Anda di halaman 1dari 6

AMADUN DUNIA : TEMA 1 - CIRI-CIRI MASYARAKAT

BERTAMADUN
HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN BERDASARKAN
CONTOH-CONTOH DARIPADA TAMADUN-TAMADUN AWAL.
A. Pengenalan
O Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan
rohaniyah.
O Tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan.
O Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M dan diikuti oleh tamadun
Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho.
O Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap
kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat.
O Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri seperti perbandaran, pengkhususan
pekerjaan, organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan,
petempatan kekal dan sistem pemerintahan.
B. Isi: (7 X 3M)
1. Perbandaran
O Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan
kampung-kampung berkembang menjadi bandar.
O ntara bandar yang penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan
Harappa di Lembah Indus; nyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai
Kuning serta Thinis, thebes dan Memphis Mesir.
O andar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat
pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian.
O andar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti abylon, Kish,
Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, ssur dan Mari di Mesopotamia.
. Pengkhususan pekerjaan
O Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan berlaku
pengkhususan pekerjaan.
O Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian,
perdagangan, pertukangan dan pembuatan
O Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang
menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.
O Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar yang
mempertahankan negara daripada serangan musuh.
O Pengkhususan pekerjaan melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
O Kemunculan tamadun-tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia telah
memperlihatkan kemajuan dalam bidang pertanian sehingga mewujudkan
pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat.
O Penciptaan roda juga telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara
tamadun seperti Tamadun Mesir, Mesopotamia dan Mohenjo Daro yang sekaligus
mewujudkan golongan artisan dan pedagang.
3. Organisasi sosial.
O Pertambahan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi telah melahirkan
masyarakat yang kompleks.
O Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid.
O Lapisan atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja.
O Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri golongan pendeta, kumpulan
pentadbir dan golongan cendekiawan.
O Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian
dan perdagangan.
O Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di
atasnya.
O Di Mesir, Firaun (raja) berada di kedudukan paling atas susunan lapis masyarakat
dan di Mesopotamia raja atau pendeta mempunyai kedudukan yang tertinggi. Di
Dinasti Shang, raja mempunyai kedudukan tertinggi dan diikuti oleh golongan
bangsawan,petani, artisan, peniaga dan askar.
. Bahasa dan tulisan
O Kewujudan bahasa dan tulisan juga merupakan ciri masyarakat bertamadun.
O Tulisan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran, menyimpan rekod
aktiviti keagamaan dan kegiatan perdagangan.
O ntara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit.
O Sistem tulisan awal ialah hierogliI dan ideogram.
O Tulisan yang digunakan dalam tamadun-tamadun awal berbentuk gambar, simbol
dan pepaku.
O ntara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat
penyebaran ilmu dan pengetahuan, komunikasi dan menyampaikan serta
mengembangkan idea pemikiran manusia.
O Pendeta Mesir telah mencipta bentuk tulisan bergambar yang dinamakan hierogliI,
sementara tulisan simbol China dipanggil ideogram.
. Agama dan kepercayaan.
O Kemunculan agama dan kepercayaan mempunyai pertalian rapat dengan adat
istiadat dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal.
O ntara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme,
animisme dan pemujaan roh nenek moyang.
O Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling telah
melahirkan kepercayaan animisme.
O Secara evolusi, kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu
penyembahan lebih dari satu tuhan.
O Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India,
Mesir, Mesopotamia dan China.
O gama dan kepercayaan berkait rapat dengan pengiktiraIan golongan
pemerintahan, organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan
pembinaan.
. Petempatan kekal
O Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik.
O Petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran
sungai.
O Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan
sebagai pusat-pusat tamadun awal.
O ntara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah
Tamadun Indus (lembah Sg. Indus), Tamadun Mesir (lembah Sg. Nil), Tamadun
Mesopotamia(Lembah Sg. Tigris dan Euphrates) dan Tamadun Hwang Ho
(Lembah Sg.Hwang Ho/Sg.Kuning)
7. Sistem pemerintahan
O Sistem pemerintahan diwujudkan untuk menguruskan masyarakat yang lebih
besar.
O Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin
keamanan sesebuah tamadun.
O Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan
pegawai kerajaan.
O Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk
menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan
dalam negara.
O Sistem pemerintahan diketuai oleh Firaun dan dibantu oleh pembesar-pembesar
negara.
C. Kesimpulan
O Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri perbandaran, pengkhususan kerja,
organisasi sosial, sistem tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal,
kemajuan sains dan teknologi serta sistem pemerintahan.
O Kewujudan ciri-ciri ini menunjukkan kemajuan tinggi yang telah dicapai oleh
masyarakat dalam segala aspek kehidupan.
hLLp//se[arahsLpmblogspoLcom/2011/08/LamadundunlaLema1clrlclrlhLml

1. Konsep tamadun
O Definisi :Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan
kompleks.Tamadun merujuk kepada pencapaian/kemajuan sesuatu
masyarakat @ negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang2,
kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan
adat resam
O Ciri-ciri:
Petempatan Kekal
Pembandaran
Organisasi Sosial
Kepercayaan Dan Agama
Sains Dan Teknologi
Bahasa Dan Sistem Tulisan
. Latar beIakang tamadun-tamadun awaI:
O Tamadun Mesopotamia
O Tamadun Mesir
O Tamadun ndus
O Tamadun China
. Faktor - faktor yang mendorong kemuncuIan tamadun
O Proses evolusi
O Proses urbanisasi
O Kemajuan sains dan teknologi
O Sungai
O Faktor angin
O Faktor bahasa dan tulisan
O Penciptaan roda
O Kewujudan organisasi sosial
O Pengkhususan kerja
O Sistem agama dan kepercayaan
$: C#-C# TAMADUN ( 7 isi X markah = 1 markah)
1. Urbanisasi
O Manusia hidup tetap di sesuatu tempat
O Mereka menetap di lembah2 sungai
O Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk
menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan
dan perdagangan
O Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
O Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan
bandar2 Memphis , Dhilkah dan Thebes
. Pengkhususan Kerja
O Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka
masing2 seperti petani, penternak, artisan dan askar.
O Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan
perkembangan tamadun.
O Contoh; tamadun China
. Organisasi sosiaI
O Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan
sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
O Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah
membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
O Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
O Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
O Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara
keagamaan
O Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2
O Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.
O Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem
perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa
dan harta benda
O Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan
masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja
Hammurabi
. Bahasa dan TuIisan
O Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, @
berbentuk pepaku
O Tulisan2 ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
O Lambang2 bertulis merupakan alat yang melahirkan idea2 perundangan,
pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian
dan perakaunan.
O Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan
upacara keagamaan dan harta kuil.
O Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk
merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
. Agama dan Kepercayaan
O Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.
O Dewa/i juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
O Jika tidak disembah,dewa/i akan membawa malapetaka seperti banjir,dan
kemarau.
O Contoh; Tamadun ndus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
O Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa/i yang banyak
diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
. Kemajuan sains dan teknoIogi
O Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan
teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
O Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan
benteng.
O Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan
pengangkutan.
O Kemajuan2 ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan
Mesopotamia.
7. Estetika
O Hal ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.
O Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang
menceritakan keperwiraan bangsanya.
O liyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga banyak menceritakan
tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.
KE$MPULAN: ( 1 markah)
Kemajuan dalam tamadun-tamadun awal menyebabkan masyarakat seterusnya
mencapai ketamadunan yang lebih tinggi dalam semua aspek kehidupan.
hLLp//wwwbLpnkledumy/cerdlkneL/bahan/se[arah/download/Llng6soalan_laLlhanpdf

Anda mungkin juga menyukai