Anda di halaman 1dari 20

SKSJ 1023 PENGANTAR TEORI POLITIK

PERBANDINGAN PENDEKATAN TEORI POLITIK RADIKAL, LIBERAL DAN ISLAM

Teori : kaedah yang berunsur memperjelaskan sesuatu fenomena @ keadaan yang berpandukan data,pengkajian & penelitian sesuatu peristiwa. Mengandungi prinsip-prinsip am @ asas-asas bersifat kasar yang menjadi dasar pembentukan perkembangan sesuatu pengatahuan.

TEORI POLITIK RADIKAL

DEFINISI RADIKAL MARX: keseramataan kebebasan daripada dizalimi. Kerja adalah alat kepada ekonomi, kuasa kerajaan perlu besar untuk menjamin keseramataan.

Ciri-ciri teori politik radikal

Menganggap sistem yang sedia bukan sahaja tidak adil terhadap masyarakat malah menindas dan korup. Mengingini perubahan-perubahan yang ekstrim dan serta merta. Menghapuskan sistem yang sedia ada dan digantikan dengan sistem yang baru.

Memilih jalan revolusi bagi merealisasikan sesuatu perubahan

Terdapat juga sikap radikal politik yang tidak mengganas @ bersifat militan. Mempunyai orientasi pendirian yang sama tentang sistem yang ada. Yakni inginkan perubahan sehingga ke akar umbi & serta merta.

Tegas tidak menggunakan kekerasan


Tidak semua golongan radikal pendokong golongan revolusi & kekerasan tetapi terdapat juga yang pasifis @ menolak kekerasan.

Contoh-contoh Tokoh Politik Radikal


Agresif : Karl Marx Sukarno Lenin

Pasifis : Mahatma Gandhi, Martin Luther King

TEORI POLITIK LIBERAL

Definisi : perkataan liberal berasal daripada perkataan latin liber yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan. Edward Gibbon : 1776-88 Liberal bermaksud bebas dari prejudis tolerans

Di dalam masyarakat moden mereka yang liberal menggemari sistem pengundian yang adil & terbuka.Di mana semua rakyat mempunyai hakhak yang sama rata dibawah undangundang & peluang yang saksama.

LIBERAL KLASIK

Mengutamakan kepentingan kebebasan perusahaan peribadi, hak-hak kehartaan individu & kebebasan perjanjian. Pemikiran ini menerima ketidaksamarataan pengagihan kekayaan berpunca daripada persaingan di pasaran bebas yang tidak mengancam hak-hak kehartaan seseorang. Syarikat perlu dikenakan cukai yang lebih tinggi & menolak individu perlu dikenakan cukai.

LIBERAL MODEN

Mereka memperjuangkan penglibatan kerajaan yang lebih besar di dalam pasaran bebas.ia termasuk undangundang anti dikriminasi, peperiksaan perkhidmatan awam & pendidikan awam. Pihak kerajaan perlu menjaga kebajikan rakyat seperti pampasan penganguran, tempat tinggal untuk mereka yang merempat & kemudahan perubatan.

Ciri-ciri Liberal.

Liberalisme politik : merupakan aliran dimana seseorang itu adalah asas undang-undang & masyarakat. Masyarakat & institusi kerajaan yang wujud di dalam negara berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi. Menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat merangka undang-undang & bersetuju untuk mematuhi undangundang tersebut. Menekankan kedaulatan undang-undang & demokrasi liberal.

Liberalisme budaya : menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan termasuk kebebasan seksual,kebebasan beragama,kebebasan pemahaman & perlindungan dari campurtangan kerajaan dalam kehidupan peribadi. Liberal sosial : semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomi dan lain-lain.

Tokoh-tokoh Liberal

John Locke (16321704) Jeremy bentham ( 1748-1832 )

TEORI POLITIK ISLAM.

Islam bermula pada tahun 622 masihi apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira. Umat islam berpegang kepada konsep tauhid iaitu percaya bahawa tuhan hanya satu.Tauhid adalah asas akidah. Dalam bahasa arab tauhid bermaksud penyatuan.

Syahadah adalah ucapan kepercayaan yang mengakui keesaan tuhan(ALLAH) dan Nabi Muhammad sebagai rasulnya.

Umat Islam diwajibkan menunaikan solat. Solat adalah tiang agama.

Percaya adanya nabi dan rasul. Umat islam diwajibkan berpuasa pada bulan ramadhan.Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perkara yang boleh membatalkan puasa.

Orang Islam yang berkemampuan wajib menunaikan haji.Haji adalah salah satu dari Rukun Islam. Umat islam percaya adanya hari akhirat, iaitu hari dimana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan yang mereka lakukan semasa mereka masih hidup.

CIRI-CIRI POLITIK ISLAM.


Al-Uluhiyyah : menjadikan tuhan sebagai matlamat politik Al-Risalah : kesinambungan kepada praktikal para nabi-nabi sebelum ini. Al-Khilafah : tanggungjawab politik terletak pada manusia bergelar khilafah.

Pandangan Prof. A.R Gibb : suara rakyat iaitu kemahuan masyarakat yang dinyatakan bukanlah diukur dengan perhitungan suara pemilih @ keputusan dari majlis perwakilan. Tetapi ditunjukan melalui pendapat yang dikumpul secara perlahan. Yakni daripada Wahyu & hadis nabi serta bergabung dengan suara rakyat.
Padangan Sayyid Qutb : politik adalah tasawur rabbani datang daripada Allah & mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai