Anda di halaman 1dari 20

1

Pengenalan Globalisasi merupakan fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Antara konsep-konsep lain yang terkandung di bawah senario globalisasi ini, seperti konsep Global Village, Third Wave, Freedom of Technology, dan Flow of The information. Globalisasi dapat dilihat sebagai satu konsep Orde Dunia Baru yang dipercayai dapat menggantikan kecelaruan dan

ketidakseimbangan orde dunia yang dipraktikkan pada masa kini. Melalui globalisasi, dunia kini dilihat tidak mempunyai sebarang sempadan yang akan mengakibatkan pelbagai unsur dan pengaruh dari luar masuk ke dalam sesebuah negara tanpa sekatan serta menyumbangkan persaingan yang sengit di dalam apa jua keadaan. Arus globalisasi yang melanda kini membawa dunia ke arah keadaan yang dipanggil sebagai perkampungan global (Hassanuddeen A.Aziz 2004:91). Menurut Amer al-Roubaie dalam Globalisasi dan Dunia Islam, konsep globalisasi bermaksud struktur-struktur perubahan yang berlaku di dalam sesebuah negara akan memberi impak kepada hubungan sesama manusia dan organisasi sosial. Globalisasi dikata membawa kemajuan kepada masyarakat bukan barat melalui cara meliberalisasikan manusia dengan persekitarannya sehingga mendedahkan manusia kepada budaya dan tradisi barat seperti bersifat materialistik, sekularisasi dan sebagainya (Ibid:91-92). Berbeza pula dengan neoliberal yang menyatakan globalisasi ini adalah sebagai konsep keterbukaan pasaran untuk memudahkan integrasi ekonomi melalui liberalisasi, deregulasi dan penswastaan serta menggap modal sebagai pertumbuhan ekonomi dengan sektor swasta sebagai penjana ekonomi dalam era globalisasi ini. Roland Robertson merupakan orang yang pertama menggunakan istilah ini pada tahun 1980an bagi menerangkan gejala pensejagatan yang berlaku pada ketika itu (Mohd Fauzi & Mohd Azhar 2003:7-8). Proses pensejagatan berlaku akibat beberapa perkembangan dunia sejak akhir tahun1980an seperti kendurnya Perang Dingin, pembangunan dan perkembangan pesat media dan teknologi maklumat, perubahan sosiopolitik dunia akibat kesedaran fahaman demokrasi-liberal serta perubahan pesat dalam ekonomi liberal dan sekali gus munculnya syarikat-syarikat gergasi seperti Multi National Corporation (MNC) dan Trans-National Corporation atau TNC (Ibid:9).

1.1 Pengaruh Globalisasi terhadap Peradaban

Banyak pihak di dunia telah menilai buruk baiknya globalisasi, terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi tetapi senarai keburukannya lebih panjang, iaitu sebanyak tiga belas keburukan. Walaupun perkiraan kuantiti tidak semestinya boleh disamakan dengan pertimbangan kualiti dalam menilai globalisasi, namun banyak pihak berpendapat bahawa globalisasi mendatangkan lebih banyak keburukan kepada umat manusia seluruh dunia daripada kebaikan. Menurut Chandra, lapan aspek positif globalisasi ialah : 1. Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara, 2. Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah, 3. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat, 4. Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah, 5. Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi, 6. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia, 7. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti kebertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia dan akhir sekali 8. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita. Jika diperhatikan, maka kita dapati bahawa sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial. Namun seperti yang ditegaskan oleh Chandra, semua aspek globalisasi yang dianggap positif ini sepatutnya dialu-alukan oleh semua agama. Chandra Muzaffar merupakan seorang aktivis hak asasi manusia dan Presiden International Movement for a Just World (JUST), beliau telah menyenaraikan tiga belas keburukan globalisasi iaitu :

1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan 2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi 3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara Selatan 4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan 5. Pengangguran yang semakin memburukkan dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-negara utara sendiri 6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia 7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global 8. Penyerapan budaya Amerikanisasi 9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursuskursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan, Pembanjiran maklumat yang tidak berguna 10. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia 11. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung 12. Pengantarabangsaan penyakit (Lukman & Azmi 2003) Hujah yang di usulkan oleh Chandra Muzaffar ini adalah berasas dan mengambarkan keadaan baik buruk impak globalisasi kepada masyarakat seluruh dunia dan negara. Namun begitu impak globalisasi ini turut dirasai dalam arena politik dengan timbulnya kesedaran masyarakat terhadap negara demokrasi, hak asasi dan membebaskan diri daripada pemerintahan yang bersifat authoritarian seperti yang berlaku di Amerika Latin dan negara-negara Asia sendiri. Proses ini dinamakan pendemokrasian. Oleh itu dalam esei ini, pengkaji akan membincangkan impak globalisasi terhadap proses pendemokrasian di Malaysia dengan lebih kritikal.

