Anda di halaman 1dari 88

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pendidikan Prasekolah

Tandatangan :

Nama Penyelia: ENCIK MANGALESWARAN A/L ANNAMALAI Tarikh : 13 OKTOBER 2011

PERAKUAN

Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : NURUL IZZAH BINTI KHALIL Tarikh : 13 OKTOBER 2011

ii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji atas limpah kurnia dan inayah Allah S.W.T Tuhan Seluruh Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Teristimewa buat..... Ayahanda dan Bonda Tercinta... Tuan Haji Khalil bin Yusof dan Puan Hajjah Siti Rohani binti Syeikh Abdullah, Terima kasih tidak terhingga di atas jasa dan pengorbanan serta restu dan doa yang tidak pernah putus dari kalian... Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat dinilai dan dibayar sehingga ke akhir hayat... Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian. Kakanda-kakanda dan Adinda Tersayang... Kalian merupakan penyeri hidupku, Semoga kejayaan dan kecemerlangan akan terus bersama kalian dalam mencapai matlamat hidup... Dan semoga kita semua dapat berbakti kepada ayah bonda tercinta. Pensyarah Penyelia, Pensyarah-Pensyarah dan Rakan-Rakan Seperjuangan,,, Terima kasih di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan pertolongan dari kalian sehingga diri ini mampu mencapai kejayaan ini... Kenangan bersama kalian tidak akan pernah dilupakan. Terima Kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang kalian semua berikan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Semoga ALLAH S.W.T sentiasa meredhai hidup kita semua. Amin...

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, segenap pujian hanya untukNya semata-mata. Segala kesyukuran saya panjatkan ke hadratNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S. A.W.

Ucapan syukur Alhamdulillah setinggi-tingginya kerana dengan izin dan inayahNya, maka dapatlah saya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Salam penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Penyelia saya, Encik Mangaleswaran a/l Annamalai kerana telah mencurahkan pelbagai bimbingan serta tunjuk ajar, pendapat, nasihat, teguran malah apa sahaja dalam proses menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa juga, kalungan terima kasih dihulurkan buat para pensyarah Prasekolah dan Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan memberikan pendapat serta warga sekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Tepoh, Kuala Terengganu yang telah banyak membantu dalam proses menyempurnakan kajian ini. Sekian, terima kasih.
iv

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on dapat membantu meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan sepuluh orang responden yang terdiri daripada lima orang responden lelaki dan lima orang responden perempuan. Kesemua responden terdiri daripada murid-murid Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Instrumen yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual, senarai semak dan skala kadar. Hasil dapatan menunjukkan bahawa setelah mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hands-on, berlaku peningkatan dari aspek minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran. Kajian ini menyarankan agar guru-guru prasekolah mengaplikasikan kaedah hands-on dalam pengajaran bagi meningkatkan minat dan penglibatan muridmurid dalam pembelajaran. Ini adalah untuk membantu pembelajaran murid-murid prasekolah yang lebih berkesan dan bermakna. Kata kunci : kaedah pembelajaran, pengaplikasian, aktiviti hands-on.

ABSTRACT

This action research is done to see what extent of applying hands-on activities which can help to increase interest and involvement of preschool students in learning process. This form of qualitative study involving ten respondents consists of five male and five female respondents. All of the respondents consist of Prasekolah Hikmah of Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Instruments used were observations, interviews and checklists. The findings show that after applying the method of hands-on learning there are increasing interest in terms of achievement and student involvement. This study suggested that preschool teachers apply the hands-on activities technique to enhance interest and involvement of students in learning. This is to help students preschool learning more effective and meaningful.

Keywords : Methods of hands-on learning

vi

KANDUNGAN PENGESAHAN PENYELIA PERAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH i ii iii iv v vi vii ix xi xii

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Tinjauan Awal 1.5 Refleksi Sorotan Literatur

1 2 4 5 6 7

2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Tinjauan Masalah 2.2 Analisis Tinjaun Masalah

10 10 11

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Kajian 3.2 Persoalan Kajian

13 13 14
vii

3.3 Kepentingan Kajian 3.4 Definini Operasional 3.5 Batasan Kajian

14 15 17

4.0 KUMPULAN SASARAN

18

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Perancangan Tindakan

18 18

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 6.1 Instrumen Kajian 6.2 Cara Menganalisis Data

21 21 27

7.0 ANALISIS DATA 7.1 Pengenalan 7.2 Profil Responden 7.3 Analisis Data Melalui Pemerhatian 7.4 Analisis Data Melalui Temubual 7.5 Analisis Data Melalui Senarai Semak 7.6 Analisis Data Melaui Skala Kadar

32 32 33 34 44 49 53

8.0 DAPATAN KAJIAN 8.1 Pendahuluan 8.2 Ringkasan Kajian 8.3 Interpretasi dan Dapatan Kajian 8.4 Rumusan

58 58 58 59 66

9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

67
viii

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN

71 73

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A B C D E Gambar Aktiviti Hands-on Senarai Semak Pemerhatian Senarai Semak Pemerhatian Penglibatan Responden Borang Skor Skala Kadar Aras Kefahaman Responden Senarai Soalan Temubual Dengan Responden

Muka Surat 73 74 75 76 77

ix

SENARAI JADUAL Jadual 1 2 3 4 5 Perancangan Tindakan Aspek Pemerhatian Secara Berstruktur Taburan Responden Mengikut Jantina Aspek Pemerhatian Secara Berstruktur Analisis Data Sebelum Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on. 6 Analisis Data Selepas Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on. 7 Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 1. 8 Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 2. 9 Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 3. 48 47 46 38 36 Muka Surat 19 28 33 35

SENARAI RAJAH Rajah 1 2 3 4 Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Tindakan Carta Perbandingan Antara Setiap Item Bagi Pra Pemerhatian Carta Perbandingan Antara Setiap Item Bagi Pasca Pemerhatian Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 1 5 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 2 6 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 3 7 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 4. 8 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 5. 44 43 42 41 40 Muka Surat 30 37 39

xi

1.0

PENDAHULUAN.

Pembelajaran bagi seseorang kanak-kanak prasekolah bermula bukan hanya melalui pendidikan secara tidak formal di rumah dan melalui pemerhatian melalui persekitaran mereka sahaja malahan turut meliputi pendidikan yang diperoleh di prasekolah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan kanak-kanak dengan sikap yang positif, kemahiran dan keyakinan diri sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Secara umumnya, terdapat beberapa definisi mengenai pembelajaran. Woolfolk (1980), menyatakan pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran menurut beliau adalah satu proses yang berterusan, berlaku sama ada secara formal dan tidak formal. Pembelajaran secara formal adalah pembelajaran yang diperolehi melalui sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran secara tidak formal pula adalah pembelajaran yang didapati sama ada melalui rakan sebaya, keluarga, media massa dan persekitaran.

Dalam konteks prasekolah pula, pembelajaran merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia kepada seseorang kanak-kanak. Dengan pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan kanak-kanak dapat dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap-sikap
1

yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Pendidik yang berusaha memahami gaya pembelajaran pelajar lebih awal, boleh menggunakannya bagi membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya asas untuk membina kekuatan pengajaran (Rohaila, Norasmah & Faridah, 2005). Program-program pembelajaran di prasekolah juga perlu sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh kerana itu, beberapa usaha perlu dilakukan oleh guru untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam proses pembelajaran.

Pendidikan awal kanak-kanak yang kini dikenali sebagai pendidikan prasekolah adalah bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak ke alam persekolahan yang lebih formal (Brenda, 1976). Oleh kerana itu, mereka mestilah dibekalkan dengan pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Menurut Brenda lagi, soalan pertama yang akan ditanya oleh kebanyakan ibu bapa apabila menghantar anak-anak mereka ke prasekolah adalah adakah sistem pendidikan yang disediakan membekalkan pembelajaran yang berkualiti dan dapat menggembirakan anak-anak.

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Berdasarkan beberapa slot pengajaran sepanjang tiga fasa praktikum yang telah dilalui oleh pengkaji, didapati murid-murid tidak berminat dan sering memberikan alasan sekiranya guru meminta untuk menyelesaikan lembaran kerja atau buku kerja
2

yang diberi. Murid-murid juga kebosanan sekiranya guru hanya berdiri dan bercakap di hadapan ketika mengajar. Kebanyakan murid-murid kurang memberikan tumpuan dan sering memberikan pelbagai alasan untuk menyiapkan lembaran kerja dan juga buku latihan yang diberikan. Mereka akan mula membuat bising dan berjalan-jalan di dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan lain.

Perkara sebaliknya berlaku apabila mereka diminta untuk cuba melakukan sesuatu aktiviti itu sendiri. Murid-murid yang selalunya pasif dan tidak mahu melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut akan mengambil bahagian. Sebagai contoh, untuk pengajaran memperkenalkan murid-murid dengan huruf-huruf konsonan dan vokal, mereka sering memberikan alasan tidak pandai dan tidak tahu untuk membuatnya sekiranya guru meminta mereka menyalin semula atau menulis huruf-huruf yang diminta ke dalam lembaran kerja yang diberikan.Tetapi, sekiranya mereka diberikan doh daripada tepung yang berwarna-warni mereka akan begitu bersemangat dan ingin mencuba untuk membentuk huruf-huruf yang diminta sendiri.

Melihatkan situasi inilah menyebabkan pengkaji berminat untuk mengkaji lebih mendalam mengenai pembelajaran secara hands-on di kalangan murid-murid prasekolah yang dilihat dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran. Setelah mengumpul beberapa maklumat, pengkaji telah cuba untuk mengaplikasikan kaedahi hands-on ini ke atas murid-murid bagi menggantikan penggunaan lembaran kerja atau buku latihan semata-mata. Memang tidak dapat dinafikan lembaran kerja yang disediakan oleh guru merupakan suatu alat bantu mengajar yang penting untuk mempercepatkan tercapainya objektif pengajaran
3

dalam bilik darjah (Jabatan Pendidikan MPPM, 1992), tetapi pada pandangan pengkaji teori tersebut hanya relevan digunakan untuk dua puluh tahun yang lalu.

Dalam sistem pendidikan yang semakin maju sekarang, pengkaji merasakan perubahan dalam kaedah pengajaran perlu dilaksanakan dengan memperbanyakkan aktiviti hands-on yang ternyata dapat membantu meningkatkan minat dan tahap penglibatan murid-murid dalam pembelajaran. Hal ini adalah kerana minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran akan memberikan pengaruh besar terhadap kefahaman mereka terhadap isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru.

Winifred Moove (1964) sendiri pernah menyatakan bahawa lembaran kerja tidak harus diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal persekolahan mereka di tadika selagi kanak-kanak ini tidak dibekalkan dengan pengalaman secara praktik yang mencukupi. Selain itu juga, kebanyakan lembaran kerja yang disediakan oleh guru masih memerlukan penerangan yang jelas sebelum kanak-kanak menyelesaikannya kerana agak sukar bagi mereka memahami arahan yang diperlukan dan mereka kurang berminat terhadap lembaran kerja.

1.2

Latar Belakang Kajian.

Kanak-kanak di dalam lingkungan umur 4-6 tahun memerlukan pendedahan kepada persekitaran yang kaya dengan unsur pembelajaran. Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri di dalam pelbagai jenis pengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembang dengan sempurna. Selain daripada mempunyai sifat ingin tahu, ingin mencuba dan meneroka sesuatu, kanak-kanak juga
4

sangat aktif dan suka berkawan. Satu keistemewaan kanak-kanak di peringkat ini ialah mereka belajar dengan cara membuat atau mencipta. Ini dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak menggunakan pancaindera melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh.

Walau bagaimanapun dalam merancang aktiviti untuk kanak-kanak, pertimbangan hendaklah diberi kepada satu perkara penting, iaitu setiap kanak-kanak mempunyai sifat-sifat yang tersendiri dari segi kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaannya sungguhpun pada amnya sifat mereka itu lebih banyak persamaannya daripada perbezaannya. Oleh yang demikian, segala keperluan kanakkanak secara am mahupun secara individu amatlah penting untuk dipenuhi. Keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi dengan adanya kurikulum seimbang yang memberikan penekanan yang sama kepada semua domain perkembangan kanakkanak iaitu perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran secara handson dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran.

1.3

Pernyataan Masalah.

Kanak-kanak di dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun berada di peringkat yang sangat mudah dipengaruhi (Rozumah & Salma, 1985). Apa yang kita lakukan terhadap mereka pada hari ini akan mempengaruhi masa depan mereka. Pendidikan di peringkat awal merupakan sebaik-baik waktu untuk memupuk perkembangan kanak-kanak yang positif. Hal ini adalah kerana perkembangan awal

kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani mahupun rohaninya.

Pada peringkat ini, kanak-kanak suka menyoal, meneroka dan mencuba. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Pembentukan konsep, contohnya yang mempunyai asas di peringkat umur prasekolah merupakan satu pendekatan utama bagaimana kanak-kanak menyedari, mengenali dan memahami tentang alam sekelilingnya. Keinginannya untuk mengetahui objek-objek dan perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya melalui menyoal, meneroka dan mencuba digerakkan oleh sifat ingin tahu kanak-kanak yang kuat.

Strategi utama yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat dan seterusnya membuat tafsiran ke atas sesuatu maklumat itu ialah menerusi kesemua derianya, iaitu deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Oleh yang demikian, kanakkanak memerlukan pengalaman-pengalaman yang melibatkan benda-benda wujud dan yang member peluang kepada mereka untuk berhubung secara aktif dan langsung dengan objek-objek itu. Dengan cara ini, mereka dapat memahami kesan tindakan mereka ke atas objek-objek atau keadaan-keadaan.

1.4

Tinjauan Awal.

Pengkaji telah melakukan tinjauan awal tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah dan aspek-aspek yang berkaitan dengan penggunaan lembaran kerja dan buku kerja semata-mata dalam kelas prasekolah. Masalah yang
6

timbul apabila guru terlalu bergantung kepada penggunaan lembaran kerja dan apabila terlalu banyak latih tubi yang diberikan dalam buku kerja, kesan yang dapat dilihat adalah pada guru sendiri. Guru akan sukar mengawal kelas kerana keadaan kelas menjadi tidak terkawal di mana murid-murid yang kebosanan akan mula membuat bising.

Murid-murid juga akan cenderung berjalan-jalan di dalam kelas dan mula mengacau rakan-rakan yang lain. Perkara ini dapat membuktikan penggunaan lembaran kerja semata-mata adalah kurang praktikal kepada kanak-kanak prasekolah. Berdasarkan kepada analisis masalah di atas, dalam Kajian Tindakan ini pengkaji telah cuba menggunakan serta mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara handson untuk mengesan peningkatan minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran.

1.5

Refleksi Sorotan Literatur.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai perkembangan yang menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menetapkan fokus Pendidikan Prasekolah ke arah usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Perkara yang menjadi fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontesktual dan pembelajaran berasaskan projek. Jerome (1915) menyatakan pembelajaran berlaku mengikut tiga langkah iaitu Enaktif, Ikonik dan Simbolik. Pembelajaran Enaktif merupakan pembelajaran berasaskan tindakan. Pendapat beliau ini telah menjadi panduan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian menggunakan aktiviti hands-on bagi meningkatkan minat dan tahap penglibatan murid-murid yang sekaligus dapat memberikan perbezaan dalam aspek kefahaman murid-murid prasekolah terhadap pengajaran guru.

Menurut Bruner, bagi memudahkan kefahaman murid adalah amat penting untuk mereka menimba pengalaman yang konkrit, contohnya memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup. Pandangan daripada pelopor teori Pembelajaran Konstruktivitis inilah dapat membantu kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Doran (1990) memberikan beberapa istilah lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan aktiviti hands-on iaitu aktiviti praktik, aktiviti manipulatif dan aktiviti berpusatkan bahan. Hein (1987) pula mendefinisikan aktiviti hands-on sebagai aktiviti berpusatkan ilmu pengetahuan.Walaubagaimanapun, istilah yang digunakan beliau juga menggambarkan kaitan dengan penggunaan bahan manipulatif sama seperti pandangan Doran (1990).

Aktiviti hands-on juga merupakan aktiviti memanipulasi perkara-perkara yang dipelajari oleh murid-murid seperti bercucuk tanam, mengenali medan magnet dan juga penggunaan batu-batuan (James, 1993). Dalam erti kata lain, menurut
8

James aktiviti hands-on merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri. Aktiviti hands-on menjadikan fikiran murid-murid berkembang dengan baik dan mereka dapat belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan persekitaran mereka (Cooperstein & Kocevar, 2004). Selain itu, pengalaman belajar yang lebih interaktif turut wujud melalui pembelajaran berasaskan aktiviti hands-on.

Melalui pembacaan yang dibuat, pengkaji telah menemui salah satu cara terbaik bagi anak-anak untuk belajar membaca adalah dengan melakukan aktivitiaktiviti yang menyenangkan untuk membantu mereka mengingat. Aktiviti hands-on adalah cara terbaik untuk membantu murid-murid belajar membaca (Crossley, 2010). Grossman (1999) pula berpendapat kurikulum berasaskan lembaran kerja semata-mata dapat mengurangkan minat kanak-kanak untuk belajar.

Selain definisi-definisi dan ciri-ciri yang dinyatakan pengkaji di atas, aktiviti hands-on juga merupakan satu pembelajaran autentik.Pembelajaran autentik dapatlah dimaksudkan sebagai pembelajaran yang berlaku secara langsung dengan pengalaman murid-murid. Mereka akan melakukan sendiri aktiviti yang dilaksanakan dan berkait langsung dengan pengalaman mereka. Pembelajaran melalui aktiviti hands-on dapat memberikan murid-murid pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak yang mula bersetuju dan menyatakan bahawa murid-murid akan lebih mudah untuk belajar dan memahami sesuatu melalui pembelajaran secara hands-on. Hal ini adalah kerana murid-murid
9

akan belajar sesuatu dengan lebih bermakna jika mereka mengalami sendiri apa yang dipelajarinya, bukan sekadar hanya mengetahui tentang sesuatu perkara itu. Selain itu juga, pembelajaran yang berorientasi pada aktiviti hands-on terbukti mampu meningkatkan daya mengingat murid dan membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar.

2.0

FOKUS KAJIAN.

Menurut McNiff yang dinyatakan oleh Othman (2008), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah pengaplikasian aktiviti hands-on dalam Pendidikan Prasekolah dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran.

2.1

Tinjauan Masalah.

Untuk mengenal pasti masalah, adalah penting bagi pengkaji membuat kajian masalah supaya perkara tersebut dapat dikenalpasti. Pengkaji telah melakukan tinjauan awal tentang aspek yang berkaitan dengan proses serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Hasil daripada tinjauan pengkaji, penglibatan murid10

murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru sekadar memberikan lembaran kerja serta mengamalkan kaedah talk and chalk sahaja adalah kurang memuaskan.

Terdapat beberapa murid yang tidak mahu memberikan perhatian terhadap pengajaran guru dan juga ada di antara mereka yang enggan membuat lembaran kerja yang diberikan. Berdasarkan kepada perbincangan dan pemerhatian yang telah dilakukan pengkaji mendapati satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik perhatian mereka agar terlibat aktif dalam pembelajaran perlu dijalankan. Pembelajaran berasaskan aktiviti hands-on dapatlah dikategorikan ialah sebagai pembelajaran yang

konstruktivisme.

Pembelajaran

konstruktivisme

pembelajaran

menekankan pembinaan pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran lama dengan pembelajaran baru (Shukri, 1999).

Pembelajaran secara hands-on ini dilihat penting kerana pembelajaran jenis ini membolehkan murid mengingati pelajaran yang diajar lebih lama berbanding pembelajaran objektivisme dimana guru hanya memberi sepenuhnya maklumat dan tiada penglibatan daripada murid-murid. Hal ini juga adalah kerana melalui kaedah hands-on ini guru dapat mengetahui sejauh mana kefahaman pelajar tentang sesuatu isi pelajaran (Shukri, 1999).

2.2

Analisis Tinjauan Masalah.

Kajian ini berfokuskan kepada masalah minat dan penglibatan yang kurang di kalangan murid-murid dalam pembelajaran di prasekolah sekiranya aktiviti yang
11

dijalankan oleh guru kurang menarik. Pengkaji melihat masalah ini adalah penting kerana penglibatan yang aktif daripada murid-murid ini dapat menjadi kayu ukur kepada guru untuk melihat sejauh mana kefahaman murid-murid terhadap satu-satu isi pelajaran yang telah diajar.

Oleh kerana itu, pengkaji telah memilih untuk menjalankan aktiviti hands-on bagi menarik minat dan perhatian terhadap pengajaran guru sekaligus dapat meningkatkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan daripada murid-murid dalam pembelajaran. Kelemahan-kelemahan dari segi perancangan, pembinaan dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) juga ketara di kalangan guru. Rata-ratanya mereka masih cenderung menggunakan papan hitam dan lembaran kerja sebagai BBM semasa mengajar (Jabatan Pendidikan MPPM, 1992).

Hakikatnya manusia telah dikurniakan dengan pelbagai deria. Begitu juga dengan murid-murid prasekolah. Tetapi, malangnya pengajaran yang disampaikan dalam bilik darjah kebiasaannya hanya melalui percakapan sahaja. Ini bererti guru hanya menumpukan kepada satu deria sahaja, iaitu deria pendengaran. Sebenarnya penggunaan pelbagai deria lebih mendatangkan kesan yang lebih baik dalam memahami dan menguasai pembelajaran (Nasrudin, 1991).

Maksud pengkaji di sini adalah untuk meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran, guru perlu kreatif dalam

mempelbagaikan kaedah pengajaran berasaskan kaedah pembelajaran berasaskan


12

aktiviti hands-on. Ini kerana dengan menjalankan aktivit hands-on, murid-murid akan belajar dengan lebih cepat dan dapat mengingati satu-satu isi pelajaran itu dengan lebih baik kerana ianya melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti sentuhan, lihat dan rasa.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran.

3.1

Objektif Umum.

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan minat dan tahap penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran.

3.1.2 Objektif Khusus.

i.

Mengenalpasti minat murid-murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru melalui aktiviti hands-on.

ii.

Membezakan penglibatan murid-murid sebelum dan selepas menjalani aktiviti hands-on.

iii.

Membezakan tahap kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran selepas menjalani pembelajaran secara hands-on.

13

3.2

PERSOALAN KAJIAN.

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan berikut : i. Adakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat membantu meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran? ii. Adakah tahap penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran meningkat apabila guru mengaplikasikan kaedah hands-on? iii. Bagaimanakah tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru setelah menjalani pembelajaran secara hands-on?

3.3

Kepentingan Kajian.

Kajian ini dijalankan dengan tujuan dan kepentingan tersendiri. Pengkaji merasakan kajian ini amat penting untuk membantu meningkatkan minat dan penglibatan muridmurid prasekolah dalam pembelajaran kerana ianya turut akan memberi kesan kepada pencapaian akademik seseorang murid itu. Ini kerana pencapaian akademik adalah satu aspek persekolahan yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan murid. Bagaimanapun pencapaian akademik murid adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelabagai faktor (Ab. Halim, Zuria & Safani, 2005).

Oleh itu, pengkaji melihat faktor kesesuaian aktiviti yang dijalankan oleh guru ke atas murid-murid juga dapat mempengaruhi pencapaian mereka dalam
14

pembelajaran. Sekiranya murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran, mereka sekaligus tidak akan dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru pada hari tersebut. Murid-murid ini turut akan ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang lebih pandai.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti hands-on. Hal ini adalah kerana melalui pembacaan, pengkaji mendapati melalui aktiviti hands-on murid-murid akan menjadi lebih kreatif. Mereka turut dapat meneroka dengan lebih jauh. Pada masa sekarang, sudah terdapat banyak rancangan televisyen dan laman web-laman web yang memberikan contoh aktiviti hands-on yang sesuai untuk murid-murid prasekolah. Dengan teknologi di hujung jari pada masa sekarang, guru perlulah rajin mencari maklumat-maklumat dan contoh-contoh yang berkaitan dengan aktiviti hands-on yang boleh diajar kepada murid-murid.

3.4

Definisi Operational.

Definisi istilah merujuk kepada pendefinisian istilah bagi tajuk yang telah dipilih pengkaji iaitu Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on Membantu

Meningkatkan Minat dan Penglibatan Murid-murid Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong Dalam Pembelajaran.

15

3.4.1 Aktiviti Hands-on.

Pengkaji terlebih dahulu ingin memberikan definisi bagi aktiviti hands-on. Aktiviti hands-on adalah terjemahan daripada istilah Bahasa Inggeris hands-on activity, yang membawa banyak maksud. Secara umumnya, aktiviti hands-on dapatlah

didefinisikan sebagai aktiviti praktik.

Doran (1990) memberikan beberapa istilah lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan aktiviti hands-on iaitu aktiviti praktik, aktiviti manipulatif dan aktiviti berpusatkan bahan. Hein (1987) pula mendefinisikan aktiviti hands-on sebagai aktiviti berpusatkan ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, istilah yang digunakan beliau juga menggambarkan kaitan dengan penggunaan bahan manipulatif, sama seperti pandangan Doran (1990). Aktiviti hands-on juga merupakan aktiviti memanipulasi perkara-perkara yang dipelajari oleh murid-murid seperti bercucuk tanam, mengenali medan magnet dan juga penggunaan batu-batuan (James, 1993). Dalam erti kata lain, menurut James aktiviti hands-on merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri.

Oleh kerana itu, dapatlah pengkaji merumuskan bahawa aktiviti hands-on membawa maksud apa sahaja aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid-murid secara praktikal, dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada. Aktiviti hands-on boleh terdiri daripada menguli doh, bercucuk tanam, menyediakan makanan tradisional dan juga membuat kolaj.

16

3.4.2 Pembelajaran.

Secara umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Menurut Gagne (1970) pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.

Menurut Woolfolk (1980) pula, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

3.5

Batasan Kajian.

Kajian Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong dan hanya melibatkan murid prasekolah sahaja. Kelas yang ditetapkan adalah kelas Prasekolah Hikmah. Seramai sepuluh orang sampel yang terlibat dalam kajian ini. Aktiviti-aktiviti hands-on yang dijalankan adalah berpandukan aspek-aspek dan tunjang-tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kajian ini memberi tumpuan kepada pengaplikasian pembelajaran secara hands-on yang digunakan dalam pengajaran guru.

17

4.0

KUMPULAN SASARAN.

Kajian Tindakan ini melibatkan sampel seramai sepuluh orang murid dari kelas Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Tepoh, Kuala Terengganu. Sampel terdiri daripada lima orang respondan perempuan dan lima orang responden lelaki. Pemilihan responden adalah berdasarkan masalah yang sama yang dihadapi oleh murid-murid ini. Pengkaji juga telah mengenal pasti responden melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN.

5.1

Perancangan Tindakan.

Jadual 5.1 : Perancangan Tindakan.


AKTIVITI / MINGGU Pengenalan Kepada Kajian Tindakan Penjelasan Tugasan Pembahagian Pensyarah Penyelia Perbincangan Tinjauan Masalah Yang Dikaji Merangka Kertas Cadangan Kajian JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN MEI SEPT JAN - APR OGOS NOV 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

FASA

Penetapan Objektif

18

Mengukuhkan Kertas Cadangan Kajian Pembinaan Instrumen Menyiapkan Kertas Cadangan Lawatan Ke Sekolah Untuk Mendapatkan Maklumat Kajian Yang Hendak Dijalankan Pelaksanaan Menjalankan Sesi Temubual Kajian Dengan Guru Organisasi dan Mengemaskini Maklumat Yang Diperoleh Analisis Data Yang Diperoleh Perbincangan Tindakan Yang Akan Diambil Analisis Data Untuk Mengatasi dan Perbincangan Masalah Penulisan Laporan Penyelidikan Pembentangan Penyemakan dan Penulisan Mengemaskini Laporan Laporan Penyelidikan Penyelidikan Menghantar Tugasan

Berdasarkan jadual perancangan tindakan di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa pengkaji telah melalui empat fasa utama dalam proses menyiapkan kajian tindakan ini. Fasa yang pertama adalah penetapan objektif yang berlangsung

sepanjang bulan Februari sehingga April. Dalam Fasa 1 ini, pengkaji telah diberi
19

taklimat mengenai tugasan kajian tindakan ini dan memperoleh pensyarah penyelia yang akan membimbing sepanjang proses pelaksanaan kajian tindakan ini. Perangkaan kertas cadangan kajian dan pembinaan instrumen turut berjalan semasa Fasa 1 ini.

Pelaksanaan kajian berlaku dalam Fasa 2. Dalam fasa ini, pengkaji telah terlibat dengan praktikum di sekolah selama empat minggu untuk mendapatkan maklumat kajian yang hendak dijalankan. Bagi mengenalpasti masalah yang wujud, selain membuat pemerhatian dari kaca mata pengkaji sendiri, pengkaji turut menjalankan sesi temubual secara tidak formal dengan guru prasekolah di sekolah yang terlibat. Setelah memperoleh maklumat yang mencukupi, pengkaji mula menjalankan kajian dan mengumpul data-data yang berkenaan. Pengkaji turut menganalisis data yang telah diperoleh secara teliti.

Semasa Fasa 3 berlangsung, pengkaji membuat beberapa perbincangan tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah bersama dengan guru prasekolah dan pensyarah penyelia yang terlibat. Setelah memperoleh kesemua data dan mencari penyelesaian kepada masalah yang wujud, pengkaji mula membuat penulisan laporan penyelidikan berdasarkan data yang telah dianalisis.

Fasa 4 yang meliputi pembentangan, penyemakan dan pengemaskinian laporan penyelidikan akan berlangsung dalam bulan September dan pada Oktober 2011 sebuah laporan penyelidikan yang lengkap perlu dihantar kepada pensyarah penyelia.

20

6.0

Prosedur Cara Mengumpul Data.

6.1

Instrumen Kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa aspek keberkesanan yang dapat dicapai melalui proses tindakan yang dilakukan. Aspek-aspek keberkesanan utama yang ingin dicapai oleh pengkaji adalah yang dinyatakan :

i. Minat responden terhadap pengajaran guru. ii. Penglibatan responden dalam pembelajaran. iii. Kefahaman responden terhadap topik yang diajar.

Di samping aspek-aspek keberkesanan utama yang ingin dicapai, pengkaji turut menetapkan dua lagi aspek keberkesanan sampingan yang ingin dicapai iaitu :

i. Kreativiti responden dalam melakukan aktiviti. ii. Tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran.

Aspek-aspek yang telah disenaraikan di atas akan menjadi fokus pengkaji semasa menjalankan kajian tindakan untuk melihat sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on berkesan terhadap pembelajaran murid-murid. Selain itu juga, aspek-aspek ini akan menjadi garis panduan terhadap pengkaji semasa menjalankan kajian tindakan supaya kajian yang dijalankan tidak tersasar daripada objektif yang ingin dicapai.

21

Bagi melihat pencapaian murid-murid terhadap aspek-aspek yang difokuskan ini, pengkaji akan menggunakan empat instrumen kajian yang telah dirancang untuk mendapatkan maklumat tentang tahap peningkatan yang diperolehi oleh murid iaitu instrumen pemerhatian, temu bual, senarai semak dan skala kadar.

6.1.2 Pemerhatian.

Pemerhatian adalah proses penilaian guru secara aktif. Guru memerhati, membuat interpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui pemerhatian, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid. Sepanjang kajian ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur terhadap responden. Pengkaji telah memilih untuk merakam gambar responden-responden sepanjang proses pembelajaran mereka sebanyak dua fasa, iaitu fasa pertama sebelum pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on dan juga fasa kedua setelah pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on.

Pengkaji telah menjalankan beberapa pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalani oleh responden apabila guru tidak mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hands-on dan juga setelah guru mengaplikasikan pembelajaran secara handson. Pada peringkat awal, pengkaji perlu membiasakan murid-murid ini dengan kehadiran kamera agar pergerakan dan segala tindakan mereka adalah tidak dibuatbuat. Pengkaji telah mencuba merakam beberapa kali gambar sepanjang proses mereka menjalani pembelajaran kerana mereka tidak selesa dengan kewujudan kamera pada peringkat awalnya. Data hanya dikutip apabila murid-murid sudah membiasakan diri dengan kewujudan pengkaji bersama kamera. Dalam kajian yang
22

dijalankan ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap lima aspek seperti yang telah disenaraikan. Aspek-aspek tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

i.

Minat responden terhadap pengajaran guru. Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dalam proses pembelajaran dengan penuh minat.

ii.

Penglibatan responden dalam pembelajaran. Terlibat dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran.

iii.

Kefahaman responden terhadap topik yang diajar. Dapat bersoal jawab apabila ditanya mengenai satu-satu topik pembelajaran dengan baik.

iv.

Kreativiti responden dalam melakukan aktiviti. Pengolahan idea murid terhadap bahan serta alatan yang digunakan.

v.

Tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran. Kewujudan tingkah laku-tingkah laku positif sepanjang proses pembelajaran seperti berkongsi alatan, bekerjasama dan bertolak ansur.

23

6.1.3 Temu bual.

Menurut Othman (2009), temubual melibatkan penemubual menggunakan soalansoalan yang telah ditentukan untuk semua partisipan. Ini menjadikan sangat sedikit variasi dari segi tindak balas responden. Penemubual biasanya akan merekodkan tindak balas mengikut skema pengkodan yang telah ditentukan. Satu prosedur yang standard dari segi pentadbiran temu bual dapat mengawal perjalanan temubual serta tindak balas daripada responden. Responden dalam kes pengkaji ini adalah sampel yang telah pengkaji pilih. Kesemua responden akan mendapat set soalan yang sama, ditanya dalam urutan yang sama oleh penemubual iaitu pengkaji sendiri.

Instrumen temu bual adalah merupakan salah satu cara penyelidik untuk mendapatkan data maklumat melalui lisan dan interaksi di mana pengkaji berinteraksi dengan murid. Temu bual dijalankan terhadap sepuluh orang responden yang telah dipilih. Sebanyak tiga soalan yang telah digunakan. Data-data temubual dianalisis berdasarkan persoalan yang telah dibuat oleh pengkaji. Berikut merupakan tema-tema tersebut : i. Pembelajaran secara hands-on dapat menunjukkan peningkatan terhadap minat responden dalam pembelajaran. ii. iii. Bagaimana penerimaan responden terhadap pembelajaran secara hands-on. Pembelajaran secara hands-on dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman responden dalam pembelajaran.

24

6.1.3.1

Senarai Soalan Temubual.

1.

Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti hands-on?

2.

Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku ini?

3.

Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

6.1.4 Senarai Semak.

Menurut Surayah dan Haslinda (2009), senarai semak merupakan sejenis alat pentaksiran yang mengandungi senarai item dan digunakan bagi menilai sesuatu kemahiran atau tingkah laku. Analisis daripada senarai semak ini menentukan sama ada wujud kemahiran tertentu yang ingin dikaji atau tingkah laku tertentu dalam diri murid-murid yang diperhatikan. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan senarai semak untuk mengesan dan melihat tahap penglibatan muridmurid dalam aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh guru.

6.1.5 Skala Kadar.

Skala kadar digunakan untuk merekod darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala kadar diukur secara skala atau gred. Semasa perancangan skala kadar, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tajuk, kemahiran yang ingin diukur atau tingkahlaku yang ingin diperhatikan. Aktiviti yang dilaksanakan juga perlu dinyatakan dengan jelas. Selain itu, penerangan bagi skala atau gred yang
25

digunakan juga perlu dinyatakan. Skala kadar boleh digunakan secara individu, kumpulan atau secara kelas. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih untuk membuat rekod skala kadar secara berkumpulan iaitu dengan mengumpulkan kesemua sampel kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan skala kadar yang mengandungi lima soalan yang telah dibina untuk mengukur aras kefahaman responden. Soalan-soalan yang dibina tidak keluar daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Soalan yang dikemukakan oleh pengkaji adalah berbentuk lisan tetapi responden diminta menjawab soalan yang diberi dalam dua kaedah yang berbeza, iaitu satu kaedah melalui tulisan dimana responden diminta mendengar soalan dengan teliti dan menjawabnya di dalam lembaran kerja yang diberikan. Satu kaedah lagi adalah pengkaji memberikan responden kebebasan untuk menjawab soalan yang diberi dengan memanipulasi bahan yang diberikan dan responden bebas bergerak di dalam kelas prasekolah.

Pengkaji memilih instrumen skala kadar yang mempunyai item-item soalan ini adalah kerana menurut Zurida & Sharifah (2003), soalan-soalan adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan maklumat. Soalan-soalan seharusnya berbentuk terbuka dan member maklumat berhubung aktiviti yang dilakukan serta membolehkan guru mendapatkan gambaran berhubung tahap kefahaman kanakkanak.

26

6.2

CARA MENGANALISIS DATA.

Maklumat-maklumat serta data-data yang diperlukan untuk mengetahui kesan pengaplikasian aktiviti hands-on dalam meningkatkan minat dan penglibatan muridmurid Prasekolah Hikmah Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong akan dikumpul melalui instrumen-instrumen yang berasaskan kepada fokus yang dirancang. Untuk mendapatkan maklumat melalui instrumen pemerhatian yang telah dirakamkan melalui rakaman video dan gambar, pengkaji akan menggunakan maklum balas yang akan dilakukan melalui pemerhatian pengkaji sendiri serta pemerhatian daripada rakan guru.

Pemerhatian secara berstruktur yang dirancangkan ini adalah untuk memastikan keesahan dan kebolehpercayaan data yang akan terkumpul daripada analisa yang dijalankan adalah boleh dipercayai berbanding daripada pemerhatian yang akan dijalankan hanya daripada kaca mata pengkaji semata-mata. Aspek pemerhatian yang akan dianalisis adalah dari segi minat murid-murid terhadap pengajaran guru, penglibatan mereka dalam pembelajaran dan juga kefahaman mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Aspek pemerhatian secara berstruktur yang akan dijalankan akan dibahagikan kepada tiga tahap pencapaian iaitu baik (B), sederhana (S) dan memuaskan (M). Untuk pembahagian tahap pencapaian yang diperolehi setiap responden akan dianalisis seperti dalam borang:

27

Jadual 6.1 : Aspek Pemerhatian Berstruktur. ASPEK YANG DINILAI Minat responden terhadap pengajaran guru. Penglibatan responden dalam pembelajaran. Kefahaman responden terhadap topik yang diajar. Kreativiti responden dalam pembelajaran. Tingkahlaku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran. TAHAP PENCAPAIAN B S M CATATAN

Bagi mendapatkan maklumat daripada instrumen temubual, pengkaji akan menjalankan sesi temubual bersama responden sendiri. Sesi temubual dan interaksi bersama responden akan dijalankan pada setiap sesi akhir pengajaran guru untuk mengesan kehendak mereka terhadap teknik pengajaran yang disampaikan oleh guru. Setiap butiran maklumat yang diucapkan oleh murid akan direkodkan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada setiap kata-katanya. Pertuturan bukan lisan juga seperti gerak laku badan yang dilakukan oleh murid juga akan direkod supaya pengkaji dapat mentafsir pergerakan yang dilakukan untuk mengetahui keadaan murid sewaktu temubual dijalankan. Item-item penyoalan yang akan digunakan semasa sesi temubual adalah seperti berikut :

1.

Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti hands-on?

2.

Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku ini?
28

3.

Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini? Daripada soalan-soalan yang dikemukakan, pengkaji akan merekodkan segala

respon ataupun tindak balas yang diberikan oleh guru dan responden untuk dianalisa bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang perkembangan responden tersebut. Menurut Amy & Nancy (2005), pemerhatian dan temu bual merupakan dua kaedah penilaian yang paling berguna dalam proses penilaian kanak-kanak.

Dalam mendapatkan maklumat melalui senarai semak pula, pengkaji akan menggunakan borang senarai semak yang mengandungi lima aktiviti pengajaran yang telah dipilih oleh pengkaji untuk melihat perkembangan minat dan penglibatan responden terhadap pengajaran guru. Borang ini akan digunakan sebelum dan selepas murid menjalankan sesuatu aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diperolehi. Borang senarai semak adalah seperti yang tertera di bahagian lampiran.

Instrumen yang keempat iaitu rekod skala kadar telah digunakan untuk merekod peningkatan aras kefahaman responden terhadap pengajaran guru. Sebanyak tiga tunjang telah dipilih oleh pengkaji iaitu Tunjang Bahasa dan Komunikasi, Tunjang Sains dan Teknologi dan juga Tunjang Fizikal dan Estetika sebagaimana yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Rekod skala kadar ini turut pengkaji gunakan sebelum dan selepas rawatan iaitu sebelum mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hands-on dan selepas pembelajaran secara hands-on.

29

6.3

PELAKSANAAN TINDAKAN.

Perancangan pelaksanaan tindakan bagi kajian tindakan ini adalah seperti yang diterangkan dalam carta alir di bawah :

Rajah 6.1 : Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Tindakan.

REFLEKSI AWAL

MERANGKA / MERANCANG PELAN TINDAKAN

PELAKSANAAN TINDAKAN

PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

MENGUKUR DATA

MENGAMBIL TINDAKAN

KESIMPULAN

ULANG LANGKAH

Perancangan pelaksanaan tindakan seperti carta alir di atas adalah telah diolah daripada Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) yang terdiri daripada empat langkah utama iaitu mereflek, merancang, bertindak dan akhir sekali memerhati. Pengkaji telah menjadikan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mctaggart ini sebagai asas menjalankan kajian tindakan di sekolah pengkaji menjalani praktikum. Langkah pertama yang diambil oleh pengkaji adalah membuat refleksi awal iaitu dengan mengenalpasti masalah yang wujud di kalangan Murid30

murid Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Setelah beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran guru bersama murid-murid, pengkaji mula mendapati bahawa murid-murid prasekolah ini kebanyakannya tidak berminat terhadap pembelajaran sekiranya guru menggunakan kaedah tradisional dan hanya menggunakan lembaran kerja dan buku latihan sebagai aktiviti pengukuhan. Mereka akan cepat kebosanan kerana tidak berminat dan tidak berupaya memahami tugasan yang diberikan. Apabila hal ini berlaku, murid-murid akan mula menunjukkan tingkahlaku mengganggu dimana mereka akan berjalan ke sana ke mari dan mula membuat bising dengan mengganggu rakan-rakan yang lain. Masalah ini juga telah pengkaji perhatikan di mana-mana sekolah pengkaji pernah menjalani praktikum.

Langkah kedua yang diambil pengkaji adalah memulakan pencarian fakta berkaitan pengajaran secara tradisional yang diamalkan di prasekolah dan contoh rawatan yang boleh diaplikasikan terhadap murid-murid yang tidak berminat dan tidak mahu melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mula merancang dan merangka tindakan yang boleh dilakukan di samping membuat banding beza bagi setiap kaedah yang ditemui. Setelah membuat beberapa rujukan, pengkaji mendapati bahawa kaedah pembelajaran secara hands-on merupakan kaedah terbaik bagi menangani masalah murid yang tidak berminat terhadap pengajaran guru dan tidak mahu melibatkan diri dalam pembelajaran. Pengkaji mula merangka beberapa aktivi hands-on yang boleh dilakukan.

Langkah yang ketiga merupakan pelaksanaan pelan tindakan dimana pengkaji mula melaksanakan perancangan dan rawatan yang telah dirancang. Pengkaji turut mengumpul data-data dari pelbagai instrumen. Setelah memperoleh pelbagai data
31

yang relevan dan signifikan dengan kajian, pengkaji menjalankan analisis terhadap data yang diperoleh. Langkah yang terakhir adalah pengkaji melakukan pemerhatian untuk menilai tindakan yang diambil. Daripada penilaian yang dibuat, pengkaji mendapati kaedah pembelajaran secara hands-on adalah berkesan dalam

meningkatkan minat dan tahap penglibatan responden dalam pembelajaran.

7.0

ANALISIS DATA.

7.1

Pengenalan.

Dalam Bab 7 ini, pengkaji akan membincangkan mengenai pengumpulan data yang telah dilakukan berdasarkan tajuk kajian tindakan yang dilaksanakan iaitu Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on Membantu Meningkatkan Minat dan Penglibatan Murid-murid Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong Dalam Pembelajaran Melalui Aktiviti Hands-On. Selain itu, di dalam bab ini juga pengkaji memfokuskan dapatan kajian dan dihuraikan berdasarkan sumber kajian yang telah dikenalpasti.

Data-data yang diperolehi daripada kajian ini hasil berdasarkan penggunaan instrumen kajian yang telah pengkaji gunakan iaitu instrumen pemerhatian, temubual, senarai semak dan juga rekod skala kadar. Selain itu, data-data yang telah diperolehi adalah selari dengan matlamat penyelidikan dan menjawab semua soalan penyelidikan iaitu:

32

i.

Adakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat membantu meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran?

ii.

Adakah tahap penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran meningkat apabila guru mengaplikasikan pengajaran secara hands-on?

iii.

Bagaimanakah tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru setelah menjalani pembelajaran secara hands-on?

7.2

Profil Responden.

Profil responden diperolehi berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang tempoh kajian. Berdasarkan jadual 7.1 di bawah, seramai sepuluh orang murid telah diambil sebagai responden sampel kajian. Ia melibatkan kumpulan murid daripada prasekolah Hikmah. Pengklasifian telah dibuat mengikut jantina masing-masing.

Jadual 7.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina. Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 5 5 10 Peratus (%) 50 50 100

Jadual 7.1 di atas menunjukkan seramai sepuluh orang responden daripada murid-murid Prasekolah Hikmah yang terdiri daripada lima orang murid lelaki, mewakili 50% dan lima orang murid perempuan, mewakili 50%.

33

7.3

Analisis Data Melalui Pemerhatian.

Bahagian ini akan membincangkan data yang telah diperoleh hasil daripada pemerhatian secara berstruktur yang telah dijalankan terhadap murid Prasekolah Hikmah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran aktiviti hands-on. Untuk dapatan data pemerhatian, penyelidik telah membuat senarai kriteria yang akan dilihat sepanjang proses pemerhatian sebelum dan selepas pengaplikasian pembelajaran secara hands-on. Dalam pemerhatian yang dijalankan ini, pengkaji telah mengambil kira aspek keberkesanan yang dapat dicapai melalui proses tindakan yang telah dilakukan. Aspek-aspek tersebut ialah :

i.

Minat responden terhadap pengajaran guru. Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dalam proses pembelajaran dengan penuh minat.

ii.

Penglibatan responden dalam pembelajaran secara hands-on. Terlibat dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran.

iii.

Kefahaman responden terhadap topik yang diajar. Dapat bersoal jawab apabila ditanya mengenai satu-satu topik pembelajaran dengan baik.

iv.

Kreativiti responden dalam melakukan aktiviti. Pengolahan idea murid terhadap bahan serta alatan yang digunakan.

34

v.

Penjanaan idea dalam proses menyiapkan aktiviti hands-on yang diberikan. Dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan lain daripada rakan semasa proses menjalani aktiviti secara hands-on.

Aspek pemerhatian secara berstruktur yang telah dijalankan dibahagikan kepada tiga tahap pencapaian baik (B), sederhana (S), dan memuaskan (M). Untuk pembahagian tahap pencapaian yang diperolehi, pengkaji telah membuat analisis seperti di bawah :

Jadual 7.2 : Aspek Pemerhatian Secara Berstruktur Aspek Yang Dilihat Minat responden terhadap pengajaran guru. Penglibatan responden dalam pembelajaran. Peningkatan kefahaman pembelajaran. responden Tahap Pencapaian B B S S S S S M M M M M Catatan Pencapaian

dalam B B B

Kreativiti responden dalam pembelajaran . Tingkah laku positif yang dipamerkan.

7.3.1 Analisis Data Sebelum Rawatan.

Pemerhatian

ini

dijalankan

semasa

pembelajaran

murid-murid

sebelum

pengaplikasian kaedah hands-on kepada responden. Pra pemerhatian ini dijalankan bagi mendapatkan gambaran awal terhadap tahap pencapaian murid dalam aktiviti

35

hands-on. Hasil dapatan daripada pra pemerhatian yang dijalankan adalah seperti berikut :

Jadual 7.3 : Analisis Data Sebelum Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on. Item Aspek Yang Dinilai Minat responden Item terhadap pengajaran 1 guru. Penglibatan Item responden dalam 2 pembelajaran. Kefahaman Item responden 3 terhadap topik yang diajar. Kreativiti Item responden dalam 4 melakukan aktiviti . Tingkah laku positif yang Item dipamerkan 5 sepanjang pembelajaran. Baik 3 % 30 Tahap Pencapaian Sederhana % Memuaskan 3 30 4 % 40

20

30

50

20

30

50

30

20

50

20

20

60

Berdasarkan kepada jadual 7.3 di atas, secara keseluruhannya didapati responden masih lagi berada pada tahap memuaskan iaitu bagi item 1, 2, 3, 4 dan 5. Bagi item 1 iaitu minat responden terhadap pengajaran guru menunjukkan tahap memuaskan mencapai peratusan tertinggi iaitu sebanyak (40%) berbanding tahap baik dan sederhana iaitu masing-masing (30%). Bagi item 2 iaitu tahap penglibatan responden dalam pembelajaran masih menunjukkan memuaskan sebagai tahap paling tinggi iaitu (50%) diikuti sederhana (30%) dan baik hanya (20%). Bagi item 3 pula iaitu kefahaman responden terhadap topik yang diajar, peratusan bagi tahap
36

memuaskan adalah sebanyak (50%) berbanding tahap baik dan sederhana yang menunjukkan peratusan sebanyak (20%) dan (30%).

Bagi item 4 juga iaitu kreativiti responden dalam melakukan aktiviti, tahap memuaskannya menunjukkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak (50%) berbanding tahap baik dan sederhana iaitu (30%) dan (20%). Sebelum pengaplikasian aktiviti hands-on dalam pembelajaran responden, bagi item 5 yang telah diperhatikan iaitu tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran juga masih menunjukkan tahap memuaskan sebagai peratusan tertinggi iaitu sebanyak (60%) berbanding baik dan sederhana yang masing-masing menunjukkan peratusan (20%).

Rajah 7.1 : Carta Perbandingan Antara Setiap Item Bagi Pra Pemerhatian.

Rajah 7.1 menunjukkan carta perbandingan antara item bagi pra pemerhatian iaitu sebelum pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on kepada responden. Bagi item 1, 2 dan 3 masing-masing mencatat peratusan yang sama bagi
37

tahap sederhana iaitu (30%). Bagi tahap baik pula, item 1 dan item 4 mencatat peratusan lebih tinggi berbanding tiga lagi item yang lain iaitu sebanyak (30%). Walaubagaimanapun, kelima-lima item menunjukkan bahawa tahap pencapaian responden adalah masih lagi berada di tahap memuaskan sahaja.

7.3.2 Analisis Data Selepas Rawatan.

Pemerhatian ini dijalankan semasa pembelajaran selepas mengaplikasikan aktiviti hands-on kepada responden. Selepas sesi rawatan dilaksanakan pengkaji

menjalankan pasca pemerhatian bagi menilai tahap pencapaian responden. Hasil dapatan daripada pasca pemerhatian yang dijalankan adalah seperi berikut :

Jadual 7.4 : Analisis Data Selepas Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on. Item 1 2 Aspek Yang Dinilai Minat responden terhadap pengajaran guru. Penglibatan responden dalam pembelajaran. Kefahaman responden terhadap topik yang diajar. Kreativiti responden dalam melakukan aktiviti Tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran. Baik 10 9 % 100 90 Tahap Pencapaian Sederhana % Memuaskan 1 0 10 % 0 0

90

10

80

10

10

90

10

38

Jadual 7.4 di atas menunjukkan peningkatan dalam kelima-lima item iaitu secara keseluruhannya mencapai 80% ke atas. Hanya pada item 4 sahaja iaitu kreativiti responden dalam melakukan aktiviti menunjukkan responden yang masih berada di tahap memuaskan iaitu hanya (10%).

Rajah 7.2 : Carta Perbandingan Antara Setiap Item Bagi Pasca Pemerhatian.

Rajah 7.2 menunjukkan carta perbandingan antara item bagi pasca pemerhatian iaitu setelah pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on kepada responden. Berdasarkan carta di atas menunjukkan bahawa peningkatan bagi kelima-lima item yang mana secara purata mencapai peratusan sebanyak (80%) ke atas. Peningkatan ini bukan sahaja melibatkan peratusan peningkatan pada tahap baik, malahan juga pada tahap sederhana di mana terdapat pengurangan peratusan pada setiap item bagi tahap sederhana. Hanya bagi item 4 iaitu kreativiti responden dalam melakukan aktiviti masih terdapat (10%) pada tahap sederhana, daripada sebelumnya (50%).
39

Rajah 7.3 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 1.

Rajah 7.3 menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 1, iaitu minat responden terhadap pengajaran guru. Data menunjukkan tahap baik meningkat sebanyak (70%) iaitu menjadikannya (100%) pada pasca pemerhatian berbanding dengan hanya (30%) pada pra pemerhatian. Tiada responden yang masih berada pada tahap sederhana dan memuaskan pada pasca pemerhatian berbanding pada pemerhatian yang mencatatkan peratusan sebanyak (30%) dan (40%).

40

Rajah 7.4 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 2.

Rajah 7.4 di atas menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 2, iaitu penglibatan responden dalam pembelajaran. Data menunjukkan tahap baik meningkat sebanyak (70%) iaitu menjadikannya (90%) pada pasca pemerhatian berbanding pada pra pemerhatian hanya (20%). Tahap sederhana pula berjaya dikurangkan sebanyak (20%) iaitu menjadi (10%) pada pasca pemerhatian berbanding sebelumnya (30%) pada pasca pemerhatian. Begitu juga dengan tahap memuaskan yang berjaya dihapuskan berbanding (50%) pada pra pemerhatian.

41

Rajah 7.5 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 3.

Rajah 7.5 menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 3, kefahaman responden terhadap topik yang diajar. Data menunjukkan tahap baik meningkat sebanyak (70%) iaitu menjadikannya (90%) pada pasca pemerhatian berbanding pada pra pemerhatian hanya (20%). Tahap sederhana telah dapat dikurangkan sebanyak (20%) iaitu menjadi (10%) pada pasca pemerhatian berbanding sebelumnya (30%) pada pasca pemerhatian. Bagi tahap memuaskan pula, ianya berjaya dihapuskan terus berbanding (50%) pada pra pemerhatian.

42

Rajah 7.6 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 4.

Rajah 7.6 menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 4, iaitu kreativiti murid-murid dalam melakukan aktiviti. Bagi tahap baik, data menunjukkan peningkatan sebanyak (50%) iaitu menjadikannya (80%) pada pasca pemerhatian berbanding dengan (30%) pada pra pemerhatian. Bagi tahap sederhana dan memuaskan pula, data mencatatkan hanya (10%) responden pada kedua-dua tahap ini berbanding pada pra pemerhatian dimana tahap sederhana dan memuaskan masingmasing mencatat (20%) dan (50%).

43

Rajah 7.7 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 5.

Rajah 7.7 menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 5, iaitu tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran. Data menunjukkan tahap baik meningkat sebanyak (70%) iaitu menjadikannya (90%) pada pasca pemerhatian berbanding hanya (20%) pada pra pemerhatian. Tahap sederhana berjaya dikurangkan sebanyak (10%) menjadikannya hanya (10%) sahaja berbanding (20%) sebelumnya. Pada tahap memuaskan pula, tiada peratusan yang dicatatkan kerana ianya telah berjaya dikurangkan sebanyak (100%).

7.4

Analisis Data Melalui Temubual.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji turut menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan data bagi mengukuhkan lagi kajian yang dilaksanakan. Temubual dijalankan terhadap sepuluh orang responden yang telah dipilih. Sebanyak tiga
44

soalan yang telah digunakan. Data-data temubual dianalisis berdasarkan persoalan kajian yang telah dibuat. Berikut merupakan tema-tema tersebut :

i.

Pembelajaran secara hands-on dapat menunjukkan peningkatan terhadap minat responden dalam pembelajaran.

ii. iii.

Bagaimana penerimaan responden terhadap pembelajaran secara hands-on. Pembelajaran secara hands-on dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman responden dalam pembelajaran.

7.4.1 Senarai Soalan Temubual.

1.

Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti hands-on?

2.

Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku ini?

3.

Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

7.4.2 Temubual Bersama Responden.

7.4.2.1 Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti hands-on?

Soalan yang dikemukakan ini adalah untuk mengesan perubahan minat responden dalam proses pembelajaran setelah guru mengaplikasikan kaedah hands-on. Tujuan soalan ini dikemukakan adalah untuk menjawab dan menyokong persoalan kajian
45

satu iaitu Adakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat membantu meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran?

