Anda di halaman 1dari 8

DIKELOLAKAN OLEH MAJLIS KOKURKULUM SKJ 1 (f) Tarikh: 2 november 2011 HARI: RABU MASA: 7.30 PAGI 5.

.00 PTG Tempat: padang sek.keb.jelai 1 (f)

KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 1 (F), GEMAS 1. Rasional: Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing masing. Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing- masing. 2. Latar Belakang : Selaras dengan rasional di atas. Sekolah Kebangsaan Jelai Satu (f) akan menganjurkan Perkhemahan Badan Uniform 2011 dengan hasrat memberi peluang kepada pelajar menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita-cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi , Rohani dan Intelek. Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi dikalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan hubungan baik antara guru dan murid dan rakan-rakan sebaya.

3.

Matlamat: 2

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsi-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa. 4. Konsep Pelaksanaan: Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui aktiviti. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 5.0 5. Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan. Penerapan nilai nilai murni kemanusiaan. Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi Pengukuhan disiplin kendiri Pengukuhan disiplin berpasukan Pengukuhan keimanan dan ketakwaan Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi Penyemaian ciri ciri kepimpinan berwibawa. Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi.

Dikelolakan Oleh: 3

Majlis Kokurikulum SK. Jelai 1 (F) 6. Tarikh: Pada 2 November 2011 (Rabu) Melaporkan diri di sekolah jam 7.30 pagi Perkhemahan tamat pada jam 5.00 petang 7. Tempat: Padang Sek. Keb. Jelai 1 (F) 8. Perasmian Penutup: Guru Besar S.K. Jelai 1 (F) 9. Penyertaan: Semua ahli dari Unit Beruniform di Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (F) dari Tahun 4, 5, 6 10. Pengakap & Pengakap PPKI Puteri Islam Tunas Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah Tunas Kadet Remaja.

Peralatan perkhemahan yang perlu dibawa oleh peserta. 1. 2. 3. 4. 5. Setiap peserta / kumpulan perlu menyediakan khemah mengikut unit. Tali dan kain anduh Peralatan mandi, sembahyang, dan ubatan peribadi. Uniform yang lengkap Pinggan / mangkuk, cawan dan sudu-garpu

11. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 12.

Cadangan Aktiviti. Mendirikan Khemah Pertandingan khemah terbersih Masakan Rimba Membuat Gajet Ikatan/balutan Aktiviti lasak (mengikut stesen) Persembahan Pendaftaran 4

Semua peserta mesti mendaftar pada pukul 7.35 pagi pada hari tersebut dan menyerahkan borang kebenaran penjaga kepada urusetia di kaunter pendaftaran. 13. Jawatankuasa Induk Pengerusi Tim. Pengerusi : : Guru Besar Sk.Jelai 1(f) Pn.Sharifah Omar GPK Kokurikulum Pn.Rosnaini Latiff GPK Pentadbiran : Pn.Siti Hajar Abu Bakar GPK HEM Cik Normadiana Ismail Cik Khairul Zharif Bin. Zainal Cik Siti Wahidah Zabbri

Naib Pengerusi 1 : Naib Pengerusi 2 Setiausaha :

Pen. Setiausaha : Bendahari Jawatankuasa : :

14.

1. Pn.Noradlina Yeow Abdullah (Pengakap) 2. Pn. Zuraida bt Mohd Shahidan (TKRS) 3. Pn. Norarinah bte Karis (Tunas Puteri) 4. Cik Norazura Baharudin (PBSM) 5. Pn.Siti Hawa Sopian (Puteri Islam) . Jawatankuasa Pengelola

Kem Komandan : Cik Nazlin bt.Awi Timb. Kem Kom : En. Abd Karim Mohamad JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN: 1. 3. 4. 5. 6. 7. 9. 10 11. 12. JK Urusetia / Pendaftaran : JK Kerohanian : JK Hadiah/Sijil/Cenderamata : JK Dokumentasi : JK Persembahan : JK Makanan / Jamuan : JK Kesihatan/Kebersihan : JK Perasmian Penutup / Juruacara: JK Aktiviti : JK Kecemasan/ Keselamatan : Lilyazwa Mohamad Ust Ghazali Jusoh Pn.Nurul Norfaliza Roslan Pn. Azlina Zainol Pn.Norhayati Idayu Ling Abdullah Pn.Suhana Jamaludin Cik Norahayu bt Omar Cik Norhuda Tumiran En. Mehad Mahzan & En.Rosli Pn.Raja Rozidah Raja Salim

15.

ATURCARA MAJLIS PENUTUP 5

4.00 ptg

: Perbarisan perserta - Negaraku - Doa - Ucapan Perasmian Penutup Guru Besar SKJ 1 (F) - Penyampaian Sijil Penyertaan - Penyampaian Hadiah/cenderamata - Menurunkan Bendera - Jamuan - Bersurai.

16. Anggaran Perbelanjaan 2 PENDAPATAN Peruntukan 1208.00 Kokurikulum PERBELANJAAN Makanan peserta Minum pagi 150 x 1.60 Makan Tengahari 150 x 5.00 Minum Petang 150 x 1.40 Plastik pembungkus makanan JUMLAH Harapan: Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga, sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Adalah diharapkan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. RM240.00 RM750.00 RM 210.00 RM 8.00 RM1208.00

Disediakan oleh ( )

Disahkan oleh: .. ( )

Peraturan tetap perkhemahan: a) b) c) Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa menyertai perkhemahan. Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan, kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas. d) e) f) Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik. Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti aktiviti di sepanjang perkhemahan. g) h) i) j) k) Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang membuang sampah di merata-rata tempat. Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan sepanjang masa. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

IKRAR PERKHEMAHAN
KAMI PARA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN UNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 1 (F) DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA BERIKRAR BAHAWAKAMI AKAN MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN BERSUNGGUH SUNGGUH BAHAWA KAMI AKAN MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN DENGAN TABAH DAN PENUH SEMANGAT BAHAWA KAMI AKAN MEMANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI UNTUK MEMPERKAYA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KAMI, SERTA MEMPERERATKAN LAGI PERPDUAN DIANTARA KAMI BAHAWA KAMI AKAN MENGHARGAI DAN MENJUNJUNG TNGGI SEGALA PANDUAN, NASIHAT DAN TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI BAHAWA KAMI AKAN MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN DENGAN PENUH KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB BAHAWA KAMI AKAN BERUSAHA BERSAMA SAMA MENJAYAKAN PERKHEMAHAN INI BAHAWA KAMI AKAN KEMBALI DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI DAN KAMILAH PENDUKUNG CITA CITA BANGSA DAN NEGARA

Anda mungkin juga menyukai