2.0 Pendemokrasian Perubahan global yang berlaku pada akhir tahun 1980an dan di awal 1990an ke arah mengamalkan sistem kerajaan demokrasi di seluruh dunia dengan meningkatnya kepercayaan terhadap keberkesanan dan keupayaan sistem demokrasi sebagai satu idea kehidupan bermasyarakat dan bernegara yang lebih baik untuk semua peringkat manusia. Menurut Samuel P.Huntinton (1993) dalam karyanya The Third Wave : The Democratsation in the Late of Twentieth Century mendifinisikan perubahan ini sebagai Gelombang Pendemokrasian Ketiga. Ianya bermula pada pertengah tahun 1970an dan telah melibatkan lebih kurang 30 buah negara di Eropah Timur, Asia dan Amerika Latin telah berubah dari sebuah negara authoritarian kepada negara demokrasi. Sehubungan itu, apabila menjelang tahun 1990an, masyarakat dunia sudah ramai mengamalkan sistem demokrasi ini (Zaini 1999).

2.1 Faktor-faktor kewujudan gelombang ketiga Perkembangan teknologi dan sistem maklumat yang berlaku secara global hari ini sudah tidak dapat dihalang oleh pemerintah authoritarian untuk menyekat tindakan atau pemikiran rakyatnya daripada menerima idea-idea demokrasi dan kebebasan individu. Pada tahun 1980, kebanyakan masyarakat dalam sesebuah negara sudah memiliki televisyen dan mendapatkan surat khabar. Selain itu, faktor sifat semulajadi manusia yang sentiasa mencari kehidupan yang lebih sempurna dan ingin mengetahui maklumat adalah antara faktor yang kuat menyumbang kepada gelombang pendemokrasian ini. Faktor diatas amat berkait rapat dengan kemunculan masyarakat sivil sebagai agen perubahan sosiopolitik khususnya dalam fenomena pendemokrasian dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintah yang bersifat authoritarian. Masyarakat sivil mempunyai hubungan simbiotik antara rakyat dan kerajaan atau pemerintah, malah ia juga dilihat mempunyai hubungan yang erat dengan demokrasi. Masyarakat sivil merupakan salah satu aktor yang digunakan untuk mengukur tahap pendemokrasian di sesebuah negara. Malah Menurut Hall (1995), masyarakat sivil adalah agen perubahan sosial yang penting, sama ada sebelum atau selepas proses pendemokrasian, dalam mempengaruhi perkembangan dan perubahan sesebuah sistem politik negara dan antarabangsa.

Secara amnya masyarakat sivil boleh dikategorikan sebagai Badan-badan bukan kerajaan atau non-govermental organisation (NGO) yang menurut North South Institute sebagai sebarang kerja sukarela, agensi yang tidak berkeuntungan yang telibat dengan kerjasama pembangunan antarabangsa. Kemunculan masyarakat sivil di sesebuah negara adalah berbeza mengikut pengalaman negara terbabit. Zaini Othman (2002:14), memberikan definisi masyarakat sivil sebagai suatu set kesatuan sosial yang autonomi atau bebas daripada pengaruh pemerintah dan tidak bermatlamatkan politik.

3.0 Impak globalisasi terhadap proses pendemokrasian di Malaysia

Barat yang bertindak sebagai penganjur budaya tersebut menggunakan kekuatan politik, teknologi dan ekonomi bagi melakukan penyemaian budaya global dalam kalangan masyarakat negara membangun yang boleh kita lihat menerusi konsep demokrasi, hak asasi manusia dan gaya hidup kontemporari. Menurut Mc Luhan (1964), menjelaskan kewujudan kampung global ini akan menyebabkan isu-isu yang muncul dalam sesebuah negara tidak lagi sekadar isu nasional tetapi mendapat perhatian masyarakat global di serata penjuru dunia. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan enjin kepada globalisasi bukan sahaja mengalami evolusi kemajuan yang pesat, malah menjadikan hubungan antara firma dan antara negara semakin kompleks serta dinamik (Lukman & Yusuf 2003:185). Negara dalam usaha agar tidak ketinggalan dalam fenomena globalisasi ini, telah mengadaptasikannya bagi tujuan pembangunan terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Berkeluasan 15 kilometer x 50 kilometer, merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, Taman Teknologi dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Koridor Raya Multimedia (MSC) yang ditubuhkan pada tahun 1996 dilihat berjaya menjadi pemangkin pertumbuhan industri ICT negara. Pada masa ini MSC menjadi hos kepada 48 syarikat operasi perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) berkelas dunia, yang mewujudkan kira-kira 11, 200 peluang pekerjaan kapada rakyat dan ini merupakan langkah pertama kerajaan dalam meningkatkan prestasi teknologi maklumat di Malaysia.

Era 1990an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Namun begitu impak globalisasi terhadap proses pedemokrasian di Malaysia bukan hanya berlaku dalam ICT sahaja namun ianya meliputi dalam aspek politik, ekonomi dan sosio-budaya seperti pemerkasaan masyarakat sivil, hala tuju perjuangan politik Malaysia, good governance dan kewujudan politik baru yang seakan-seakan kebangkitan satu semangat baru masyarakat di Malaysia dalam arena politik negara. Misalnya, dalam keputusan pilihan raya umum 2008 yang mengejutkan, peningkatan isu berkenaan kebebasan bersuara yang berasaskan undang-undang dan tuntutan membenarkan persaingan antara parti politik yang lebih adil dan terbuka.

