Anda di halaman 1dari 56

SISTEM BAHASA MELAYU TATABAHASA : SINTAKSIS

SUBJEK : PKP3116 DISEDIAKAN OLEH : NUR AIN BT ARIF (890817-08-5502) NURFARAH AMIRA BT BAHARUDDIN (890512-08-5560) LEE CHUI CHEN (871206-02-5160)

PROSES PENERBITAN KATA

KONSEP AYAT TERBITAN


Hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang

berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta

memperluaskan sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.


Dilakukan melalui proses transformasi yang

mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau perluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

Proses pengguguran

Proses peluasan

PROSES PENGGUGURAN
Satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wujud.

1. Pengguguran frasa nama sebagai subjek

2. Pengguguran frasa predikat

3. Pengguguran frasa nama yang mendahalui frasa relatif

Proses pengguguran

1. Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek


Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

i) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Dalam ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan.
Contoh : Kamu keluar! => Keluar! Engkau makanlah dahulu. => Makanlah dahulu. Tuan duduklah di sini. => Duduklah di sini.

ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.


Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama, yang diberi tanda i dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk di bawah, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut.

Contoh : Diai sangat pandai + Diai rajin belajar. => Diai sangat pandai kerana diai rajin belajar. => Dia sangat pandai kerana rajin belajar. Ali sangat kecewa. Ali gagal dalam peperiksaan. => Ali sangat kecewa kerana Ali gagal dalam peperiksaan. => Ali sangat kecewa kerana gagal dalam peperiksaan.

2. Pengguguran Frasa Predikat

Pengguguran seluruh frasa predikat

Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat

i) Pengguguran seluruh frasa predikat


Frasa predikat terdiri daripada salah satu yang berikut : a. Frasa kerja b. Frasa nama c. Frasa adjektif d. Frasa sendi nama Jika terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.

a. Frasa kerja yang sama.


Adik Ali belajar di England. Sepupunya belajar di England. => Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. => Adik Ali dan sepupunya belajar di England. Anjing liar berkeliaran. Binatang lain berkeliaran. => Anjing liar berkeliaran dan binatang lain berkeliaran. => Anjing liar dan binatang lain berkeliaran.

b. Frasa nama yang sama.


Bendera Malaysia lambang negara. Lagu kebangsaan lambang negara. Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara. Encik Abu guru sekolah. Encik Ali guru sekolah. Encik Abu guru sekolah dan Encik Ali guru sekolah. Encik Abu dan Encik Ali guru sekolah.

c. Frasa adjektif yang sama.


Adik saya sangat rajin. Adik Abu sangat rajin. Adik saya sangat rajin dan adik Abu sangat rajin. Adik saya dan adik Abu sangat rajin. Penyanyi riang gembira. Penari riang gembira. Penyanyi riang gembira dan penari riang gembira. Penyanyi dan penari riang gembira.

d. Frasa sendi nama yang sama.


Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung. Dia dan isterinya masih di kampung. Pasport di dalam sakunya. Wang di dalam sakunya. Pasport di dalam sakunya dan wang di dalam sakunya. Pasport dan wang di dalam sakunya.

ii) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat


Beberapa bahagian daripada frasa predikat boleh juga mengalami proses pengguguran. Antaranya: oleh + FN dalam ayat pasif Kata bantu yang serupa FN sebagai objek yang serupa FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

a. Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif


Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan. Contoh : Dia dipukul oleh bapanya. Dia dipukul. Istana itu telah dibina oleh rakyat dalam masa setahun. Istana itu telah dibina dalam masa setahun.

b. Pengguguran kata bantu (KB) yang serupa.


Kata-kata bantu yang serupa yang hadir dalam predikat rasa kerja dan predikat frasa adjektif boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja. Iaitu yang pertama dalam ayat-ayat yang digabungkan. Contoh : Dia boleh menyanyi. Dia boleh menari. Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari. Dia boleh menyanyi dan menari.

c. Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.


Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam ayat-ayat yang digabungkan, objek itu boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja iaitu objek yang terakhir. Contoh : Daud memukul penjahat itu. Daud menumbuk penjahat itu. Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu. Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.

d. Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif. Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Contohnya,
menakjubkan mendukacitakan menghampakan memilukan

Kesemua kata kerja tersebut menggambarkan perasaan tertentu dan boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sungguh, sangat dan sebagainya. Objek frasa nama ini boleh digugurkan. Contoh : Kejadian itu sungguh menakjubkan kami. Kejadian itu sungguh menakjubkan. Kelakuannya amat mendukacitakan. (ibunya) Kelakuannya amat mendukacitakan.

3. Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif


Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.
Contoh : Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu memakai serban. Orang tua yang memakai serban itu bapa saya. Yang memakai serban itu bapa saya.

Dia memilih barang itu. Barang itu baharu. Dia memilih barang yang baharu itu. Dia memilih yang baharu itu. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya. Kereta yang kuning itu pilihan saya. Yang kuning itu pilihan saya.

2. PROSES PELUASAN

DEFINISI
Penambahan unsur-unsur

dalam ayat yang baharu

disebut peluasan ayat.

PELUASAN FRASA PREDIKAT

PELUASAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK

JENIS PELUASAN

PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG

PELUASAN MELALUI PROSES KOMPLEMENTASI

PELUASAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK


Diluaskan melalui proses relativisasi iaitu proses pemancangan ayat

ke dalam ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek yang


menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relatif yang. Contoh : Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku. Budak yang membaca buku itu adik saya.

A1

FN1

A2 FN S P

PELUASAN FRASA PREDIKAT


Frasa Nama direlativisasikan berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan di pancangkan. Contoh: Ali mengusik budak itu. Budak itu cantik. Ali mengusik budak yang comel itu.

