Anda di halaman 1dari 2

Nengunjungi masjid Tujuh adab dan hukumnya

NAS]!D merupakan sebuah institusi yang paling utama dan penting dalam sejarah tamadun !slam. Dahulunya, masjid
bukan sahaja sebuah bangunan atau tempat untuk beribadat bagi umat !slam, malahan sebagai bilik mesyuarat, bangunan
pentadbiran, medan penyebaran maklumat, tempat menyelesaikan masalah dan kubu pertahanan yang paling kental.

Allah s.w.t. mengangkat martabat dan darjat masjid ke tempat yang paling tinggi dengan menyandarkan perkataan masjid
kepada diriNya sebagaimana firmanNya di dalam Surah atTaubah, ayat 18 yang bermaksud:

Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjidmasjid Allah ialah orangorang yang beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian (Hari Akhirat), serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) melainkan
kepada Allah, maka merekalah orang yang diharapkan untuk tergolong di dalam golongan yang mendapat petunjuk.

]usteru, sejarah membuktikan bahawa perkara pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah membina masjid dan
memakmurkannya. Nasjid bukanlah tempat yang dikhususkan untuk menunaikan ibadat kepada Allah sematamata,
malahan sebagai tempat untuk menzahirkan syiar !slam serta sebagai sebuah institusi pendidikan yang amat praktikal
dalam melahirkan generasigenerasi !slam yang unggul.

Syeikhul !slam !bnu Taimiah pernah menyebut di dalam kitabnya yang terulung, Najmu`at alFatawa (3S/23): Salah satu
tempat penyatuan dan perkumpulan yang strategik untuk umat !slam ialah masjid. Sesungguhnya Nabi Nuhammad s.a.w.
mengasaskan Nasjid Nabawi dengan menerapkan nilai takwa sebagai paksinya.

Di dalamnya umat !slam bersembahyang, membaca alQuran, berzikir mengingati Tuhan, menimba ilmu pengetahuan dan
berdiskusi tentang kehidupan di dunia dan di akhirat.

Terdapat beberapa adab dan hukumhukum yang dititikberatkan oleh agama !slam berkenaan masjid. Berikut ialah adab
adab serta hukumhukum yang sepatutnya diamalkan oleh umat !slam ketika mengunjungi masjid:

1) !khlaskan niat ketika pergi ke masjid.

Allah berfirman dalam Surah alBayyinah ayat S bermaksud: Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah
dengan memurnikan ketaatan (niat yang ikhlas) kepadaNya dalam (menjalankan agama dengan lurus.


2) Nengambil wuduk sebelum pergi ke masjid.

Dalam Nu'jam atTabrani alKabir diriwayatkan daripada Sulaiman bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagaiamana
bermaksud: Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya dan diperelokkan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid, maka
dia adalah tetamu Allah, dan menjadi kewajipan ke atas orang yang dilawati untuk memuliakan tetamunya.(Sahih Targhib,
322)

Daripada Abu Umamah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang keluar dari rumahnya
dalam keadaan yang bersih untuk menunaikan solat fardu, maka pahalanya adalah seumpama menunaikan haji. (Riwayat
Abu Daud dan dihasankan oleh AlBani di dalam Sahih alTarghib, 320).

3) Sentiasa tenang dan tidak tergopohgapah ketika menuju masjid.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: ]ika kamu terdengar iqamat, maka
berjalanlah kamu ke tempat solat dalam keadaan tenang dan tidak tergopohgapah. Apa yang kamu sempat, maka solatlah,
dan apa yang tertinggal maka sempurnakanlah. (Nuttafaqun `alaihi).

4) Dilarang membunyikan jari di dalam masjid.

Di dalam hadis Ka`ab bin A'jrah, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: ]ika kamu berada di dalam masjid,
janganlah kamu membunyikan jarijari kamu kerana kamu seolaholah berada dalam sembahyang ketika kamu menunggu
untuk menunaikan sembahyang. (Riwayat !bnu Hibban dan terdapat di dalam Sahih alTarghib, 234).

S) Berhias.

Allah berfirman di dalam Surah alA'raf ayat 31 bermaksud: Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap
kali memasuki masjid.

!mam !bn Kathir ketika menafsirkan ayat ini, mengatakan: ``Berdasarkan ayat ini dan apa yang disebut di dalam hadis
Rasulullah, kita disunatkan untuk berhias ketika menunaikan solat, terutamanya ketika menunaikan Solat ]umaat dan Solat
Hari Raya. Kita juga disunatkan untuk memakai wangiwangian kerana ia juga merupakan salah satu jenis perhiasan di
dalam !slam. Selain itu, bersiwak dan memakai pakaian putih juga merupakan sunah dan amalan Rasulullah.''

6) Disunatkan untuk Solat Tahiyat alNasjid.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: ]ika salah seorang daripada kamu memasuki masjid, janganlah kamu duduk
melainkan kamu solat dua rakaat. (Nuttafaqun `alaihi).

7) Dilarang menjadikan masjid tempat laluan.

Diriwayatkan daripada !bn Umar bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: ]angan menjadikan masjidmasjid
sebagai tempat laluan atau jalan melainkan sebagai tempat mengingati Allah dan tempat sembahyang. (Riwayat Tabrani
dan dihasankan oleh alBani di dalam Sahihah, 1001 dan Sahih atTarghib, 23S).

Diriwayatkan daripada Abdulullah !bn Nas`ud bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya salah
satu tanda di antara tandatanda Hari Kiamat, ialah seorang lelaki berjalan di dalam masjid tanpa menunaikan sembahyang
dua rakaat di dalamnya. (Riwayat !bn Khuzaimah dan disokong oleh alBani di dalam Sahihah, 643).

Kesimpulannya, masjid mempunyai darjat dan makam yang tinggi di dalam !slam yang patut kita agungkan dan kita
hormati. ]usteru, berdasarkan tujuh adab yang disebutkan di atas, marilah kita samasama menghormati dan
memakmurkannya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Semoga setiap amalan yang kita laksanakan dari hari ke
hari akan mendapat ganjaran yang selayaknya daripada Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai