Anda di halaman 1dari 14

AknLAk ANG MULIA

1


PENDAHULUAN

Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh
dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak
atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau
terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun
benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut.
Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan
ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak
yang buruk. Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di
kalangan orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang
diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut
pandangan mereka.
Islam merangkumi aqidah dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh kepada
risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti
Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga sabda
Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada
akhlak yang mulia."
Peranan akhlak dalam pembinaan sahsiah seseorang tidak boleh dinaIikan lagi
kepentingannya. Proses pembentekuannya adalah selaras dengan perkembangan jiwa
seseorang itu sendiri. Untuk membentuk akhlak yang baik memang sukar, tetapi dengan
istiqamah, seorang muslim itu akan berjaya mencapai kedudukan kesempurnaan akhlak jika
adanya usaha yang berterusan dilakukan ke arah itu.

AknLAk ANG MULIA

2

Pengertian Akhlak
Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku,
perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak
Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak
Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan,
keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya
merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.
Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu siIat yang
tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah
tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."
Menurut Muhammad Uthman El-Muhammady, 'al-Khulq dari segi istilahnya mengandungi
erti `kumpulan sifat yang bersemadi di dalam fiwa insan dan berdasarkan dorongan serta
pertimbangan sifat itu, maka sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk.
Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong
untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal Iikiran terlebih
dahulu."
Menurut ProIesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia
akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."
Daripada deIinisi tersebut dapat kita Iahami bahawa akhlak merupakan suatu
perlakuan yang tetap siIatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya
pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.

2 Kepentingan Akhlak dalam Islam
Akhlak adalah sumber tindak tanduk manusia yang membawa ke arah kesejahteraan
di dunia dan akhirat dan menuju kepada keredaan Allah S.W.T. Untuk mencapai
hakikat ini, ilmu akhlak perlu dipelajari dan dipraktikkan. Dengan mempelajari ilmu
tersebut, ia membuka mata setiap insan tentang perbezaan yang besar di antara baik
dan buruk. Ianya tidak akan memberi Iaedah jika kita tidak berkemahuan untuk
melaksanakan ajaran-ajarannya dan tegahannya.
AknLAk ANG MULIA

3

Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk perbuatan
manusia dan apa sahaja daripada manusia itu sendiri, sesuai dengan pembawaan dan
siIat yang ada dalam jiwanya. Tepatlah apa yang dikatakan oleh al-Ghazali dalam
bukunya 'Ihya` Ulumuddin :
'Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya)
pada anggota sehingga tidak ada sesuatu melainkan sesuai dengan sifat itu.`
Islam adalah merupakan suatu ajaran yang baik dan benar untuk memperbaiki
manusia dan membentuk akhlaknya, dan untuk mencapai kehidupan yang baik dan
sempurna. Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi sesuai dengan
kepentingannya.
Akhlak merupakan roh atau jiwa yang meresapi seluruh penghidupan manusia itu
sendiri. Ketiga-tiganya bergabung dalam penghayatan seorang Muslim dalam erti kata
bahawa keimanannya hendaklah direalisasikan dalam pengalaman syariat dan
berpaksikan akhlak. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak.
Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama
yang dapat memberatkan neraca amalan kebaikan di akhirat kelak.
Orang-orang beriman selalu mengutamakan akhlak yang baik. Dalam hadis
diterangkan yang bermaksud: 'Ditanya orang, wahai Rasulullah!, Orang-orang
mukmin yang mana yang paling baik dan utama?. Baginda menjawab: orang-orang
yang akhlaknya paling baik. Dalam ajaran Islam mereka yang dikatakan berjaya
memenangi kasih sayang Rasulullah dan mendapat satu kedudukan yang hampir
dengan Rasulullah pada hari kiamat kelak ialah orang-orang yang beriman dan
berakhlak baik. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Sesungguhnya orang yang fahat sangat saya kasihi dan yang terdekat padaku
maflisnya di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.`
Akhlak yang baik merupakan syarat untuk menghindarkan diri daripada azab neraka.
Akhlak yang baik lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan ibadat-ibadat sunat
yang lain seperti sembahyang dan puasa. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Sesungguhnya seseorang mukmin dapat mencapai dengan budi pekertinya yang baik
darfat orang yang terus menerus berpuasa dan sembahyang malam.`
AknLAk ANG MULIA

4

Dalam Islam akhlak adalah merupakan intipati segala ibadat. Tanpa akhlak, ibadat
hanyalah merupakan adat resam dan geraklaku yang tidak mempunyai nilai dan
Iaedah. Orang mukmin yang kurang beribadat tetapi berakhlak baik akan mendapat
kemuliaan di hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
'Dengan berakhlak baik, seseorang hamba Allah akan dapat mencapai di hari
akhirat kelak tingkat-tingkat kemuliaan yang tinggi dan kedudukan-kedudukan yang
mulia meskipun kurang ibadahnya. Dengan budi pekerti yang buruk ia akan sampai
ke darfat yang paling rendah dalam neraka.`

Al-Quran Sumber Akhlak Mulia
Dalam Islam, nilai dan peraturan kehidupan diasaskan kepada nilai akhlak. Akhlak
dalam ajaran Islam adalah bersiIat rabbani, iaitu bersumber daripada Allah. Ia
meliputi semua akhlak dan siIat mulia yang diajar al-Quran. Al-Quran menentukan
sesuatu yang halal dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh
dilakukan. Al-Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran
juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi
sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.
Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-
Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia
berIikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak
manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.
Al-Quranjuga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun,
berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya
bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.
Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak, sama ada
memerintahkannya supaya berakhlak baik atau menegah daripada akhlak yang rendah
atau keji. Al-Quran yang diturunkan dalam 30 Juzuk, dan 114 surah, terdapat banyak
ayat yang berkaitan dengan akhlak. Ada ulamak yang mengatakan tak kurang dari
1,000 ayat di dalam al-Quran yang menceritakan tentang akhlak yang mendorong kita
mengamalkan siIat terpuji (berakhlak) seperti siIat ihsan, jujur, sabar, suka memaaI,
AknLAk ANG MULIA

3

berlapang dada, berbaik budi, membantu orang lain, menepati janji, tidak berputus
asa, rendah diri, tidak zalim, tidak rasuah, tidak berzina, tidak minum arak, tidak
mengherdik ibu-bapa, tidak melampaui batas dan sebagainya.
Akhlak yang baik juga dihubungkan dengan nilai amalan kita seperti maksud hadis,
'Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu (Riwayat al-
Hakim).
Sebab itulah kita dapat melihat bahawa Syariah Islam yang bersumberkan Al-Quran
itu antara lain adalah bertujuan menjaga dan memelihara lima prinsip kehidupan
manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Oleh kerana itu Islam
melarang mendekati dan melakukan kerja mungkar atau maksiat iaitu perbuatan yang
tidak berakhlak dalam apa bentuk sekali pun.
Islam tidak mengizinkan sama sekali aktiviti tidak berakhlak seperti pelacuran (atas
apa nama dan alasan sekalipun), pertandingan ratu cantik (atas apa nama sekalipun),
homoseksual, bersekedudukan tanpa nikah, seks bebas, lesbian, gay, penagihan
dadah, minum arak dan seumpamanya.
Begitu juga Islam melarang akhlak mazmumah yang lain seperti Iitnah, adu-domba,
khianat, buruk sangka, berniat jahat, tuduhan palsu, takbur, sombong, riak, rasuah,
penyelewengan dan sebagainya.
Satu perkara penting berhubung kait dengan persoalan akhlak ialah akal Islam
amat menghargai kemuliaan akal kerana ia adalah jalan ilmu, jalan mencari
hidayah dan jalan mencari kebenaran
Justeru, Islam melarang minum arak, menagih dadah dan lain-lain bahan yang boleh
merosakkan akal.
T f @ Lb,)Bb )1 Bb
6@Bb NPBb CBb N
_1f
'Sesungguhnya Sefahat-fahat makhluk Yang melata, pada sisi (Hukum dan ketetapan) Allah,
ialah orang-orang Yang pekak lagi bisu, Yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan
akal fikirannya).`
(Al-Anfal . 22)
AknLAk ANG MULIA

6

Apabila akal dijaga dan disuburkan dengan ilmu, maka akal akan memandu manusia
memahami wahyu-Nya. Akal yang menerima hidayah Allah akan menolak aliran
Iahaman yang mengheret manusia kepada perlakuan hidup bebas dan tidak berakhlak.