Jadual 7.5 : Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 1


Responden Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Jawapan Temubual Kite lagi suke kalu kite dapat buat sendiri, cikgu. Best ngat, cikgu. Ambe rase nok wat lagi bende gini. Best, cikgu. Kite memang suke cikgu buat bende gini. Seronok, cikgu. Rase nok wat lagi. Kite suke ngat cikgu. Kite nok bawak balik ke adik kite. Sedap belajar gini cikgu. Dop ahu nok kabo guane. Mestilah suke cikgu. Oh best la cikgu. Kite wase suke ngat. Kod M1.1 M2.1 M3.1 M4.1 M5.1 M6.1 M7.1 M8.1 M9.1

Kite nok wat lagi bende gini cikgu. No wat kt dumoh plok. M10.1

Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh responden, pengkaji mendapati bahawa responden sangat berminat terhadap pengajaran guru sekiranya guru mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on. Selain itu juga, tempoh tumpuan responden dalam pembelajaran turut meningkat berbanding sebelumnya. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila responden memberi respon yang baik apabila ditanya tentang perasaan mereka setelah menjalani aktiviti hands-on. Kesemua responden menjawab mereka sangat seronok dan suka aktiviti hands-on yang dijalankan oleh guru.

46

7.4.2.1.1 Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku ini?

Soalan yang dikemukakan ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai respon yang ditunjukkan oleh responden sekiranya guru tidak menggunakan kaedah handson, sebaliknya guru mengamalkan pengajaran secara tradisional. Berdasarkan soalan yang dikemukakan, guru dapat membezakan minat atau kesukaan responden terhadap kaedah yang diaplikasikan.

Jadual 7.6 : Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 2.


Responden Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Jawapan Temubual Tak mboh ah cikgu, lenguh doh kite. Kite dok suke nulih cikgu. Letih tangan cikgu, tak mboh doh la wat. Nok wat kat umoh bulih dok cikgu. Banyok sangat nak kena nulih cikgu. Die ambik kalam kite cikgu. Kite dok leh nok nulih. Aloh cikgu. Lenguh doh ambe. Buat doh kang maring, cikgu. Hok lain pun dok wat gok, cikgu. Kite dok reti, cikgu. Kod M1.2 M2.2 M3.2 M4.2 M5.2 M6.2 M7.2 M8.2 M9.2 M10.2

Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh responden, didapati bahawa apabila pengkaji menggunakan kaedah tradisional dalam pembelajaran, iaitu sekadar memberi latihan di dalam buku kerja sebagai aktiviti pengukuhan selepas sesi pengajaran pelbagai alasan yang telah diberikan responden untuk tidak

menyelesaikan tugasan yang diberikan.


47

7.4.2.2 Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

Soalan yang dikemukakan ini adalah untuk membezakan tahap kefahaman muridmurid dalam pembelajaran melalui aktiviti hands-on. Soalan yang dikemukakan ini juga adalah untuk menjawab dan menyokong persoalan kajian tiga iaitu Bagaimanakah tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru setelah menjalani pembelajaran secara hands-on?

Jadual 7.7 : Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 3


Responden Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Mesti doh cikgu. Kite faham doh mendape cikgu ajor. Faham, cikgu. Best belajar ngan cikgu. Kite faham doh cikgu. Maring kite dok faham. Paham. Ye cikgu. Eerm (sambil menganggukkan kepala). Faham, cikgu. Bulih paham doh. Faham sikit-sikit, cikgu. Jawapan Temubual Kod M1.3 M2.3 M3.3 M4.3 M5.3 M6.3 M7.3 M8.3 M9.3 M10.3

Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh responden, pengkaji mendapati bahawa tahap kefahaman responden dapat ditingkatkan melalui pembelajaran secara hands-on. Pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa mereka akan lebih mudah mempelajari dan memahami sesuatu yang dipelajari sekiranya mereka berpeluang melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan. Hal ini adalah kerana sekiranya mereka berpeluang menyentuh, merasa, menghidu, memegang dan
48

membuat sesuatu aktiviti yang dijalankan itu pengetahuan yang diperoleh akan lebih cepat diserap oleh responden.

Secara keseluruhannya, pengkaji dapat menyatakan bahawa responden dapat menerima pembelajaran secara hands-on ini dengan baik. Ini dapat ditunjukkan melalui jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh responden sendiri di samping pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan. Responden dilihat telah dapat membina ilmu baru nerdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

7.5 Analisis Data Melalui Senarai Semak.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan senarai semak untuk melihat perbezaan penglibatan responden dalam pembelajaran iaitu sebelum pengaplikasian aktiviti hands-on dan selepas pengaplikasian aktiviti hands-on. Sebanyak sepuluh aktiviti telah dipilih bagi tujuan ini iaitu lima aktiviti melibatkan pembelajaran tanpa aktiviti hands-on dan lima aktiviti yang menggunakan aktiviti hands-on.

Jadual 7.8 : Senarai Semak Penglibatan Responden Sebelum Pembelajaran Secara Hands-on.
AKTIVITI RESPONDEN Menulis Mewarnakan huruf gambar. besar. (Aktiviti I) (Aktiviti II) X X X X X X X X X X X X Menulis nombor 120. (Aktiviti III) X X X X X X Menyalin semula ayat. (Aktiviti IV) X X X / / X Menulis perkataan. (Aktiviti V) X / X X X / 49

R1 R2 R3 R4 R5 R6

R7 R8 R9 R10 JUMLAH

/ X X X 1 / 10

X X / / 2 / 10

X X / X 1 / 10

X / X X 3 / 10

X / X X 3 / 10

Petunjuk :

Simbol Petunjuk Markah (%)

/ Terlibat 10

x Tidak terlibat 0

Jadual 7.8 menunjukkan data-data penglibatan responden bagi setiap aktiviti yang tidak mengamalkan pembelajaran secara hands-on. Bagi Aktiviti I iaitu untuk aktiviti menulis huruf besar mengikut cara yang betul, daripada pemerhatian pengkaji hanya seorang daripada sepuluh orang responden (1-10) yang melibatkan diri dalam aktiviti ini. Seramai sembilan orang responden lagi hanya memberikan alasan dan enggan membuat latihan yang diminta. Bagi Aktiviti II pula iaitu aktiviti mewarnakan gambar dalam ruang tertentu, seramai dua orang responden (2/10) yang menunjukkan penglibatan manakala selebihnya tidak mahu melibatkan diri.

Bagi aktiviti menulis nombor 1-20 dengan betul pula iaitu pada Aktiviti III, hanya seorang daripada sepuluh orang responden yang terlibat (3/10). Tiga orang responden daripada sepuluh orang (3/10) yang melibatkan diri dalam Aktiviti IV dan V iaitu aktiviti menyalin semula ayat-ayat mudah dan menulis perkataan berdasarkan gambar.

50

Rajah 7.9 : Analisa Peratus Penglibatan Responden Sebelum Pembelajaran Secara Hands-on.
AKTIVITI I II III IV V PERATUS PENGLIBATAN RESPONDEN (%) 10 20 10 30 30

Jadual 7.9 menunjukkan ringkasan daripada data yang diperolehi dalam nilai peratusan bagi aktiviti sebelum kaedah pembelajaran secara hands-on. Data bagi setiap aktiviti menunjukkan peratusan yang sangat rendah. Bagi Aktiviti I, hanya (10%) daripada (100%) responden yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti II turut menunjukkan peratusan yang rendah iaitu (20%) dan Aktiviti III hanya (10%). Data menunjukkan Aktiviti IV dan Aktiviti V masing-masing mencatatkan peratusan (30%). Aktiviti I dan Aktiviti III mencatatkan peratusan penglibatan yang terendah iaitu masing-masing hanya serendah (10%).

Jadual 7.10 : Senarai Semak Penglibatan Responden Selepas Pembelajaran Secara Hands-on.
AKTIVITI RESPONDEN Menguntai manik. (Aktiviti I) / / Membentuk Menyediakan doh. Popia. (Aktiviti II) (Aktiviti III) / / / / Menanam pokok. (Aktiviti IV) / / Membuat pupet. (Aktiviti V) / / 51

M1 M2

M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 JUMLAH

X / / / X / / / 8 / 10

/ / X / / / / / 9 / 10

/ / / / / / / / 10 / 10

/ / / / X / / X 8 / 10

/ / / / / / / / 10 / 10

Petunjuk :

Simbol Petunjuk Markah (%)

/ Terlibat 10

x Tidak terlibat 0

Jadual 7.10 menunjukkan data-data yang dicatat oleh pengkaji bagi setiap aktiviti yang mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hands-on. Data menunjukkan catatan penglibatan yang sangat tinggi untuk setiap aktiviti. Bagi Aktiviti I iaitu aktiviti menguntai manik untuk dijadikan gelang seramai lapan orang daripada sepuluh orang responden (8/10) yang melibatkan diri dalam aktiviti. Aktiviti II iaitu aktivit membentuk doh untuk memperkenalkan bentuk-bentuk asas mencatatkan jumlah penglibatan responden seramai sembilan daripada sepuluh orang (9/10) yang melibatkan diri.

Bagi Aktiviti III pula iaitu menyediakan popia penglibatan responden adalah kesemua responden terlibat dalam beraktiviti (10/10). Bagi Aktiviti IV pula iaitu menanam pokok taugeh seramai lapan orang daripada sepuluh orang responden melibatkan diri dengan aktif (8/10) dan Aktiviti V iaitu membuat puppet pula kesemua responden terlibat dalam beraktiviti (10/10).
52

Jadual 7.11 : Analisa Peratus Penglibatan Responden Selepas Pembelajaran Secara Hands-on.
AKTIVITI Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Aktiviti 4 Aktiviti 5 PERATUS PENGLIBATAN RESPONDEN (%) 70 90 100 90 100

Jadual 7.11 menunjukkan ringkasan daripada data yang diperolehi dalam nilai peratusan, bagi catatan data penglibatan responden setelah pengkaji mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hands-on. Data bagi setiap aktiviti menunjukkan peratusan yang sangat tinggi, iaitu melebihi (70%) dan ke atas. Aktiviti II dan Aktiviti V mencatatkan peratusan penglibatan responden yang tertinggi iaitu masingmasing (100%).

7.6 Analisis Data Melalui Skala Kadar.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan skala kadar untuk melihat perbezaan tahap kefahaman murid-murid prasekolah dalam pembelajaran iaitu sebelum pengaplikasian aktiviti hands-on dan selepas pengaplikasian aktiviti handson. Sebanyak lima aktiviti telah dipilih menggunakan dua kaedah berbeza, iaitu kaedah tradisional yang tidak melibatkan pembelajaran secara hands-on dan satu kaedah lagi menggunakan kaedah pembelajaran secara hands-on.
53

Lima aktiviti yang telah dipilih oleh pengkaji adalah berpandukan standardstandard pembelajaran di bawah tiga tunjang iaitu Tunjang Bahasa dan Komunikasi, Tunjang Sains dan Teknologi dan juga Tunjang Fizikal dan Estetika seperti yang telah tercatat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Senarai aktiviti yang telah pengkaji pilih sebelum pengaplikasian kaedah pembelajaran secara hands-on adalah seperti senarai dibawah :

i.

Aktiviti I : Memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

ii. Aktiviti II : Name commons objects in the classroom. iii. Aktiviti III : Mengecam bentuk segitiga, bulat, segi empat tepat dan segi empat sama. iv. Aktiviti IV : Menggunakan titik untuk mewakili bilangan nombor. v. Aktiviti V : Mengenal jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Jadual 7.12 : Skala Kadar Aras Kefahaman Sebelum Pengaplikasian Kaedah Hands0n. PENILAIAN RESPONDEN AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI I II III V IV R1 1 1 1 1 1 R2 1 1 1 1 1 R3 1 1 1 1 1 R4 1 1 1 2 1 R5 1 1 1 2 1 R6 1 1 1 1 2 R7 2 1 1 1 1 R8 1 1 1 1 2 R9 1 2 2 1 1 R10 1 2 1 1 1

54

Skala : 4 Cemerlang 3 Baik 2 Sederhana 1 Perlu bimbingan

Jadual 7.13 : Analisa Skor Aras Kefahaman.


