Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Masalah Penyelesaian

Proses Membuat Jadual Waktu Induk, Kelas, Pensyarah dan Lokasi Mengambil masa dan tenaga yang lama terutama menyusun setiap jam kredit yang melibatkan teori dan amali. Memperkenal, mengaplikasi dan mengajar perisian baru memproses jadual waktu dalam waktu yang singkat.

A.

Latarbelakang Masalah Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya sekolah-sekolah samada rendah atau menengah sememangnya melaksanakan proses pnp yang melibatkan ramai guru dan sentiasa berubah kelas. Persoalannya? Bagaimana Jadual Waktu setiap guru dapat di hasilkan tanpa ada pertindihan nama dan tempat? Jawapannya ialah mereka menggunakan satu perisian yang dikenali sebagai triple S (SSS). Setelah meneliti serta membuat tinjauan tentang perisian ini dapatlah disimpulkan bahawa proses menghasilkan jadual waktu adalah memakan masa yang sangat lama. Tambahan pula perisian ini perlu dilarikan dalam suasana tetingkap DOS. Walaupun memakan masa yang lama, ia lebih baik dan lebih realistic berbanding membuat jadual secara manual. Apa yang berlaku di Kolej Komuniti secara amnya juga adalah sama. Situasi yang sukar akan dilalui oleh Penyelaras Jadual Waktu Kolej. Walaupun pada awalnya proses membuat jadual waktu di kolej amat mudah kerana bilangan pensyarah pada awal penubuhan adalah sedikit. Tetapi kini bilangan pensyarah semakin bertambah maka perlu mengambil inisiatif untuk melancarkan proses menghasilkan jadual waktu. Adakah perlu juga menggunakan perisian yang digunakan oleh pihak sekolah?. Pengalaman sebagai Penyelaras Jadual Waktu Kolej yang pernah dilalui membuatkan terfikir adakah perisian yang lebih baik dan bagus daripada yang ada sekarang?. Kekangan masa yang dialami disebabkan baru bertugas dan tiada pengalaman maka saya berusaha mencari perisian yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Pelbagai cara di buat dengan melayari internet dan mencari perisian yang benar-benar mudah difahami dan boleh digunapakai dalam tujuan tersebut. Dengan inisiatif sendiri maka saya telah menemui satu perisian yang mudah dan yang paling penting ialah dapat menyelesaikan masalah dalam proses menghasilkan jadual waktu dalam waktu yang singkat dan lebih efisien. Sekiranya terdapat pensyarah baru yang melapor diri maka dengan mudah dapat menghasilkan jadual yang baru tanpa mengambil masa yang lama.
Disediakan oleh : Mohamad Haidhir Bin Asri

Perisian ini walaupun bukan hasil ciptaan sendiri tetapi ia benar-benar membantu kerana ia masih digunapakai dalam menghasilkan jadual waktu dan menjadi rujukan sekiranya terdapat masalah dalam penggunaan perisian ini. Dengan memperkenalkan perisian ini maka sehingga sekarang AJK Jadual Waktu tiada mempunyai masalah dalam menghasilkan jadual waktu walaupun kini terdapat lebih kurang 50 orang pensyarah yang mengajar dan kadangkala bertukar penempatan. B. Manfaaat 1. Menyelesaikan sesuatu masalah - Masalah yang paling ketara dapat di atasi ialah apabila terdapat pensyarah baru yang melapor diri dan menjadi pensyarah utama dalam sesuatu modul. Selain dari itu setiap semester susunan sentiasa waktu sentiasa berubah. - Masalah pertindihan pensyarah dalam waktu yang sama dapat dielakkan. - Masalah perkongsian tempat atau makmal dapat di atasi dengan menggunakan perisian ini. - Boleh ditetapkan waktu atau hadkan waktu (block) pada semua kelas secara serentak. - Pensyarah pembantu juga dapat disertakan bersama di dalam jadual waktu 2. Dimanfaat dalam produk - Perisian yang mudah didapati secara online hanya memerlukan masa dan kemahiran mengadaptasi sesuatu yang baru. 3. Perkhidmatan baharu

C.

Penggunaan dan aplikasi


Disediakan oleh : Mohamad Haidhir Bin Asri

Hasil daripada perisian ini, ianya perlu ditukar ke dalam format kolej di mana satu draf kosong perlu sentiasa disimpan.

Waktu yang telah siap di susun tanpa masalah (warna mewakili individu)

Hasil yang telah siap


Disediakan oleh Disediakan oleh : Mohamad Haidhir Bin Asri

(MOHAMAD HAIDHIR BIN ASRI) Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin) Kolej Komuniti Bandar Penawar

Disahkan oleh,

(FAUZIAH BINTI JAAFFAR) Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran


Kolej Komuniti Bandar Penawar

Disediakan oleh : Mohamad Haidhir Bin Asri