Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN Islam yang bertapak sejak sekian lama di Alam Melayu telah menjadi sumber rujukan utama dalam

aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Hal tersebut terbukti dengan termaktubnya Islam sebagai agama rasmi dan sumber kepada perundangan, seperti tercatat dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang. Kini agama Islam mendapat tempat di dalam Perlembagaan Malaysia dan masih menjadi isu dalam konteks kehidupan sosial, budaya dan politik Malaysia. Malah, didalam Perkara 3(1) telah menegaskan bahawa agama Islam ialah agama Persekutuan tetapi agama- agama lain juga boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. Hal ini, boleh didefinasikan melalui ayat suci al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 256,Tidak ada paksaaan dalam menganut agama, sesungguhnya telah jelas petunjuk itu dalam kesesatan. Bermaksud, Islam sebenarnya memberi kebebasan kepada masyarakat bukan islam untuk mengamalkan tradisi budaya serta amalan keagamaan mereka sendiri. Agama Islam amat menekankan tentang keamanan sejagat, ia bukan sekadar memberi perhatian terhadap diri sendiri atau umat sendiri sahaja, malah turut menekankan betapa pentingnya keamanan sesama umat manusia tanpa mengira agama dan bangsa dalam ayat yang bermaksud; Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami mencipta kan kamu terdiri daripada lelaki dan wanita dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersukupuak, supaya kamu saling kenal mengenali (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuan-Nya (al-Hujuraat: 13)

Agama islam juga menekankan nilai- nilai murni seperti toleransi, mencintai keamanan serta semangat setia kawan sesama manusia tanpa mengira status, agama serta warna kulit. Hal ini juga diimplikasi dalam agama-agama yang lain seperti buddha serta hindu. Toleransi merupakan satu pegangan hidup dalam masyarakat boleh diertikan sebagai tidak fanatik, tidak mementingkan diri sendiri, mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat serta tolak ansur.Sikap toleransi yang ditonjolkan oleh umat Islam kepada masyarakat bukan Islam bukan merupakan simbol kepada kelemahan atau ketakutan tetapi ia merupakan prinsip kepimpinan dalam Islam ketika memimpin sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama. Selain menghormati manusia lain dari segi keturunan, bangsa dan budayanya, Islam juga menganjurkan agar umatnya memelihara hubungan dengan penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah alMuntahanah yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama; dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Firman Allah ini dengan tegas menunjukkan bahawa umat Islam dikehendaki berlaku baik dan bersikap adil kepada penganut agama lain. Ayat ini juga tidak melarang umat Islam untuk bergaul secara baik serta bersikap jujur terhadap penganut agama lain, selama mereka tidak memerangi Islam dan tidak mengusir umat Islam dari kampung halamannya. Ini membuktikan bahawa sistem masyarakat dalam Islam amat terbuka dan dapat diterima oleh semua bangsa dan agama. Sebagai kesimpulannya, agama islam adalah agama yang amat mementingkan toleransi sesama agama yang lain supaya kita dapat hidup dengan harmoni dan aman damai.
2

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK Asas-asas hubungan etnik terdiri daripada berkenal-kenalan, persefahaman,

bekerjasama, saling menjamin, persaudaraan dan berkasih sayang. Asas pertama ialah berkenal-kenalan kerana menjadi fitrah manusia untuk hidup, berkasih sayang dan saling berhubung antara satu sama lain. Berkenalan bukan sahaja dengan hanya mengetahui nama dan tempat tinggal, masyarakat juga boleh mengetahui kedudukan seseorang, corak kehidupan seharian, budaya bangsa, etnik asal dan sebagainya. Asas yang kedua pula ialah persefahaman. Ia bertujuan untuk mencapai kehidupan yang harmonis dan sejahtera. Persefahaman boleh diamalkan apabila masyarakat telah saling mengenali antara satu sama lain dan mereka berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai hidup murni. Amalan tersebut dapat dilaksanakan melalui program kemasyarakatan seperti gotong-royong, beriadah atau bersukan. Keadaan ini dapat memudahkan masyarakat untuk saling tegur-menegur sekiranya terdapat kecacatan atau kelemahan dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama. Seterusnya, asas ketiga yang dapat mewujudkan hubungan sosial yang mantap ialah wujudnya kerjasama, tolong-menolong dan saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan masyarakat majmuk. Bekerjasama dalam masyarakat pelbagai etnik bertujuan ke arah kebaikan dan mengelakkan musibah demi mencapai kepentingan bersama. Pertolongan yang dimaksudkan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti tenaga, harta benda dan masa. Pertolongan dari segi tenaga dapat dilakukan dengan membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan atau kesulitan. Selain itu, pertolongan dalam bentuk harta benda merangkumi bantuan kewangan dan barang-barang keperluan seharian. Pertolongan juga wujud dalam bentuk pengorbanan masa, iaitu bekerjasama dalam hal yang memberi manfaat seperti memberi nasihat, tunjuk ajar, kuliah, ceramah dan sebagainya.

Selain itu, asas kehidupan masyarakat juga ialah sentiasa bersedia untuk saling melindungi antara satu sama lain. Keadaan ini dapat melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk membantu masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan. Saling menjamin dapat dilaksanakan melalui sekurang-kurangnya tiga peringkat utama, iaitu individu, keluarga dan masyarakat. Pada peringkat individu, setiap individu harus menjaga dan menyediakan diri sendiri untuk menjadi seorang yang baik. Setiap individu mesti berperangai baik kepada individu lain. Pada peringkat keluarga, setiap individu harus menjaga hubungan baik dengan kaum kerabat, terutamanya ibu bapa. Mereka hendaklah memenuhi hak, tanggungjawab dan kewajipan sebagai anak dengan membelanjakan harta benda untuk ibu bapa. Pada peringkat masyarakat pula, individu tersebut dapat menolong mereka yang lemah dan membantu orang yang miskin. Asas hubungan etnik yang seterusnya ialah persaudaraan, yang bermaksud perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat sekali ibarat isi dengan kuku (Kamus Dewan, 2005). Setiap orang terikat antara satu sama lain dengan pertalian akidah Islam, ikatan iman dan takwa. Justeru, pendekatan Islam Hadhari menekankan konsep persaudaraan bukan sahaja dalam bentuk kata-kata, tetapi juga dengan perasaan yang penuh jujur dan ikhlas. Asas yang terakhir ialah berkasih sayang. Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dibajai dalam sanubari setiap anggota masyarakat. Kesan daripada lahirnya sifat kasih sayang akan timbulnya rasa cinta bukan sahaja terhadap diri sendiri, malahan kepada seluruh warga masyarakat walaupun berlainan kaum dan agama. Sifat kasih sayang juga mampu mengikat hubungan kemesraan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.

APLIKASI MALAYSIA

HUBUNGAN

ETNIK

DALAM

KEHIDUPAN

MASYARAKAT

Segala asas hubungan sosial yang harmonis dapat diwujudkan melalui kemesraan dalam berkomunikasi, budaya ziarah-menziarahi, mengambil berat, hormat-menghormati serta bersama dalam membuat keputusan. Kemesraan dalam berkomunikasi dapat dilakukan dengan bertegur sapa serta memberi salam atau ucap selamat, mengukir senyuman ketika bertemu serta memberi perhatian sewaktu bercakap dengan seseorang. Masyarakat harus mengelakkan diri daripada bersikap sombong terhadap orang lain kerana ini akan menimbulkan sikap negatif serta akan merenggangkan hubungan antara masyarakat itu sendiri. Selain itu, hubungan mesra juga dapat diwujudkan melalui budaya ziarah-menziarahi atau kunjung-mengunjungi. Waktu untuk berziarah dan keizinan hendaklah diperolehi terlebih dahulu serta memberi salam kepada penghuni yang dikunjungi. Sekiranya tuan rumah tidak bersedia untuk menerima tetamu, segeralah beredar kerana itu lebih baik untuk memelihara hubungan mesra dalam jangka masa panjang. Mengambil berat merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Sikap mengambil berat bukan bererti mencari keburukan atau kesilapan seseorang, tetapi merupakan sikap yang boleh membina ikatan mesra dan kasih sayang melalui nasihat dan teguran membina. Kepekaan dan keperihatinan yang berlaku dalam masyarakat adalah simbol wujudnya kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam kalangan anggota masyarakat. Masyarakat Malaysia juga mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dapat mewujudkan kemesraan dalam masyarakat. Sikap hormat-menghormati seperti hormat sesama jiran serat orang muda menghormati orang yang lebih tua darinya akan mewujudkan suasana yang harmonis dalam sesuatu masyarakat tersebut.
5