AKTIVITI I 9 1 II 8 2 III 9 1 IV 8 2 IV 8 2 -

SKALA 1 2 3 4

Berdasarkan jadual 7.12 iaitu skala kadar aras kefahaman responden dan jadual 7.13 iaitu analisa skor kefahaman responden yang tidak menggunakan kaedah hands-on di atas, jelas dapat dilihat tahap kefahaman responden adalah sangat rendah. Data menunjukkan bagi setiap aktiviti, tiada responden yang mendapat skala 4 dan skala 3 iaitu tahap cemerlang dan tahap baik.

Bagi Aktiviti I iaitu memadankan huruf kecil dengan huruf besar, seramai sembilan orang daripada sepuluh orang responden (9/10) yang mendapat skala 1 iaitu perlu bimbingan. Manakala bagi skala 2 iaitu sederhana seorang responden (1/10). Skala 3 dan skala 4 tiada catatan dilakukan. Bagi Aktiviti II pula iaitu iaitu name common objects in the classroom (menamakan objek-objek yang terdapat di dalam bilik darjah), skala 1 iaitu perlukan bimbingan mencatat seramai lapan daripada
55

sepuluh orang responden (8/10). Tahap baik iaitu bagi skala 2, mencatatkan dua orang responden (2/10) yang memahami pengajaran guru.

Bagi Aktiviti III pula iaitu mengecam bentuk segitiga, bulat, segi empat tepat dan segi empat sama, sembilan orang responden (9/10) masih memerlukan bimbingan guru kerana tidak dapat memahami pengajaran guru. Bagi Aktiviti IV dan V iaitu aktiviti menggunakan titik untuk mewakili bilangan nombor dan juga aktiviti mengenal jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat masing-masing mencatatkan dapatan data yang sama iaitu 8 orang responden (8/10) pada skala 1 dan dua orang responden (2/10) pada skala 2.

Jadual 7.14 : Skala Kadar Aras Kefahaman Selepas Pengaplikasian Kaedah Hands0n. PENILAIAN AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI RESPONDEN I II III IV V 4 4 4 4 4 M1 4 4 4 4 4 M2 3 4 4 4 4 M3 4 4 4 4 4 M4 4 3 4 4 4 M5 4 4 4 4 4 M6 3 4 4 3 4 M7 4 4 4 4 4 M8 4 4 4 4 4 M9 4 4 4 3 4 M10

56

Skala : 4 Cemerlang 3 Baik 2 Sederhana 1 Perlu bimbingan

Jadual 7.15 : Analisa Skor Aras Kefahaman.


AKTIVITI I 2 8 II 1 9 III 10 IV 2 8 IV 10

SKALA 1 2 3 4

Berdasarkan jadual 7.14 iaitu rekod skala kadar aras kefahaman responden selepas pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dan jadual 7.15 iaitu analisa skor kefahaman responden selepas rawatan di atas, jelas dapat dilihat peningkatan aras kefahaman responden yang ketara bagi setiap aktiviti. Hal ini adalah kerana tiada catatan data pada skala 1 dan skala 2.

Aktiviti III dan V mencatatkan tahap cemerlang iaitu pada skala 4 bagi kesemua responden (10/10). Bagi skala 3 pula iaitu baik, hanya tiga aktiviti iaitu Aktiviti I, Aktiviti II dan Aktiviti IV yang dicatatkan. Data menunjukkan peningkatan aras kefahaman responden bagi setiap aktiviti kerana tiada responden yang berada di aras kefahaman yang sederhana dan masih perlukan bimbingan. Daripada data yang
57

ditunjukkan ini, pengkaji dapat membuat rumusan bahawa pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat meningkatkan kefahaman murid-murid prasekolah terhadap pengajaran guru.

8.0

DAPATAN KAJIAN.

8.1

Pendahuluan.

Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan tentang rumusan dan perbincangan keseluruhan mengenai data-data yang diperolehi daripada hasil kajian yang dijalankan berkaitan dengan sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran.

8.2

Ringkasan Kajian.

Seramai 10 orang murid terdiri daripada murid-murid Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu, Terengganu telah digunakan sebagai sampel kajian dimana bilangan responden lelakinya adalah seramai 5 orang dan bilangan responden perempuannya juga seramai 5 orang. Kesemua responden yang dipilih adalah berbangsa Melayu yang berumur antara lima hingga enam tahun.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat meningkatkan minat dan penglibatan muridmurid dalam pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga
58

instrumen kajian iaitu melalui pemerhatian, temu bual dan borang senarai semak bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan.

8.3

Interpretasi Data dan Dapatan Kajian.

Hasil dapatan pengkaji melalui analisa yang telah dibuat menunjukkan wujud peningkatan dan kemajuan melalui pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran. Pengkaji mendapati setelah pembelajaran secara hands-on ini diaplikasikan dalam satu-satu tunjang pembelajaran, dari aspek minat dan tahap penglibatan responden telah meningkat. Responden lebih berminat terhadap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru, malahan sangat bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Ilmu baru dan juga unsur kreativiti telah dapat dibina sendiri oleh responden bersandarkan kepada pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka sebelum ini. Penerimaan responden terhadap teknik dan strategi pembelajaran ini juga dapat diukur melalui temubual responden bersama penyelidik.

8.3.1

Adakah

pengaplikasian

pembelajaran

secara

hands-on

dapat

membantu meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran?

8.3.1.1 Dapatan Melalui Pemerhatian.

Dapatan daripada hasil pemerhatian yang telah dilakukan sebelum dan selepas pengaplikasian pembelajaran secara hands-on terhadap responden menunjukkan wujudnya peningkatan dan kemajuan dalam aspek minat dan tahap penglibatan
59

mereka dalam pembelajaran. Merujuk kepada rajah 7.3 iaitu tahap pencapaian responden bagi item 1, iaitu minat responden terhadap pengajaran guru menunjukkan tahap baik meningkat sebanyak (70%) menjadikannya (100%) berbanding sebelumnya yang hanya mencatat peratusan minat responden sebanyak (30%).

Peningkatan peratusan ini menunjukkan responden lebih berminat terhadap satu-satu topik atau isi pelajaran yang ingin disampaikan guru sekiranya mereka terlibat dalam pembelajaran secara hands-on di mana mereka berpeluang meneroka sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan pemerhatian juga didapati responden yang sebelumnya enggan melibatkan diri dan sering memberikan alasan sekiranya diberikan latihan akan bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat mendalam apabila diberikan aktiviti berasaskan hands-on.

Merujuk kepada rajah 7.4 pula iaitu pemerhatian terhadap item 2 yang telah dijalankan, didapati tahap penglibatan responden adalah sangat baik. Perkara ini dapat dibuktikan melalui data yang diperoleh di mana data menunjukkan peratus penglibatan responden pada tahap baik meningkat sebanyak (80%) menjadikan peratus penglibatan responden (100%) berbanding sebelumnya hanya (20%). Berdasarkan kepada peningkatan peratusan ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa melalui pengaplikasian pembelajaran secara hands-on, peratus penglibatan murid-murid dalam pembelajaran adalah tinggi.

Semasa pra pemerhatian, pengkaji mendapati responden agak sukar melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang diminta oleh guru. Sebagai contoh, apabila diminta menulis nombor 1-10 di papan putih, responden tidak akan berganjak
60

daripada tempat duduk dan memberikan alasan mereka tidak tahu. Perkara sebaliknya berlaku apabila responden diberikan doh yang berwarna-warni dan guru meminta mereka membentuk nombor 1-10 dengan betul. Responden yang tertarik dengan doh yang berwarna-warni itu akan berusaha melihat contoh carta nombor yang terdapat di dalam kelas dan membentuk nombor-nombor yang diminta menggunakan doh yang diberi. Responden juga akan sentiasa menawarkan diri sekiranya guru bertanyakan siapa di antara mereka yang sukarela untuk membuat sesuatu aktiviti yang diminta.

8.3.1.2

Dapatan Melalui Temubual.

Temubual yang telah dijalankan adalah untuk mendapatkan respon berkaitan minat responden terhadap pembelajaran yang dijalankan secara hands-on. Berdasarkan analisis data temubual, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa responden lebih berminat kepada aktiviti yang dijalankan secara hands-on berbanding pembelajaran secara tradisional iaitu talk and chalk dan pembelajaran yang berasaskan lembaran kerja semata-mata. Minat murid-murid terhadap pembelajaran turut dapat mempengaruhi tahap penglibatan dan kefahaman seseorang murid-murid itu dalam pembelajaran. Merujuk kepada petikan perbualan bersama responden di bawah;

Dop ahu nok kabo guane, Mestilah gembira, cikgu. (rujuk kod : M8.1)

61

Responden pembelajaran

telah

melahirkan Gaya

perasaan

gembira yang

setelah

menjalani juga

secara

hands-on.

percakapan

ditunjukkan

membuktikan bahawa responden sangat berminat terhadap pembelajaran yang dijalankan secara hands-on. Di sini membuktikan bahawa telah berlaku satu peningkatan dari aspek minat murid-murid terhadap pengajaran guru. Pengkaji turut menjalankan temubual bersama kesemua sepuluh orang responden dan secara keseluruhannya memberikan respon yang positif terhadap pembelajaran secara hands-on. Berdasarkan jawapan temubual dibawah;

Seronok, cikgu. Kite nak bawak balik, bulih dok? (rujuk kod : M5.1)

Berdasarkan respon yang telah diberikan ini, responden merasakan aktiviti pembelajaran secara hands-on adalah menyeronokkan dan responden menunjukkan peningkatan minat yang ketara. Malahan, responden ingin menunjukkan hasil kerja yang dibuat kepada ibu bapa dan adik-adiknya. Secara keseluruhannya, pengkaji telah berjaya menjawab persoalan kajian satu iaitu melalui pengaplikasian kaedah pembelajaran secara hands-on ini menunjukkan wujudnya peningkatan minat di kalangan murid-murid dalam pembelajaran di prasekolah.

62

8.3.2

Adakah

tahap

penglibatan

kanak-kanak

prasekolah

dalam

pembelajaran meningkat apabila guru mengaplikasikan pengajaran secara hands-on kepada mereka?

8.3.2.1 Dapatan Melalui Senarai Semak.

Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen senarai semak untuk membezakan penglibatan responden sebelum dan selepas menjalani aktiviti hands-on. Senarai semak yang telah dijalankan oleh pengkaji adalah untuk melihat perbezaan penglibatan responden sebelum dan selepas menjalani aktiviti hands-on. Pengkaji telah memilih lima aktiviti yang tidak berasaskan pembelajaran secara hands-on dan lima lagi aktiviti yang berasaskan pembelajaran secara hands-on bagi mengesan perbezaan penglibatan responden dalam pembelajaran.

Bukti wujudnya peningkatan penglibatan responden dalam

pembelajaran

dapat dilihat melalui setiap aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan borang senarai semak untuk melihat tahap penglibatan responden sebelum pembelajaran secara hands-on, tahap penglibatan responden bagi setiap aktiviti adalah sangat rendah. Sebagai contoh, bagi aktiviti 1 iaitu menulis huruf besar mengikut cara yang betul, hanya satu daripada sepuluh responden yang terlibat. Begitu juga bagi aktiviti 3 iaitu menulis nombor 1-20 mengikut cara yang betul, juga hanya satu catatan daripada sepuluh responden yang menunjukkan penglibatan.

63

Setelah pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on, tahap penglibatan responden adalah sangat tinggi bagi setiap aktiviti. Berdasarkan senarai semak penglibatan murid-murid dalam pembelajaran selepas pengaplikasian pembelajaran secara hands-on, didapati tahap penglibatan responden adalah melebihi (80%) dan ke atas bagi setiap aktiviti.

