Anda di halaman 1dari 3

Perut Terasa Tidak Enak Setiap Minum Susu Berkalsium Tinggi

Kamis, 05/03/2009 10:46 WIB Assalamualaikum Wr. Wb Pengasuh konsultasi kesehatan era muslim yang dirahmati Alloh SWT. Saya setiap pagi mengkonsumsi susu berkalsium tinggi (rata2 500 mg) sebagai pengganti sarapan. Sudah berbagai merek saya minum. Setiap saya selesai minum (kira2 pukul 7.30 WIB) sampai dengan saat makan siang (kira2 12.00 WIB), perut saya terasa tidak enak. Terdengar bunyi "kruyuk-kruyuk" seperti ada angin, dan akan enak apabila sudah bisa (maaf) buang angin. Sejak jam minum susu tersebut sampai dengan jam makan siang, saya sengaja tidak mengkonsumsi apa pun termasuk camilan. Saya memang berniat menjaga berat badan. Tetapi apabila sedang puasa (Senin-Kamis), perut saya terasa sangat enak dan tidak bermasalah. Apa yang terjadi dengan saya, apakah ini karena efek dari kalsium susu atau ada penyebab lainnya? Atas jawaban pertanyaan ini, saya ucapkan banyak terima kasih. Wassalamualaikum Wr.Wb Yan

Jawaban
Assalamualaikum Wr.Wb. Susu mengandung protein tinggi, sehingga bersifat asam. Pada orang yang lambungnya mengalami gangguan, biasanya jika mengkonsumsi susu maka akan timbul keluhan perut kembung, dan perasaan sebah karena timbul gas. Keluhan ini dikenal dengan istilah dyspepsia, biasanya jika keluhannya ringan maka dapat hilang sendiri, tetapi jika keluhannya berat dan berlarut maka membutuhkan obat untuk menghilangkan keluhan tersebut. Hal ini dibuktikan jika anda tidak minum susu dan berpuasa maka keluhan perut tidak nyaman dan seperti ada angin tidak muncul. Sebaiknya anda mengkonsumsi rebusan temulawak yang diberi madu untuk menguatkan lambung. Mudah-mudahan keluhan perut tidak enak saat mengkonsumsi susu tidak datang lagi mengampiri anda. Wassalam. Minuman Bersoda Dan Osteoporosis Tak bisa dipungkiri, selain sebagai pelepas dahaga, minuman bersoda mampu menciptakan kesegaran, terutama bila diminum dalam keadaan dingin. Meskipun begitu, ada baiknya Anda tidak berlebihan mengonsumsi minuman berkarbonasi ini. Pasalnya, menurut penelitian Harvard Medical School yang dilakukan pada 460 wanita, 80% dari

mereka yang rutin mengonsumsi minuman bersoda berpeluang tiga kali lipat lebih tinggi terkena penyakit rapuh tulang, dibandingkan wanita yang teratur mengonsumsi susu. Parahnya lagi, wanita yang rutin mengonsumsi minuman bersoda dan juga aktif berolahraga, beresiko lima kali lipat lebih tinggi mengalami cedera tulang. Penelitian ini juga membuktikan bahwa faktor yang terkandung dalam minuman berkarbonasi ini secara perlahan menghambat penyerapan kalsium sehingga dapat mengurangi massa tulang. wuih bener banget loh...ati2 ajah minum minuman bersoda gituh udah bisa kena osteoporosis plus diabetes juga...karena kada gulanya tinggi banget...
09/04/2002 11:57 WIB

Osteoporosis

Penyakit rapuh tulang ataupun yang dikenali sebagai osteoporosis merupakan satu penyakit yang sering menyerang mereka yang telah berumur. Penyakit ini didapati lebih kerap menyerang wanita daripada lelaki. Menurut satu lapuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan bahawa setiap seorang daripada tiga wanita akan mengalami penyakit ini ataupun terdapat kemungkinan sebanyak 67% untuk golongan wanita mengalaminya. Kemungkinan bagi orang lelaki mengalaminya juga agak tinggi dikalangan mereka yang berumur, merokok, minum minuman keras dan kurang bersenam. Walau bagaimanapun penyakit ini bukanlah satu penyakit genetik tetapi, merupakan satu penyakit yang boleh dikawal melalui pengawalan pemakanan yang baik. Institut Perubatan Amerika Syarikat telah mencadangkan pengambilan minima kalsium, bagi mereka yang berumur antara 19 - 50 tahun, antara 1000 - 1200 miligram sehari tanpa mengira jantina ataupun bangsa. Masih terdapat pihak yang mendakwa bahawa jumlah ini masih terlalu rendah untuk mengelakkan penyakit osteoporosis. Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia mendapati bahawa pengambilan kalsium di kalangan masyarakat Malaysia agak rendah jika dibandingkan dengan yang kadar yang disarankan di Amerika Syarikat, yaitu hanya pada kadar antara 250 - 430 miligram sehari (Sumber:Ismail 1989/1994 Suriah:1996). Faktor lain adalah disebabkan kurangnya pengambilan makanan yang berkalsium tinggi seperti meminum susu atau memakan keju setiap hari di kalangan penduduk Malaysia. Walaubagaimanapun, pengambilan makanan yang berkalsium tinggi perlu diawasi dengan teliti disebabkan makanan yang berkalsium tinggi pada kebiasaannya juga mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Kandungan lemak yang berlebihan ini boleh memudaratkan jantung. Di antara sebab utama bagi kaum wanita lebih kerap diserang penyakit ini adalah karena bagi kaum wanita yang mengandung, kalsium akan digunakan oleh tubuh mereka untuk pertumbuhan anak di dalam kandungan. Oleh itu adalah penting bagi bakal ibu memastikan bahawa mereka mengambil pemakanan yang berkalsium tinggi semasa mengandung. Pengambilan kalsium yang tinggi adalah lebih penting bagi bakal ibu yang telah mula mengandung sedangkan baru saja melahirkan anak dalam tempoh kurang daripada setahun. Ini disebabkan oleh kerana badan mereka masih belum dapat menggantikan kalsium yang digunakan ketika mengandung sebelum ini.

Pengambilan vitamin C melebihi had yang dicadangkan juga boleh menambahkan risiko osteoporosis. Ini ialah kerana badan kita akan cuba meneutralkan keasidan dengan menggunakan kalsium yang diserap melalui pemakanan. Sekiranya jumlah kalsium tidak mencukupi, badan kita akan menggunakan kalsium dari tulang sebagai tambahan. Osteoporosis tidak begitu diambil berat dikalangan masyarakat di Malaysia oleh kerana kesan penyakit ini tidak dapat dilihat secara langsung, tetapi hanya dapat dilihat setelah pengidapnya telah pun tua. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa pengambilan minuman yang mengandungi kafeina juga boleh membawa kepada osteoporosis. Ini disebabkan oleh peranan kafeina yang menggalakkan perkumuhan. Ia membawa kepada kehilangan kalsium melalui air kenching. Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia menunjukkan perlunya kempen kesedaran diadakan bagi menambahkan pengambilan kalsium untuk memastikan kekukuhan tulang berkekalan sehingga hari tua. Osteoporosis akan menyebabkan tulang pengidapnya menjadi rapuh. Ini adalah disebabkan oleh kepadatan tulang pengidap pesakit berkurang jika dibandingkan dengan orang biasa, keadaan ini akan menyebabkan tulang pesakit mudah patah. Keadaan ini adalah lebih ketara kepada mereka yang kurang memakan makanan berkalsium dan bersenam. Tanda-tanda lain penyakit ini ini adalah dingin seks, resah dan gelisah yang berlarutan. Kekurangan yang teruk pula adalah tubuh pesakit lebih bongkok, mudah mengalami patah tulang dan ketinggian mereka mengurang. Perkara ini amatlah mendukacitakan oleh kerana pada masa itu keadaan sudahpun hampir terlambat dan badan kita sudahpun tidak mampu menggantikan jumlah kalsium yang hilang di dalam tulang kita. Pengambilan kalsium tinggi pada ketika itu hanya dapat menghalang kehilangan kalsium dari berlanjutan tetapi tidak dapat menggalakkan pembinaan tulang semula. Bagaimanapun, selain daripada mengawal pemakanan, cara terbaik bagi mereka yang ingin mengelakkan osteoporosis sama ada yang masih muda ataupun yang telah berumur ialah bersenam. Senaman boleh menggalakkan tulang untuk tumbuh semula seperti yang dilakukan oleh para angkasawan bagi mengatasi masalah yang sama. Para angkasawan yang tinggal untuk tempoh yang lama di angkasa bebas graviti, mengalami tanda-tanda pengurangan kalsium dari tulang yang teruk. Bagaimanapun, dengan bersenam setiap hari, kadar kehilangan kalsium ini dapat dikurangkan, tetapi pengurangan kalsium sepenuhnya ini hanya dapat dihentikan atau diundurkan apabila para angkasawan ini telah pulang ke bumi dan mula menjalani aktiviti biasa, kecuali untuk kes yang teruk. >br> Ini menunjukkan bahawa senaman boleh melambatkan permulaan osteoporosis dan selain itu senaman juga boleh mencegah tekanan darah rendah dan kadar cholesterol. Vitamin D juga telah di dapati boleh membantu penyerapan kalsium oleh badan. Oleh itu pengambilan vitamin D bersama dengan kalsium boleh menambah keberkesanan penyerapan kalsium oleh badan. Penyelidikan yang berterusan mendapati beberapa jenis dadah perubatan yang mempunyai potensi untuk menggalakkan tulang untuk membina semula kepadatannya, tetapi adalah perlu diingati bahawa pengelakan dari penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Oleh itu pastikan anda mengamalkan tabiat pemakanan yang baik semasa muda dan rajin bersenam.

Anda mungkin juga menyukai