4 Model Akhlak Al-Quran
Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan
dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-
Quran, bukan sahaja untuk diIahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada
penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memperbaiki
akhlaknya sedangkan baginda tergolong di kalangan mereka yang terbaik akhlaknya.
Di dalam doa baginda, Rasulullah s.a.w. berdoa sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Saidina Ali r.a. yang bermaksud:
'Tuhanku', tunfukkanlah aku kepada akhlak yang paling baik kerana Engkau safalah
yang menunfukkan kepada akhlak yang paling baik. Jauhkanlah dariku akhlak yang
buruk kerana Engkau safalah yang menfauhkan dariku akhlak yang buruk.`
Allah S.W.T. telah memuji RasulNya Muhammad s.a.w. kerana akhlaknya yang baik.
Firman Allah S.W.T:
f, P[V VC1 6@
'Sesungguhnya engkau berbudi pekerti yang agung.` (Surah Al-Qalam . 4)

Allah S.W.T. memuji Rasulullah s.a.w. kerana baginda dapat memikul penderitaan
yang ditimpa ke atas baginda oleh kaumnya sendiri lebih daripada apa yang dipikul
oleh orang lain. Akhlak dan siIat Rasulullah s.a.w. menjadi pujian seperti Iirman
Allah S.W.T.
)f CAH N [ X_,; Bb
,_0 ,1@= CAH
Fb_ Bb _,@Bb, JBb
AH[, Bb b1@dAH
AknLAk ANG MULIA

7

'Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri tauladan yang baik bagimu iaitu
bagi mereka yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia
banyak mengingati (menyebut) nama Allah.`
(Surah Al Ah:ab .21)

Tujuan risalah (misi) Islam itu sendiri untuk menyempurnakan dan menyebarkan
akhlak yang mulia, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.:
`= `' ( _ ' - , -' ) ' ~ ~ ` ` ' ~ -
'Sesungguhnya aku dibangkitkan (diutus) untuk menyempurnakan (dalam riwayat yang
lain dengan lafad: untuk memperbaiki akhlak) akhlak yang mulia.`
Dengan ini, dapatlah dibuktikan bahawa akhlak Islam tidak setakat dinyatakan prinsip
dan garis panduannya melalui al-Quran, tetapi penghayatannya ditunjukkan secara
praktikal melalui kehidupan dan peribadi Rasul Allah s.a.w. Sayyidatuna Aishah r.a.
sewaktu ditanya tentang peribadi Rasul Allah s.a.w., lalu dijawabnya yang
bermaksud:
'Adalah Rasulullah s.a.w. akhlaknya ialah al-Quran.
Rasulullah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan
dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T.
untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan
sepanjang zaman.
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang beriman dengannya, adalah para hamba Allah
S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada
Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-
Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi
pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air
mata mereka berlinang kerana insaI dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
Al-Quran menggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan Iirman-
Nya yang bermaksud:
)[ X_; Bb P CBb,
= b)0 [V
AknLAk ANG MULIA

8

;BNBb B,oA_; ,1 F
VV BqH; bq)
_JP dA . Bb
B1,_;, F B@ [
_ . 0 @_Bb P
Nabi Muhammad s.a.w. ialah Rasulullah dan mereka yang bersama dengannya
tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan
sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka rukudan sufud dengan
mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredhaan-Nya. Tanda yang menunfukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh)
terdapat pada muka mereka dari kesan sufud.
(al-Fath. 29)
Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan
tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan
kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika
'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah
S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasulullah
s.a.w. menjawab, yang bermaksud:
"Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur." (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T.
Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan
beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan
dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah.
Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat
tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T :
[f, ,[0V N,;
VAPA N)d. F ,
/Am f [VbA@ ))
' dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu. Demi sesungguhnya' fika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi
sesungguhnya, fika kamu kufur ingkar Sesungguhnya a:abKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim: 7)
AknLAk ANG MULIA