8.3.2.2

Dapatan Melalui Temubual.

Data menunjukkan perbezaan penglibatan responden apabila pengkaji tidak mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on. Murid-murid sering memberikan alasan dan mengelak untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru. Ini dapat dibuktikan berdasarkan respon-respon yang diberikan oleh responden iaitu,

Tak mboh ah cikgu, lenguh doh. (rujuk kod : M1.2) Nak wat dumoh bulih dok cikgu. (rujuk kod : M4.2)

Banyok ngat nak kena nulih cikgu. (rujuk kod : M5.2)

Respon yang diberikan semasa sesi temubual ini membuktikan bahawa sekiranya guru tidak mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on, penglibatan murid-murid dalam pembelajaran adalah sangat rendah. Pelbagai alasan yang dicipta oleh responden untuk tidak melakukan latihan yang diberikan oleh guru.
64

7.3.3 Bagaimanakah tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru setelah menjalani pembelajaran secara hands-on?

8.3.2.3

Dapatan Melalui Temubual.

Bagi menjawab persoalan kajian tiga ini, pengkaji telah menggunakan instrumen temubual untuk membezakan tahap kefahaman responden dalam pembelajaran melalui aktiviti hands-on. Di akhir proses pembelajaran, pelbagai respon diberikan oleh responden yang menunjukkan tahap kefahaman mereka adalah sangat memuaskan apabila ditanya adakah mereka memahamai apa yang telah diajar oleh guru pada hari tersebut. Ini dapat dibuktikan berdasarkan respon-respon yang telah diberikan oleh responden antaranya;

Mesti doh cikgu. (rujuk kod : M1.3 )

Kite faham cikgu. Best belajar gini cikgu. (rujuk kod : M2.3)

Kite faham doh cikgu. Maring kite dok faham. (rujuk kod : M4.3)

Berdasarkan kesemua respon yang diberikan oleh responden, data menunjukkan bahawa mereka lebih mudah untuk memahami satu-satu isi pelajaran yang berasaskan pembelajaran secara hands-on. Sebagai contoh, dalam Tunjang
65

Sains dan Teknologi murid-murid sangat berminat untuk mempelajari mengenai proses percambahan biji benih. Murid-murid juga akan lebih mudah memahami proses percambahan biji benih kerana mereka berpeluang membuat percambahan itu sendiri dan melihat proses percambahannya daripada pertumbuhan akar, batang dan pucuk dari sehari ke sehari. Berbeza sekiranya guru hanya menggunakan carta semasa sesi penerangan, murid-murid kurang berminat dan kurang faham apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Secara ringkas, pembelajaran secara hands-on bukan sahaja dapat membantu meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid-murid dalam pembelajaran malah memberikan pengalaman langsung dalam pencarian ilmu pengetahuan. Apabila murid itu sendiri bergerak aktif dalam penerokaan ilmu pengetahuan, maka akan terbinalah satu pengetahuan dan pengalaman yang berguna untuk murid itu sendiri. Sehubungan dengan itu, melalui instrumen temubual ini maka jelaslah bahawa kefahaman seseorang murid itu adalah lebih baik dan berkesan sekiranya guru mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on.

8.4

RUMUSAN.

Pengkaji telah dapat menjawab ketiga-tiga soalan kajian dan dapat menyimpulkan bahawa pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran prasekolah. Melalui pembelajaran secara hands-on, pengetahuan yang diperoleh oleh murid-murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid-murid tersebut dan bukan pembelajaran yang dijalani secara pasif.
66

Berdasarkan kepada kajian lepas yang juga telah menyokong dapatan pengkaji seperti menurut David L. Haury & Peter Rillero (1994) yang menyatakan bahawa aktiviti hands-on sebagai learning by doing activities yang dapat melibatkan kanak-kanak dalam pengalaman pembelajaran yang sebenarnya dan dapat meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak. Selain itu, aktiviti hands-on adalah satu-satu kaedah yang dapat menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan kanak-kanak.

Reeja Matthew (2010) menyatakan bahawa aktiviti hands-on dapat mempertingkatkan kefahaman dalam satu-satu topik pembelajaran daripada peringkat awal lagi. Cooperstein & Kocevar-Weidinger, (2004) telah merumuskan bahawa aktiviti hands-on dapat merangsang pemikiran kanak-kanak berkembang dengan baik kerana kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman persekitaran yang sebenar.

9.0

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN.

Kajian ini menyelidik sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat membantu meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran. Kajian lanjutan diperlukan untuk mencapai objektif-objektif lain. Sampel kajian ini dihadkan kepada 10 orang murid Prasekolah Hikmah di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu sahaja. Oleh itu, dapatan kajian yang diperolehi tidak dapat digeneralisasikan kepada semua guru atau murid prasekolah di seluruh negara namun ia dapat dijadikan panduan oleh guru-guru prasekolah yang menghadapi masalah yang sama. Sehubungan dengan itu, kajian
67

lanjutan adalah diperlukan ke atas sampel yang lebih besar dari prasekolahprasekolah lain di seluruh negeri Terengganu mahupun di seluruh negara.

Pengaplikasian pembelajaran secara hands-on tidak hanya terhad kepada beberapa tunjang sahaja malah boleh juga diaplikasikan dalam semua tunjang mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Adalah dicadangkan supaya suatu penyelidikan yang lebih menyeluruh dijalankan ke atas keenam-enam tunjang pembelajaran yang terdapat dalam KSPK agar satu dapatan yang lebih lengkap diperolehi.

Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa berlakunya peningkatan dalam aspek minat dan tahap penglibatan kanak-kanak dalam pembelajaran melalui pengaplikasian aktiviti hands-on. Menurut Nur Baizura (2006), teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru haruslah sesuai agar dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan minat dalam kalangan pelajar. Pengkaji melihat hal ini dapat menjadikan pembelajaran murid-murid prasekolah lebih bermakna. Sistem pendidikan

prasekolah di Malaysia kini telah jauh berubah berbanding zaman dahulu. Segala bahan bantu belajar dan penggunaan teknologi telah berubah dari semasa ke semasa.

Justeru itu, guru-guru prasekolah haruslah kreatif dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar agar dapat digunakan secara dengan oleh muridmurid prasekolah secara maksima. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar yang dapat digunakan sendiri oleh murid-murid dalam pembelajaran secara hands-on
68

menjadikan pendidikan lebih konkrit, cenderung untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan minat murid-murid serta menambah variasi kepada corak pengajaran dalam kelas prasekolah. Sebaliknya, pengajaran yang bersandarkan lembaran kerja dan bukubuku kerja semata-mata boleh menimbulkan perasaan yang hambar dan kurang berkesan.

Pada pandangan pengkaji, seseorang guru prasekolah itu sendirilah yang bertanggungjawab mencari kaedah atau strategi pengajaran yang berkesan untuk anak-anak didiknya. Chen & Hwe Min (2004) menyatakan bahawa jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Kaedah pembelajaran yang kurang cekap juga akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang efektif.

... murid-murid di peringkat sekolah rendah harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung... (Petikan : Kementerian Pendidikan Malaysia 1981)

Berdasarkan kepada petikan yang dipetik dari Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah di atas, ternyata murid-murid di peringkat awak persekolahan seharusnya mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin sekali lagi menegaskan bahawa pendekatan pembelajaran secara hands-on merupakan salah satu pendekatan yang menyokong kenyataan tersebut.
69

Menyedari kejayaan kajian ini juga, maka kajian lanjutan yang berkaitan boleh dijalankan dalam bidang-bidang lain agar pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan sistem pendidikan prasekolah kini lebih berkualiti dan dapat ditingkatkan dengan cemerlang. Kajian ini diharap akan membuka jalan kepada usaha-usaha lain dalam menerokai cara meningkatkan lagi minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran di prasekolah khususnya dan dalam mata pelajaran yang lain secara umumnya.

70

RUJUKAN

Amy Driscoll & Nancy G. Nasel (2005). Early Childhood Educations Birth8. Pearson.

Prof Madya Dr Zurida Ismail, Dr Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali (2003). Pendidikan Sains Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. (2007). Penilaian Dalam Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Ab. Halim Tamuri, Zuria Mahmud & Safani Bari. (2005). Permasalahan Pelajar-pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam. UKM. Jabatan Pendidikan 31 (2005) 21-33.

Haji Ab. Kadir bin Hj. Md Amin. (1992). Perkaitan Antara Lembaran Kerja Dengan Objektif Pengajaran. Jabatan Pendidikan, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Haji Ab. Kadir bin Hj. Md Amin. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Praktikum. Jabatan Pendidikan, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

71

Mohd Nasruddin bin Basar. Penggunaan Media Bahan Murah Dalam Pengajaran Bahasa Melayu KBSR. Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Kent.

Noor Azizah binti Ahmad. (2006). Pengaplikasian Teori Konstruktivisme Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Reka Cipta. Tesis Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia.

Rohaila Yusof, Norasmah Othman & Faridah Karim. (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb Dalam

Pendidikan Perakaunan. UKM. Jurnal Pendidikan 31 (2005) 113-128.

Shukri bin Ismail. (1999). Konsepsi Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia Pengajian Sains Terhadap Sains Dan Pembelajaran Konstruktivisme. Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

Rosa Lizardi. (2005). Learn To Read With Hands-On Activities. Dicapai pada 11 Februari 2011 dari : http://weeklypreschoollessons.com

Claire Castella. (2010). Hands-on Activities For School. Dicapai pada 13 March 2011 dari : http://www.bizymoms.com/preschool/preschoollearning.html

Dr Sue Grossman. (1999) The Worksheet Dilemma. Dicapai pada 23 Februari 2011 dari : http://earlychildhoodnews.com/
72

Lampiran A

CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA HANDS-ON DI PRASEKOLAH HIKMAH, SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG, KUALA TERENGGANU.

Aktiviti Pengajaran Mengenal Bentuk-bentuk Asas Menggunakan Doh.

Aktiviti Menguntai Manik Menjadi Gelang.

73

Lampiran B SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

NAMA RESPONDEN : TAHAP PENCAPAIAN B S M

ASPEK YANG DINILAI Minat responden terhadap pengajaran guru. Penglibatan responden dalam pembelajaran. Kefahaman responden terhadap topik yang diajar. Kreativiti responden dalam pembelajaran. Tingkahlaku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran.

CATATAN

RUMUSAN : __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ Catatan : Tahap pencapaian responden. B Baik S Sederhana M - Memuaskan

74

Lampiran C

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN PENGLIBATAN RESPONDEN

AKTIVITI Menulis huruf besar. (Aktiviti I) R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 JUMLAH (Aktiviti II) Mewarnakan gambar. Menulis nombor 120. (Aktiviti III) (Aktiviti IV) (Aktiviti V) Menyalin semula ayat. Menulis perkataan.

RESPONDEN

75

Lampiran D

BORANG SKOR SKALA KADAR BAGI PENILAIAN KEFAHAMAN RESPONDEN

PENILAIAN RESPONDEN AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI I R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 II III V IV

Panduan Guru : i. Aktiviti I : Memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

ii. Aktiviti II : Name commons objects in the classroom.


iii.

Aktiviti III : Mengecam bentuk segitiga, bulat, segi empat tepat dan segi empat sama.

iv. Aktiviti IV : Menggunakan titik untuk mewakili bilangan nombor. v. Aktiviti V : Mengenal jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

76

Lampiran E

SENARAI SOALAN TEMU BUAL DENGAN RESPONDEN.

1.

Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti hands-on?

2.

Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku ini?

3.

Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

77