3.1 Pemerkasaan masyarakat sivil

Malaysia tidak terkecuali daripada proses pembangunan sosial dan politik. Kesan daripada globalisasi ini telah menimbulkan banyak kesedaran. Jika dahulu unsur feudalisme menutupi minda dan pemikiran orang ramai tapi kini telah terhakis. Kalau dahulu fahaman politik banyak yang bersandarkan kepada isu cauvinisme kaum, kini isu dan persoalan yang melampaui kaum mula bertapak. Orang ramai dilihat sudah berani mempersoalkan isu yang melibatkan ketidakadilan dan penyelewengan. Tuntutan untuk kebenaran semakin banyak dilahirkan. Meskipun kebanyakan tuntutan itu tidak disahut atau tidak mendapat respon yang baik daripada pemerintah tetapi tuntutan ini tidak berhenti, malah semakin banyak disuarakan. Hal ini yang menyebabkan kesedaran sivil meningkat dan dijelmakan dalam pelbagai bentuk. Misalnya, peranan yang dimainkan oleh NGO dan anjakan kepekaan politik sivil yang dimanifestasikan oleh barisan alternatif dengan membuat bantahan secara terbuka terhadap kerajaan atau pemimpin telah berjaya menarik perhatian masyarakat bandar khasnya. Apa yang nyata dalam pilihan raya 1999 dan 2008 telah memperlihatkan tumbuhnya minat luar biasa terhadap politik dan kebangkitan sivil. Kebangkitan sivil ini tergambar dalam beberapa kegiatan dan insiden seperti demonstrasi di ibu kota.

Golongan yang telah muncul dalam masyarakat sivil ini melalui kepekaan politik ialah golongan muda dan berpendidikan. Begitu juga dengan kesedaran masyarakat awam, turut memberi impak kepada proses pendemokrasian ini. Misalnya, sudah ramai yang pergi mendaftar sebagai pengundi apabila pendaftaran dibuka. Selama ini mereka tidak pernah kisah untuk mengundi dan bersikap pasif terhadap perkembangan politik, namun situasi ini telah berbeza dan sikap masyarakat telah berubah. Minat politik yang mendadak ini turut dijelmakan dalam kemunculan internet, pengedaran berita dari internet, kehadiran dalam ceramah parti politik dan perbualan harian tentang politik sama ada di warung kopi mahupun di pejabat pentadbiran. Bagi masyarakat desa yang mempunyai anak, sanak saudara yang tinggal di bandar atau pun yang belajar di universiti, turut membantu menyebarkan berita dan perkembangan politik dengan bercerita kepada mereka apabila pulang ke kampung. Di Malaysia, peranan masyarakat sivil keatas pendemokrasian dapat di kesan melalui usaha-usaha yang di mainkan oleh NGO dalam memartabatkan hak asasi manusia. Sehubungan itu, dalam usaha mempercepatkan proses pendemokrasian di Malaysia, NGO memainkan peranannya sebagai kumpulan pendesak terhadap ketelusan kerajaan Malaysia. Ini dapat di lihat melalui peranan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan dan parti pembangkang untuk pilihanraya bersih dan telus (BERSIH) yang menggesa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memperkenalkan sistem pencelupan jari dengan dakwat hitam dalam pilihanraya ke 12 bagi usaha membasmi kewujudan pengundi hantu (www.bersih.org). Masyarakat mempunyai kesedaran dan kebimbangan tentang isu-isu nasional seperti isu yang berkaitan dengan negara Islam, gender, kualiti hidup, hak-hak asasi, hak-hak pengguna, kemudahan kesihatan, hak-hak demokratik, masyarakat sivil, alam sekitar, pendidikan, keagamaan, pemimpin yang berakuantabiliti, keselamatan sosial dan pelbagai isu lain. Justeru itulah munculnya pelbagai NGO di Malaysia ini yang memperjuangkan hak-hak asasi dan hak rakyat seperti Aliran Kesedaran Negara (Aliran), All Womens Action Society (AWAM), Consumers Association Of Penang (CAP), Federation of Malaysian Consumers Associations atau Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), National Human Rights Society atau Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Hindu Rights Action Force

(HINDRAF), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), International Movement for a Just World (JUST), Malaysian AIDS Foundation, Malaysian Christian Association for Relief (Malaysian CARE), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF), Malaysian National Animal Welfare Foundation (MNAWF), Malaysian Nature Society (MNS), Majlis Belia Malaysia MBM, Malaysian Medical Relief Society (Mercy Malaysia) dan sebagainya. Justeru itu, NGO ini berjuang untuk menuntut hak, kemahuan dan keselamatan rakyat agar didengari dan diberikan oleh pemerintah. Sehubungan itu, di Malaysia beberapa NGO seperti Tenaganita, Suaram, Adil, Fomca, Just dan Majlis Peguam umpanya telah bergerak bersama-sama secara aktif untuk membangkitkan dan menyebarkan kesedaran sivil. NGO ini akan mendedahkan sebarang kepincangan dan penyelewengan yang berlaku. NGO ini juga tidak berhenti-henti menuntut ketelusan pemerintahan, keadilan dan pemeliharaan hak asasi. Aktivis Tenaganita, Irene Fernandez umpanya cuba mendedahkan kepincangan pihak berkuasa menangani masalah tahanan pendatang haram, sehinggakan kes beliau ini dibawa ke mahkamah. Kesungguhan ini memperlihatkan kegiatan NGO yang begitu mendesak kini. NGO juga semakin berani dan tidak gentar menunjukkan bangkangan dan tentangan secara terbuka melalui media akhbar dan buletin pertubuhan mereka seperti dalam internet. Selain daripada Lim Kit Siang, Karpal Sigh, Harun Din dan pemimpin-pemimpin parti alternattif lain yang sering menyuarakan pandangan dan kritikan pedas, kini segenap lapisan masyarakat juga sudah lantang bersuara. Mereka sudah berani melahirkan penentangan secara terbuka. Contohnya demonstrasi jalanan seperti perhimpunan BERSIH, Hindraf dan perarakan bantahan terhadap PPSI di Kuala Lumpur dan demonstrasi di hadapan Istana Kinta di Ipoh baru-baru ini. Kejadian ini di gerakkan oleh NGO dan masyarakat dalam menentang dasar kerajaan mahupun menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan menyuarakan bantahan secara terbuka di tempat-tempat awam. Namun begitu tindakan ini juga dihalang dan disekat secara kekerasan maka bantahan ini dilahirkan pula dalam internet dan akhbar yang bukan milik pemerintah seperti Harakah (Nidzam & Bilcher 2002: 54).

3.2 Pengaruh kuasa siber dan media massa dalam politik Malaysia

3.2.1 Kuasa siber Istilah kuasa siber, ruang maya, teknologi penyebaran maklumat (ICT) adalah mendominasi kehidupan dan sistem sosial masyarakat dunia kini. Sistem politik sesebuah masyarakat juga tidak terkecuali daripada dominasi dan pengaruh ICT. Contoh, pertambahan penggunaan, faks, video, video confrence, CD, e-mail dan internet. ICT memberi sumbangan kepada masyarakat sivil, kebebasan berpendapat dan pembangunan demokrasi di Malaysia, khususnya dalam konteks perluasan ruang demokrasi. Contoh kewujudan blog-blog perbincangan dan kritikan seperti blog PKR, PAS dan BN. Contoh-contoh laman web yang berunsurkan politik di internet seperti Keadilanjohor.blogspot.com, www.pas.com/Blogs, umnotamanmuhibah.blogspot.com.
Menurut Zaini Othman (1999), selama ini kebebasan di Malaysia adalah dikawal dan

dipengaruhi oleh pemerintah negara, namun dengan perkembangan kuasa siber ini telah mempercepatkan dan memesatkan pembangunan demokrasi serta menyedarkan rakyat tentang apa yang berlaku dalam ekonomi dan politik negara. Melahirkan suatu bentuk interaksi sosial yang bersifat maya (virtual social interaction) dalam kalangan masyarakat dengan perbincangan yang berkisar tentang aturan sosial yang baru lebih demokratik sifatnya. Contohnya, terdapat isuisu sosio-politik yang dibincangkan dalam laman-laman web di internet. Hampir 90% daripada isu-isu sosial yang dibincangkan adalah bersifat pengetahuan, tanggungjawab pemerintah, individu dan masyarakat dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia. Kuasa siber mempunyai pengaruh dan dominasi yang kuat terhadap perkembangan dan pembangunan sistem demokrasi di dalam sesebuah masyarakat atau negara, khususnya dalam aspek ruang demokrasi. Walaupun penyebaran maklumat tersebut dalam bentuk maya, namun hakikatnya keupayaan kuasa siber untuk muncul sebagai kuasa sosial yang mengatur dan menyebarkan maklumat dan kemudiannya di manifestasiakan melalui tingkah laku sosial masyarakat sudah berlaku. Contoh penyebaran maklumat berkaitan perhimpunan bersih yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 telah diwar-warkan di internet dan telah mendapat sambutan masyarakat kota dengan keluar bersama untuk berkumpul di Kuala Lumpur (lokasi,

10

tarikh dan waktu telah dinyatakan). Contoh pelawaan terhadap orang ramai menerusi sebaran internet: Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Tarikh: 10 November 2007 Masa: 3:00 petang Nota: Para peserta diminta memakai baju kuning (lambang warna diRaja) dan kain rentang atau bendera melambangkan pertubuhan (selain daripada simbol dan mesej BERSIH) tidak dibenarkan.
http://bersih.org/?p=284

Daripada tinjaun dan pemerhatian pengkaji sendiri, sebaran maklumat melalui media elektronik seperti televisyen dan radio hanya dikuasai oleh parti pemerintah. Justeru, pihak pembangkang mengalami kesukaran dalam menyaingi parti kerajaan menerusi jentera penerangan, komunikasi dan media yang telah dikuasai sepenuhnya oleh kerjaan. Namun dengan kewujudan internet ini, sekurang-kurangnya barisan alternatif atau pembangkang mempunyai platform dalam meluaskan pengaruh politik dan menyampaikan perjuangan mereka dalam pelbagai bentuk secara bersama dalam satu landasan memancing undi, mempromosikan ideologi, mendapat maklum balas, ruang bagi menjana keuwangan kempen pilihan raya dan sebagainya. Seperti pelawaan terhadap orang ramai yang di paparkan diatas, jelas menunjukkan internet ini boleh mempengaruhi rakyat. Namun kekangan yang dihadapi ialah maklumat ini tidak semua masyarakat mempunyai kemudahan internet dan ada sesetengah masyarakat tidak ambil kisah tentang demonstrasi atau perjumpaan-perjumpaan yang diadakan ini namun mereka masih menyokong kumpulan berkenaan melalui sokongan dalam bentuk lain tanpa perlu menghadiri perjumpaan tersebut.