Contoh lain: Mereka menaiki kereta itu. Ali membeli kereta itu. *Mereka menaiki kereta yang Ali membeli itu.

Hanya setelah ayat kedua atau ayat yant dipancangkan itu

mengalami proses pasif, barulah proses pembentukkan ayat


relatif melalui prses transformasi relativisasi menjadi gramatis.

Contoh yang gramatis :

Mereka menaiki kereta itu. Ali membeli kereta itu. (pasif) = Kereta itu dibeli oleh Ali.

(relativisasi) = Mereka menaiki kereta yang dibeli


oleh Ali.

PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG


Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.

Menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika dan


walaupun, menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh : Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah. Ali dan Osman pergi ke sekolah.

PELUASAN MELALUI PROSES KOMPLEMENTASI


Proses pengubahan ayat menjadi Frasa Nama dan memancang

pada ayat yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat.

Contoh: Dia melaporkan sesuatu. Ali sakit tenat. Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

Huraian : Ayat Ali sakit tenat berubah fungsinya menjadi frasa nama dan dipancangkan kepada binaan Dia melaporkan sesuatu. Perkataan bahawa dimasukkan sebagai tanda berlakunya proses komplementasi.

ASPEK TANDA BACAAN

Tanda baca
Tanda baca adalah simbol yang tidak berhubungan dengan fonem (suara) atau kata dan frasa pada suatu bahasa, melainkan berperan untuk menunjukkan struktur dan organisasi suatu tulisan, dan juga intonasi serta jeda yang dapat diamati sewaktu pembacaan. Aturan tanda baca berbeza antara bahasa, lokasi, waktu, dan terus berkembang. Beberapa aspek tanda baca adalah suatu gaya spesifik yang karenanya tergantung pada pilihan penulis.

Jenis tanda baca

Tanda Titik (.)


Berfungsi untuk menandai akhir kalimat berita, atau untuk keperluan singkatan, gelar, dan angka-angka. Contoh 1: Digunakan pada akhir ayat bukan pertanyaan. - Ayahku tinggal di Kedah.

Contoh 2: Digunakan pada akhir singkatan nama orang. - P. Ramlee Contoh 3: Digunakan pada akhir gelar, jawatan. - En. (Encik)

Contoh 4: Digunakan pada singkatan kata yang umum. - dll (dan lain-lain)

Tanda Koma (,)


Berfungsi untuk memisahkan anak kalimat atau hal-hal yang disebutkan dalam kalimat, juga untuk keperluan singkatan, gelar, dan angka-angka. Contoh 1: Digunakan dalam unsur pemerician. - Saya membeli kertas, pen dan dakwat.

Contoh 2: Digunakan dalam pembilangan. - Satu, dua, tiga dan empat.

Contoh 3: Memisahkan ayat setara yang satu daripada ayat setara berikutnya yang didahului oleh kata seperti tetapi atau melainkan. - Minah bukan anak saya, tetapi(melainkan) anak Mak Lela.

Contoh 4: Digunakan di belakang kata-kata seruan. - Aduh, sakitnya! Contoh 5: Digunakan untuk mengapit keterangan tambahan dan keterangan aposisi. - Guru saya, Puan Salmah sangat bergaya.

Tanda ( )
Kurung berfungsi untuk menjelaskan suatu istilah yang belum banyak diketahui oleh khalayak. Contoh 1: Penjelasan. - Kursus penataran (upgrading) akan segera dimulai.

Tanda Petik ( )
Berfungsi untuk menandai kalimat langsung atau percakapan dalam naskah drama. Contoh 1: Mengapit petikan langsung. - Sudah siap, kata Salim. Contoh 2: Mengapit judul atau tajuk. - Sajak Berdiri Aku terdapat pada halaman 245.

Tanda Seru (!)


Berfungsi untuk menegaskan, memberi peringatan bahwa kalimat yang bertanda seru tersebut perlu untuk diperhatikan. Contoh 1: Pernyataan berbentuk seruan. - Merdeka!

Tanda Tanya(?)
Berfungsi untuk melengkapi kalimat tanya. Contoh 1: Digunakan pada akhir pertanyaan. - Saudara tahu, bukan?

Tanda Sempang ( - )
Berfungsi untuk menghubungkan penggalan kata, kata ulang, rentang suatu nilai. Contoh 1: Menyambung unsur-unsur kata ulang. - Gotong-royong

Contoh 2: Digunakan untuk memperjelas hubungan bahagian-bahagian ungkapan. - Isteri-pewira Contoh 3: Digunakan untuk merangkaikan kata-kata, angka atau singkatan. - Sinar-X

Tanda Titik Bertindih (:)


Berfungsi untuk mengawali penguraian suatu kalimat. Contoh 1: Digunakan pada akhir suatu pernyataan apabila diikuti rangkaian atau penjelasan. - Kita perlukan : kertas, dakwat dan pen - Hari : Isnin - Pukul : 9.30pagi

Contoh 2: Digunakan dalam teks drama dialog. - Ibu : Jangan lupa untuk mengemaskan bilik ya.

Tanda Titik Berkoma (;)


Berfungsi sebagai pemisah. Contoh 1: Memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan ketara. - Malam makin larut ; kamu belum selesai juga.

Contoh 2: Memisahkan ayat yang setara dalam ayat majmuk. - Ayah menyiapkan kertas kerjanya ; ibu sibuk di dapur ; adik menghafal teks syarahan.

Tanda Elipsis ()
Contoh 1: Dipakai dalam kalimat yang terputus-putus. - Kalau begitu ya, marilah kita pergi. Contoh 2: Menunjukkan ada bahagian yang dihilangkan. - sebab-sebab kemerosotan akan diteliti kemudian.

TERIMA KASIH

RUJUKAN
Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa
Dewan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai