamaratakan kekayaan antara semua kaum di negara ini. Pelbagai langkah diambil untuk membolehkan kaum Melayu maju dalam perniagaan. Dasar Ekonomi Baru (DEB), pembentukan Barisan Nasional serta pengwujudan Rukun Negara adalah antara beberapa langkah yang berjaya menjadikan seluruh rakyat di negara ini hidup aman makmur sehingga ke hari ini. Malahan kaum Melayu terus maju dan menyamai taraf ekonomi kaum Cina dan India. Tun Razak merupakan Perdana Menteri yang banyak membentuk negara ini ke arah sebuah negara yang maju dalam segala bidang, khususnya dari segi ekonomi dan sosial. Hasil usaha dan kejayaan itulah beliau digelar Bapa Pembangunan Malaysia. Dasar-dasar yang diperkenalkan itu bukan saja diteruskan oleh para pemimpin lain

21

selepasnya, malahan masih diterima pakai sehingga ke hari ini. Jika Tun Abdul Razak dianggap sebagai Perdana Menteri yang membawa kaum, Tun Mahathir (1981 hingga sekarang) boleh dikatakan membawa negara ke arah kemajuan di segala bidang. Tun Mahathir telah berjaya menjadikan Malaysia ke arah kemodenan dan kemajuan. Cita-cita beliau untuk melihat Malaysia setaraf dengan negara maju dari segi pembangunan dan kehidupan rakyat. Bapa Pemodenan Malaysia ini banyak membawa dasar-dasar yang merintis ke arah negara maju berdasarkan Wawasan 2020, iaitu dasar untuk meletakkan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Dasar pandang ke Timur, dasar pembangunan negara, penswastaan dan lain-lain adalah antara dasar ke arah matlamat itu. Bagi mencetuskan semangat bahawa rakyat Malaysia berkeupayaan menandingi bangsabangsa lain, melalui slogan Malaysia Boleh! ternyata membawa satu semangat baru bagi seluruh rakyat dari pelbagai kaum untuk memajukan diri. Hasilnya, Malaysia kini bertukar dari sebuah negara yang bergantung kepada hasil pertanian menjadi sebuah negara industri serta berteknologi. Kereta buatan Malaysia - Proton, pembangunan Koridor Raya Multimedia, perkembangan industri berat dan lain-lain adalah bukti kejayaan keberkesanan dasardasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Keempat ini. Malaysia juga kini boleh bermegah kerana banyaknya mercu tanda kejayaan pembangunan negara seperti Menara Kembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Litar F1 di Sepang dan lain-lain. Semua ini membuktikan

22

bahawa Malaysia kini ke arah negara maju setanding dengan negara-negara maju lain. Begitu juga dari segi pencapaian individu rakyat seperti penaklukan puncak Everest, mengelilingi dunia secara solo dengan perahu layar, menjejakkan kaki di Kutub Utara dan lain-lain bertolak dari dasar dan semangat yang dicetuskan oleh Tun Mahathir. Pencapaian ekonomi negara juga dianggap antara yang terbaik di rantau ini dan dunia termasuk kejayaan beliau mengatasi kegawatan ekonomi pada pertengahan 1997 hingga 1998 lalu. Kini Malaysia semakin pulih dan pemulihan ekonomi negara adalah kerana kebijaksanaan dan ketegasan Tun Mahathir.

23