ISLAM HADHARI Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu pendekatan baharu dalam memacu agenda pembangunan negara kearah meralisaikan negara maju berdasarkan acuan sendiri sebagaimana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Pendekatan ini diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung UMNO kali ke-55 pada 23 September 2003. Tambahan, pendekatan Islam Hadhari telah wujud pada zaman awal Islam lagi dimana sebuah perjanjian dengan pelbagai kumpulan etnik yang mendiami kota Madinah seperti yang digambarkan dalan Piagam Madinah. Islam Hadhari juga digunakan oleh ilmuan Islam Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya Al-Muqaddimah dan pemikir Al-Jazair iaitu Malik Bennabi. Perkataan Hadhari berasal daripada Hadhara bermaksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Istilah ini menunjukkan suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh bedasarkan kepada perspektif Islam. Selaras dengan visi Islam Hadhari yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dan sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Manakala misi nya ingin melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Tujuan dan pendekatan Islam Hadhari Islam Hadhari bertujuan untuk memperkasakan umat Islam supaya mampu menghadapi pelbagai cabaran dunia semasa. Walaubagaimanapun, pendekatan Islam Hadhari tidak hanya melibatkan bangsa Melayu dan umat Islam sahaja, tetapi meliputi keseluruhan masyarakat di Malaysia. Tujuan Islam Hadhari juga berdasarkan prinsip Maqasid al-Syariah

iaitu tujuan tujuan syariah yang menjaga, memartabatka dan memperkasakan agama, akal, nyawa, keturunan dan harta. Prinsip Maqasid al-Syariah 1) Agama Islam membimbing dan membebaskan minda manusia daripada belnggu kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s.w.t dan perkara perkara yang berkaitan serta menjauhi anasir anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t. 2) Akal keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Bersesuaian dengan tujuan ini, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan. 3) Nyawa syariah Islam juga menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Dalam konteks hubungan etnik, Islam mewajibkan individu menjaga keselamatan diri dan melarang keras perbuatan yang bole mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain. 4) Keturunan kemuliaan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap individu agar dapat melindungi keturunan seseorang kerana member kesan kepada hak perwalian, perwarisan, nafkah dan sebagainya. Islam juga melindungi kehormatan dan maruah diri individu supaya tidak terjerumus dalam perbuatan zina. 5) Harta Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukuman undang undang yang tersendiri dalam soal kehartaan. Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s.wt.

Pendekatan Islam Hadhari Kerajaan telah membuat pelbagai rangka dalam pembangunan negara sama ada dari aspek ekonomi, undang - undang , pendidikan dan lain lain lagi. Ia juga menerapkan konsep negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan di samping golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama. Pendekatan ini bertujuan : 1) Untuk mengembalikan umat Islam agar menjadikan al Quran dan Sunnah sebagai pembina tamadun dan peradaban masyarakat Malaysia. 2) Mendorong umatnya menjadi maju dan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. 3) Mempertingkatkan kualiti kehidupan melalui jalan menguasai ilmu, pembangunan insan dan juga pembangunan fizikal. 4) Pengabdi diri kepada tuhan dan juga kerja sebagai satu ibadah serta manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab dalam kehidupan. 10 prinsip Islam Hadhari 1) Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi. Rakyat Malaysia pelbagai kaum bersama sama memelihara dan memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang mengikut saluran yang betul dan peraturan yang ditetapkan demi kepentingan negara. 2) Kerajaan adil dan beramanah. Respon kerajaan terhadap tuntutan etnik minoriti dan majoriti sentiasa adil dan saksama supaya etnik majoriti merasa selamat dan etnik minority turut menikmati keamanan, pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. 3) Rakyat berjiwa merdeka.
8

Rakyat menghayati hakikat perjuangan kemerdekaan dan sama sama memastikan kesinambungan kemerdekaan negara di mana rukunegara merupakan teras kearah mewujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip.

4) Pembelaan hak kumpulan minority dan wanita. Sejak zaman dahulu Islam memperjuangkan konsep hubungan etnik dan hak2 asasi manusia. Melalui prinsip ini setiap hak hak kumpulan minoriti dan wanita akan dijaga dan dibela. 5) Penguasaan ilmu pengetahuan. Kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu pengetahuan dan menggalakkan rakyatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. 6) Kehidupan berkualiti. Kehidupan berkualiti merangkumi dalam dunia pekerjaan, pengangkutan dan komunikasi, kehidupan berkeluarga, keselamatan dan ketenteraman awam, pendapatan dan pengagihan, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, penglibatan sosial serta budaya dan hiburan. 7) Keimanan dan ketaqwaan kepada Illahi. Orang yang kuat iman dan taqwanya adalah mereka yang menjalin dan memelihara hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan orang bukan Islam kerana ia adalah ajran dan suruhan Allah serta junjungan besar Rasulullah s.a.w. 8) Kekuatan pertahanan dan perpaduan. Berlandaskan konsep Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh , sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum haruslah bersatu padu dalam menjaga keamanan negara.

9) Keutuhan budaya dan moral. Memerangi elemen negatif dalam budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama dan ketimuran merupakan pemangkin dalam usaha untuk menjadikan negara maju kea rah pencapaian Wawasan 2020. 10) Pembanguan ekonomi yang seimbang dan komprehensif. Dasar ekonomi baru diperkenalkan untuk pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Dengan ini pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang dapat diterapkan. Rasional pengenalan Islam Hadhari dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. 1) Islam sebagai agama persekutuan 2) Kesinambungan kepada dasar penerapan nilai nilai 3) Merealisasikan Islam sebagai agama yang dapat member rahmat kepada alam sejagat 4) Pendekatan Islam Hadhari sebagai pemacu wawasan 2020 5) Menjadikan Islam sebagai penyelesaian cabaran semasa Ini membuktikan pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada persaudaraan atas dasar beriman dan bertaqwa. Ini disebabkan hubungan berasaskan unsur unsur tersebut lebih bernilai daripada hubungan yang berdasarkan kebenaran, pertalian darah, atau yang lebih bersifat keduniaan.

10

PIAGAM MADINAH Sebagaimana yang dikemukakan oleh Britanicca Ensiclopedia, iaitu pada tahun kedua Nabi Muhammad S.A.W membuat perlembagaan yang dikenal dengan Constitution of Medina atau Piagam Madinah sebagai undang-undang yang pertama kalinya dirumuskan. Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Selain

Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal iaitu 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin dan 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Terdapat tiga langkah dlam perangkaan Piagam Madinah iaitu : I. Langkah pertama : Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan

sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah II. Langkah kedua : Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar III. Langkah ketiga : Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar

11

Melalui langkah-langkan tersebut, maka terhasillah Piagam Madinah. Terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masingmasing Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah. Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut Diantara objektif utama Piagam Madinah ialah: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama oleh semua penduduk Ingin menyatukan masyarakat berbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan nabi dan penduduk setempat Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin. Membentuk kesatuan politik dalam mempertahankan Madinah. Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, khususnya Yahudi

Memberi peruntukan pampasan kepda kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
12

Prinsip Piagam Madinah adalah seperti berikut: a. Al-Quran dan al-Sunnah sumber undang-undang Negara. b. Kesatuan Ummah dan Negara. c. Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah. d. Hak dan tanggungjawab di dalam pertahanan Negara. e. Hubungan kebajikan di antara warganegara. f. Tanggungjawab menegak keadilan sosial. g. Undang-undang keselamatan. h. Kebebasan beragama. i. Tanggungjawab negara terhadap warganegara bukan Islam j. Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian. Piagam madinah telah digubal dengan sempurna yang meliputi pelabagai aspek dalam masyarakat. Kesimpulannya, penubuhan Piagam Madinah yang telah di gubal oleh Rasullah Berjaya menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin dalam memastikan Madinah sentiasa

selamat dari ancaman luar. Faktor-faktor itulah yang menjadikan Islam menjadi agama yang paling berpengaruh kepada kehidupan manusia seluruhnya khususnya dalam membangun Peradaban Dunia.

13

PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi diMalaysia. Ia merupakan satu dokumen undangundang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Sejarah penubuhan perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat

daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

14

Kepentingan Perlembagaan Malaysia Menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Di dalam merangka dan membentuk pentadbiran ketua atau PerdanaMenteri bersama ahli kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan. Perlembagaan dijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan. Dengan mengambil kira perlembagaan semasa merangka dan bentuk pentadbirannya kestabilan sesebuahNegara dapat di nikmati dengan baik Dapat membantu dan menjamin kecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garispandua bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapatdijalankan dengan lancar sehingga berjaya. Faktor kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas di dalam sesebuah negara. Ini menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni. Menjadi panduan pemimpin setiap semasa memerintah supaya

pemaruntahannya menepati kehendak perlembagaan dan kesejahteraan rakyat. Inikerana masa hadapan rakyat dan Negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yangberkaliber dan bertanggung jawab di dalam mengatur dan mengurus Negara supayasegala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat.Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan inilah rakyatakan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat. Hak keistimewaan orangmelayu tidak akan dipersoalkan lagi. Orang melayu hendaklah mempertahankan hak mereka dan bertolak ansur jika sesuatu masalah yang dibangkitkan agar tidak menimbulkan huru-hara sesama kaum.
15

KESIMPULAN Agama sebenarnya merupakan satu pegangan dari segi kerohanian serta spiritualiti untuk semua kaum.Melalui pandangan tokoh, Syed Qutb, Islam agama merupakan perdamaian, agama akidah dan kasih sayang. Ia juga sistem yang melindungi seluruh dunia di bawah naungannya. Islam melaksanakan konsepnya dan mengumpulkan semua orang di bawah kuasa Allah sebagai saudara-saudara yang bergaul rapat dan berkasih sayang. Tidak ada yang boleh menghalang tujuan ini kecuali sikap bermusuh padanya dan sikap pemeluknya. Sekiranya mereka ini bersikap damai, Islam tidak akan memerangi mereka Menurut beliau lagi Tidak menjadi kesalahan membuat perjanjian hidup bersama non Muslim selagi mereka tidak memusuhi orang Islam, malah dengan adanya perjanjian seperti itu hubungan antara mereka lebih baik serta mendatangkan faedah Oleh itu, Umat Islam juga dituntut oleh Islam supaya menghormati masyarakat bukan Islam dan mengiktiraf hak dan peranan mereka dalam negara. Perkara yang digariskan oleh Islam berkaitan dengan konsep kehidupan masyarakat majmuk diamalkan oleh pemimpin dan masyarakat Islam dalam negara ini sejak merdeka. Kebebasan beragama yang diamalkan oleh negara Malaysia perlu dihormati supaya setiap individu dapat memahami bahawa menghindari atau mencegah sesuatu kaum daripada mengamalkan tradisi agama dan budaya mereka merupakan satu perkara yang sensitif dan boleh membangkitkan kemarahan dan mencetuskan permusuhan.

16

RUJUKAN BUKU 1. Modul hubungan etnik, Shamsul Amri Baharuddin, 2011, pusat penerbitan universiti (UPENA). 2. Kamus Dewan Bahasa, edisi 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka JOURNAL 1. Islam dan toleransi budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Dr. Mohd Nor Manuty, Fello Akademik Kanan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), 2009 INTERNET

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia 2. http://www.scribd.com/doc/42200423/Muhammad-Di-Madinah-15-Okt-10 3. http://keluarga-madinah.blogspot.com/2011/02/makalah-sejarah-piagam-madinah.html 4. http://www.yadim.com.my/Hadhari/IsHadhariFull.asp?offset=5&Id=111 5. http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamad un.pdf

17