11

Sehubungan itu, internet juga telah menjadi medan kritikan, pembelaan diri sendiri, unsur persaingan, dan kebebasan berkempen semasa menjelang pilihan raya. Pemerintah atau pembangkang yang terlibat dalam persaingan politik akan merasakan mereka sentiasa diperhatikan dan akan menjadi bahan maklumat dalam internet. Ini kerana internet juga menjadi ruang untuk menunjukkan diri atau memburukkan pihak lain bagi menarik perhatian rakyat. Contoh, dalam blog UMNO akan menceritakan kejayaan dan mempromosikan isu dasar pembangunan negara manakala dalam blog Anwar Ibrahim akan mengkritik dasar itu, misalnya dalam isu berkaitan agenda ekonomi negara. ICT ternyata digunakan sepenuhnya oleh parti-parti politik, calon-calon yang bertanding dan penganalisis politik dalam pilihan raya umum 2008 lepas dalam memancing undi dan mendapatkan maklumat semasa.

3.2.2 Media massa (cetak dan elektronik)

Perkembangan globalisasi menyebabkan penyampaian maklumat berlaku dengan cepat dan pantas. Media cetak seperti akhbar, majalah, buku, rencana dan sebagainya kini mampu diakses oleh setiap lapisan masyarakat. Kini di Malaysia terdapat lebih 30 buah akhbar yang diterbitkan. Antaranya ialah Berita Harian, Berita Petang Sarawak, Harakah, Utusan Malaysia, Siasah, Suara Keadilan, Malaysian Today, New Sabah Times, The Borneo Post, The New Straits Times, The Sun, China Press, Guang Ming, Kwong Wah Yit Poh, Nanyang Siang Pau, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Tamil Nesan dan Vanakkam Malaysia.

Perkembangan globalisasi menyebabkan wujudnya akhbar elektronik seperti Berita Harian Online, Bernama Online, Business Times Online, Daily Express, E-Media, Harian Metro, Harakah Daily, Malay Mail Online, Malaysia Central, Malaysiakini Online, mSTAR Online, New Straits Times Online, The Edge Daily, The Sun Daily, Utusan Malaysia Online dan lainlain lagi. Akhbar merupakan antara agen demokrasi yang terpenting melaluinya seseorang individu akan mengetahui sesuatu pekara yang berlaku di tempat lain malah ia juga menjadi penghubung antara masyarakat dan mampu mempengaruhi masyarakat setempat. Contohnya reformasi yang berlaku di Malaysia pada tahun 1998 adalah pengaruhi dari gerakan reformasi di Indonesia.

12

Kewujudan pelbagai bentuk akhbar ini mampu membantu proses pendemokrasian apabila masyarakat didedahkan dengan pelbagai maklumat dan informasi tentang ideologi demokrasi. Ianya mampu menimbulkan desakan kepada partisipasi politik untuk menuntut pengamalan demokrasi yang lebih baik dan telus. Partisipasi merupakan ciri utama dalam sistem demokrasi maka rakyat menjadikan akhbar sebagai satu medium untuk menegur dan mengkritik secara positif atau negatif pemimpin atau kerajaan yang melakukan kesalahan atau penyelewengan. Media sering digunakan untuk meningkatkan imej sesebuah parti politik, terutama sewaktu kempen pilihan raya berlangsung. Pemaparan imej yang baik ini bertujuan untuk menjaga stabiliti sesebuah parti politik. Selain itu, pendedahan mengenai dasar, perancangan, tindakan, perlaksanaan oleh sesebuah parti politik melalui akhbar mampu meraih undi dan sokongan rakyat. Justeru, dengan wujudnya pelbagai akhbar ini dapat memberi alternatif kepada rakyat untuk mencari kebenaran sesuatu pekara kerana mereka dapat membuat penilaian melalui pembacaan pelbagai akhbar yang diterbitkan.

Walaupun globalisasi turut memberi impak kepada pendemokrasiaan di Malaysia melalui penubuhan serta perkembangan pelbagai akhbar, namun hakikatnya kebebasan media cetak di Malaysia untuk menyampaikan maklumat, mengkritik serta memberi pandang masih lagi terhad (Abdul Latiff Abu Bakar 1998:16). Terdapatnya peruntukkan undang-undang untuk menerbitkan apa-apa bentuk penerbitan seperti Akta Pencetakkan dan Penerbitan 1948, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan 1984 dan Akta Rahsia Rasmi 1986. Bagi memberi respon kepada sekatan yang dikenakan ke atas media ini maka wujudnya Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang memperjuangkan isu kebebasan akhbar kerana negara demokrasi tidak wujud tanpa kebebasan akhbar.

4.0 Politik baru di Malaysia

Dalam pilihan raya Malaysia tahun 1999 menunjukkan perkembangan teknologi maklumat dan unsur globalisasi yang melanda dunia turut mempengaruhi keputusan dalam pilihan raya ini. Perkembangan teknologi maklumat seperti saluran internet dan email serta web pages (laman

13

web internet) menjadi amat signifikan dalam mempengaruhi keputusan masyarakat menjelang pilihan raya. Kebangkitan ini tidak dapat dipisahkan daripada sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat. Kepimpinan kini harus peka akan tuntutan orang ramai, dengan memberi tumpuan kepada kehendak sokongan ramai kelak. Apa yang penting ia memberi ruang kepada pembangkang untuk memobilisasikan orang ramai sama seperti peluang yang dimiliki oleh pihak pemerintah. Selama ini mereka tidak mempunyai saluran media yang boleh menghubungkan mereka dengan orang ramai. Internet dan email dianggap pilihan terbaik kerana ia cekap, telus, dan meluas. Peranan yang dibantu teknologi ini memang berupaya meningkatkan kesedaran sivil dan meluaskan pengaruh ideologi demokrasi. Pilihan raya 1999 nyata sekali merupakan satu persaingan yang hebat ekoran daripada kebangkitan masyarakat sivil yang semakin ketara dan berkembang sehingga kini. Masyarakat sivil di Malaysia kelihatan menyahut kebangkitan yang melanda kebanyakan negara sedang membangun yang lain. Dengan kebangkitan ini, masyarakat mula menjadi sensitif terhadap isuisu pemeliharaan hak asasi, persoalan good governance seperti kepentingan ketelusan dalam pemerintahan dan pentadbiran pihak berkuasa, pentingnya accountability dan kejujuran dalam pengagihan sumber awam, menolak amalan korupsi dan salah guna kuasa, pemeliharaan alam sekitar dan kepekaan terhadap persoalan gender. Sejarah menunjukkan bagaimana pemerintah yang menolak asas sivil ini akan runtuh dan kebiasaanya ia dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri. Misalnya, kejatuhan Pinochet, Marcos, Mobutu, Suharto dan kemusnahan ekonomi oleh pemerintah negara itu sendiri adalah dianggap sebagai suatu perkara yang sangat mengaibkan oleh masyarakat.

5.0 Good governance

Secara umumnya good governan merupakan satu bentuk mekanisme penyediaan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat. Oleh demikian, masyarakat perlu meneliti dan mendalami ciriciri sebenar good governan bagi mempertimbangkan sama ada sesuatu amalan yang dijalankan itu menepati konsep tersebut atau sebaliknya. Terdapat pelbagai pelbagai ciri yang di kemukakan oleh ramai penulis tentang good governan namun berdasarkan definisi yang spesifik oleh

14

organisasi

antarabangsa

The

United

Nations

Development

Program

(UNDP)

yang

membahagikan ciri good governan kepada sembilan ciri utama iaitu penyertaan, berasaskan suara ramai, akauntibiliti, ketelusan, responsif, kedaulatan undang-undang, ekuiti, efektif dan wawasan strategik (Sakinah Muslim 2005:65). Prinsip-prinsip inilah yang menjadi permintaan daripada masyarakat kini dan menjadi kayu ukur bagi sesebuah negara demokrasi yang baik. Ciri yang pertama ialah penyertaan, ia merupakan ciri yang paling penting di mana setiap individu dalam masyarakat perlu mempunyai suara dalam membuat keputusan, sama ada secara langsung atau mewakili institusi yang mewakili kepentingan mereka seperti wakil rakyat dengan kerajaan. Tanpa penyertaan, keputusan rasmi hanya akan dibentuk oleh kepentingan pemegang kuasa atau kumpulan yang dekat dengan kuasa politik. Kepentingan ini biasanya terlalu sempit, amat khusus dan bertentangan dengan kepentingan awam. Namun bergitu, penyertaan yang luas hanya akan berlaku sekiranya wujud kebebasan berpersatuan dan bersuara seperti dalam proses pilihan raya yang di aplikasikan melalui pembuangan undi. Oleh yang demikian, sesebuah kerajaan perlulah menyediakan satu platform yang sesuai agar penyertaan masyarakat dapat di implementasikan. Ciri yang kedua ialah berasaskan suara ramai, di mana good governan mengutarakan kepentingan yang berbeza untuk mencapai keputusan yang terbaik untuk semua masyarakat. Kebiasaannya, terdapat beberapa aktor dan pandangan utama dalam sesebuah masyarakat. Elemen atau ciri ini hanya mampu untuk diperoleh sekiranya wujud pemahaman berkenaan konteks sejarah, budaya dan sosial dalam sesebuah masyarakat. Ciri yang ketiga ialah akautibiliti yang merupakan elemen utama dalam good governan. Pembuat keputusan awam, pihak swasta dan masyarakat sivil perlu mempunyai rasa tanggungjawab kepada masyarakat awam. Tanpa elemen ini, pihak terbabit tidak akan memainkan peranan secara serius dan ini akan melemahkan hasrat untuk mencapai matlamat sebenar. Ciri yang keempat ialah ketelusan di mana ia dibina daripada aliran maklumat yang bebas, ia bermakna maklumat yang diperlukan dapat diperolehi secara terus dari pihak yang bertanggungjawab. Selain itu, keputusan yang dibuat serta tindakan yang diambil perlulah berdasarkan undang-undang dan peraturan. Ketelusan juga bermakna maklumat yang mencukupi disediakan untuk diteliti oleh pihak berkenaan. Bagi memastikan konsistensi dan kelarasan pendekatan dalam perkhidmatan awam, sistem nilai ini amat perlu bagi menyokong elemen good

15

governan yang lain. Ini kerana good governan meliputi fungsi untuk merelisasikan kerjasama antara pihak yang berbeza demi mencapai matlamat bersama. Dalam hal ini, saling mempercayai merupakan satu nilai penting dan hanya dalam persekitaran yang terbuka dan telus membolehkan semua pihak dapat berkongsi perasaan dan rasa mengambil berat ke arah mencapai good governan. Ciri yang kelima pula ialah responsif, elemen ini merujuk kepada keadaan di mana suatu proses dan institusi cuba untuk melayan dan memberi perkhidmatan kepada semua pihak. Dalam mewujudkan good governan, penting untuk menjadi responsif kepada masyarakat. Elemen ini juga dapat membawa pelbagai manifestasi berkaitan dengan mendekatkan pemerintah dan pentadbir dengan masyarakat. Ciri yang keenam ialah kedaulatan undang-undang yang mana good governan memerlukan rangka kerja undang-undang yang dikuatkuasakan dengan adil terutama undang-undang berkaitan hak asasi manusia. Ia juga perlu menyediakan sistem semak dan imbang yang menjaminkan setiap polisi itu telus dan bertanggungjawab. Pihak yang memerintah pula perlu bertanggungjawab terhadap undang-undang, kehakiman dan kuasa lain seperti parti politik, masyarakat sivil, akhbar dan kumpulan pelobi. Ciri yang ketujuh ialah ekuiti, ekuiti bermakna semua individu mempunyai peluang yang sama untuk memperbaiki dan mempertahankan kesejahteraan mereka. Kesejahteraan merujuk kepada senario di mana semua ahli masyarakat berasa mereka mempunyai hak dan tidak dipisahkan daripada masyarakat umum. Sehubungan itu, semua pihak perlu diberi peluang memperbaiki atau menjaga kesejahteraan mereka. Mereka juga perlu dilibatkan daripada tahap awal proses formulasi polisi dan pembuatan keputusan. Ciri yang kelapan ialah efektif yang bermakna proses dan prosedur dapat memenuhi keperluan masyarakat disamping itu, sumber yang ada juga digunakan dengan baik. Konsep keberkesanan dalam konteks good governan juga merangkumi penggunaan sumber asli yang mampan dan pemeliharaan persekitaran. Ciri yang terakhir ialah wawasan strategik yang merupakan keadaan di mana pemimpin dan orang awam mempunyai perspektif jangka masa panjang dan luas. Terdapat juga pemahaman tentang budaya, sejarah dan masalah sosial dalam perseptif sesuatu tempat tersebut (Sakinah Muslim 2005). Contoh usaha kerajaan dalam meningkatkan good governan di Malaysia adalah dengan penubuhan Pelan Integrasi Nasional (PIN) yang bertujuan untuk menggerakkan semua komponen negara iaitu sektor negara

16

dan masyarakat supaya mendukung objektif dan matlamat PIN untuk mencapai cita-cita negara bagi menjamin perjalanan proses pendemokrasian dalam negara terus berlaku. Konsep utama Pelan Integrasi Nasional (PIN) adalah untuk merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dengan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam perlaksanaan PIN iaitu mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan, meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat (www.iim.com.my).

6.0 Menjamin amalan demokrasi

Negara demokrasi yang stabil wujud apabila dibentuk hasil daripada mandat yang diberikan oleh rakyat manakala institusi masyarakat sivil pula mempunyai ruang luas untuk berperanan aktif dalam memperkasakan masyarakat dan membangunkan negara. Keabsahan politik pemerintah bergantung kepada keterbukaan ruang demokrasi, menjalankan good governan, kesediaan pemerintah untuk bersikap responsif terhadap tuntutan rakyat dan kemampuan pemerintah menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara. Oleh yang demikian, upaya pemerkasaan masyarakat sivil perlu dilaksanakan dengan tindakan-tindakan seperti mewujudkan sistem pilihanraya yang benar-benar bersih, bebas dan adil bagi menjamin amalan demokrasi ini terus dilakukan. Pilihanraya mestilah berwibawa, bebas dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Memilih calon-calon pilihanraya dari kalangan mereka yang berintegriti, berkemampuan dan bepekerti mulia. Memastikan pemerintah melaksanakan kuasa berdasarkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undangundang. Membuka ruang yang luas kepada institusi-institusi masyarakat sivil untuk berperanan lebih aktif dalam proses pemerkasaan masyarakat dan pembangunan negara.

