Anda di halaman 1dari 3

SULIT/SKRIP JAWAPAN UJIAN 2/OGOS 2011

JAWAPAN UJIAN 2 2011 BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 BAHAGIAN A (i) [20 MARKAH] 1. Membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan negatif 2. Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita bersama dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang 3. Memerlukan strategi menangani melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan keagamaan. 4. Pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan manusia 5. Ibu bapa adalah model awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. 6. Ibu bapa menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang. 7. Pendekatan kaunseling dan nasihat. 8. Segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan. 9. Perlu peka dan memainkan peranan memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial. 10. Remaja sendiri perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk menentang sebarang unsur negatif. Perincian: Isi ( 5 isi x 2 markah) Bahasa Markah: 10 10

Nota: keterangan pembahagian bahasa lihat buku latihan penulisan B.Melayu PMR

SULIT/SKRIP JAWAPAN UJIAN 2/OGOS 2011

BAHAGIAN A (ii) [10 MARKAH] 1. Rangkai kata membawa maksud faktor utama jiwa seseorang.[ 2 markah ]

2. Sikap negatif ibu bapa yang menyumbangkan kepada keruntuhan akhlak ialah sesetengah ibu bapa mengabaikan dan tidak peduli pada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. Selain itu, mereka hanya suka memberi wang dengan beranggapan dengan memberi wang, sudah cukup untuk anaknya hidup selesa. Akhir sekali, mereka tidak peduli percampuran anak mereka dengan rakan sebaya mereka.- pilih dua isi sahaja- [4 markah ]

3. Jika rakan sebaya saya terjebak dengan gejala sosial, saya akan berbincang dengan ustaz di sekolah, kemudian membawa remaja tersebut bertemu ustaz berkenaan. Jika masih tidak berjaya, saya akan memujuknya supaya berterusterang kepada ibu bapanya untuk mencari jalan penyelesaian.- pendapat yang sesuai boleh diterima- [4 markah ]

SULIT/SKRIP JAWAPAN UJIAN 2/OGOS 2011

BAHAGIAN B
[10 MARKAH]

Novel yang saya kaji di tingkatan 1 ialah Istana Menanti karya Abdul Latif Bin Talib. Antara nilai murni yang terdapat di dalam novel ini ialah nilai cinta akan sejarah. Contohnya, Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng sangat cinta akan sejarah. Mereka bercita-cita untuk menjadi ahli sejarah. Oleh sebab itu, mereka berjumpa dengan Tuk Ngahuntuk mengetahui sejarah Istana Menanti, sejarah pembukaan Melaka, zaman penaklukan Jepun, asal-usul Rembau dan sebagainya. Terdapat juga nilai menghargai warisan sejarah. Contohnya, Tuk Ngah tidak membenarkan cadangan Ramasamy untuk memecahkan pintu istana untuk masuk ke dalam, sebaliknya dia membuat tangga supaya budak-budak itu dapat masuk melalui tingkap istana lama itu dengan mudah. Nilai keberanian juga ditonjolkan dalam novel ini. Contohnya, Fadhil, Ramasamy, dan Khairil memberanikan diri masuk ke dalam terowong untuk mencari Ah Seng yang masih belum balik daripada membuang air besar.

Nota: -mana-mana jawapan sesuai di terimaPERINCIAN: Isi Bahasa MARKAH: 6 Markah 4 Markah

Anda mungkin juga menyukai