Anda di halaman 1dari 2

AN-NUR

SPECIALIST HOSPITAL
JULAI 2011 Bil. 1 sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara yang dikehendakiNya. (QS: al-Thalaq: 2-3) FirmanNya lagi: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya. (QS: al-Thalaq: 4) b. Ketenangan jiwa, tidak khawatir dan sedih hati

F I K R A H Tetamu Agong Datang Bertamu


Akan tiba Tetamu Agung yang dijanjikan. Tetamu yang membawa seribu satu kebaikan. Yang kedatangannya sentiasa dinanti oleh insan-insan yang beriman. Tetamu Agung yang diibaratkan sebagai kekasih yang selalu diharap-harapkan kedatangannya, yang dinantinantikan kemunculannya oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, sehingga ketika ia hadir dalam dakapan, mereka berusaha menghiasi setiap detik-detik itu dengan amal Ibadah. Tiada detik-detik masa yang dilalui diabaikan begitu sahaja. Tiap detik dan saat hanya bersama Ramadhan. Begitulah hebatnya tetamu agung, Ramadhan al-Mubarak dinanti dan dirindui oleh generasi awal Islam. Apa sebenarnya yang ada dalam Ramadhan sehingga Rasulullah mengungkapkan dalam sabdanya yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah: Andaikan tiap-tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus. Jika kita merenung keberkatan-keberkatan yang dibawa oleh Ramadhan kepada kita, kita akan mendapati beberapa perkara yang sangat hebat, antaranya: 1. Ramadhan meningkatkan seorang mukmin kepada gelaran Muttaqin. Allah SWT. berfirman: Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (QS: Al-Baqarah: 183) Taqwa adalah gelar tertinggi yang harus cuba diraih seorang muslim. Tidak ada gelar yang lebih mulia dan tinggi dari itu, kerana setiap muslim dan mukmin yang berjaya mendapat gelaran taqwa, ia akan dijamin kehidupannya di syurga dan disediakan kemudahankemudahan di dunia. Dan puasa adalah satu-satunya sarana yang sangat berkesan untuk mendapatkan gelaran taqwa itu. Banyak kelebihan - kelebihan yang disediakan Allah SWT kepada para hambaNya yang bertaqwa, antara lain: a. Disediakan jalan keluar dari semua masalah dan dicukupkan segala keperluannya. Allah berfirman: Sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah),

Firman Allah:Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul -rasul dari kalangan kaum kamu yang menceritakan kepadamu tentang ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (QS. al-A'raaf: 35)
2. Ramadhan hadir bersama keampunan Allah terhadap hambapintuhamba-Nya sehingga dibuka pintu-pintu syurga dan pintuditutup pintu-pintu neraka Tidak ada manusia di dunia ini terlepas dari dosa dan kesalahan, walau sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab hal itu suatu yang tidak mungkin. Manusia yang baik adalah yang melakukan kesalahan, kemudian ia menyedari kesalahnya, lalu bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Kerana dosa dan kesalahan manusia yang banyak itulah maka Allah telah menyediakan wasilah pengampunan dosa yang hebat. Wasilah itu adalah berpuasa di bulan Ramadhan. Terdapat beberapa hadis menyatakan hal sedemikian, salah satunya yang diriwayatkan Imam Bukhari Muslim dan Abu Daud, Barangsiapa berpuasa

pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa yang telah dilakukan sebelumnya diampuni.
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. (H.R. Ahmad & An Nasai) (Bersambung)

Akhlak

Hubungan Akhlak dengan Aqidah dan Ibadah

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka te r a n g k a n la h k e p a d a k u tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang -orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya dan bermegah-megah dengan kekayaan itu). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Antara

tujuan Rasulullah SAW diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia. Sabda Rasulullah SAW:Sesungguhnya aku diutuskan adalah

untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak


Akhlak adalah cerminan kepada aqidah dan ibadah seseorang. Aqidah yang sejahtera dan Ibadah yang benar akan melahirkan akhlak keperibadian yang mahmudah (mulia). Manakala aqidah yang sakit dan ibadah yang pincang akan melahirkan akhlak keperibadian yang mazmumah (tidak baik). Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar Ketika Rasulullah diutuskan, manusia yang hidup ketika itu bukanlah manusia yang tidak berakhlak. Bahkan mereka terkenal dengan akhlak yang mulia seperti beramanah, menghormati tetamu dan sebagainya. Walaubagaimana pun, akhlak ini tidak didasari keimanan kepada Allah sehingga apabila kebencian terhadap seseorang telah menguasai diri mereka, timbul pula tindakan zalim terhadap sesiapa yang mereka benci dan dendam.

Islam diturunkan kepada manusia kepada manusia merangkumi 3 perkara. Dan ia tidak boleh dipisahApa yang dapat difahami melalui hadis ini, Jibril datang pisahkan. Tiga perkara itu adalah, aqidah, ibadah dan kepada Nabi SAW untuk mengajarkan Islam akhlak. Hal ini dapat difahami dari hadis yang Islam diturunkan kepada manusia. Dalam pengajarannya itu, diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab, yang kepada manusia dikenali sebagai hadis Jibril. Jibril bertanya kepada Nabi persoalan tentang kepada manusia merRukun Iman iaitu aqidah, Rukun Islam iaitu Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berangkumi 3 perkara. Dan ia tidak boleh Ibadah, dan Rukun Ihsan iaitu akhlak. Beliau kata: juga bertanya kepada Baginda SAW persoalandipisahKetika kami sedang duduk di sisi Rasulullah dipisah-pisahkan. Tiga persoalan tentang hari Kiamat yang menunjukSAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di perkara itu adalah, kan kepentingannya di dalam menjaga dan hadapan kami seorang lelaki yang memakai aqidah, ibadah dan mengawal amal perbuatan manusia di dunia. akhlak. pakaian yang sangat putih, berambut sangat Andai tiada perhitungan di hari Kiamat nanti, hitam, yang tidak ternampak pada dirinya manusia akan bebas melakukan apa sahaja tanpa kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di memikirkan perlu berakhlak mulia kepada sesama kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk manusia, lebih-lebih lagi berakhlak dengan Allah dan menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua alam.

lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

- Wallahu Alam -

~Hadis Pilihan ~

Sesungguhnya setiap Amal itu adalah bergantung kepada niatnya, barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasulnya, dan barang siapa yang berhijrah untuk dunia dan wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah untuk apa yang dikehendaki olehnya. (Muttafaqun Alaih)

Anda mungkin juga menyukai