Anda di halaman 1dari 1

Bangun jatuhnya sebuah syarikat adalah bergantung kepada sejauh mana keberkesanannya dalam proses pengurusan.

Hal ini adalah termasuk dari segi pengurusan kewangan organisasi tersebut. Bagai aur dengan tebing. Apabila menyentuh soal pengurusan kewangan sesebuah syarikat sudah tentu peranan juruaudit merupakan aspek utama yang perlu diberikan perhatian. Juruaudit adalah bertanggungjawab secara berterusan dan perlu menilai secara sistematik kawalan sistem kewangan dan operasi organisasi bagi menyediakan jaminan yang munasabah bahawa sistem tersebut boleh terus beroperasi secara berkesan dan memuaskan. Fajarbaru Builder Group Bhd salah adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia yang berada dalam pasaran main market. Syarikat tersebut mula beroperasi pada... Bagi pihak juruaudit, aspek-aspek pengurusan kewangan organisasi tersebut telah memberikan gambaran yang baik terhadap prestasinya. Secara amnya, terdapat 7 aspek pengurusan yang perlu dititikberatkan dalam memastikan organisasi ini terus berdaya saing bersama-sama syarikat yang seangkatan industri dengannya. Antaranya mengkaji dan menilai kekukuhan, kecukupan dan aplikasi perakaunan, kawalan kewangan dan lain-lain yang dapat menggalakkan kawalan yang berkesan di dalam organisasi pada kos yang berpatutan. Seterusnya menentukan tahap pematuhan dengan dasar, prosedur dan keperluan undang-undang yang paling berkesan. Ketiga, menentukan sejauh mana aset syarikat diambil kira dan dilindungi dengan sewajarnya. Menilai kebolehpercayaan maklumat yang dibangunkan dalam organisasi; mencadangkan penambahbaikan kepada sistem kawalan yang sedia ada; dan; mengkaji semula keberkesanan dan kecekapan operasi, adalah antara lain aspek yang perlu diutamakan. Seperkara lagi adalah menjalankan siasatan bagi isu-isu yang material dan menilai semula sebarang aktiviti jika diminta oleh pihak pengurusan atasan dalam organisasi.

Anda mungkin juga menyukai