17

7.0 Kesimpulan

Menurut Huntington (1993), arus pendemokrasian memang sedang berkembang di kebanyakan negara asia dan negara lain yang sedang membangun. Proses pembangunan ekonomi, sosial dan politik telah memberi impak kepada perkembangan pendemokrasian ini. Orang ramai sudah semakin sedar akan kepentingan hak asasi dan persaingan dalam demokrasi. Oleh itu, pelbagai tuntutan sivil muncul dengan berbagai-bagai gerakan sosial dan politik yang baru serta yang telah sedia ada (Nidzam & Bilcher 2002 :52-53). Perkembangan globalisasi telah memberi impak yang besar dalam proses

pendemokrasian Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Masyarakat Malaysia sudah peka dan berminat terhadap perkembangan politik serta mahukan perubahan kearah kemajuan. Masyarakat luar bandar dan golongan muda yang kurang berpendidikan juga sudah mula berpartisipasi serta menyedari kepentingan politik terhadap diri sendiri, tempatan dan negara. Mereka semakin sedar akan persoalan sivil seperti kepentingan hak asasi, pemerintah yang baik, kepentingan ketelusan, keburukan penyelewengan dan rasuah demi mencapai negara yang maju dan sejahtera. Sehubungan itu, globalisasi telah memperkembangkan sistem teknologi maklumat seperti kemajuan dalam kuasa siber dalam media elektronik yang secara tidak langsung telah memperluaskan proses pendemokrasian dan meningkatkan kesedaran sivil di Malaysia. Ruang dalam proses pendemokrasian ini telah diperluaskan dalam bentuk maya sama ada melayari internet atau membaca akhbar online malah secara langsung ia juga membuka ruang penyertaan politik kepada masyarakat. Ini kerana dengan arus ledakan globalisasi membolehkan mereka tahu apa yang tersembunyi. Seterusnya mereka boleh memberikan pendapat dan sekaligus melibatkan diri dalam wacana politik negara. Perkembangan sistem teknologi maklumat ini bukan sahaja memperluaskan proses pendemokrasian yang sedia ada tetapi ruang pendemokrasian baru ini dilihat mampu untuk melepaskan ikatan serta bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah sebagaimana yang terdapat dalam sistem demokrasi Malaysia yang terhad. Tindak tanduk pemerintah yang mudah

18

memanupulasi fakta, menggunakan autoriti, dan mengeksploitasi media perdana serta agensi penerangan yang boleh mempengaruhi orang ramai, kini dilihat tidak begitu berkesan. Masyarakat sudah boleh membezakan antara yang benar dengan yang palsu. Peranan ceramah pembangkang, media picisan yang cenderung kepada hak sivil serta pembangunan internet, email dan blog telah mengubah pemikiran masyarakat. Hal ini dapat dilihat dalam keputusan pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional tidak berjaya mengekalkan undi 2/3 kerusi parlimen dalam meyakinkan rakyat. Malah, pertambahan bilangan undi kepada pihak pembangkang dan kestabilan barisan alternatif dalam mengikat anggota komponen serta memancing hati masyarakat menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Ini dapat di kukuhkan pula dengan kejatuhan lima buah negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pulau pinang yang jatuh ke tangan pembangkang dan Kelantan masih terus kekal di tangan Pas. Perubabahan ini menunujukkan perkembangan yang baik dalam masyarakat dan seterusnya menjadi ancaman kepada Barisan Nasional sekiranya tidak bersungguh-sungguh kelak. Sehubungan itu, walaupun wujud ruang demokrasi yang baru ini, namun rakyat masih lagi tidak bebas memberi pendapat dan kritikan sepenuhnya, kerana wujudnya beberapa aktaakta yang secara langsung menyekat hak dan kebebasan mereka seperti Akta Pencetakkan dan Penerbitan 1948, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan 1984 dan Akta Rahsia Rasmi 1986. Selain itu juga penggunaan ICT dan kesedaran teknologi maklumat ini masih lagi terbatas kepada kawasan bandar dan golongan berpendidikan sahaja. Tidak dapat dinafikan juga bahawa dalam dunia siber ini mengandungi elemen fakta dan fitnah. Hanya pembaca yang cermat dan berpengetahuan boleh membezakannya. Sebagai pengguna, kita perlu peka terhadap isu semasa dan kritikal terhadap sesuatu maklumat. Gelombang globalisasi kini adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban manusia. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita mestilah rasional dalam menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin.

19

Rujukan

A. Aziz Deraman & Rohani Zainal Abidin. 2003. Globalisasi dan Peradaban di Malaysia. Selangor : Perpustakaan Negara Malaysia. Lukman Z. Mohammad & Azmi Abdul Manaf. 2003. Globalisasi di Malaysia. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. M.D.Mehta, 2007. Good Governance dalam Encyclopedia of Governane I. California: Sage Publication Inc. Nidzam Sulaiman & Bilcher Bala. 2002. Persaingan Parti dan Demokrasi Malaysia. Dlm. Mohd Yusuf Kasim & Azlan Ahmad (pyt). Politik Baru dalam Pilihanraya Umum. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Sakinah Muslim, 2005. Good Governance: Konsep, Amalan dan Cabaran dalam Pentadbiran dalam Koleksi Rencana: Pemantapan Urus Tadbir Sektor Awam. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Zaini Othman. 1999. Etnisiti dalam Politik Negara Sedang Membangun. Dlm. Ghazali Mayudin et al. Politik negara sedang membangun, modul 8. Bangi: Penerbit UKM. Zaini Othman. 1999. Demokrasi dan Masyarakat Sivil. (modul 10). Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia: Pusat Pengajian Jarak Jauh.

Laman sesawang
http://bobex.wordpress.com/2007/09/28/gelombang-globalisasi-antara-dua-sisi/ http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasan_Mengenai_Pelan_Integriti_Nasional.pdf http://bersih.org/?p=284 www.malaysiakini.com/cn

www.iim.com.my/ [9/03/2009]

20