9

Rasulullah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan
kesyukurannya itu dilaIazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T. lni
ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan
seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.
Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan
kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan
antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T
menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang
dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:
6@ @1 CBb
0 B Fb_f Nf VPm
. Bb VP=, . BqBb
Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahafa mereka berada kecuali dengan
adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. (Ali Imraan. 112)
Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang
mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem
yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin
jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari
kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan
kehormatan.
Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat
mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam.
Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi
berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasulullah s.a.w.
mendengar perbualan mereka lantas berkata, "kamukah yang berkata demikian,
demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku
sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku
mengahwini wanita-wanita".
Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak
seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga
AknLAk ANG MULIA

10

merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan
perintah dan arahannya.

Ruang lingkup Akhlak Islam
Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan
kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia
dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.
a) Akhlak dengan Allah
Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah
O Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa
Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan
tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang siIat atau bentuk syirik
terhadapnya.
O Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu
melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan
ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
O Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu
terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya
berlaku lalu ia segera sedar dan insaI lalu meminta taubat atas kecuaiannya.
O Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam
segala usaha dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk
mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia
walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan
kemarahan manusia.
O Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, Iardhu dan nawaIil.
O Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud : "Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia
ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya."

b) Akhlak dengan manusia
AknLAk ANG MULIA

11

O Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa
nabi Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang
menyampaikan risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah
yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.
O Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa.
Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan
dan tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan
diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka
telah uzur dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : " Kami
perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa."
O Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah
orang yang kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan
dan menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu
yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat
menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai
kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.
O Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik
terhadap jiran tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu
mereka seperti membunyikan radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di
muka rumah jiran, tidak menyakiti hati mereka dengan perkataan-perkataan
kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran
tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian
kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.
O Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah
olehmu isteri-isteri itu dengan baik."
O Akhlak dengan anak-anak : Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih
aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-
baik dan dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang memudharatkan.
Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan
akhlak yang baik."
AknLAk ANG MULIA

12

O Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan
memberi kepada kaum kerabat."

c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia :
O Malaikat : Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati
para malaikat dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada
orang lain yang melihat.
O Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang
hadas kecil di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Jangan kamu beristinjak dengan tahi
kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-
tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin."
O Haiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak
boleh mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti.
Malah ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah
penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan
menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan
tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.
O Haiwan bukan ternakan : tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan
seperti mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.
O Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam
demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh
dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan
kehidupan lainnya.

AknLAk ANG MULIA

13

Kedudukan Akhlak dalam Kehidupan Manusia
Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak
berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah
seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh
Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak
zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang
telah menyeleweng.
Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh
berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum
arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka
memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka
sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak
beragama.
Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam
menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya
seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan
kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi
ahli syurga.
Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya
lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia
yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang
sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya."
Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya
sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan
dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum
Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak
tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah
yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw.

AknLAk ANG MULIA

14

Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan
berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan
rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran
sesebuah negara.
Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri
seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari
masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang
mulia, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dalam
kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.
Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah
bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu,
begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan
asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu.
Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya.

KESIMPULAN
Sejauh mana dan sehebat mana majunya kehidupan ini, manusia tetap memerlukan
nilai akhlak. Umat Islam harus menjadikan akhlak yang diajar oleh al-Quran dan
diamalkan oleh nabi kita Muhammad SAW sebagai perkara asas untuk mencari dan
menuju mardhatillah di dunia dan di akhirat.
Masalah kita hari ini ialah kita masih tetap teguh menganut agama Islam, tetapi di sisi
yang lain kita gagal mengamalkan akhlak Islam dengan baik dan berkesan. Setiap
Muslim harus kembali dengan penuh iltizam mengamalkan akhlak Islamiah yang
terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan yang penuh cabaran dan
menggugat ini.
Wallahualam
***************************

Anda mungkin juga menyukai