Anda di halaman 1dari 11

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta

tingkah lakunya.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah Wahab bin Munabin

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang Cecil B. DeMille

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Semulia-mulia manusia adalah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat Khalifah Abdul Malik B. Marwan

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Jika kejahatan dibalas kejahatan itu adalah dendam, Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa, Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim, Tetapi jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji - La Roche

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan dan kemahiran Flower A. Newhouse

Anda mungkin juga menyukai